BEN ASHAARI



Kisahnya gini.. Bapak mertua aku tergelincir kat tandas. Bahunya terkehel. Esoknya , pekerja dia bawak dia gi jumpa pakcik ni la.. kat Labok. Katanya sohor la area sana. Dan menariknya, tak sampai 5 minit pun dia buat. Dia tarik tangan dan pulas jer. Selesai ! Eh ?? 

Aku macam tak percaya la.. Tapi sebab aku biasa tengok perubatan Tit Tar oleh Dato Eric Leong tu kat FB , maka aku percaya la. Lagi pun aku pernah buat gak chiropratic. Maka percaya la gaya perubatan ala ala Wong Fei Hong ni.. Banyak tengok citer kungfu la aku ni. Hehehehe.. 

Dan aku pernah buat gak fisioterapi. Konsep sama tapi PokHim ni fokus pada urat. Tu yang menarik tu.. Maka aku pun ke sana petang semalam. Bersama wife dan mak mertua. Wife masalah kaki terseliuh. Mak mertua dengan masalah lutut disebabkan terkehel masa menolak kerusi roda kawannya ketika mengerjakan haji bertahun tahun dahulu. Sakitnya hingga sekarang. 

Nak ke sini , aku menghala ke Labok , Machang. Kalau korang nak ke sini , aku rasa korang boleh waze ke Masjid Haji Noh Mukim Labok. Kat gambar bawah ni , ada nampak lorong bertentangan masjid. Lorong tu jalan masuk ke rumahnya. 


Agak ke dalam sedikit rumahnya. Kalau nampak rumah merah ni, korang boleh berhenti. Rumah Pok Him ni di sebelah rumah merah tu. Yang warna hijau tu.. Haaa tu la rumahnya.



Setibanya aku kat situ , ada satu pasangan berusia sedang berubat. Aku tunggu jap la. Rasanya orang luar gak sebab bila isterinya berbual ngan mak mertua aku tu, memang tak keras la bunyi Kelantan. Nasib baik tak panjang pun beratur. Maksud aku tu , tak perlu nak tunggu lama. 

Aku baru nak duduk , dah giliran aku. Terus aku mengadap dia. Dia pandang aku. Aku cakap la sakit kaki. Hahahah.. Dia suruh sua kaki ke dia. Aku cakap la sakit lutut. Dia suruh aku lunjur dia dua kaki aku. Pastu dia amik minyak dan calit ke hujung kaki. Dan membaca apa tah.. aku tak jelas dengar. 

Kemudian dia tunjuk kat mana sakit aku tu. Aku cam.. " Woww.. betul laa ! ". Memang sakit aku kat situ. Setiap kali solat , lepas bangun dari duduk antara dua sujud , terasa la urat menarik kat situ. Tegang sangat kat situ. 

Dia suruh wife aku pegang peha. Dia nak pulas kaki aku ! Erkk... Ngeri jap aku. Tak sempat aku nak menjerit , dia kata dah.. Mak mertua aku kata ada dengar bunyi letup. Seolah olah dia dah masuk ke tempat asal. Aku tak terasa apa pun.. 

Dia kata dah selesai ! Aku cam.. What ???? Aku tak puashati. Aku cakap bahu aku sakit . Dia kata cuba angkat bahu tu. Aku pun angkat.. Dia tanya aku.. " Sakit lagi tak ? " . Aku jawab tak. Memang tak la..  Aku bagitau dia lengan kanan aku sakit. Kat siku. Dia pegang jari aku. Dia tunjuk kat mana sakit. Pastu dia tekan kat situ.. Siap ! Aik ???? Biar benar ? Tu je ???? Punya la aku sakit selama ni , dia uruskan tak sampai 5 minit pun. 

Kemudian wife aku lak. Wife tak nak. Dia ni penakut benar bab sakit ni. Pelik tul aku. Ngan aku berani dia. Tapi ngan sakit gitu , takut ! Huhhh... Aku paksa dia buat gak. Dan pun hulur kaki. Pok Him tu pegang tapak kaki dia. Sentuh hujung jari jer. Pastu dia tunjuk kat mana sakitnya. Memang betul la.. Terus dia tekan kat situ. Melambung laaaa bini aku ! Hahahaha.. 

Siap ! Tak sempat keluar air mata pun dia. Selesai dah. Dia pun cam tak percaya. Hahahaha.. Giliran mak mertua aku. Dia tak nak sebab segan. Hehee.. Tapi sakit lututnya sangat menghantuinya. Buat la jugak . Kes dia macam aku. Kena pegang dan tarik. Dah , 3 orang selesai ! Nak datang jauh tapi sekejap je selesai. Dia tak mengurut pun.. Huhuh.. 

Upah ? Seikhlas hati.  Pastu dia cerita pasal pengalaman dia mengubat orang termasuklah orang yang pernah jatuh dari pokok kelapa. Doktor dah sampai tahap nak buat operation masukkan besi tapi dia selesaikan dalam masa 2 minit jer.. Huhuh.. Dia cerita la.. 

 



Dan dia kasi tips la bab urat urat ni. Alhamdulillah.. Memang bengkak kat lutut aku tu surut dah. Tak sakit. Balik tu terus gi gym. Power lain macam lak tangan aku.. Hahahaa.. 


Di gym.. aku borak la ngan coach gym tu. Aku cerita pasal aku gi mengubat kat situ. Aku sebut nama dia. Diorang kenal la.. Diorang cakap , kalau ngan orang kampung dia tu , kekadang tak menjadi. Tapi orang luar biasanya menjadi. Aku cam.. Hurm..  Dia tanya aku , ok tak ? Aku kata ok je ni. Tapi bukan 100% sembuh seperti sedia kala. Cuma ada beza sebelum berubat tu la.. Kalau aku berehat mungkin ok lagi kot. Aku gatal nak gi gym.. heeee... 

Kata diorang.. budak budak gym tu kalau sakit urat , diorang gi kat Ketereh. Kat sana ada tukang urut sohor gak. Tak mengurut tapi main urat gak. Macam Pok Him tapi cara beza skit. Dia tarik urat kita tu. Haa.. Katanya memang melambung la gak orang tapi sembuh. Sekejap je berubat. Menarik ! Mungkin aku leh cuba gak kalau sakit lagi.. Cuma katanya , kat situ ramai la.. beratur orang. Huhuh.. 



Pok Nik Ketereh ni , korang boleh jumpa alamat dan lokasinya bila korang Google. Guna je keyword ' Pok Nik Tukang Urut Ketereh ' . Mak mertua aku kata Pok Nik ni , bekas tentera.



Haa, korang boleh cuba dua dua ni la.. Aku tak kata diorang mampu sembuhkan. Tapi korang boleh ikhtiar. Mana tau rezeki korang kan ?

No tel Pok Him : 019 902 1412 ( call. Tiada Whatsapp yer )

Aku tanya wife tadi... Camana kaki ? Dia jawab apa tau ? "Tah... ni tak sakit dah pun. " . 2 minggu dia sakit.. sekali tekan ok ????
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Kontrak mesin air aku dengan Coway dah tamat ! Alhamdulillah.. Lega rasa. Satu beban dah selesai. Kenapa aku kata beban ? Panjang cerita dia. Dan tiba masa aku untuk turunkan perbelanjaan rumah tapi masih mengekalkan kualiti. Hehehe.. Antara yang terlibat ialah mesin air dan juga telekomunikasi. Elektrik juga perlu diawasi. Bil bil yang mencecah ratusan ringgit sebulan perlu dinilai semula penggunaannya. Mana boleh jimat , kita jimat. 

Ok... sekarang aku nak tutup akaun Coway. Kontrak dah tamat , bulan Julai ari tu. Jika aku nak miliki mesin air tu, aku perlu sambung bayar untuk 2  tahun lagi.  Perlu ke ? Lama kelamaan , mesin tu akan banyak masalah serta spare part untuk dia mesti akan takda punya ! Pastu akan kata kena tunggu lama jika nak dapatkan spare part. Maka kena la tukar baru gitu ! Heheheh.. Aku agak gitu la sebab pengalaman kan ? Lebih baik tukar baru dan jimat memandangkan anak anak pun dah besar.. Kalau dulu nak memudahkan ketika buat air susu.. tapi sekarang tak dah. 

Coway atau Cuckoo ?

Promosi Coway


Promosi Cuckoo

Dua dua menarik. Harga lebih kurang. Produk pun lebih kurang.. Mana lebih sesuai untuk aku sekeluarga ? Atau aku guna je la air mineral water  seperti sebelum sebelum ni ?? Tapi banyak pulak botol plastik kat rumah aku nanti. Hahahaha. Nak masak air panas lagi ! Adeh...

Dari sudut maintenance , Coway ok. Service pun ok. Mesej ke , mintak tolong pun cepat je reply. Cuckoo aku sempat pakai jap dulu. Pon ok. Takda masalah. Agen agen dia pun ramah mesra jer.. Takda isu.

Argh.. pening ! Ada yang suruh maintain jer.. Erk , 2 tahun lagi untuk bayar RM200 ? Fuh... kalau amik yang biasa ,boleh jimat RM100 sebulan. Pastu beli emas skit skit , kan ? Hehehehe..

Nah... apa pendapatan korang ? Hahahaha... Apa pun , memang aku tetap nak tukar ! Nak jimat ! Pasni nak tukar plan Celcom lak. Jimat jimat !!!

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Banyak kedai cemin mata di Kuala Lumpur ni. Banyak yang murah tapi nak jumpa kedai yang bagus ketika menjual dan juga seleps menjual tu susah... ada tu ada.. tapi tak banyak yang ada. Maksud aku, andai kata cemin korang tu bila dah pakai tak sesuai.. korang boleh kembali dan dapatkan khidmat nasihat dari mereka.. atau bingkai rosak , korang boleh dapatkan bingkaikan baru yang sama dengan harga yang ada diskaun dan sebagainya. 

Kalau korang pelanggan setia , lagi senang nak cerita tiap kali ke sana.. Hee.. tak payah kad membeship bagai.. tunjuk je muka dan spek yang pernah korang beli kat sana.. nah , senang cerita ! Macam kawan aku la.. dia baru je buat spek kat situ , tapi rezeki kurang baik.. dia kehilangan spek baru dia tu. Brand gempak la tu.. Haa, mau teriak la jap dia.. Huuh.. Tapi jika dia ke sana untuk dapatkan spek baru , boss kedai tu dah ready kasi harga menawan lagi tertawan untuk dia.. Maklumlah, bukan sekali dua dia buat spek kat situ.. Tahun ni saja 3 kali dah dia ke sana untuk beli spek.. Giler murah katanya ! 

Terletak di Sungei Wang Plaza , Bukit Bintang , nak ke sini selepas PKP , sangatlah tidak menyusahkan hidup. Dulu ketika pelancong luar boleh masuk Malaysia , sini memang padat la. Menangis nak masuk Bukit Bintang tapi sekarang , dah ok ! Hehehehe.. Maka nak ke sini , pada hari cuti pun senang je.. Tak perlu tempuh kesesakkan jalan raya gitu. 

Kenapa aku suka syorkan kedai ni pada korang , harga spek kat sini tak selindung selindung punya harga.. Nak lebih mudah bila berurusan kat sini, bagitau je apa masalah korang , bajet dan juga spek camana korang nak ! Haa , inshaAllah boleh mereka selesaikan. Tapi jangan la bawak RM100 pastu nak beli spek berjenama antarabangsa pulak pastu claim aku tipu ! Tapi pun nak dapatkan yang bingkai tahan lasak lagi gempak ! Haa , memang idok ler nak oiii ! Ikut kemampuan kita la.. Ok ? 

Kalau nak lagi murah , ajak la kawan kawan gi buat spek sekali.. Banyak diskaun leh dapat. Heheee..

Whatsapp : 0163636464 ( Mr.Jun )
Instagram : Eyes Vision Group 
Facebook : Eyes Vision Group
Lokasi :  Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur

Baca lagi di : NAK BERGAYA DENGAN CERMIN MATA TAPI RABUN JADI MASALAH ! INILAH CARANYA..

CERMIN MATA MURAH , KANTA ALPHA YANG ANTI SILAU DAN HALANG SINAR BIRU SELESAIKAN MASALAH RABUN AKU !

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Aku dah guna macam macam jenis seperti yang tertera di tajuk tu. Ada yang sesuai ada yang tidak. Pernah juga jumpa tukang gunting rambut yang menasihati aku jangan guna clay atau pomade ni. Rambut leh gugur. Hurmm..  Yeke ? Aku percaya. Heee.. Korang ? 

Gel camana pulak ? Dulu gel memang feveret aku la. Tapi cicak boleh mati tercucuk jika jatuh atas rabut aku yang pacak pacak tu ! Hahahaha.. Memang style pacak tu , zaman aku remaja dulu la.. Bukan punk rock tauu.. Tapi nak menegakkan rambut je.. Hehehe.. 

Bila dah dewasa ni.. eceh.. tak nak sebut tua tau ! Masih muda lagi yer.. aku memilih wax atau pomade cuma bila gi gym tu.. terpaksa kerap lap peluh di dahi untuk elak masuk mata. Kalau masuk mata , pedih la gak.. Huhuh.. 

Dan sekarang , aku lebih suka guna wax Swag ni. Satu , dahi tak berminyak bila berpeluh. Ini masalah ketara aku bila rambut diletakkan bahan bahan styling hair ni. Swag ni tak perlu letak banyak. Sedikit pun dah memadai. Aku turut gunakan pada rambut Qhaliff untuk ke sekolah. Hehe.. Kasi nampak lebih kemas dan kacak. 








SwaG tu aku beli kat Tesco jer. Harga boleh tahan gak la. Hehehe.. Tapi dek kerana nak nampak kacak dan bergaya di mata isteri.. ecece.. maka aku beli ajer la.. Kena pandai pandai jimat la gitu.. Pakai skit pun dah ok. Secalit aja.. hee..

Rambut dah tumbuh dengan gemilangnya. Tak nak botak dah. Hahaha.. Terseksa nak kasi tumbuh balik. Faktor usia dan juga pemakanan. Hee.. kena amik banyak telur dan juga aku guna LESPETTUA RAWATAN RAMBUT . 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Aku post gambar ni semalam. Kemudian ada rakan Fb yang jenis memerhati segalanya di dalam gambar , meninggalkan komen yang aku dah jangka ! Hahahaha.. Ternyata dia je yang komen gitu. Wife banyak kali dah tegur part ni tapi aku tak endahkan. Hahaha... Malas nak hidupkan kereta dan betulkan.

Akhirnya.. aku mengalah dan amik tahu. Ikutkan aku , aku malas nak tulis bab ni sebab nanti wife aku akan cakap..

" Orang luar tegur , baru nak dengar... " 

Perkara biasa kan ? Hahaha.. Diorang pun suka dengar cakap orang luar berbanding suami sendiri kannn... Lalalaaaa.. 





Semalam , balik dari gym.. aku parking tayar senget gak. Kemudian, aku betulkan selepas aku confirm yang tayar kereta dalam keduduk senget ketika parking , boleh memendekkan usia kereta tu. Dari mana aku tau ? Rajin rajin la google.. Hehehe.. 

Ok.. aku citer dalam bahasa simple yer. Bukan teknikal punya cerita tau.. 

" Stereng kuasa hidraulik menggunakan minyak atau bendalir berasaskan minyak untuk memberi tekanan pada rak kemudi (steering rack). Tekanan ini akan membantu memudahkan tangan pemandu memusingkan stereng yang akan menggerakkan tayar. 

Jadi, apabila tayar dihalakan ke sesuatu arah, tekanan minyak stereng kuasa akan terkumpul pada bahagian sama. Sebaik enjin kereta dimatikan, minyak itu akan terus tertumpu pada arah berkenaan dan tekanannya masih ada.

Dalam jangka masa panjang akibat parkir tanpa meluruskan stereng, ini akan menjejaskan garisan minyak dan getah kedap minyak hingga menyebabkan kebocoran. Seandainya ada berlaku kebocoran minyak, ini akan menyebabkan stereng kereta itu menjadi lebih berat untuk dikemudi.

Bagaimanapun, anda tidak perlu bimbang jika menggunakan kereta yang dibeli dilengkapi dengan stereng kuasa elektrik (EPS). " 

Sumber : Gempak.com

Hehehe... yang dah amalkan , baguslah yer.. Yang perangai macam aku ni , ayuh kita ubah ! 

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes