BEN ASHAARI



Aku pernah buat review ni dulu di blog. Aku ingatkan losyen ni biasa biasa je la kesannya.. tapi rupanya tidak ! Selepas aku buat review ni, aku bagi mak aku. Mak aku yang sakit di bahagian belakang dan pinggang serta lututnya , sering guna lotion Antiphlamine S Lotion ni. Bila dah abis, dia mintak adik aku carikan di farmasi. Susah lak nak jumpa. Tapi di Lazada, senang jer.. 

Aku order dua. Satu untuk aku.. dan satu lagi untuk aku. Yang aku punya ni memang aku gunakan bila aku over workout atau leher ketegangan. Dan baru baru ni, wife kekejangan di perutnya. Tak tau apa punca. Tapi bila disapu dengan lotion ni, terus lega !! Alhamdulillah.. 

Maka aku beli lagi 2 . Simpan ! Stok kecemasan. Satu letak dalam beg dia , satu dalam bilik tidur dan satu lagi.. aku letak dalam beg gym. Sangat bagus jika korang lenguh lenguh otot. Bagi yang kerap bersukan , tak sempat nak streching bagai tu.. mesti akan alami masalah kekejangan otot kan ? Nah.. sapu je dengan lotion ni. Tak payah urut pun.. biar jer.. Terutama sebelum tidur.  Mesti bila bangun tidur, fuh.. sedap badan ! 



Dan kelmarin.. wife mengadu sakit kat betisnya. Biasa la.. seminggu sekali bersenam, memang akan tangkap kat otot. Aku pulak terlupa nak bersihkan tangan lepas urut tu.. Ha, kesannya ? Adeh... bibir aku kebas ! Kebas wehhhh... Hahahaha.. Patutlah aku rasa lain macam je kat lidah aku.. 

Pointnya.. lepas guna lotion ni, cepat cepat basuh tangan yer. Kang ada pulak terlupa.. gi gosok mata atau pegang anak kecil.. Menjerit dia nanti ! Tak la panas sangat tapi terasa la gak kehangatannya.. Gitu.. 

 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Aku tengok Aariz dok usung walkie talkie abang dia punya. Zaman Qhaliff kanak kanak riang punya. Dah buruk dan rosak. Sian dia. Terus aku cari di Lazada. Yang elok skit dan ada pasangan. Dan jumpa ! Ada banyak dah zaman ni. Macam macam ada.. Huhu... Rambang mata lak. 

Terus aku amik yang satu yang sesuai dengan Aariz. Berberapa hari kemudian, sampai. Teruja Aariz. Aku pun terujaaaa gak ! Kena beli bateri AAA , 8 biji ! Tu diaaa.. berdarah hidung. Barang bagus tapi sayangnya kena pakai bateri lak. 

Tiba tiba teringat.. Eh , kenapa tak beli je bateri yang bole recharge ?? Huhuh.. Terus cari di Lazada. Jumpa.. Harga pun leh tahan berdarah hidung. Tapi tak pe la.. Anak anak punya pasal. Beli je la dua set..



Dah selesai beli.. Tak lama kemudian di Facebook dan Instagram.. mahupun Lazada sendiri rajin pulak keluar iklan walkie talkie ! Pelbagai jenis.. pelbagai rupa dan pelbagai harga ! Caittt.. cun cun lak tu ! Hahahaa.. Terus menyesal beli awal. 

Dan sejak tu.. aku rajin survey walkie talkie kat Lazada. Patutnya aku kena tengok part bateri yang boleh charging , jangka masa standby serta guna dan juga jarak ! Ini penting kalau nak beli walkie talkie untuk kegunaan di rumah. Bukan apa.. Budak budak pun seronok je main.. Contohnya baru baru ni , aku mintak Aariz tengokkan mak dia kat tingkat bawah. Buat apa.. senyap jeee ! Yang lain kat tingkat atas.. 

" Daddy, ibu tidur.. roger " kata Aariz melalui walkie talkie dia. Heee.. Senang. Cepat dan pantas mesej dihantar.




Geram pulak aku ngan Motorola punya ni... comel. Hahahaa..


 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Bagi mereka yang selalu membeli belah secara online , mesti dah kenal sangat dengan PG Mall,  kan ? PG Mall ni boleh diakses samada melalui website atau juga aplikasi yang di download. Jika melalui web, pantas loading dari satu page ke satu page yang lain. 

Bagi yang belum kenal lagi PG Mall ni , untuk pengetahuan korang , PG Mall ni dah wujud sejak tahun 2017. Bukan baru yer. Dan ianya satu satunya platform e-commerce tempatan di Malaysia. Baru-baru ni , PG Mall terpilih antara  top 3 platform e-commerce paling ramai pengunjung di Iprice yang mana telah mencatatkan jumlah lawatan laman web bulanan sebanyak  1,688,500 pelawat pada tahun 2020. Memang padu gitu !  Boleh baca mengenainya dan juga kelebihan membeli belah  melalui PG Mall ni di Business Today. 





Bagi korang yang belum pernah mencuba membeli belah di PG Mall ni , korang boleh membuat bayaran melalui dua cara iaitu  e-wallet dan juga payment gateway seperti Boost, GrabPay, Touch ‘n Go eWallet dan iPay88. Mudah dan pantas. Manakala untuk penghantaran barang, mereka menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia , DHL, GDEX, Skynet, Pgeon , J&T, Ninja Van , The Lorry dan banyak lagi.

PG Mall, untuk pengetahuan korang rajin buat jualan murah ! Harga berbaloi baloi gitu terutama melibatkan barang keperluan harian samada untuk barang dapur mahupun barangan kanak kanak. Oh ya, barangan sukan, elektronik pun banyak pilihan di sini. Dan setiap pembelian korang akan dapat cash back sehingga 3.5% setiap pembelian yang berjaya dilakukan. 

Tunggu apa lagi ?? Jom la shopping sekarang. Klik SINI untuk terus ke PG Mall tanpa was was  lagi ! Harga harga terbaik sedang menanti anda.  Jangan lupa war warkan pada rakan rakan anda di media sosial.  

‘Shop, Share and Earn’

Laman Web PGMall  | Facebook PGMall | Instagram PGMall  | Telegram PGMall
#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #FreeShipping #PGMallxIprice


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Putrajaya , Cyberjaya dan sekitarnya , menjadi tumpuan warga ibukota pada hujung minggu. Aku sekeluarga memilih Putrajaya untuk beriadah. Ada berapa tempat yang jadi pilihan. Jauh dari mereka yang memilih untuk bersenam seperti berbasikal dan berlari. 

Hari ni , aku memilih untuk 'bermain' sekitar jambatan di PICC. Boleh tahan gak ramai tapi masing masing ikut SOP. Alhamdulillah.. Kalau tak ikut SOP , memang cari pasal la ! Bukan apa.. pihak berwajib seperti PDRM dan penguatkuasa sering membuat 'lawatan mengejut'. Kalau kena, memang menangis la nak membayar kompaun.

Bagi yang membawa anak anak kecil , aku perhatikan mereka duduk di kawasan tertentu sesama mereka. Manakala yang kecil kecil tu, bermain basikal atau alatan sukan yang lain. Ada yang pakai face mask dan ada yang tidak. Atas tiket bersukan. Apa pun risiko kena tanggung sendiri yer.. Sedikit kecuaian, memang akan mengundang.. 

Semalam di Telegram, satu grup umum yang memaparkan penguatkuasa membuat tinjauan di sekitar tempat riadah Putrajaya.. ada yang kritik mereka yang membawa anak kecil. Bagi aku , tak salah pun. Budak budak tu pun perlukan udara yang segar. Penting untuk tubuh badan mereka. Secara tidak langsung pun akan membina sistem imunisasi yang baik untuk tubuh badan. 




Aku.. masih tak berani nak tanggalkan face mask di tempat awam. Jika di gym tu, takda orang... baru berani nak tanggalkan. Tapi kena pastikan tingkap dan kipas dibuka. Aliran udara cantik. Nak tak nak.. aku kena beranikan diri untuk lakukan semua ini. Yang penting , kita ikut SOP dan senantiasa bersihkan jari jemari kita. Selebihnya, tawakal dan berdoa pada Allah minta dilindungi. 

Dine in atau makan di dalam restoran, aku masih belum ada kepentingan untuk melakukannya. Buat masa sekarang, aku memilih untuk membungkusnya saja dan makan di rumah. 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Stress sebenarnya. Bila amik gambar selfie tu, nampak la garisan hitam di leher tu. Siku pun gitu gak. Aduh.. macam macam cara dah aku cuba namun masih ada lagi. Ada kalanya aku putus asa je la. Biar je la. Tapi bila segan tu muncul, nah... memang aku jadi resah la. 

Aku pernah google mencari solusinya. Punca ? Macam macam teori ada. Faktor usia , genetik dan juga pakaian. Terbaru aku cuba cara guna tisu yang ada alkohol. Memang keluar la hitam dia tapi kesannya , leher jadi pedih. Huhuh.. Sesekali boleh la buat. 

Dan baru baru ni, aku masuk tandas yang mana 'milik wife ' aku. Kat situ aku ternampak sesuatu. Dan aku mencubanya. 



Kali pertama aku mencubanya, ternyata ada kesan positif ! Leher aku lebih terasa bersih dan selesa. Terus aku curi satu dan bawa ke bilik air atas. Dua hari ni, aku dah cuba guna sekali dengan kain Korea tu. 

Dan Woww ! Ketiak aku pun dah cerah. Hahahaha.. Malah kalau workout pun tak berbau masam dah. Hehehee.. Patut la Zahra tidur tak lena. Sebelum ni kalau dia bau ketiak aku, dia terus lena. Sekarang takda dah bau... dia tak leh tidur ! Hahahaha.. 



Haaaa.. dah kurang kan ? Ni baru 2 kali guna. Kalau seminggu ? Nah.... Kembali cerah ! Tapi aku tak nak la putih gitu. Aku nak gelap. Cuma bahagian gelap seperti siku , ketiak dan leher tu dicerahkan kembali gitu.. 

Amacam ?




Kan kan ? Haaaa... Bila aku bagitau wife aku.. dia suruh ganti balik ! Hahaha.. Tak kisah la. Nanti beli lebih skit. Aku nak guna setiap kali mandi.. Baru terasa keayuanku kembali mendara. Eh ? Apa yang aku cakap ni ? Ahhh... yang penting hilang garisan hitam tu.. Malu tauu.. Nasib baik tak leh pakai tudung... kalau tak,  dah berbelit dan leher aku tu.. 



 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (60)
    • ▼  Disember 2025 (1)
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes