BEN ASHAARI



Terliur tengok gambar. Lebih lebih lagi kandungannya yang memang aku selalu suruh wife guna seperti garam bukit , stevia dan minyak zaitun. Sebenarnya stevia tu aku kurang sangat sebab aku bukan pengemar manisan. Melainkan beli minuman kat luar tu, lain kes...


Maka order 2 botol. Saja la nak cuba. Alang alang dah tersadai kat Kelantan ni. Bukan senang aku nak tersadai kat Kelantan ni. Dah hampir sebulan kat sini. Hehehe.. Rekod ni ! Silap silap hari bulan , aku pencen kat sini. Best duk sini. Tak kecoh macam di KL. 

Ok ok... Yang aku tempah tu , dah sampai ke tangan. 2 hari jer selepas buat bayaran. Cepat gak. Guna pos laju. Dan tak sabar nak makan. Heheheheh... Cadang aku nak makan dengan bihun goreng dan nasi panas jer.. Nak tengok camana rasanya. 

Dan... pagi tadi... aku try makan dengan bihun. Pastu tengahari , nasi panas ! Dan ternyata... mereka yang makan bersama aku , angkat ibu jari dan siap bertambah ! Hahahaha.. Nasib baik diorang kurus. Tapi aku makan sekali je la.. Cukup dah walaupun sedap. Esok esok la pulak kan ? Hehehe..











Tak rugi la beli untuk diri sendiri dan juga belanja aku lagi ! Weh , aku dah kasi tau kot produk bagus kat korang ! Kena la belanja aku sebotol ! Hahahah... 

Whatsapp terus ke Raja Lynn untuk pembelian.  Jangan risau , orangnya ramah dan cun. Pastikan jangan mengatal lak ketika whatsapp.. teruskan pada point utama iaitu nak beli Sambal Kurus. Bagaitau Cik Ben Hensem yang rekemen ! Barang baik takda diskaun. Lain la nak borong banyak. InshaAllah ada.. Hahahaha.. 

" Buat pengetahuan kawan2, sambal sehat ni sesuai untuk sesiapa yg menjalani diet dan menjaga kesihatan. Terutamanya diet eat clean dan keto.. Sambal ni jgk boleh digunakan sbgi pes untuk bermacam2 masakan. Rasa sambal ni sama macam sambal yg dibuat secara biasa.. Nak cuba DM saya yer.. TQ " kata Raja Lynn 

Raja Lynn : 018  291 4969
Facebook : Sambal Kurus Raja Lynn
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Ok.. nak masuk  PKP  Fasa 2. Katanya 2 minggu ni la penentu segalanya. Apakah akan berakhir atau bersambung lagi untuk Fasa 3 ? Aku rasa... bersambung ! Hahahaa... Memang kita akan beraya di dalam rumah tahun ni dan ianya satu kebaikan untuk kita kali ni.. 

Kenapa ???

Kita imbas kembali 10 tahun lepas. Bagaimana kehidupan kita ketika menjelang Ramadan dan juga Syawal ! Fuh... Maaf cakap , kita hidup dalam penuh keangkuhan , keriakan , ketamakan dan juga kemunafikan ! Tak caya , kita berdiri dan pandang cermin. Aku tak nak bagitau apa kita dah buat sebab kita masing masing dah tau... dan inilah masanya untuk kita 'reset' kembali kehidupan kita. Ibarat lahir semula ke dunia. Dalam tempoh 'berkurung' inilah kita perbaiki segalanya. Jaga tingkah laku sesama insan dan juga peluang perbaiki hubungan dengan Allah. Kita.. kau dan aku ! 

Seandainya kita lepas ujian virus ini, ujian ekonomi merundum menanti kita. Akan ada yang mengeluh sebab bisnes abis lebur ! Hurmm... Aku simpati. Tapi macam aku kata , ni masanya untuk kita reset. Mulakan segalanya kembali dengan penuh keinsafan, keikhlasan dan kejujuran. 

Yang bisnes juta juta tu, aku tak leh nak kata apa la. Tu diorang kena cari idea lain untuk kembali naik tapi sejujurnya , bisnes online ketika ini sangat sesuai untuk dimanfaatkan terutamanya  industri PKS terutama yang melibatkan makanan dan juga kegunaan harian. Kena fikir tu. Maklumlah , nak keluar skang dah susah dan harga makanan pun dah melambung naik. Kena cari insiatif yang mana boleh sekali makan kenyang seharian tapi makanan perlulah berkhasiat. 

Sejujurnya , aku sendiri dah mula reset ! Kembali mula dari bawah untuk naik semula. Aku tak fokus untuk kaya tapi fokus untuk terus survive di samping membantu insan lain. InshaAllah. Yelah , kita tengok sekarang ni... virus yang tak nampak tu membuatkan semua harta kesayangan kita berdebu... kereta mewah.. motor besar.. rumah besar berbiji biji.. isteri ramai.. eh . tu lain.. Haaa.. Terperap dalam rumah je kita !

Kita cuba apa juga bisnes yang ada ketika ni. Hehehe.. Contohnya jual Harum Manis. Kalau nak beli, boleh whatsapp terus kat nombor tu. Aku dah order ari tu dan tadi petang dah dapat. Cuma kena tunggu beberapa hari baru boleh makan. Huhuh.. tak pe... Bosan dah dok bedal nasi dan biskut. Nak makan buah lak. Nak keluar ke pasaraya , aku takut ! Huhuhu.. Takut bawak balik virus ke rumah.




Cantik buah kan ? Apa lagi.. order cepat ! Mana la tau kot kot satu Malaysia kena lockdown 2 minggu.. haaa.. telan air liur je tengok gambar nanti ! 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Perintah berkurung di seluruh dunia. Tapi hati dan jari jemari tidak dikurung. Begitu juga dengan mulut cuma kali ni , mulut dilepaskan melalui jari jemari. Dan dua hari ni , isu artis bersuara pasal Pakej Rangsangan. 

Sejujurnya , aku faham maksud diorang ni. Semua faham. Tapi rasanya cara penjelasan tu kurang sampai dan kesilapan mereka ketika dunia dalam keadaan tenang , mereka 'menunjuk-nunjuk' harta mereka. Bukan tak boleh.. hak diorang. Cuma sepatutnya , yang bersuara tu mereka yang memang dalam ketagori artis yang memang sederhana. Haa , contohnya Heliza Helmi ke.. atau artis artis veteran mahupun pengarah seperti Mamat Khalid bersuara. 

Keadaan bertambah buruk bila proposal mereka viral di media sosial. Adeh... bila baca permintaan mereka, aku sendiri tepuk dahi ! Takkan sebab korang artis , maka korang nak demand sebegitu rupa ? Di kala virus bermaharajalela dan ekonomi merundum ni , korang demand sesuatu yang.. hurm... yang mana rakyat bawahan ni ( artis rakyat atasan ? ) , ada yang sampai ikat perut ! 

Bagi artis yang berniaga tu.. kita sama sama la menangis di bucu katil yer. Ramai yang senasib anda. Apa nak buat kan ? Ni semua salah manusia. Lupa dunia ! Alpa ! Angkuh ! Sombong ! Riak ! Huhuh.. termasuk aku. Bila berduit , eksen  !! Haaa...

Apa yang boleh kita buat sekarang ni ialah , teruskan hidup ! Bukan perjuangan tau.. Hidup ! Sehingga hujung tahun. Selesai masalah Covid 19 ni , kita kena bangkit semula dari bawah. Bukan mudah tapi inilah masanya untuk kita sama sama ubah diri ke arah yang lebih baik. Mungkin ini peringatan terakhir dari Allah ? Sapa aku nak menghukum kan? Cuma kita sama sama beringatlah. 

Peluang yang aku nampak sekarang ini ialah perniagaan kecilan melalui internet ! Kena pelbagaikan.  Sebelum semua tempat kena lock down yang mana sekarang ni cumalah baru PKP ( Perintah Kawalan Pengerakkan ) , rakyat yang ada urusan je boleh ke bandar atau kalau nak buat hantaran barang , boleh guna perkhidmatan courier jer. Maka , bolehlah buat bisnis dari rumah je kan ? 

Contohnya , kawan gym aku ni ha , Raja Lynn... Dulu orangnya memang berisi la.. Tapi berkat rajin diet, gym dan jaga pemakanan .. tadaaa ! Kurus kauuuu ! Nah sekarang , dia dah keluarkan produk dia sendiri ! Aku sendiri terliur tengok weh ! 





Menarik ? Hehehe.. Dalam keadaan darurat gini , makan nasi ngan sambal gini je dah cukup ! Jimatkan lauk pauk gitu... bukan nak makan sampai terbaring gitu haaa ! Cukuplah untuk kenyangan seharian.. Dah la tu, bahan yang digunakan memang bagus. Kan kan ?

Berapa harga ? RM 20. Camana nak order ? Nah , korang boleh whatsapp terus ke  +60 18-291 4969 (Raja Lynn). Atau boleh follow Instagram Sambal Kurus Raja Lynn untuk tengok sendiri la yer... Jangan terliur awal awal dah la... Hehehehe... 


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Semalam , Perdana Menteri Malaysia umumkan satu pakej khas untuk rakyat Malaysia. Alhamdulillah , ramai dapat manfaat. Dan seperti biasa , ramai yang  mengkiritk. Ok la tu.. Kalau semua setuju pun , bahaya kan ? Hehe.. 

Aku masih tak tau apa yang layak untuk aku. Huhu... Tak belek pun lagi. Tak memerlukan ? Huhuh.. Sejujurnya , aku kena amik apa yang ditawarkan skang ni. Maklumlah , job blog sangkut banyak tahun ni. Tak pe la.. Ada naik dan ada turun. Alhamdulillah. Kena selalu bersyukur. 

Dan pastinya tahun ni , aku tak mampu nak bayar zakat... buat pertama kalinya ! Tapi kalau ada rezeki lebih, aku akan bayar gak. InshaAllah. 


Hari ni, aku keluar ke bandar Ketereh. Nak ke pejabat pos. Puas dah cari runner. Berjawab bila mesej tapi takda jawapan seterusnya. Tak pe la.. Aku gi sendiri jer.  Dan awal pagi , aku gerak ke sana. Polis dan tentera yang jaga roadblock sangat bekerjasama. Aku sorang je dalam kereta dan siap berface mask. Dan kerta aku terang jer.. Yang kena tahan kebanyakkannya bercermin gelap. Aku pun tak tau la kenapa diorang nak gelap sangat cermin tu ! 

Dan sesampainya kat pejabat pos.. tutup ! Hurmm... Nampak gayanya , esok sekali lagi kena keluar. Aku malas nak keluar sebab nak kurangkan risiko jangkitan . Aku tak paham camana la diorang tu boleh ke hulu ke hilir dengan selambanya. Haih... kalau kena , naya woo ! Bukan takut mati tapi kita menyusahkan orang lain. Menyebabkan merebaknya satu hal.. kena kat anak anak ? Haaa... 

Aku terus balik ke rumah. Malas nak singgah mana mana. Dan setibanya depan rumah , nampak lori paling popular masa kini depan kedai ayah mertua aku.. Fuh lamak ! Pertama kali aku teruja tengok lori Gardenia ni. 

Aku terenyum jahat ! Hehehe.. Payback time ! Dulu diorang eksen dengan post gambar travel kan ???? Haa... sekarang aku post gambar dengan roti Gardenia yang takda sapa nak bererbut pun ! Heheheh... 




Tiba tiba rasa macam posing kat depan Eifel Tower ! Huhuhhu...  Tapi aku tak beli pun. Aku kurang makan roti putih sekarang ni. Kalau yang krim tu makan la.. 

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Awalnya, seolah pesta. Masih ada yang degil. Masih ada yang anggap ianya gurauan dunia. Ada yang tak kisah sama sekali. Bagi yang sedar , mulai panik.  Namun masih ramai yang tenang. Inilah ujian Allah buat hamba-hambaNya yang mana semakin hari semakin alpa ! Yer.. kita ! 

Dalam ketika ini. ada yang bijak rebut peluang . Dunia dan akhirat ! Kita kesuntukan masa. Namun masih ada yang rasa ingin hidup seribu tahun lamanya lagi !  Takut mengenang kematian yang ada di depan mata , lagaknya ! Hurm..



Kedegilan membawa binasa.. Disebabkan nila setitik... rosak abis susu sebelanga ! Ni baru permulaan.  Namun aku harap inilah pengakhirannya. Cukuplah tapi sayangnya aku rasa tak mungkin. Masih banyak kes yang tak tau punca dari mana. Pihak KKM masih menyiasat. Mereka bekerja keras .


Di luar negara , semakin buruk ! Mereka pandang rendah akan virus ini. Kononnya ianya cuma flu atau virus biasa. Siap berpesta ! Gelak pada mereka yang pakai face mask. Mengeji ! Yer , itulah sikap mereka. Dan mereka sedang 'menikmati' hasil dari perbuatan mereka.. dan kita sendiri ! 

Alhamdulillah.. hari ni aku masih berkesempatan menulis di blog... Hari esok ? Entah la.. ketika ini , manusia ibarat berperang dengan musuh paling menakutkan. Jika dapat atasi , manusia ada satu lagi musuh yang bakal ditempuhi... ekonomi ! 

Semoga Allah lindungi kita semua. Ampun maaf dari aku jika penulisan di blog aku selama ini ada yang menguris hati korang.. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes