BEN ASHAARI



Fuh... lama tak buat kerja giler macam ni ! Hahahah.. Berbaloi. Sampai rumah , anak anak tak sempat nak bukak mata.. semua lena hingga ke pagi ! Kenapa ? Gara gara ikut daddy berjalan jalan dengan  ibu. Nak sangat keluar rumah katanya. Seminggu gi sekolah.. hujung minggu nak keluar ikut daddy ! 

Awal pagi , gi sekolah Zahra dulu. Hehehee.. Dia dapat beg sekolah percuma. Semua Tahun 1 di sekolah dia dan rasanya di sekolah sekolah lain juga. Ahli Parlimen Sepang yang kasi. Camana tau ? Dah terang terang muka dia kat kotak beg tu. Huhuh.. Terima kasih yer YB. Orang memberi , kita berterima kasih. 

Selesai bahagian Zahra. Terus ke Wangsa Maju. Alhamdulillah, jalan clear walaupun banyak kereta la jugak. Faham faham je la kan.. Ampang ke Wangsa Maju, bukan calang calang punya jalan raya. Kena berhati hati memandu. 

Sampai di Sellection , Wangsa Maju.. tak bukak lagi butiknya. Aku sekeluarga gi makan kat restoran makanan Pantai Timur di sebelahnya. Katanya baru buka. Dan meriah ! Alhamdulillah.. pemilik restoran bagus orangnya. Cepat dan pantas bertindak. Aku makan nasi berlauk. Sedap! Ikan segar. Kuah panas. Nasi pun cun. Huhhu.. 


Siap... gi butik ! Kenapa ke sini aku ? Aku saja nak suprise kat wife. Dia mencari beg tangan. Dia selalu beli di Instagram. Seller dari UK katanya. Tapi masalahnya, lambat sampai. Tu yang aku kesian. Aku bawak dia ke situ dan mintak dia pilih mana yang berkenan. Hehehe.. Pilih la dulu. Harga tu, aku rasa dia pun tahu laki dia punya kemampuan. Sekali seumur hidup.. apa salahnya ? Dia pun banyak dah berkorban membantu aku. Giteewwww ! 

Ada beberapa dalam pemerhatian dia. Aku pun rasa cun cun gak handbag kat situ. Malah aku sendiri pun tergoda barangan yang ada dalam tu seperti jam tangan , dompet dan beg ! Huhuhu.. Silap silap , aku pulak yang beli. Hehehhee.. 







Harga ? Katanya kat situ harga ok. Kalau rasa rasa nak jimat , boleh je bayar secara ansuan ! Giteeew ! Alaa... ikut kemampuan masing masing la. Kalau dah teringin sangat.. apa salahnya, kan ? Jangan mencuri merompak dah la.. 

Dah tengok punya tengok.. wife kenyit mata kat aku. Ok , dah jumpa yang dia nak.. Nanti kita repeat sekali lagi. Anak anak dah bising ! Untuk pengetahuan, budak budak bawah 12 tahun , tak dibenarkan masuk. Kena duduk luar tapi jangan risau. Ada staff tolong jagakan kat luar. Baik staffnya. Cuma wife aku ni , kalau nak membeli.. dia kena tengok sampai betul betul nak. Tak macam aku.. asal berkenan jer, angkut terus. Hahahaha..



Wife ajak repeat nanti. Aku ok jer. Tak nak paksa paksa. Nanti dia tak puashati. Aku gak yang susah. Kena belanja lagi. Hahahha.. Pastu pelan nak singgah umah mak aku di Cheras. Ziarah dia jap. Petrol pun nak ke E . Singgah terus ke Stesen Petronas , Jalan Rhu. Kat depan Risda, Jalan Ampang. Teringat kenangan lalu. Kat sini la aku punya pejabat tempat aku kerja buat pertama kalinya. Huhuhu.. Kenangan gitu. Banyak dah perubah. 

Dan bulan ni, aku tak masukkan lagi Primax97. Sekali sebulan kena buat kata orang lama. Cuci enjin katanya. Dan memang bagus pun guna jenis Primax 97 ni. Lebih jimat pemanduan dan lancar perjalanan. 

Menariknya.. Kalau korang isi lebih dari RM40 , korang layak sertai pertandingan yang ditawarkan. Ha, mana la tau rezeki korang kan ? Boleh menang kereta atau pun rumah. Tak rugi apa pun join. Bukan kena bayar apa apa.. Isi Primax97 dan sertai. Tu jer.. 

Lepas isi, solat sat kat situ dan beli minuman serta makanan. Anak anak kelaparan. Ada jual macam macam dalam tu. Pulut Kuning Zarina Zainudin ada.. Nasi lemak artis mana tau.. tapi sedap ! Duduk dalam tu jap dan layan. Anak anak pekena aiskrim ! 




Di Cheras.. lepak jap sampai malam. Pastu balik ke Sepang. Alhamdulillah.. Segala perancangan berjalan dengan baik dan dipermudahkan. 

Dan kembali menanti hari Isnin. Hahahaha.. Rutin sama sehingga Jumaat. Melainkan aku ada kerja luar.



Share
Tweet
Pin
Share
12 comments







Ahh.. best benar cerita Raya And The Last Dragon. Layan dengan anak anak, diorang siap suruh ulang lagi. Huhuh.. Tapi sayangnya , kalau ada lagu macam Moana tu mesti lagi best. Lagu lagu dalam Moana kan best belaka. Huhuh..

Cerita simple jer tapi ada teladan. Karektor pun menarik. Kalau dibuat seperti Frozen , rasanya boleh jadi idola kanak kanak ni. Cam si Sisu , Raya.. memang comel gitu. Hahaha.. Watak dia cute jer. Heee.. Aku sendiri tertarik dengan cerita ni. Mengingatkan aku pada Moana. 

Ceritanya mengisahkan bagaimana kehidupan di Kumandra , manusia dan naga aman damai hinggalah datangnya Druun.. raksasa yang serupa macam Covid 19 yang membuatkan mana mana hidupan menjadi batu ( manusia dan naga ). Akhirnya diselamatkan oleh sebuat batu  sakti. 500 kemudian, dek kerana ketamakan manusia, batu tu jadi rebutan dan Drunn kembali merajai bumi Kumandra yang telah berpecah kepada beberapa buah kawasan mengikut puak puak tertentu. Eh, tengok la sendiri. Best ! 

Aku tengok kat mana ? Er.. erk... entah. Hahaha.. 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments



Layan citer 'Yes Day' di Netflix dengan Qhaliff dan Zahra. Sebelum ni , Qhaliff memang beberapa kali syorkan pada mak bapak dia untuk buat Yes Day dan No Day. Aaarghhh... Dia ingat aku tak tau trick dia tu ! Segalanya dalam poket aku ni haaa ! Yes Day la sangat yer.. 

Wife tidur dah. Aariz pun sama. Aku tengok je la ngan diorang. Qhaliff tersengih sengih bila melihat babak babak yang mak dia cam harimau tu , lakonan Jennifer Garner. Awek lama aku ni ! Hahahaha.. Minat dia dalam ALIAS. Dalam citer ni pun, lakonan dia best. 

Cerita simple tapi terkesan jugak la pada aku dan anak anak. Buat Qhaliff , dia lebih memahami dah tugasan dia dan peranan dia sebagai anak sulung... Begitu juga dengan Zahra. Dia sebagai adik pun kena tau tanggungjawab dia dan bagaimana nak bekerjasama dengan abangnya.

" Nampak tu Qhaliff. Sebab tu daddy selalu mintak tolong Qhaliff. Suruh buat itu ini. Sebab nak Qhaliff belajar. Bertanggungjawab. Dan paling penting , Qhaliff adalah paling tua dan kena jaga adik adik. Kalau tak, jadi macam ni la.. Suka jadi macam ni ?" kata aku merujuk pada babak yang berlaku di dalam cerita tu. 

Di akhir cerita.. Zahra pandang aku.. " Daddy , nak YES DAY jugak.. boleh ?" kata dia. Pergh... Bayangkan apa boleh berlaku bila segalanya ' YES' saja ! Boleh muflis aku. Hahahaha..

Best cerita ni ! 

 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

KokoJar Shake , sampai dah depan rumah. Viral kat FB , terliur tengok. Walaupun aku dah mula berdiet tapi nafsu terhadap coklat sukar dihindari ! Memang meleleh keluar dari sudut bibirku. Hahaha... Aku ingatkan aku sorang je hantu coklat gini.. Tapi rupanya aku dah ada pesaing ! Baru plan nak sorok satu bekas untuk aku.. tapi si Qhaliff dah nampak. 

Tak pe la.. 

Aku niatkan je nak belanja anak anak dek kerana diorang bagus minggu ni. Bangun pagi takda masalah. Gi sekolah tak banyak karenah. Alhamdulillah. Diorang permudahkan hari aku maka di hari terakhir , minggu ni daddy belanja KOKO JAR SHAKE na... pakat pakat share la yer. Abis , nanti beli lagi ! Sedap memang sedap tapi kena makan bersederhana. Barulah nikmat !



Senyum dapat eh ! Hahaha.. Tak sabar dia bukak nak makan. Aku pun jerit ala ala Cikgu Farah viral tu la... " Jangan Makan Duluuuuuuuu" .. Tunggu la adik adik yang lain. Zahra sekolah. Aariz dok lena. Dia bangun awal sangat pagi ni. Masuk tengahari , ngantuk selalu. Hahahah.. Nak tak nak, tunggu semua ada , kita makan berjemaah. Barulah afdal ! 

Ada 3 jenis rasa KokoJar Shake ni. Semua sedap sedap nampaknya. Dan aku rasa ramai dah jadi peminat setia.. kan kan ? Korang dah rasa ? Ke baru nak rasa ? Memang berbaloi la kalau makan beramai ramai. Tak baek tau makan sorang sorang. Menda sedap begini , kena share. Barulah murah rezeki. Hahahaha.. 







Memang melekat la coklat KokoJar Shake ni. Kaki coklat mesti puashati. Dan kalau korang tengah stress, gaduh ngan kekasih , pasangan atau apa jua masalah.. cubalah duduk tenang.. bukak KokoJar Shake ni dan makan. InshaAllah , mood kembali normal ! Hahahah.. Coklat la katakan.. Heee..

Untuk pengetahuan korang , KokoJar Shake ni gabungan buble rice dan mini Cococrunch. Kemudian disaluti dengan premium coklat melt. Bukan sebarangan punya coklat yer. Haaa, confirm puashati. Melekat teringat sampai ke dalam mimpi. 

Ok.. ni berita baik untuk korang. Kalau dah tau sedap, apa lagi ??? Selain membeli buat santapan, apa kata kita buat duit sampingan lak ! Haaa, kalau pandai bisnes... bukan sampingan dah ! Boleh jadi pendapatan utama gitu ! 

Apakah itu ? 

Jadilah agen KokoJar Shake ! Tawaran dibuka khas ni. Rugi tak terima. Korang dah la kaki makan. Pastu boleh jual kat kawan kawan, Sama sama bedal ! Sama sama riang gumbira gitu.. Hahahaha.. Barulah seronok kehidupan. Hee.. 

Camana nak jadi agen ? Korang boleh tengok link link di bawah ni. Boleh whatsapp terus atau pergi ke website mereka terlebih dahulu dan baca T&C dia kalau nak jadi agen.. Ok ? 

Web : www.kokojar.com
Instagram : https://www.instagram.com/kokojarshake.hq/
Facebook : https://www.facebook.com/kokojarshake.hqpage
Whatsapp :  01162921562
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments



Ingat lagi ketika aku kecil dulu. Pergi sekolah , naik bas sekolah Uncle Lim. Jam 6 pagi , berkesejukan di depan bas sekolah beratur nak naik. Mak menemani aku. Ketika tu, aku di darjah 1.  Yer, aku naik bas sekolah Uncle Lim sehingga darjah 3. Kemudian kami berpindah ke kawasan flat berdekatan.  Arwah ayah amik tanggungjawab mengambil dan menghantar aku pula. Kemudian adik adik aku mula bersekolah.. 

Tidak lama kemudian , arwah berhenti kerja dan mula memulakan perniagaan bas sekolahnya.  Dan aku serta adik adik, dia dan ibu aku menghantar sehingga depan sekolah. Malu ? Giler. Bangga apaa ! Orang lain naik bas awam.. jalan kaki tapi aku mak ayah yang hantar. Satu memori buat aku. Dan aku berazam untuk hantar anak anak aku sendiri ke sekolah. Biar ada satu ikatan unik di situ.

Sampai waktu aku pula bersama anak anak. Bermula dari Qhaliff. Dia di tahun 1 lagi , aku dah amik dan hantar dia. Sekarang Tahun 3 dah dia. Zahra di Tahun 1. Aku dan wife sama sama pikul tanggungjawab. Hantar dan menjemput mereka pulang. 

Penat tu memang penat. Sebab bermula dari pagi hari hingga ke petang. Dalam pada tu , aku kena juga cari duit untuk famili. Huhuh.. Pastu malam, selesaikan anak anak dulu sebelum ke gym. Tu pun dah mula selang selikan hari jer. Heeee.. Terpaksa gi gym untuk pastikan badan kekal fit. 

Sampai bila nak macam ni ? Selagi aku , aku buat. Itu je memori terindah yang boleh aku berikan buat anak anak. Nak bawak melancong , tak berkemampuan lagi. Huhuh.. InshaAllah satu hari nanti.  Yang pastinya, hajat aku tercapai sudah. Aku nak hantar anak anak ke sekolah.. sendiri !


Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (7)
    • ▼  Mac 2026 (1)
      • Raya macam dulu dulu di Pusat Pakaian Hari Hari 2026
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes