BEN ASHAARI



Awalnya aku ingat bekalan air di umah aku ni terputus. Di hari raya lak tu ! Hahaha.. Adoi la. Stress lak aku dibuatnya. Tapi dalam grup whatsapp taman , tenang jer. Takda la riot atau pemberontakan ! Gulp.. ke rumah aku je ni bermasalah ? Alamak... 

Aku tanya jiran aku. Katanya OK jer rumah dia. Huwaaaa ! Stress weh.. stress ! Aku risau ada paip pecah jer ni. Bukan apa.. kalau paip pecah , kos tinggi woii nak baiki ! Dengan keadaan macam sekarang ni, kena bijak berjimat cermat.. Tu pasal niat nak beli Earbuds Samsung Pro tersangkut lagi. Hahaha.. Ada hati la yer. 

Ok.. sambung.. Aku check satu satu.. Air kat dapur je yang takda ! Tapi kat bahagian lain ada. Awalnya aku ingat air tangki tapi rupanya bukan. berkat kebijaksanaan aku , aku try kosongkan air di mesin Coway aku. Eh , dia refill semula. Bermakna , ada air di dapur tu masuk la. Apasal kat sinki ni je tak keluar air ? Sebenarnya keluar.. ciput !

Aku check saluran bahagian bawah sinki.. Ada air. Aku syak sesuatu ni. Tapi tak pe la.. Aku cari plumber sekitar taman perumahan aku ni. Set temujanji.. Petang baru ada kekosongan. Tak kisah la.. asalkan air keluar dan dapur boleh berasap semula. Kalau tak.. pening aku weh ! Huhuh.. 

Jam 3 lebih.. sampai dua pemuda. Diorang check. Akhirnya dah tau apa punca ! Hos air tu tersumbat.  Punca.. air di sinki tu , direct dari luar. Tak bertapis. Paham paham je la kan ? Diorang pergi carikan hos yang baru. Siap call tanya mana satu aku nak. Huhuh.. Bagus diorang. 

Akhirnya .... alhamdulillah. Siap ! Aku tanya berapa ? Dia kata kos hos tu RM40.. Upah  pasang tu RM20. Aku cam.. What ????? Takkan macam tu je RM20 ? Aku keluarkan sejumlah duit dan kasi dia. Terkejut diorang. Katanya banyak sangat ni. Dia nak pulangkan baki. Aku bagitau mereka yang mereka dah menyenangkan hidup aku tu pun dah bagus. Huhuh.. Yelah, dari paip pecah kan ? Baik tu je masalah dia. 

Lega rasa air dah kembali keluar. Aku boleh teruskan kehidupan seperti biasa. 


Memikirkan dek kerana air tu tak bertapis dan bakal kembali masalah tu, aku rasa macam nak kena amik penapis air. Ada banyak penapis air di pasaran sekarang ni. Semua bagus bagus. Nak cari yang bagus tapi mampu bayar ! Huhuh.. Dan kalau boleh..malas la nak menyewa bulanan. Letih nak membayarnya. 

Ada kawan cadangkan beli kat hardware jer. Pastu dia pasangkan. Upah kos pasang je la. Pastu maintenance tahunan tu, boleh je panggil dia. Hurm.. ok gak tu ! Tak pun dia kata dia leh ajarkan buat camana.. Hurm.. Menarik.. Cuma bukan sekarang ni la. Hehehhe.. Kena berjimat. 
 


Kecil cam ni pun comel gak kan ? 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Kita tau, beli barang mahal mahal secara online ni, risiko tanggung sendiri ! Aku tak tau sangat bab  TnC  belian melalui penghantaran seperti Pos Laju , Ninja, JnT dan sebagainya. Tapi yang aku tau , ada banyak kes telah berlaku kebelakangan ni.. contoh beli emas online , emasnya ghaib !

Nak salahkan sapa ? Sebelum ni takda masalah begini. Kenapa tiba tiba sekarang , boleh ada ? Siapa yang ambil ? Aku tak nak tuding jari. Cuma aku nak tau , apakah tindakan yang boleh dilakukan selain dari melaporkan kepada Polis. Apakah pihak courier bertanggungjawab ? Atau salah pembeli sendiri ? Ada yang kata mereka patut tau yang mana barang berharga tak boleh dibeli secara online.. eh ?

Hurm... terdesak sangat ke sampai ambil barangan orang ? Teringat aku punya spek Oakley.. kena rembat masa aku letak dalam beg ketika ke Langkawi. Di airport. Hurm.. Baru aku tau sejak tu. Malaysia ni bukan negara selamat ! Huhuhu.. 

Berbalik pada cerita ni.. Yang terbaru.. boleh baca di bawah..



Kes gelang emas beli online


Haa.. Awek ni tunggu barang kiriman dari kawan dia. Dan hurm... boleh pulak main campak gini je eh ? Nasib baik aku tak pernah alami kes campak campak ni ! Segalanya aku terima dengan baik. Samada letak atas tembok atau dalam rumah aku. Alhamdulillah.. Yang hantar tu mesti baik orangnya. 

Ok.. sambung..









Tu diaaa ! Diorang buat kerja sampai gitu sekali. Letak dalam parcel orang lain ! Haih.. Siannya la. Bayangkan yang menanti barangan dia tu , adalah orang orang yang memerlukan. Nak guna untuk menimba ilmu dan tak berduit. Beli hp hasil dari duit simpanan ! Kau tak rasa berdosa ke ? Ko tau tau betapa suweynya hidup ni bila amik hak orang ? Mungkin tak kena tangkap dengan polis tapi Allah tu wujud ! Tak tau ke dengan doa orang teraniaya ???? 

Haih la.. kalau terdesak sekali pun , berusahalah tambah pendapatan ! Bukan dengan cara ambil hak orang.


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Pergh.. Tak sangka lak aku ada web boleh buat secantik ni ! Dia punya crop gambar kita pastu jadikan gambar profile yang cun ! Crop dia kemas lak tu. Seolah olah ada designer duk kat belakang web tu haa. Hahahaha.. 

Aku tau pasal web ni bila terbaca lemparan kicauan burung di Twitter. Hahaha.. Kelakar lak bunyi eh ? Kicauan gitu.. Tweet la dalam bahasa orang media sosial ni. Ha, aku pun test la. Eh.. cun lak ! Terus aku save dan jadikan gambar profile. Tak perlu download aplikasi apa apa pun. Segalanya siap tak sampai seminit pun ! 

Yang bagusnya.. ada banyak pilihan design latar belakang haaa ! 













Amacam ? Haaa.. aku kata dah ! Hahahha.. Nak try gak ke ? Hahaahha.. Nak tau web mana eh ? Er.. sat nak ingat semula.. kat mana eh.. Kat mana eh... haish.. Lupa lak aku ! Hahaha... Kalau nak tau , komen kat bawah ni. Nanti aku kasi tau kat mana.

Lalalalaaa...

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Mind Your Own Business atau Jaga Hal Kau Sendiri Jer ! Aduh... berat betul ni. Nak amik tau susah.. tak amik tau pun susah. Bimbang jika terjadi pada diri sendiri atau ahli keluarga , sapa nak membantu kita ? Inilah yang sering aku fikirkan. 

Ada beberapa isu yang lalu depan mata aku. Terfikir aku.. perlukah aku campur tangan atau buat bodoh jer? Isu ni sebenarnya besar juga dan masalah pada negara jika tidak ditangani dengan segera. Takut nanti , menjadi kebiasaan dan anak anak kita menjadi mangsa mereka yang tidak berintegriti ni ! Dasar mangkuk punya orang. 

Tapi kalau amik tau ? Kita pun tau negara kita ni bermasalah dengan salah guna kuasa.  Kena kat geng diorang.. lepas gitu jer. Kalau kena kata orang biasa biasa ni.. siap la kau ! Dah tu camana nak bantu negara terutamanya kerajaan ? Hurm.. Entah la.. 

Nak tak nak... 


 Jika semua rakyat berpegang pada prinsip MYOB ni... negara akan hancur ! Semua buat hal sendiri. Semua prepper je untuk diri sendiri. Apa jadi pada jiran tetangga , masyarakat .. pandai pandai la nak hidup sendiri. Tolong salah , tak tolong pun salah. Yang ada kuasa lak... untunglah mereka. Atas dunia ni. Akhirat , menjawablah di sana. Tu pun kalau percaya adanya akhirat ! Nak kata bengap agama , aku rasa ramai je pandai baca Al-Quran. 

Hurm.. entah la.. Amanah tu , berat ! 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Setiap pagi , aku punya sarapan mudah jer. Aku tak nak berat berat. Memadai dengan perut kenyang dan bertenaga. Yang pastinya , aku tak nak minum Teh Tarik , Kopi atau apa saja yang ditambah dengan gula putih ! Adoi.. Tak nak ! 

Bukan tak berani atau takut kena penyakit tapi memang dah lama aku tinggalkan gula putih ni. Melainkan kat kedai, dah terorder tu.. atau minuman yang aku beli di kedai dah ada gula.. tu aku tak leh nak tolak dah la. Kalau buang , mengada lak. Selagi boleh aku elak.. aku elak. 

Bukan apa.. sejak dua menjak dah turun size badan ni, terasa selesa untuk bergerak. Nak kata fit tu tak la pun. Aku tak nak la test badan aku ni. Nak cabar tengok bagus ke tak.. fit ke tak.. kuat ke tak.. Hahaha.. Buat apa ha.. Nyamuk gigit , menjerit gak. Lipas terbang mai.. lari gak weh ! Hahahaa..

Ok... tu bab makan..Nak lagi mudah, ko puasa jer ! Senang ! Nak jaga makan ni , golongan kuat disiplin je boleh buat. Aku sendiri pun kerap je tewas. Bila ada makanan sedap depan mata.. ke laut dalam gak diet aku. Konon.. Hahaha. Diet ni bukan tak makan tau.. haaa ! Kena mau paham konsep diet sebenar.  Dari tak makan, baik puasa. Tapi pastikan masa sahur dan berbuka tu, pengambilan makanan biarlah betul. Jangan melantak giler giler ! Sia sia jer.. 


Berkenaan dengan fitness tracker ni.. Aku terbaca satu artikal mengenainya. Aku ni bukanlah peminat nak track aku punya fitness setiap hari. Walaupun ada goals tapi tak ikut pun. Aku ada cara aku sendiri. Sebenarnya cara gini lebih mudah.  Mudah untuk aku la. Untuk orang lain , aku tak tau la.. Aku punya , aku akan mulakan dengan kardio. Bakar dalam 300 kalori pastu akan workout guna resistance band atau dumbell. Amik dalam sejam gitu. Maka sehari , aku akan bersenam dalam satu setengah jam gitu. Kemudian, minggu hadapan, aku tukar.. Aku mulakan dengan workout dan tutup dengan kardio.  Boleh baca di SINI. 

Untuk membantu pembakaran lemak, aku ada amik L-Carinitine. Ni aku amik sesekali jer. Banyak gak manfaat dia untuk tubuh badan jika bukan jenis makan makanan berkhasiat selalu. Haaa.. Dalam erti kata lain, kenali badan korang dulu. Bukan ikut orang. Pastu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. 

Dan bab bersenam tu... kalau beginner , jangan nak ikut orang sangat. Ikut kemampuan diri sendiri.  Perlahan lahan up level. Contoh mulakan dengan jumping jack atau lompat bintang. Bila dah boleh buat sehari lebih dari 100 kali , boleh cuba guna skipping rope lak. Tapi pastikan streching dulu. Lutut tu mau kena kuat. Bahaya kalau tak kuat ! 






Bab 10 ribu langkah ni.. ko ikut je cara terbaik yakni , setengah jam sehari berjalan kaki. Tu dah cukup bagus dah. Tak perlu sampai 10 ribu langkah pun. Dan tolong jaga makan. Jangan lebih 1000 kalori sehari. Pandai pandai la kira camana. Amik contoh mudah cam roti canai tu.. sekeping je dah 300 kalori. Acaner tu ? Sehari nak makan berapa kali untuk teruskan kehidupan ? 

Jaga kesihatan.. mahal nilainya ! 


 

 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes