BEN ASHAARI




Setiap pagi , aku punya sarapan mudah jer. Aku tak nak berat berat. Memadai dengan perut kenyang dan bertenaga. Yang pastinya , aku tak nak minum Teh Tarik , Kopi atau apa saja yang ditambah dengan gula putih ! Adoi.. Tak nak ! 

Bukan tak berani atau takut kena penyakit tapi memang dah lama aku tinggalkan gula putih ni. Melainkan kat kedai, dah terorder tu.. atau minuman yang aku beli di kedai dah ada gula.. tu aku tak leh nak tolak dah la. Kalau buang , mengada lak. Selagi boleh aku elak.. aku elak. 

Bukan apa.. sejak dua menjak dah turun size badan ni, terasa selesa untuk bergerak. Nak kata fit tu tak la pun. Aku tak nak la test badan aku ni. Nak cabar tengok bagus ke tak.. fit ke tak.. kuat ke tak.. Hahaha.. Buat apa ha.. Nyamuk gigit , menjerit gak. Lipas terbang mai.. lari gak weh ! Hahahaa..

Ok... tu bab makan..Nak lagi mudah, ko puasa jer ! Senang ! Nak jaga makan ni , golongan kuat disiplin je boleh buat. Aku sendiri pun kerap je tewas. Bila ada makanan sedap depan mata.. ke laut dalam gak diet aku. Konon.. Hahaha. Diet ni bukan tak makan tau.. haaa ! Kena mau paham konsep diet sebenar.  Dari tak makan, baik puasa. Tapi pastikan masa sahur dan berbuka tu, pengambilan makanan biarlah betul. Jangan melantak giler giler ! Sia sia jer.. 


Berkenaan dengan fitness tracker ni.. Aku terbaca satu artikal mengenainya. Aku ni bukanlah peminat nak track aku punya fitness setiap hari. Walaupun ada goals tapi tak ikut pun. Aku ada cara aku sendiri. Sebenarnya cara gini lebih mudah.  Mudah untuk aku la. Untuk orang lain , aku tak tau la.. Aku punya , aku akan mulakan dengan kardio. Bakar dalam 300 kalori pastu akan workout guna resistance band atau dumbell. Amik dalam sejam gitu. Maka sehari , aku akan bersenam dalam satu setengah jam gitu. Kemudian, minggu hadapan, aku tukar.. Aku mulakan dengan workout dan tutup dengan kardio.  Boleh baca di SINI. 

Untuk membantu pembakaran lemak, aku ada amik L-Carinitine. Ni aku amik sesekali jer. Banyak gak manfaat dia untuk tubuh badan jika bukan jenis makan makanan berkhasiat selalu. Haaa.. Dalam erti kata lain, kenali badan korang dulu. Bukan ikut orang. Pastu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. 

Dan bab bersenam tu... kalau beginner , jangan nak ikut orang sangat. Ikut kemampuan diri sendiri.  Perlahan lahan up level. Contoh mulakan dengan jumping jack atau lompat bintang. Bila dah boleh buat sehari lebih dari 100 kali , boleh cuba guna skipping rope lak. Tapi pastikan streching dulu. Lutut tu mau kena kuat. Bahaya kalau tak kuat ! 






Bab 10 ribu langkah ni.. ko ikut je cara terbaik yakni , setengah jam sehari berjalan kaki. Tu dah cukup bagus dah. Tak perlu sampai 10 ribu langkah pun. Dan tolong jaga makan. Jangan lebih 1000 kalori sehari. Pandai pandai la kira camana. Amik contoh mudah cam roti canai tu.. sekeping je dah 300 kalori. Acaner tu ? Sehari nak makan berapa kali untuk teruskan kehidupan ? 

Jaga kesihatan.. mahal nilainya ! 


 

 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Mengisahkan Heo Im adalah doktor legenda perubatan akupuntur . Dia bekerja di sebuah klinik yang mana membantu orang-orang miskin. Dan pada masa yang sama  memperolehi keuntungan dengan membuat lawatan rahsia ke rumah bangsawan dan pegawai kerajaan pada waktu malam. 

Satu hari dia dipanggil oleh Raja untuk membantunya mengatasi penyakit migrainnya. Sebelum dia pergi , dia didatangi oleh seorang lelaki bersama anak kecilnya. Kanak kanak tu lak dalam keadaan nazak. Serabut dok pikir mana satu yang hendak dia dahulukan.. akhirnya dia memilih untuk ke istana. Sebelum pergi , dia membisikkan sesuatu pada kanak kanak tu.. 

Di istana, berlaku satu insiden di luar jangkaannya dan dia dituduh melakukan pengkhianatan. Dia ditangkap  dan diperintahkan dipenjara. Akhirnya dia berjaya melepaskan diri. Dia akhirnya terkepung di sebuah jambatan dan tiba tiba dipanah oleh seseorang yang tidak dikenali dan dia jatuh ke dalam sungai. 


Nah... di sini segalanya bermula !  Baru syok part ni.. Hahahaha.. Dia sedar sedar je.. dia di zaman Moden. Dan berada di Seoul ! Dok bingung dengan apa yang terjadi pada dia, berlaku satu insiden yang membawanya berjumpa dengan seorang doktor perempuan yang cun. Ok la.. cun la gak bagi aku. Hahaha.. Kira masing masing nak guna kepakaran masing masing la. Mana yang terbaik ??? 

Haaa.. 16 episod seperti biasa. Pelbagai kejadian lucu dan sedih. Syoknya ialah mereka kembara ke dua zaman. Termasuklah ketika perang Jepun - Korea ! Haaa.. Apakah yang terjadi ? Hahahaha.. Bercinta tu , mestilah.. tapi nak pikat tu bukan mudah.. Seperti biasa la kan.. 

Jalan cerita menarik disebabkan karektor Dr. Heo Im yang senantiasa blur tu.. Dengan poyonya lagi ha.. Membuatkan aku hilang mood nak berworkout selama 2 hari ! Hahaha.. 

Akan ada season 2 katanya.. Mungkin 2022 nanti ?
Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Viral di Twitter baru baru ni... Bila baca mengenai Korea Itali Towel ni, ada beberapa komen mengatakan bagus untuk hilangkan daki dan kulit mati pada badan. Langsung aku mesej wife. Minta dia belikan di Shopee !  Lazada , takda stok dah weh ! Hahahaha.. Dan stok ni terus dari Korea. 

Aku memerlukan Korea Itali Towel ni sebab aku ada masalah kehitaman pada bahagian siku dan leher tu. Payah tul la nak sental. Tu nak cuba. Kot kot berbaloi gitu. Harga pun , boleh tahan gak. Yang wife aku beli ni , jenis kecil. Ala ala size sapu tangan. Ada pelbagai size. Kena cari sendiri la. Korang boleh je search Korea Itali Towel.

Sebelum ni pernah cuba beberapa jenis produk. Memang ok tapi msalahnya ialah nak restock tu ha ! Nak tunggu satu hal lagi. Tu pasal nak cuba yang ni lak. Mana la tau kot kot berkesan.. tak banyak pun, skit jadilah.. kan kan ?


Ok.. dah sampai setelah lama menunggu dek kerana kehabisan stok. Dan terus aku guna. Cuba pakai kat leher , sikut , belakang leher dan juga ketiak. Hahahaha.. Ha , kat kepala lutut dan juga buku lali. Tapi yang pasti la... kulit terasa lebih licin berbanding jika tak gunakannya. Ni kalau beli tuala mandi dia ni, mesti syok ! 

Cuma kena hati hati la skit... sebab kasar cam scrub tu la... kena sental lembut lembut. Kulit aku ni lain skit.. cap badak punya ! Hahaha. Kena kuat skit.. tapi tang muka tu , kena perlahan lahan la sental.. heee..

 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Ok..aku , dah lama amalkan bab pemakanan sihat ni. Bukan apa.. dalam usia aku sekarang ni, aku kena jaga pemakanan aku. Apa yang aku makan , akan beri impak pada tubuh badan aku seterusnya , aktiviti harian aku. Penyakit zaman sekarang ni tak kenal usia dah. Segalanya berpunca dari pemakanan dan aktiviti harian kita. Sebab tu kena ambil berat bab bab ni. Harga kesihatan amatlah mahal di zaman ni.

Makanan superfood yang terkini telah dimasukkan ke dalam senarai pengambilan makanan harian aku ialah ELAIESE. Pernah dengar tak minyak kelapa sawit Merah ? Nah... ELAIESE ni adalah MINYAK sawit merah terhasil daripada pemprosesan minyak secara dari mesokap buah sawit (Elaeis guineensis). Ia mengandungi asid lemak dan mikronutrien penting seperti karotenoid (termasuk pro-vitamin A), vitamin E dan fitosterol.

Melalui infomasi yang aku dapat di internet ni , minyak sawit merah kaya vitamin E iaitu 30 peratus tokoferol dan 70 peratus tokotrienol. Dikatakan ianya amat bagus untuk meningkatkan sistem imuniti badan, mengawal tahap kolesterol, pengaliran darah serta mengurangkan tekanan darah.

Pengambilan minyak ini juga mampu membantu melindungi daripada serangan angin ahmar dan membantu mengawal sel kanser daripada merebak terutama sel kanser payudara. Selain itu juga, kelebihan vitamin E juga membantu melindungi kulit daripada sinaran ultraviolet (UV) bagi mengelakkan kanser kulit dan penyakit kulit lain.

Dikatakan juga harga minyak sawit merah lebih mahal berbanding minyak sawit kuning. Minyak sawit merah dilaporkan mengandungi 500-1,500 ppm karotena melebihi 15 kali lobak merah, 300 kali melebihi tomato dan 44 kali melebihi sayuran hijau. 

Ada kajian telah dibuat terhadap minyak sawit merah dan mendapati ianya dapat mengawal penyakit jantung, katarak, rabun malam dan kanser mulut, paru-paru, kulit, hati dan perut. Dan menariknya , kandungan nutrisi minyak kelapa sawit merah lebih tinggi berbanding minyak zaitun dan minyak kelapa ! 

Elaiese








Wife aku dah cuba guna pada masakan seperti Keow Teow Goreng dan sebagainya. Seperti yang korang nampak di atas tu la ! Ternyata rasanya berbeza sama sekali selepas dicampurkan atau digunakan pada masakan. Sebelum ni , bila nampak minyak pada masakan , aku amat takut sekali nak makan ! Hahaha.. Serius woo ! Tapi dengan adanya ELAIESE digunakan pada setiap masakan sang isteri , aku akan makan tanpa rasa was was sama sekali. 

Nah.. kat bawah ni ada beberapa contoh resepi yang boleh digunakan jika korang berminat nak berdiet dengan cara sihat. Memang sangat berbaloi la ! Kalau tak nak campur dalam masakan pun tak pe.. Amik sesudu sehari pon ok dah ! Aaha... hirup gitu jer ! Heee... 

Ok.. Ada yang campurkan sedikit pada face mask dan juga hair mask mereka. Ambil khasiat yang ada pada ELAIESE ni. Tak memudaratkan sama sekali ! 





Ahaa.. amacam ? Nak cuba ? Ok..  Kalau korang berminat , ELAIESE sedang menawarkan kit ELAISE Healthful Adventurer secara percuma dan jika terpilih , korang boleh turut serta sesi memasak Zoom Coockout bersama Chef  Selebriti , Chef Adu pada 6hb Mac 2021 nanti. Kita akan masak bersama sama yer ! Hehehehe.. 

Jika berminat untuk dapatkan kit tersebut  , boleh klik SINI. Jangan risau.. PERCUMA !

Facebook account: https://www.facebook.com/ELAIESE
Instagram account: @elaiese_official
Website: https:/simedarbyoilsnutrition.com/elaiese

#HealthfulAdventureswithElaiese
#SpoonfulofRedElaies


Share
Tweet
Pin
Share
15 comments
Aariz tak pernah meminta. Tapi dia cukup teruja dengan pemberian hadiah dari aku. Tak kisah mahal atau murah , riak muka dia tu seperti sang isteri baru dapat gelang emas ! Hahahaha... Kisahnya, baru baru ni dia mintak baju Ferrari sebab dia pernah dapat mainan Lego kereta Ferrari. Sejak tu dia minat Ferrari.  Ditambah lagi , aku punya hoodies Ferrari. Maka dia nak baju cam aku tu ! Aku bukak Lazada.. dan order ! 

Seminggu tunggu. Aku tunjuk kat dia. Ya Allah.. dia punya teruja nak pakai tu. Terpaksa basuh segera baju dan jemur terus. Kering je , dia terus pakai. Siang malam.. Hahaha.. Si kecil ni memang punya satu perangai lain skit. Haha.. manja betul.

Qhaliff.. pun dapat. Headphone gamers ! Dia kesian skit la.. Gi order barang dari Hong Kong. Hahaha.. Memang parah la menunggu skit. Tapi bila barang dia sampai.. aku letakkan di sisi dia... ketika dia masih tidur ! Harapan aku , dia teruja sangat bila tengok headphone yang dia nantikan tu, berada di genggaman dia. Dan korang pun tau la camana aksinya lepas tu kan.. Hehehe.. 




Anak dara aku ni.. Hahaha.. Dia ni macam aku. Tak kisah pun. Tapi kalau dapat , WOWW ! Seronok bukan kepalang. Apa yang dia nak cumalah satu jer.. Aku tidur di sisi dia , setiap malam.. Bau ketiak aku dulu.. baru dia dapat lena ! Yer.. seperti aku lakukan dulu masa kecik kecik dulu.. aku suka bau ketiak arwah ayah aku...  

Melihat anak anak gembira... aku turut gembira.. 


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes