BEN ASHAARI



Selepas PKP ni , ramai yang patah semangat untuk berniaga. Kalau ada yang berminat pun , mesti fobia atau cuak untuk memulakan dari bawah semula. Pelbagai alasan dan sebab mengapa mereka terpaksa 'bungkus' ! Tapi masih ada yang berminat untuk mulakan semula cuma tak jumpa cara atau partner yang betul...kan ? 

Ok.. tak pe.. Orang kata , kalau nak dapatkan semangat baru ni kena rajin membaca. Yeke ? Ye atau tidak , kita sendiri yang tentukan. Cuma persoalannya , nak baca buku apa ? Kan ? Ada banyak buku mengenai bisnes di luar sana tu. Tapi mana yang bagus ? Sebenarnya.. bukan yang bagus kita cari tapi yang sesuai dengan kita. Sesuai tu bermaksud yang boleh kita serap dan amalkan ! Nah.. aku kasi sebuah buku yang sesuai sangat ! Malah penulis sendiri bermula dari bawah setelah berjaya diperingkat awal ! Kira ni jatuh bangun penulis sendiri la.. 

Buku yang aku maksudkan ini ialah IBRAH SIRAH untuk BISNES (Adaptasi Teladan Nabi Muhammad S.A.W Dalam Bisnes Kini ) . Penulis buku ini ialah Abu Ammar Al-Mahmudi . Nama sebenar , Abdul Hadi bin Abdul Raman. Kelahiran  negeri Kedah , dan berkecimpung dalam dunia pengurusan umrah dan haji sejah berumur 19 tahun lagi.  Pengalaman selama 15 tahun dalam bidang tersebut membuatkan beliau berminat untuk berkongsi segala pengalaman pahit manis di dalam buku ini. Selain berkongsi pengalaman, beliau menurunkan tips tips yang berlandaskan sirah Rasulullah s.a.w untuk berniaga.



Buku ini mengandungi 4 bahagian yang dipecahkan hingga 21 bab. Apa yang menarik minat aku mengenai buku ini ialah penyampaian yang bersahaja tapi cukup tajam dan kena pada point point utama ! Maksud aku , ianya bukan sekadar beri nota pada kita tapi bersandarkan pada apa yang Rasulullah s.a.w telah lakukan. 

Beberapa keratan yang yang aku ambil. Oh ya, buku ini ada 284 muka surat yang padat dengan ilmu yang terdiri dari Tauhid, Akhlak , Kepimpinan dan Pengurusan. Oh ya..dan siap ada penanda buku bagi mudahkan korang bila membaca dan berhenti , serta beberapa keping muka surat ruangan untuk menulis nota. Bagus, kan ?

Kulit buku pun tebal. Berkualiti wooo!!







Buku ini dikarang dengan baik. Ringkas. Tak serabut dek mata ketika membacanya. Dan paling best , bekas Mufti Wilayah Persekutuan , Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli Mohammad Al Bakri dan Tun Daim Zainuddin, dah mengulas mengenai buku yang berharga cuma RM60 ni jer ( pada tarikh publish post ini ). Boleh dapatkan secara online yer..

Untuk pertanyaan , info lebih lanjut serta pembelian , korang boleh rujuk di SINI. Klik je. Tak yah sebut nama aku untuk beli. Hahahaha.. Gurau gurau.. Sebut Bismillah sebelum klik tu..

Semoga bermanfaat. Dah kaya , jangan lupa buat buku tau.. Kongsi pengalaman korang lak. Nak suruh aku ceritakan pon boleh.. hehehe... Terbaik ! Jangan lupa bayar zakat pendapatan bila dah masyuk ! 
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

Baru abis baca ebook karya pertama , Huda Halid yang mana telah berpengalaman dalam dunia blog sejak tahun 2015 lagi. Kiranya ni ebook pertama dari dia dan bagi aku sangat bagus memandangkan zaman ni Internet adalah lubuk emas. Blog dan media sosial sangatlah berbaloi untuk diterokai dan sangatlah rugi jika dibiarkan begitu saja. Yelah , abiskan masa begitu saja melayari innternet tanpa memberi pulangan yang lumayan ! Banyak cara woo ! Kena rajin godek ! Ramai dah bikin duit dari Internet. 

Ok.. berbalik pada ebook Huda , aku dah baca. Dan nampaknya aku tak perlu lagi nak berceloteh panjang pada mereka yang berminat nak buat blog. Kalau dulu  , aku rajin la tulis di blog tapi rasanya cam tak dihargai jer. Hahahaha.. Nah , sekarang... kalau nak , beli je ebook Huda ni. Pastu baca dan praktikkan. Kalau tak reti gak , boleh gi kelas blogging. 

7 Formula Menulis Blog ni , memang aku sendiri praktikkan ketika awal menulis blog dulu. Tapi ketika tu tak da la ebook atau orang yang sudi turun ilmu. Kena rajin Google la. Semua dah tertulis di blog.



Tapi apa yang ada di ebook Huda ni , bagi aku dah cukup ok. Penyampaian simple dan mudah faham. Dan ianya masih di peringkat pengenalan dunia blog. Kalau dia masuk lebih ke dalam , aku pasti korang akan garu kepala. Nah... ebook ni sekadar untuk mereka yang berminat nak menulis blog tapi tak tau camana nak mulakan. Apa kena ada dalam blog atau camana nak menulis dengan baik dan tertib.

Aku harap , bagi yang berminat tu.. pastikan betul betul berminat dalam dunia penulisan dan bukannya untuk sekadar mendapatkan income. Ini kerana niat yang tak betul akan membuatkan korang hilang arah tujuan dalam dunia blog. Maka akan terhasillah artikal artikal yang bersifat negatif ! Asalkan viral dan duit masuk , dah ! Itu sudah salah. 

Bagi yang berminat nak beli ebook ni, boleh hubungi Huda Halid. Hee..

Selamat Datang Ke Dunia Blog ! 
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Semalam , aku ke Berkat Madinah yang terletak di Ampang Putra , Jalan Ampang. Yer , agak jauh dari rumah aku yang di Sepang. Kenapa aku gi sana ? Haaa... Kalau korang pengemar makanan makanan arab , pastinya di sini korang akan berpuashati. Ditambah pulak , sejak PKP hingga sekarang , harga barang barang kat sini memang murah ! Berbaloi la aku datang jauh jauh. Cuma sayang , wife tak sempat ikut serta sebab aku ke area ni , atas urusan kerja.


Tempat letak kereta , banyak je kat sini. Takda masalah pun. Buka dari jam 8 pagi hingga 10 malam , Berkat Madinah di Ampang ni menyediakan pelbagai bahan makanan dari sayuran hinggalah produk produk dari tanah Arab seperti madu , cuka , rempah ratus , kekacang , jeruk , minyak zaitun dan banyak lagi ! Confirm kalau orang perempuan datang buat pertama kali , akan terbeliak biji mata. Macam macam nak diangkut pulang dan banyak idea masakan. 

Antara tarikan wajib orang yang tinggal berhampiran Ampang ni beli di awal pagi ialah roti ! Roti handmade mereka memang power tul la . Bau roti setiap pagi di kedai Berkat Madinah ni, memang menaikan selera makan di awal hari. Hahahaha.. Terus nak beli beberapa jenis untuk dibawa pulang. Kalau dah makan , menyesal tak beli banyak. Lembut dah satu hal.. sedap satu hal lagi. Resepi roti ni khas dari sana.. memang terbaik !













Antara jenama produk kurma yang ada kat sana ialah Majdool Saudi 1st Grade, Ajwa Madinah , Ajwa Long , Ajwa Madinah Premium , Ajwa Madinah VIP , Mabroom Al-Madinah , Safawi Al-Madinah AA, Mariami Dates A , Mariami Dates A , Mariami Dates Jumbo , Palestinian Jumbo Medjoul Dates dan banyak lagi. 

Manakala bagi peminat buah kering atau dried food , ada Dried Papaya , Goji Berry , Pitted Piunes , Dry Pineapple , Mango Low Sugar , Ginger (Sliced) ,Dried Lemon Stick , Dried Strawberry , Ginger (cube) , Dried Guava , Golden Jumbo Raisins , Fancy Raisin , Natural black raisins , Dried Cranberry
Jumbo Dry Apricot , Aprimax Dried Apricot Size 2 , Golden Raisin , Sultana Raisin dan banyak lagi. 

Bagi peminat kekacang macam aku ni  ada Roasted chickpeas , Roasted sunflower , Roasted Almond, Roasted Pistachio,  Roasted Chasew , Roasted Macademia , Mixed Nuts , Roasted Pumpkin Seeds  Roasted Sunflower , Sliced Almond , Roasted Apricot Seed, Brazilian Nuts, Coated Almond dan macam macam lagi haa... 

Terdapat juga produk produk dari jenama Al Baraka Land , Arabian Village , Al Ahlam yang pasti mengoda mata punya !  Disusun dengan teratur , apa saja korang nak cari semua boleh dijumpai dalam ni. Dan menariknya, ketika harga dia memang murah murah. Contohnya olive oil atau minyak Zaitun Palestin, harga dibawah RM50 sebotol . Roti yang biasanya di kedai luar , harga RM5 ke atas sini cuma baru RM2,3 jer.. Haaa ! Bab halal jangan risau la.. sebab yang buat roti ni memang orang dari Syria.


Ok...Dah abis mencari barang makanan. Terasa lapar sebab tengok makanan dalam tu kan ? Aku tau... Dan jangan risau ! Korang ada dua pilihan. Satu , gi masuk makan di Restoran Madinah. Kat sebelah dia jer. Situ ada makanan Arab dan juga Barat. Order dan bayar jer ! Hahaah.. Harga , masuk akal la. Dan sila tanya diorang apa yang sedap kat situ. Diorang sangat membantu. Heheheh.. Terliur aku weh.






Sedap ? Nak tapau balik rumah pun boleh ! Dan aku nasihatkan korang... beli ayam dan kebab kat situ gak ! Fuh... dia punya lembut. Adoiyai... Patut la orang kata roti kat Arab ni sedap sedap. Baru aku tau kenapa. Huhuh.. Kalau kena diorang buat , memang power la ! Berbaloi makan. Hahaha.. Abis diet aku. Tapi ok pe... bukan ada minyak pun. Hahahah.. Sesekali kan ? 







Tapau untuk anak isteri kat rumah. Tu wajib. Hahaha... Dan untuk diri sendiri. Nyesal beli dua. Hahaha.. Kenyang sampai ke malam. Dan , wife siap bersuara.. 

" Bang , pasni nak gi Berkat Madinah. Biar saya lak masuk. " 

Abis la dia borong makanan kat situ nanti . Huhuhu.. Serius , berbaloi. Harga sekarang pun diorang jual harga PKP. Memang harga untuk mereka yang biasa biasa cam aku. Bukan kluster kayangan punya harga. 

Jangan lupa follow Instagram  : 

Berkat  Madinah 
Berkat Madinah Restaurant 

Cawangan Berkat Madinah di Malaysia : 
                                                   
1. Ampang: 
17-L1, Jalan  Ampang Putra 6, 
Taman Putra Suliman, 68000 Ampang
Selangor 

2. Kajang: 
Ground Floor, 
Unit No. PA-S-17, PEARL AVENUE Shop 
Jalan Pasir Emas, 43000 Kajang, Selango DE

3. Shah Alam: 
Berkat Madinah, Seksyen U12:
No. 46, Jln Pegaga C U12/C,
Desa Alam, Seksyen U12,
40170 Shah Alam, Selangor.

Untuk belian Online dan Delivery : 

Penghantaran Segera (Hari Sama)
Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang 
web : delivery.madinah.com.my
( kena login untuk pastikan kawasan anda terlibat untuk Penghantaran Segera )

Penghantaran Biasa  (dalam masa 3 hari ) 
Seluruh Malaysia
web : shop.madinah.com.my







Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Terbaca keratan akhbar yang sengaja diviralkan oleh insan insan tertentu atas niat mendapatkan populariti , baru baru ni ! Ternyata memang mendapat feedback positif dari mereka yang berhati mulia. Fuh. gitu ! Untunglahhh..

Keratan apa ? Hurm.. Tak tau ke ? Adoi... korang duduk mana ni ???? Dok main Tik Tok eh ? Ke layan Twitter lebih nehhh ! Hahaha.. Gurau gurau ! Tak kisah la kat mana korang lepak janji apa yang dibuat tu , baik manfaatnya.. Kan kan ? Pergh.. baik nasihat aku. Heee.

Ok.. meh aku story mory skit !


Kalau nak baca edisi panjang , boleh tengok di artikal Berita Harian ni.. Kalau malas nak baca sana , leh sambung baca kat bawah ni. Haaa.. aku dah cut ! Terus ke point utama. Hahahaa.. Kesimpulannya, kalau korang berminat nak turut serta berkorban pada tahun ni, korang boleh join lakukan di SMAHI jer. Tranfer duit dan diorang uruskan semua. Mudah gitu kan ?


Antara pakej yang SMAHI tawarkan ialah ;

BK1 - 🐂
Berat seekor lembu 200kg - 220kg
Harga : RM799/bhgn (Tambahan RM100 bagi pengagihan kepada asnaf)

BK2 - 🐂
Berat seekor lembu 230kg - 270kg
Harga : RM899/bhgn (Tambahan RM100 bagi pengagihan kepada asnaf)

BK3 - 🐂
Berat seekor lembu 280kg - 330kg
Harga : RM999/bhgn (Tambahan RM100 bagi pengagihan kepada asnaf

BK Kambing 🐐
Berat seekor kambing 30kg - 35kg
Harga :  RM1199/ekor (Tambahan RM100 bagi pengagihan kepada asnaf)

BK Premium Sado 🐃
Berat seekor lembu 600kg - 800kg
Harga : RM2799/bhgn (Tambahan RM200 bagi pengagihan kepada asnaf)

Semuanya diuruskan oleh pihak SMAHI secara sistematik, bersih dan ianya sangat mudah, anda boleh menyertai program korban ini dicawangan-cawangan AEON atau melalui online di www.smahi.my mulai 29 Jun 2020.



Sooo.. buat brotherhood sekalian , apa lagi ? Meh sokong projek korban SMAHI ni ! Kata brotherhood gitu ! Hahaha... Jom jom !



Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Dah dua minggu aku elak sedaya upaya untuk makan nasi. Yer, tu je cara terbaik aku untuk turunkan berat badan dan hilangkan boroi aku ! Nasi !! Dan sejujurnya aku suka makan nasi. Sapa tak suka kan ? Hahahaa.. Gile la tak suka. Bagi yang boleh kawal , bagus la. Yang tak boleh ? Macam aku ? Ditambah lagi bila ada lauk pauk yang cukup menyelerakan ! Hancur.. Tersadai weh !!








Ok.. Baru baru ni , aku ke Pulau Tioman dengan geng aku. Kat sana , diorang masak ! Buat pertama kali aku join trip , diorang masak untuk sarapan , makan tengahari dan makan malam. Giler sedap la wehh ! Walaupun simple, tapi cukup menyelerakan betul.  Siap berbbq lagi wehhh ! Jimat dah satu hal.. puashati hal lagi satu hal ! Maka keluar dari pulau tu , dengan memori indah ! Hahahah.. 

Aku yang tengah sekat nasi pun gagal tahan nafsu. Tu pun dipaksa berkali kali suruh makan oleh sahabat aku , Mr.Nash.  Lauk diorang memang menyelerakan. Cuma ketika aku sentuh nasi tu, aku rasa cam.. apasal lain eh ? Nasi dia terlerai dengan mudah gitu jer.. sebutir sebutir ! Ibarat dia dah dikukus begitu. 

Pastu aku try makan. Eh ??? Macam tak makan apa apa ! Hahahaha.. Kemudian aku diberitahu akan kelebihan beras yang diorang bawak malam tu.  Dan aku buat pertama kali mengetahui akan keunikkan beras tu.. Terus hilang rasa bersalah aku ! Hahahaha.. Lalu aku makan 2-3 kali tanpa rasa bersalah. Hahahaha.. 

Menariknya.. lepas makan , aku tak rasa mengah pun. Kemudian , perut tak rasa cam boroi . Pastu mengantuk pun tidak. Dan paling menarik , awal awal pagi dah sakit perut ! Haaa, kasi clear semua yang aku makan tu. Puncanya ialah kandungan fiber pada beras tu yang kasi lawas perut. Ini sudah sangat bagus ! 



Terus aku snap gambar dan hantar pada wife. Bagitau dia yang aku nak cari beras ni nanti bila balik Sepang. Dia hantar emoji muka sindir ! Hahahaha.. Nanti je cita la. Dia ngan Qhaliff asik perli aku jer kat sana. Asik makan tapi kat rumah tak nak makan ! Hahahaha... 

Dan di Aeon Nilai semalam , aku cari beras ni.. tak jumpa ! Adehhh... Jenuh nak mencari lak. Aku try google search.. di Happy Market ada jual secara online tapi area KL jer. Dia ada maklumkan di beberapa mall di KL ada menjualnya.. Hurm...


Nampak gayanya.. kena cari gak la. Satu kampit tu dalam RM16 (online) . Harga kat pasaraya , aku tak pasti. Nanti aku usha...
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes