BEN ASHAARI



Dua hari lepas.. mesin air aku ni kebocoran. Tak tau mana punca. Di bahagian tempat amik air tu pun , menitis nitis air. Terus aku whatsapp Cody aku. Cody ni ialah orang yang datang buat servis bila sampai masanya. Dan dia kata esok pagi dia datang. 

Esoknya, dia sampai tepat pada masanya. Dasat ! Aku suka orang datang tepat masa ni. Sebab aku pun terkejar masa. Nak gi antar Qhaliff ke sekolah. Pastu nak gi jemput Zahra lak. Huhuhu.. Tu la tugas aku di rumah jika tiada tugasan di luar. 

Cody datang. Dia check. Kemudian dia kata , ada part rosak. Yang ni kena hubungi HQ. Nak dia uruskan atau aku sendiri ? Kalau dia, akan amik masa sehari dua gak untuk diorang respon. Kalau aku sendiri yang contact , esok dah boleh datang.. 

Aku kata biar aku sendiri je hubungi. Selepas dia balik.. terus aku call. Selesai ! Kata customer service tu, esok technian akan call sebelum datang. Dan memang benar.. awal pagi dia dah call. Tanya bila aku ada di rumah ? 

Jam 2 petang, dia sampai ! Fuh.. Efisien. Dan orang yang sama gak datang. Dulu dia pernah datang sekali buat repair. Ada part rosak. Memang pantas dia buat kerja. Setengah jam berlalu.. siap ! Dia tunjuk kat aku apa masalah dia. Katanya jenis mesin aku ni , memang inilah yang selalu bermasalah. Maka dia dah memang ready spare part ! Hahahha.. 



Tu diaa.. Dah abis kontrak aku ni ! Sekarang ni masuk ke bayaran produk untuk jadi hak milik . Hurm.. nak jadi hak milik atau tukar yang lain ? Amik yang murah skit. Letih gak nak bayar RM188 di kala ekonomi macam ni. Huhuhu.. 

Apa pun.. terima kasih la buat team Coway. Bila bagus , kita puji la kan ? Jangan pandai kritik jer.. Hee..
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Bapak ahhh ! Sakit mata weh ! Nak tengok cermin sisi pun tak boleh.. Cermin pandang belakang pun gitu gak. Terpaksa aku 'pantulkan semula' cahaya tu pada dia balik ! Haaa.. Tau kan caranya ? Ingatkan dah selesai.. Tapi rupanya tak ! Datang pulak motor dari arah depan ! Ingatkan superbike tapi rupanya.. motor biasa jer ! Adehh.. 

Geram ! Tapi tak boleh amik tindakan sendiri. Pernah sampai aku punya geram tu, kasi kereta belakang aku potong aku pastu aku duduk belakang dia... kasi lampu tinggi kat dia ! Haa , amik kau. Baru kau tau camana rasa kan ? Haaa.. 

Menteri Pengangkutan yang lepas, dah kasi tau.. penggunaan lampu putih yang bukan original ni ,boleh di saman sehingga RM2 ribu atau penjara 6 bulan. Tapi masa bila buat pemeriksaan ? Haih.. takkan nak tunggu ada orang buat video viral kot ? 

Atau ada yang bergaduh sebab lampu ni ? Aku rasa ramai dah bengang pasal lampu ni. Tapi masih dok bersabar dan ikut undang undang. Tunggu pihak berwajib amik tindakan.. yang tak tau la bila nak buatnya ! 


Sumber : PanduLaju

Letih nak bangkitkan hal ni. Rasanya bukan sorang dua dah bising kot. Kang aku sendiri tukar lampu putih tu kang ! Haaaa ! Siap pakai cermin gelap gelita. Hahahaha.. Baru tauuu  ! Pastu baru nak kena saman ! Eh... hahaha... padan muka aku ! 

Ok , ok.. Sekarang ni camana ? Sapa nak amik tindakan ni ? JPJ atau PDRM ? Takkan nak suruh SPAD ? Eh.. ada lagi ke SPAD ?? Takda kaitan kot.. Huhu.. 

Tolong la yer.. Tak larat nak buta mata walaupun sesaat. Boleh menyebabkan kemalangan ! 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Sejam tunggu nak tukar syif.  Nak masuk , tak boleh sebab dah cukup 25 orang. SOP Gym kena ikut. Kalau tak , naya jer kena saman. Huhuh.. Mana tau pak polisi datang.. kan ? Nak balik.. cam malas lak. Nak tak nak , tunggu je la. 

Sementara tunggu tu , layan media sosial. Nak layan movie , malas. Hahahaa.. Tengok FB.. tengok IG.. tengok Twitter. Macam macam hal ada. Di Twitter dok kecoh pasal resort orang kaya ni. Haih.. aku pun tak tau nak salahkan sapa. Nampak macam dua dua je salah tapi salah yang berlainan ! Adeh.. Gi kat Facebook, hurm... boring gak. Orang dah mood nak tidur kan ! Hahahah.. Twitter ni ibarat KL sebelum PKP.  Tengah malam lagi panas ! FB ni macam KL semasa PKP.. Kul 10 dah bersiap nak tidur ! Hahahaha.. 

Tengok Instagram ? Kat Instagram , aku suka tengok skill skill fitness luar negara. Gempak la. Tak terikut aku. Hahaha.. Jauh beza haa ! Dapat tiru skit skit ok laaa... Mana yang best tu , aku download dan upload kembali ke akaun private aku. Yang buat tutorial workout la.. Heee.. 

Dan bila tengok awek awek bertudung kat Instagram ni.. Bukan aku nak tengok sangat tau ! Tapi dok keluar kat bahagian Search tu.. Geleng kepala aku ! LIKES tinggi lak tu. Giler giler tinggi ! Agaknya sebab tu kot diorang makin galak tayang dada ? Kalau tak bertudung tu , aku paham la.. Ni yang bertudung , apahal ? Bukak tudung tu la kalau nak buat gitu ! Memalukan tul !! 

Apa aku buat ? Yang over tu , aku blocked sekor sekor ! Penat mata nak tunduk ke bawah. Memang tak tinggalkan kesan kat diorang tapi sekurangnya aku tak sakit mata nak tengok ! Huhhh.. 

Jam 10 malam.. Giliran ahli baru masuk. Tak ramai dah dalam gym. Tapi aku dah takda mood nak berworkout ! Main kaki skit... Rowing.. Tarik la mana yang sempat.. pastu balik ! Esok je la... Faktor lapar pun satu hal ! Hahahaha... 

Dan juga tak cukup rehat. Hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments


Gambar atas tu, minggu lepas punya. Yang bawah tu , baru beli tadi. Eh , terbalik. Ah , tak kisah la.. sama jer ! Hahahaa.. Setiap kali aku teringat , aku akan pergi. Popia basah dia memang menepati sungguh selera aku. Cili dia memang terasa la. Nak kata pedas sangat pun tak , nak kata tak pedas pon tak gak. Sedang sedang gitu. 

Dan setiap kali aku gi beli.. mesti dua pek ! Satu pek , takkan cukup. Huhu... Dan tadi , aku singgah beli. Saja nak isi perut dengan popia sebelum makan nasi. Aku beli dua pek , seperti biasa. Terliur dah tengok ! Huhuh.. Tak sabar nak sampai rumah. Kalau wife aku ada , boleh dia tolong suapkan. Eh... tapi dua minggu ni , perang dingin. Jangan mimpi la nak bersuap ! Hahaha.. Bila baik.. gurau macam tak ingat dunia. Bila berperang , tersentuh jari kelingking pon tak leh. Huhuh.. Perempuan ! 

Eh.. terngumpat lak. Tak pe.. dia tak baca blog aku time perang ni. Hahahaha.. Ok , sambung. Sampai je rumah.. aku nampak jiran aku duduk kat luar. Seperti biasa. Dia memang suka duduk amik angin kat luar. Sejuk gitu.

Aku cam.. hurm.. camana eh ? Nak pelawa ke tak ? Hurm... Ok la.. Orang kata , kongsi rezeki ni , murah rezeki. Huhuh.. Tak pe la.. Aku nak makan banyak banyak pun , buat apa. Makan je la untuk lepaskan nafsu. Jangan ikut nafsu sangat. Huhuhuh.. 

" Bang, dah makan tengahari ? " tanya aku.

" Dah.. baru je.. " jawab dia. 

" Ni bang.. ada popia lebih. Amik la... " pelawa aku. 

Diucapnya terima kasih. Aku jawab dan terus masuk ke rumah. Basuh tangan dan terus jamah popia. Huhu.. Tak sampai 5 minit , selesai ! Dan cukup dah banyak tu. Kalau dua pek tu , memang terboroi perut aku. Hahaaha.. Perancangan Allah tu cantik dah. 

Apa pun.. popia tu memang sedap ! 
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Cuaca panas. Nak memandu , terganggu dek silauan matahari atau mata berair dan penat dok mengadap gajet lama sangat. Tak bagus untuk mata. Camana nak uruskan masalah ni ? Hurm.. Kawan kawan aku yang pakai cermin mata , dah tau mana nak pergi. Katanya mudah gi kedai yang direkomenkan. Senang nak deal dan tak risau nak kena 'sembelih' .

Kedai cermin mata Eyes Vision Optical di Sungei Wang ni , bukan sehari dua usianya. Dah berbelas tahun kat situ dan pelanggan setianya memang senantiasa kembali. Bukan sebab cermin mata bermasalah tapi saja nak tukar yang baru. Ikut peredaran zaman. Lagi pun harga memang mampu beli. Ikut kemampuan masing masing la.. 

Pelbagai jenis frame ada. Dari plastik hinggalah ke titanium. Dari yang biasa , hinggalah yang gempak ! Hahahaa.. Dan kantanya , ikut apa korang nak. Kalau tak kisah cam aku ni.. amik je plastik. Maklumlah , aku tak reti nak jaga spek ni. Kalau calar balar pun nak tukar baru tak mahal. Berbanding sebelum ni yang mana aku beli di kedai spek lain... diorang terus offer yang bapak mahal! Katanya mata aku lebih sesuai gitu. Hurmmm.. Beribu untuk kanta jer ! Haih.. 

Biasanya yang datang sini , mesti akan amik yang berjenama punya Kenapa ? Sebab murah ! Alang alang nak amik kan... amik yang memang cun terus. Takda la nak membazir duit. Dua tahun sekali tukar la.. Atau setahun sekali ha.. 



Kawan aku ni , Badrul.. mula mula dia datang sini buat spek untuk anak dia. Amik frame Harry Porter gitu. Fuh... memang rare dan gempak la nampak. Bingkai dari emas putih. Smart la. Pastu dia datang sekali lagi. Buat untuk diri sendiri. Siap amik contact lens. 

Spek bingkai Titanium Porche Design ni , harga di online memang tepuk dahi la. Kat sana , dia dapat sekali ngan kanta anti silau tukar gelap , dengan harga bawah dia punya bajet ! Huhuh.. Berbaloi katanya. Siap amik contact lens lagi. Pandai bodek , boleh mintak macam macam. Hahaha.. 




Kawan sepejabat aku ni dulu.. nah , bukan senang nak yakinkan kak Joyah ni. Maklumlah , orang biasa berniaga online ni dah tau sapa sembang kencang atau boleh percaya ceritanya. Dia pun gi buat kat situ. Walhal tinggal kat Putrajaya dan banyak je kedai spek . Tapi percaya dengan aku punya pendapat , dia gi buat kat sana..

Apa komen dia ? Huhuh..


Tu dia ! Pasni memang tukar tukar spek la akak Joyah kita ni. Tu style Kpop dah tu. Huhuu... Oh ya, spek siap dalam tempoh sejam je. Ikut power korang la. Kalau tinggi dan nak tukar gelap, tak la sehari. Tu nanti Mr. Jun akan kasi tau la tapi tak lama la macam aku dulu buat spek.. 2 minggu baru siap ! Huhuhu..

Kalau korang nak gi , contact terus Mr. June. Bagitau korang dapat tau pasal spek ni dari Ben Ashaari. InshaAllah dapat harga cun.. heee.. 

Alamat Eyes Vision Group : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
Instagram : https://www.instagram.com/eyesvisiongroup/
Facebook : https://www.facebook.com/eyesvisiongroup/
Whatsapp :  Mr. Jun ( 016 3636464 ) 




Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes