Ketika awal aku ditawarkan job Supercube - Molasses Herbs Drink ni, aku main terima jer tanpa pikir panjang ! Sebabnya aku diberitahu oleh rakan aku yang produk aku review ni nanti adalah untuk kesihatan. Yer , aku ni kan pencinta kesihatan. Eceh... Ala..bukan sebab takut mati tapi aku tahu, dalam keadaan pandemik Covid 19 ni , hospital penuh ! Nak tak nak , aku kena jaga kesihatan diri aku sendiri. Jika sakit , masuk wad.. anak bini payah nak gi melawat ! Aku keseorangan di wad dan terdedah dengan risiko virus Covid 19 yang mana kerajaan mintak kita jauhi !!
Selepas menerima produk ni, aku tak buat kajian lagi. Terus aku buka salah satu dan bancuh. Berbentuk cube dan mudah larut. Warna gelap dan rasanya cukup enak sekali. Aku cam.. amenda ni ? Hahahaa.. Kemudian barulah aku buat kajian mengenai bahan bahan yang terkandung dalam Supercube ni..
Ok... mula mula... bahan utama ialah Molasses atau gula hitam ! Nah.. patut wife aku kata manis sangat. Aku dah risau dah ! Apakah mempunyai gula yang mana aku sering elakkan dalam minuman dan pemakanan aku ? Bila aku tengok maklumat pemakanan yang terdapat pada kotak , komposisi tenaga adalah 44 kalori dan lemak , sifar ! Fuh.. dasat ! Kecil dan mudah dibakar. Dan tiada lemak ! Bagusnya..
Molasses Sugar dalam Supercube yang mana turut dikenali dengan Black Sugar atau Japanese Black Sugar. Molasses yang digunakan dalam Supercube diproses dengan cara yang sama dan ianya dibuat di Malaysia. Maka , untuk memantau proses pembuatannya lebih mudah. Tebu diperah untuk mendapatkan cecair dan direbus berjam2 sehingga likat dan kemudian dikeraskan mengikut bentuk cube.
Perbezaan dengan molasses sugar di pasaran ? Kebanyakan molasses sugar dan juga gula perang di pasaran adalah hasil gula putih yang kemudiannya dicampur kembali dengan molasses syrup yang didapati semasa proses pembuatan gula putih. Lebih banyak molasses yang dicampur lebih gelap lah gula putih tadi bertukar. Hasil seakan sama akan tetapi proses berlainan. Penghasilan molasses sugar Supercube adalah semulajadi dan tidak melalui proses pembuatan gula putih.
Kelebihan:
- Glycemic index yang lebih rendah. Glycemic index adalah kadar sesuatu menaikkan gula dalam darah. Makanan dan minuman yang diproses adalah lebih tinggi glycemic index. Supercube adalah pembuatan natural jadi glycemic index seakan-akan madu. Supercube adalah alternatif lebih baik dari gula putih mahu pun gula perang.
- Sedap dan berkhasiat. Molasses mengandungi iron, calcium, magnesium dan banyak lagi vitamin dan minerals.
Supercube ada 3 jenis. Jom kita tengok apa kelebihan setiap satu. Kita mulakan dengan Ginger & Lavender (calm and soothe - help in soothing body and mind ) . Menjadi pilihan aku sebab ada ginger atau halia. Apa saja produk yang ada halia , aku mesti nak cuba dulu. Hehehe..
Digabungkan dengan Lavender yang ketahui umum betapa Lavender ni mempunyai banyak khasiat terutama pada kulit kita. Walaupun diletakkan sebagai minuman herba , aku tak rasa pun macam minum herba tapi cam minum teh english gitu. Tetiba rasa duduk tepi taman di Paris. Huhuhu.. Rindu pulak kat Paris.. Eh.. haha.
Ok.. apakah kelebihannya ? Seperti kita tahu, halia untuk mereka yang bermasalah dengan angin dalam badan. Kalau naik angin pun, sesuai minum.. boleh kasi relaks skit diri tu ! Tengah tengah stress ke.. haa.. sesuai ! Perut tak selesa pun digalakkan amik ni ! Maka standbylah satu dua kotak di rumah.
Tak susah pun nak minum.. Koyak je plastik yang membaluti cube tu dan letakkan ke dalam air panas. Tunggu beberapa minit.. minum.. Ah, legaaaanya ! Seriuss.. syok sangat. Aku minum setiap pagi sebelum memulakan kerja. Kasi cool diri tu dulu. Heee.. Takda kentut kentut untuk buang angin aihh !
Yang kedua... Nah , aku perkenalkan Osmanthus & Roses ( relax and heal - help in lowering stress level & getting quality deep sleep ). Ini kalau minum sebelum tidur.. aduh , terlupa kita yang mana kita sedang dalam keadaan pandemik ! Terlupa ada Covid 19. Mimpi indah indah belaka. Patut la ari tu aku mimpi kawin lagi. Eh .. jangan cite kat wife aku. Kang dia sorok Osmanthus & Roses ni lak ! Hahahaha..
Bunga Osmanthus ni banyak khasiat. Kalau korang rajin search , mesti cam wow ! Ala.. aku tau.. korang malas nak Google kan ? Hee.. ok , aku kongsikan sedikit kebaikan bunga Osmanthus ni. Menurut kajian Osmanthus mengandungi mikro meningkatkan kesihatan seperti Selenium, Cobalt, mangan, dan Molybdenum. Selain tu , Osmanthus ni dapat memberi semangat, melegakan minda dan menghilangkan keletihan serta merangsang pemikiran. Dikatakan juga Osmanthus juga menggalakkan kulit cantik.
Sudut pandangan doktor herba pula , Othmanthus berkesan untuk merawat buah pinggang berkhasiat, mengawal selia endokrin,baik untuk hati dan perut dan mengandungi asid palmitik, asid laurik, asid daging, pemutihan kulit, penyingkiran toksik,melegakan ketegangan, pengambilan kerap, penulenan fizikal dan mental, mengimbangkan sistem saraf dan meningkatkan selera makan. Kataya yang ada masalah sengugut pun sesuai minum.
Tu diaa aih ! Punya la bagus tumbuhan ciptaan Allah ni. Nak ngan tak nak je kita manfaatkan.
Ok.. yang ketiga.. ni bagus untuk ibu-ibu yang mengandung mahupun yang sedang dalam berpantang. Tapi aku minum gak. Bagus ! Bangun pagi pagi.. lawas perut aku. Hahaha.. Red Dates & Goji Berry ( noorish & boost - help in menstuation and pregnant mother ) .
Yang ni lak , jika untuk ibu yang baru dapat baby.. boleh tambahkan susu , tambahkan tenaga dan yang ada masalah sengugut pon sesuai minum. Dan kelebihan Goji Berry ni sangatlah banyak. Haaaa.. jangan ingat ibu ibu je boleh minum tau. Boleh meningkat imunisasi badan , melindungi mata , stabilkan kandungan gula dalam badan , anti kanser , boleh mengelakkan kerosakan pada hati dan boleh membantu mereka yang ada depression. Dalam erti kata lain, melegakan la tekanan perasaan tu.. Gitulah dari pembacaan aku hasil dari Google !
Supercube dibuat di Malaysia menggunakan bahan-bahan terbaik gred A. Beberapa bahan yang digunakan adalah dari Malaysia seperti halia, diambil dari Bentong dan ada yang diimport dari luar negara seperti Bunga Osmanthus dari China. Pensijilan Halal ada.. Jangan risau.
Terpikat ? Aku lama dah terpikat ni ! Hahaha.. Kat mana nak beli ? Beli je online.. confirm bukan produk tiruan ! Harga pun mampu beli punya ! Boleh rujuk ke :
Web Supercube : Supercube – Molasses Herbs Drinks.
Facebook : Supercube.HQ
Instagram : Supercube.HQ
Oh ya... wakil jualan di Instagram , korang boleh je search dengan mengunakan #supercube ajer ! Senang. Ok ? Tunggu apa lagi ? Beli dan amalkan setiap hari... akan terasa perbezaannya ! InshaAllah. Ingat Ben.. ingat super cute.. eh , Supercube !

















