BEN ASHAARI





Perkongsian dari Facebook Khyrul Faiza Amdan ni mendapat perhatian pengguna pengguna di Facebook.  Pelbagai reaksi yang diberikan dan rata rata tak puashati dengan apa yang berlaku sekarang. Dan sememangnya aku setuju dengan kebanyakkan komen yang diberikan.. 

" ok..nak cerita sikit lah.. 

tadi singgah satu masjid ni utk solat Jamak Maghrib + Isyak. Dah pesan anak2 tak perlu masuk diruangan solat utama yg berkapet tu, memadai solat bahagian luar, tepi2 kaki lima je..kita musafir. Lepas solat,terus cari budak2 ni tak jumpa.. rupanya si bongsu kena marah, sebab budak tak boleh masuk dalam ruangan solat masjid. Itu SOP kata pakcik masjid. Last2 nampak dia solat sorang2 di kaki lima pintu keluar toilet.

Nak ditinggal dlm kereta sorang,tempat parking tu gelap.nak bagitau tak payah solat, mcm rasa tak betul pulak aku ni jadi mak.

Kalau ye pun SOP, rasanya mungkin boleh dipertimbangkan.. bagilah budak tu solat di bahagian kaki lima dlm ruangan solat jadi la.. "

Aku faham kenapa kanak kanak tak dibenarkan masuk masjid atau surau tapi kalau mereka boleh gi sekolah , hotel , shopping mall.. kenapa tidak masjid ? Bagilah mereka yang nak solat tu , solat jap. Beri satu sudut untuk mereka bersolat.  Sian bila tengok menda menda macam ni berlaku depan mata kita. Nanti apa kata mereka bila mereka dah pandai berfikir. Nah , kita tengok saja kes yang sedang hangat di Twitter.. #TetapNormal ! Mereka dah berani berbahas bab dosa pahala. Nah , camana tu ?? Tu belum lagi kata nanti.. takkan solat ni untuk orang dewasa ? Kat rumah boleh je solat. Tapi bila kita musafir , ayah je boleh masuk masjid.. kanak kanak ni punca kes Covid 19 ke ? Atau takut kanak kanak kena ? Kalau takut kena , tu ayah masuk , camana lak ??? 

Adoi... harap ada pertimbangan la selepas ni. Walaupun kes Covid 19 naik turun macam yoyo , kita dah kena biasakan  hidup dengan virus tu. Ikut je SOP yang disarakan seperti guna topeng mulut , bawa sejadah sendiri dan bersihkan tangan... InshaAllah ..
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Tak sangka.. tempat aku bermain sewaktu kecil ni , dah menjadi antara bandar terkenal di Kuala Lumpur. Sebut je nama Bandar Tasik Permaisuri, kenal dah diorang. Sebut nama taman perumahan aku tu, tak diorang tahu ! Tapi dulu, aku selalu guna nama Stadium Badminton Kuala Lumpur untuk ke rumah aku tu.. Pintu masuk ke Flat Sri Melaka.. Huhuh.. 

Sekarang ,  Kedai Emas Sri Tanah Merah yang terkenal tu pun dah buka cawangan di sini. Katanya ini cawangan dia yang terbesar di Kuala Lumpur selain di Ampang tu. Tempat lain , aku tak tau la.. Malas nak amik tau. Bukan dapat diskaun pun kalau bagi tau.. Hahahaha.. 

Ok... Kelmarin , aku ke rumah mak aku. Pastu adik aku ajak la wife aku ke sini. Kononnya nak tengok tengok je.. Teman dia. Aku cam... leh caya ke perempuan perempuan ni ? Adik aku lak spesis bila suka beli terus. Tak macam wife aku.. tengok ari ni , entah bila nak dibelinya. Huhuh.. 

Dan pergilah kitorang ke sana. Aku pun suka masuk kedai emas. Suka tengok design design terkini. Biasanya kalau tengok kat Poh Kong , Wah Chan atau Habib Jewel. Tapi kedai kedai ni aku nak tengok , segan. Baru nak tengok , diorang dah mai tanya. Hahahah.. I segan. Dalam beg duit ada duit tambang balik naik bas Tong Foong je.. Heeee... 

Dipendekkan cerita... akhirnya aku suruh la wife amik satu cincin. Pilih la mana nak asalkan aku mampu bayar. Hahahaha.. Terus terang ni. Duit simpan untuk persediaan anak ke sekolah tahun depan. Semua dah pakat pakat ke sekolah dah... termasuk Aariz. Banyak duit mau guna wooo ! Kan kan ?

Dan aku di situ ketika tu jam 5 petang. Gi lepas Asar. Dekat je dari rumah mak aku tu. Orang pun tak ramai. Pelik gak la. Katanya Sri Tanah Merah ni senantiasa penuh dengan orang. Huhuh.. 

Akhirnya.. dapat la gak satu cincin. Saja aku suh amik je mana dia nak. Tahun ni tak kasi lagi hadiah kat dia. 



Itu cerita hari Sabtu. Hari Ahad kembali lagi ke sini. Hahaha.. Bawak segala barang kemas yang ada. Saja nak nilaikan harga jika nak jual dan beli yang baru kat sini. Orang kata Sri Tanah Merah amik tinggi. Benarkah ? Huhu.. 

Bagusnya di sini, mereka betul betul periksa kualiti emas tu. Aku tak nak cerita la camana mereka buat sebab diorang tak buat depan aku. Maka takda bukti sahih la camana mereka buat tapi aku percaya je la.. 

Ahad... petang tu , mak aku pun join sama ke sini. Dia nak tengok. Hehehe.. Yeke orang perempuan ni kalau masuk kedai emas, tengok jer ???

Sengih je la nak oii ! 



Tengok je.. ni la hasil dari tengok jer ! Huhuu... Harga ok la. Dan dapat la satu gelang idaman. Nanti tahun depan , leh beli lain lak. Hahahaha... Gitu je la ye ? Layankan aja la..  Bukan selalu. Setahun sekali je...  

Siap beli. Layanan kakitangan kat situ ok. Tapi takda la kasi air mineral bagai. Hahahah... Ramai dah yang dah menanti di luar tu untuk masuk menyopping emas ! 
 

Gitulah... Sepanjang perjalanan balik... senyum je dia. Katanya kalau nak tengok dia senyum camtu , rajin rajin la bawak masuk ke situ.. 

Fuh.... 

Cair taik telinga.. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Tips dari Page Balai Polis Yan Kedah  , periksa kereta untuk perjalanan jauh yang mana bagi aku sangatlah bermanfaat tanpa kira waktu. Jika kita amik berat kenderaan kita , ianya bukan mampu panjangkan usia kenderaan kita malah tidak memberikan masalah kepada kita di tengah jalan.  

Setiap kali aku di lebuh raya , mesti nampak ada kereta breakdown. Jika mereka bersama keluarga , terasa kasihan pada anak anak dan juga orang tua. Pernah berlaku pada aku baru baru ini. Aku yang senantiasa pastikan kereta dalam keadaan baik pun , masih tetap berlaku. Bayangkan jika aku tak amik berat ? Mesti lagi kerap.  Nasib baik tu aku bersama kawan ketika tu. Di hari matahari di atas kepala. Sangatlah panas dan berpeluh peluh. Terus hubungi pihak insuran kita untuk tarik kereta kita ke bengkel. Percuma ! Jangan risau part tu yer.. Tapi dalam lingkungan tertentu. 

Usia kereta tidak memainkan peranan yer. Tak kira baru atau lama.. pastikan kereta kita dalam keadaan bersedia untuk berjalan jauh . Kita perlu tahu asas asas kenderaan kita. Di mana letaknya tayar simpanan , kat mana air.. minyak hitam , bateri , tanda tanda kecemasan .. keadaan tayar dan sebagainya. Jangan tahu bawak je ye...

Semoga bermanfaat untuk kita semua.



1) Pemeriksaan Keadaan Minyak Petrol/ Diesel : Periksa indicator minyak. Untuk jalan jauh sila pastikan minyak terisi penuh atau sekurang2nya separuh tank.. Kalau tak macam mana nak jalan jauh dengan lancar

2) Pemeriksaan Keadaan Minyak Enjin : Cabut dipstick dan bersihkan, Pasang kembali distick semula. Kemudian angkat kembali dipstick dan periksa ketinggian minyak hitam harus berada pada level min dan max.Tambahkan minyak enjin jika level minyak berada di bawah tanda min.

3) Pemeriksaan kandungan Minyak Brake : Periksa level minyak brake pada tabung harus berada diantara min dan max. tambahkan jika kurang. Hati-hati jangan sampai minyak brake tumpah ke body kendaraan, bersihkan dengan air jika minyak brake menitis pada body.

4) Pemeriksaan Minyak Power Stering : Periksa level minyak power steering pada tabung harus diantara Min dan Max tambahkan jika kurang.juga periksa keadaaan minyak power steering (warna keemasan = ok , warna gelap =ganti).

5) Pemeriksaan Air Radiator (coolant) : Periksa jumlah air radiator pada tangki cadangan. Jumlah air radiator harus berada pada aras min dan max, tambahkan jika kurang.Buka tutup radiator dan periksa jumlah air radiator harus penuh, tambahkan jika kurang (*jangan membuka tutup radiator pada saat enjin panas). Jangan isi banyak lepas dari aras nanti air coolent melimpah keluar

6)  Pemeriksaan fungsi Wiper : Buka tutup pengisian air wiper (tutup tabung/tangki air bertanda khusus atau bertuliskan washer fluid only), isi sampai penuh kemudian tutup kembali.
* untuk mencegah tersumbatnya nozzle gunakan air suling atau air minerel. kerana air ni tak ade klorin ..
* jika naktambah sabun cairan pembersih Windshield Washer Fluid lagi bagus


7) Periksa Getah wiper : Periksa Getah wiper kalau ade kerosakkan. Onkan Motor wiper pancutkan air pada nozzle lihat pergerakkan wiper lancar atau tidak.

8) Pemeriksaan Aircon sistem : Hidupkan temperature max dingin dan max blower. Periksa kipas pendingin condenser harus berputar, kemudian periksa sign glass kondisi tidak boleh terdapat buih udara didalamnya.kalau berbuih2 itu tandanya gas dah nak habis... atau terdapat kebocoran gas berlaku pada pipe..


* Sign glass adalah kaca transparan yang terdapat pada pipe AC, untuk melihat refrigerant.
Periksa suhu hembusan angin dengan tangan.ada rasa tak wap aircon kat tapak tangan..


9) Pemeriksaan Drive Belt, Aircon Belt dan kipas berfungsi : Drive belt adalah tali penggerak dari enjin memutar komponen tambahan antara lain pully air con, kipas radiator, alternator, dan compressor AC. Drive belt tengok lah kalau kat tepi2 belt dah berbenang dan berbulu2 tu tandanya dah sepatutnya tukar .On kan enjin Periksa fungsi kipas berjalan lancar…






Terima kasih. Semoga Allah lindungi kita dalam perjalanan nanti. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Sekarang ni trend berbasikal eh ? Tak la. Berbasikal ni lama dah orang main.  Cuma kebelakangan ni tetiba meriah lak ? Al maklumlah , tak boleh nak travel ke luar negara.  Duit berlambak.. kan ? Tak tau nak buat apa.. layan basikal laa.. Tapi bukan basikal sebarangan yer.. Harga tak mampu jeling punya aku haa ! Hehehehe.. Tapi ok la.. aktiviti sihat.. 

Cuma yang tak sihat tu bila mana yang berbasikal ni tak ikut peraturan. Dari kepala hinggalah ke basikal. Haaa..  Di jalan raya satu hal. Yang berbasikal di taman pun satu hal ! Haaa... Di tempat orang berjalan , berlari.. situ gak dia nak berbasikal ! Adoi... camana tu ? 

Dan yang di jalan raya ni masalah besar. Yang ada escort tu bagus la.. Kita sedia maklum mereka dah buat permohonan pada pihak berkuasa. Yang tak de escort tapi berbasikal berjemaah tu camana ? Ko dah terang terang makan jalan untuk kenderaan besar.. Pastu bergerak beriringan.. Adoi.. Tak pasal pasal kena tunggu korang lepas atau tunggu jalan besar baru boleh potong. Nak potong pun kena amik jarak gak. Risau korang terjatuh berdekatan kereta. Adeh.. tak leh nak imagine ! 

Bila ada plet dan berdaftar , maka bolehla saman dikeluarkan pada mereka yang tak ikut peraturan ni.  Dan korang pun boleh la berbasikal atas jalan raya. Kalau berlaku kemalangan , korang pun ada insuran untuk bayar balik kerosakkan pada kenderaan pengguna yang terlibat tu kan ? Haaa.. Barulah adil ! 

Bukan apa.. aku teringat kes kes kemalangan yang melibatkan aku dulu. Kita ni dah memandu dengan cermat.. tapi dek kerana orang lain punya kecuaian , kita jadi mangsa ! Bukan kereta je rosak tapi masa juga terbuang ! Nak kena gi report , repair .. anak tak boleh gi sekolah ! Bini nak gi kerja pun payah ! Camana ? Haaa... Tak kena kat korang , tak pe la.. Kalau kena ? Hurm.. 

Kalau off road berbasikal tu, tak da sapa nak kecoh. Yang buat kecoh ni atas jalan raya di kala orang tengah sibuk. Terutama hujung minggu. Dah tak pasal pasal berebut jalan ! Dengan geng konvoi motor.. konvoi kereta.. Adeh... 

Dan kalau boleh , lesen ni perlu dikategorikan. Yang guna sebagai pengangkutan harian seperti ke tempat kerja atau ke sekolah , perlulah diberi pelepasan. Yang guna untuk riadah ni , wajar bayar la.. Basikal mahal kot ? Kalau hilang pun , senang nak report... Ada register gitu.. kan kan ? 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Kali ke dua aku sekeluarga ke sini. Dua dua atas urusan kerja. Alang alang wife outstation , bawak sekeluarga sekali ke sini. Disebabkan Terengganu , tu yang aku nak gi. Maklumlah , aku sebenarnya tak abis lagi explore negeri yang gempak sangat bagi aku ni. Hehehe.. Tak risau sama sekali aku bila berada di sini. Semuanya ada.. 

Ok.. Hotel Paya Bunga ni memang mesra Islam. Tak perlu risau la bila ke sini. Bab bilik , bab makan , ruang parking , kolam renang , gym.. semua best ! Permandangan bilik aku inap tu pun cantik. Kalau korang suka berjalan kaki , hotel ni memang sesuai sekali lokasinya. Dengan dengan tempat tempat strategik gitu.. 

Aku tak de apa nak komplen pasal hotel ni. Semua ok kecuali.. Haa ! Yang ni aku tak tau kenapa begini la..  Sarapan pagi kurang pilihan. Mungkin tak ramai yang inap ? Kalau itu alasan dia , memang tak leh nak kata apa la. Macam aku hari tu.. dua hari kat sana , aku cuma turun sarapan pagi sekali je. Nasi minyak dia, superb ! Mee goreng , hurm.. Dan yang lain lain tu.. hurm.. Tu je la.. 

Tapi.. haaa.. rezeki aku hari tu. Dapat merasa bubur syura yang mereka buat. Memang sedap laa ! Pertama kali makan aku rasa. Hahaha.. Memang aku suka. Sayang nak abiskan ! 









Kalau korang bercadang nak bercuti ke Kuala Terengganu , nah.. Paya Bunga memang sesuai sangat. Dan sebelum balik tu, sila waze Keropok Lekor Tawakkal. Serius berbaloi untuk korang tapau bawak balik rumah. Korang cuba yang rasa yang rebus.. Pastu tau laa..

Dan jangan lupa keluar lepak di satu port ni.. dekat ngan KTC Mall . Macam downtown gitu la. Aku tak ingat nama tempat tu tapi kalau nak ke sana , korang gerak lepas Maghrib. Hehehe.. Sebab lepas Isyak , penuh wehhh ! Susah nak cari parking.. Hee..

Terengganu memang berbaloi untuk dilawati.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes