BEN ASHAARI



Ada kawan komen di Instagtram aku... 

" Susah betul nak cari content kan ? katanya... Pastu katanya sekarang banyak merapu. 


Hurm.. Susah ke ? Nak cari content tu tak susah pun. Banyak je idea tapi nak tarik orang membaca tu susah sikit. Bukan takda. Ada jer tapi kalau nak meriah, kena tajuk yang gempak dan berinfomasi. Kalau nak cerita hal peribadi atau kegiatan kehidupan tu, hanyalah mereka yang rapat dengan kita saja akan ikut.

Aku boleh je nak cerita isu isu semasa tapi rasa cam... dalam keadaan sekarang ni, aku rasa cam tak perlulah sangat dah. Cukuplah ramai antara kita ni tertekan dalam diam. Antara sedar dan tidak jer. Sejujurnya aku pun tertekan juga tapi aku perlu bertenang dan banyak bersabar. Segalanya ada hikmah. Sebaiknya aku teruskan chill jer ! Cari content yang menarik untuk dikongsikan. Tak perlu nak tambah beban di kepala rakan rakan pembaca setia blog aku ni. 

Orang tak membaca dah ? Menonton video?  Hurm... content video yang berilmiah juga sangat penting. Bukan apa.. zaman sekarang ni , ramai dah pandai mengedit video ! Kalau buat live, pastu salah cakap.. naya bang ! Viral sekelip mata jer ! Hahahaha.. Abis segala lubang nanti kena korek ! Tak sanggup aku aih.

Sebaiknya.. aku kekal begini jer. Menaip di papan kekunci laptop , memberi kelegaan pada aku. Meluahkan rasa apa yang terpendam. Berfikir sebelum menaip. Segalanya dari isi hati. Berbeza dengan video.. Kena cari content menarik untuk memastikan apa yang bakal diupload itu viral. Kalau tak, sia sia jer. 

Dan perlu kita ingat juga.. video tu akan kekal lama di media sosial ! Maka berhati hatilah dengan apa yang kita buat. Jika yang baik diupload, maka saham akhirat untuk kita. Jika sebaliknya.. 
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Pagi ni aku kejut anak anak bangun awal kecuali , si anak dara. Kenapa aku tak kejut dia ? Hurm.. kalau aku kejut dia, program berjalan awal pagi akan terbatal dengan sendirinya. Dia insan yang payah nak bangun pagi tapi kalau dah bangun, payah nak tidur semula. Gitulah. Hahahaha.. Yang lagi dua ni, senang nak bangun.. senang nak tidur ! Zahra ikut style aku la tu.. masa muda muda la. Heee..

Ok... Sahaja aku penuhkan aktiviti anak anak dengan bermain. Aku tahu diorang bosan dan tepu duduk di rumah. Cuma tak terluah jer. Bila aku ajak mereka keluar berjalan, terus melompat nak ikut. Diorang pun perlu lihat kehijauan bumi Allah ni. Lagi pun pusing kat taman ni jer. Alhamdulillah , di taman aku ni takda kes Covid 19 setakat ni. Tu yang berani keluar. Taman taman sekitar yang lain, ada banyak dah kes. Dan aku keluar awal pagi. Waktu orang tak ramai. 

Aku nampak rakan rakan di media sosial menaikkan status mengenai persekolahan yang bakal dibuka 1 September nanti. Nampak macam ramai ibu bapa menentang dek kerana kes sekarang bukan calang calang punya ! Ditambah katanya ada varian baru yang cukup merbahaya. Allahuakhbar.... semoga Allah lindungi kita semua. 

Bagi aku.. itu perancangan Kementerian Pelajaran Malaysia. Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19 serta perbincangan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ketetapan ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM. KPM sentiasa bekerjasama rapat dengan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) bagi memastikan kadar vaksinasi dalam kalangan guru, pentadbir dan kakitangan sokongan di sekolah dapat terus ditingkatkan.

Aku tak rasa sama sekali sekolah akan dibuka. Mereka akan membuat perbincangan semula. Kes kematian pun tinggi. Apakah mereka sanggup ambil risiko ? Sedangkan parlimen yang baru ada beberapa kes , terus ditutup.. ni kan pulak sekolah ? Adeh... Giler apa ???

" Namun begitu, KPM akan terus mengambil kira penilaian risiko oleh KKM dan MKN bagi melihat sekiranya terdapat keperluan untuk membuat perubahan terhadap tarikh tersebut.

“Sebarang perubahan akan dimaklumkan lebih awal. KPM akan memaklumkan perincian lanjut mengenai pembukaan sekolah bagi sesi PdP secara bersemuka selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka .." Utusan Online

Maka jangan pening.... jika buka sekali pun dengan kes begini punya tinggi.. aku takkan risikokan anak anak aku ! 





Buat masa ni, kaedah yang terbaik ialah PdpR jer. Walaupun masih terdapat banyak kekurangan, KPM perlu merancang lebih teliti untuk perbaiki. Kita tahu pandemik ni takkan berakhir dalam masa terdekat memandangkan WHO pun dah memberi amaran akan gelombang ke 5 yang akan berlaku jika tiada perancangan teliti dari kerajaan. 

Selain PdPR aku ambil kelas tambahan untuk anak anak aku dengan FlyHigh Training Centre. Setakat ni banyak la perubahan dia terutama mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Kedua dua kelas ni, memang penuh dengan latihan intensif manakala kelas Sains dan English, diorang belajar dengan enjoy. Guru guru memang cukup berpengalaman la. 

Bab yuran.. memang dah ada harganya tapi jika tak berkemampuan tapi berminat, korang boleh je diskus dengan FlyHigh. InshaAllah mereka memahami.  




Hubungi segera untuk sebarang pertanyaan : 

Wasap.my/601156998919
Wasap.my/601127166046
Wasap.my/60126509622
https://t.me/FlyHigh_EducationCentre
 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Bagi yang dah kenal ikuti rapat aku melalui media sosial dan juga blog , pasti tahu dulu aku guna pencuci muka jenama apa , kan ? Sememangnya sesuai dengan aku sehingga bertahun tahun aku setia dengannya. Bukanlah aku tak cuba yang lain tapi bila guna yang lain.. muka aku naik berjerawat dan kembali berminyak ! Apakah sebab tak sesuai ? Aku bukanlah pakar kulit muka untuk menentukannya. Hee.. tapi yang aku tahu, aku tak nak nampak muka aku berminyak ! 

Dan baru baru ni, aku terima produk pencuci muka dari Azyma Care. Korang pun tahu aku memang guna gel mandian Azyma Care dua tahun kebelakangan ni. Memang terbaik la untuk aku sekeluarga. Dan berharap sangat Azyma Care keluarkan pencuci muka berasaskan Clay ni ! 

Bahan Bahan Yang Digunakan.

Impian aku tercapai gak. Mereka keluarkan produk pencuci muka berasaskan Clay atau tanah liat. CLAY SOAP-FREE PURIFYING GEL keluaran terbaru  Azyma Care ini ditambah lagi dengan ekstrak BOTANIKAL seperti Lavender, Aloe Vera, Cucumber dan Chamomile yang 100 peratus diluluskan oleh pakar kulit.

Bukan tu saja, pencuci muka Azyma Care ini ditambah lagi dengan bahan aktif semulajadi yang memberikan kebaikan pada kulit wajah iaitu Royal Jelly dan Bee Propolis Kelebihan Royal Jelly ialah susu yang mana hasilkan oleh para koleni lebah madu sebagai makanan untuk ratu lebah ini kaya dengan nutrisi untuk menyokong tumbesaran & kesihatan ratu lebah. 

Di dalam penggunaan bahan tambahan kosmetik, Royal Jelly digunakan untuk membantu menyihatkan kulit dan menjadikannya lebih berseri kerana kandungan nutrisinya yang kaya dengan asid amino, vitamin dan mineral. Untuk pengetahuan korang juga, Royal Jelly juga dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit

Manakala Propolis pula ialah bahan yg digunakan oleh lebah utk mengukuh, membaiki dan mengisi rekahan  pada sarang lebah. Ia mempunyai fungsi anti-bakteria utk melindung jangkitan. Di dalam kosmetik, propolis dapat melembab dan melembutkan kulit. Ia juga mempunyai ciri anti-bakteria dan anti-oksida untuk melindungi kulit.

Pendapat aku

Tiga hari dah  aku guna setiap kali mandi. Dan ternyata aku berpuashati. Cuma tapi kali guna tu, kena bilas betul betul muka tu. Sejujurnya aku risau gak tapi disebabkan aku pernah guna gel mandian Azyma Care dan gunakan ke muka, maka aku yakin ianya dapat membantu menyihatkan kulit muka aku. InshaAllah.



Kesan selepas 3 hari guna. Muka ketika gi brisk walk pun nampak kurang berminyak. 



Jangan risau ! Produk ini juga telah mendapat Sijil HALAL , Dermatologist Tested  dan Hypoallergenic  .Produk ini :

  • TIADA PARABENS
  • TIADA SLES  
  • TIADA SLS 
Untuk pertanyaan lanjut atau berminat nak beli, boleh ke www.azymacare.com terus. Tak yah segan segan. ! Disyorkan sangat bagi korang yanga ada masalah kulit muka. Harga memang ok buat masa ni ! 

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
 " Seorang bapa boleh memahami perasaan 4 orang anak 
tapi amat malang 4 orang anak tak boleh memahami perasaan 
seorang bapa"
- Ayahanda genap 70 tahun. 



Menitis air mata jantan aku ! Antara sedih, pilu dan gembira ! Eceh.. gembira pasai apa lak ni ? Sebab Aziz kawin dua ?? Hehehe.. Tak de la.. Tapi gitulah dia. Hikmah disebalik apa yang terjadi , hanya DIA saja mengetahui. AllahuAkhbar ! 

Aku tak baca novelnya lagi. Bagi yang dah baca mungkin dah tahu apa yang terjadi. Dan aku baru tahu drama ni berdasarkan kisah benar ? Sebab di akhir drama ni ada menunjukkan watak sebenar termasuklah Aziz. Er, penulis sendiri ? Huhuh.. 

Pelakon pelakon dalam drama ni cukup mantap. Pengarah pun dah memang cukup padu. Memang menjadi sungguh la drama ni ! Terbaik ! Boleh sapu bersih anugerah ni ! Huhuh...  Yang pasti, akhirnya wife aku tak terkata apa apa berbanding episod sebelum ni yang asyik nak bertekak dengan aku. Hahaha.. Ni semua salah Aziz ! Hahahah.. Tak pasal pasal aku lak yang kena. 


Teringat arwah ayah aku. Dia tak pernah ucap perkataan bangga terhadap aku. Aku sendiri pun tidak pernah membuatkan dia bangga walaupun berusaha berkali kali. Tiap kali aku hampakan dia, pasti aku menangis sendirian. Kecewa..putus asa. Tapi arwah tak pernah putus asa pada aku. Apa saja aku nak buat terutama melibatkan masa depan , dia beri sokongan. Dia cuma nak tengok anak anak dia menjadi manusia jer.. Huhuh.. 

Al-Fatehah buat ayahku, Ashaari bin Khalid

" Wahai Allah, ampunilah dan rahmatilah, bebaskanlah, lepaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya, cucilah dia dengan air yang jernih dan sejuk, dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan seperti baju putih yang bersih dari kotoran, dan gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada yang ditinggalkannya, dan keluarga yang lebih baik, dari yang ditinggalkannya pula. Masukkanlah dia ke surga, dan lindungilah dari siksanya kubur serta fitnahnya, dan siksa api neraka." 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Fuh... aku peminat emas. Bukanlah sebab harganya atau keuntungan jangka panjang mahupun dari sudut pelaburan. Bab tu aku rasa korang pun tau, kan ? Emas ni memang sangat berguna pada satu masa nanti terutama bila keadaan terdesak. Aku tak perlu buat penjelasan dari sudut itu yang aku yakin , korang jauh lebih mengetahui dari aku. 

Tapi yang aku nak cerita ni ialah bab rekabentuk terkini dengan harga emas yang murah di Arau, Perlis yang dah memang dikenali ramai pun.. yakni Kedai Emas Hajjah Hajilah ! Aduhhhh.. aku lama dah dok follow rapat sahabat blogger KBBA sorang ni. Dia sakan betul laa dok simpan emas. Pantang tengok ada yang baru dan design cantik, dia cepat cepat sambar. Padu padu.. 

Haaa.. tips dia mudah jer ! Hahahaha.. Kena ikut tips ni. Tunggu harga emas turun sedikit dari hari lain lain tu. Jangan tunggu sampai harga tak masuk akal lak. Asalkan turun harga dan mampu nak beli, maka beli jer. Dah beli, pandai pandai laaa. Nak pakai selang seli ke.. atau nak simpan ke.. ikut suka. Tapi jangan lupa bayar zakat emas lak. Heee.. 

Bagi yang merancang nak cari cincin bertunang, menikah 1,2 dan 3 , bolehlah beli emas siap siap di kala ni. Katanya sekarang di Kedai Emas Hajjah Halijah sedang ada promosi baek punya harga dengan reka bentuk yang menawan hati ! Aku tengok pun tergoda. Kalau wife aku baca entri ni, sah sah melompat nak beli sepasang dua. Buat simpanan masa depan katanya. Dari aku dok shopping kat Lazada tu , katanya. Adeh... 

Cumaaaa.. kalau korang nak tau bila diorang buat SALE tu, korang kena Follow Media Sosial . Diorang kerap update segala info terkini dalam tu. Dari rekabentuk hinggalah ke jualan murah dalam tempoh 24 jam saja ! Maknanya, diorang buat SALE dalam masa 24 jam je ! Haaa.. sapa cepat , dia dapat. 














Cantik cantik kan ? Ni baru skit je aku masukkan gambar. Ada banyak lagi kalau tengok kat Telegram atau Instagram  tu.. 


Ingat Emas ; KEHH Gerbang Dunia Emas Anda!

Sila ikut rapat Kedai Emas Hajjah Halijah agar tidak terlepas maklumat terkini di : 
  • Facebook : https://www.facebook.com/kedaiemashajjahhalijah 
  • Telegram : https://t.me/s/kedaiemashajjahhalijahsb
  • Instagram : https://www.instagram.com/kedaiemashajjahhalijahsb/
Nak tanya apa apa.. .boleh je whatsapp terus pada staff Kedai Emas Hajjah Halijah ni yer.. 
  • Kila - http://kehhkangar.wasap.my
  • Munirah - http://kehhsdnbhd.wasap.my
  • Fika - http://kehjhhalijah.wasap.my

Tag : kedai emas perlis , kedai emas kangar perlis , kedai emas kangar, kedai emas murah di perlis, kedai emas arau perlis, emas murah perlis, emas perlis, emas berpatutan , emas pilihan terkini, emas online, emas tunan, emas kahwin, emas pilihan terkini

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes