BEN ASHAARI



Penerbangan dari KUL patut dah tiba. Tunggu mesej kat Whatsapp , tak ada apa apa ! Sunyi. Tengok jam , dah lebih masa. Apa dah jadi ? Risau ! Anak anak tanya. Dah sampai ke belum ?? Hurm.. " Belum. Patut dah sampai. " jawab ringkas. 

Nak check ngan sapa ?? Teringat baru baru ni ada satu kes yang aku follow di Twitter mengenai penerbangan seorang VVIP luar negara , aku terus Google mencarinya. Aku masukkan nombor penerbangan di ruangan kosong Google. Kemudian klik.

Keluar beberapa pilihan dan aku pilih FlightStats ni. Kemudian details penerbangan ada di situ lengkap. Aku perhatikan bahagian ketibaan di sana. Kenapa jauh lari masa ??? Aku check masa di sana. Dia patut tiba jam 5 pagi waktu sana tapi berubah menjadi 9+ pagi. Apa kes ??? Takkan dia ada transit mana mana ? Setahu aku takda la pulak. 


Aku klik LIVE TRACKER MAP. Boleh caya ke LIVE ni ? Ke ada delay masa ? Aku zoom in kapal terbang tu. Bergerak ! Laluan asal berubah ! Apa kes kat sini ?? Tiba tiba berpatah balik. Jauh lak tu. Iskhh... semoga takda apa apa berlaku. 

Alhamdulillah.. Kapal terbang pun dah masuk ke ruang udara Eropah ketika aku  tengok tu. Cuma tak pasti apa yang berlaku. Kalau tengok dari peta tu, di ruang udara Afganistan. Mereka berpatah balik ke arah India/Pakistan. Hurm..

Tak pe la.. Tunggu je. Dan aku tetap ikuti penerbangan tu setiap setengah jam. Aku nak tengok apakah LIVE TRACKER MAP ni betul betul tepat atau tidak. 





Dan akhirnya mendarat. Aku tunggu dalam 10 minit. Dia hantar mesej. Dia bagitau dah selamat tiba. Alhamdulillah. Katanya ada kecemasan dalam kapal  terbang. Terpaksa ke Lapangan Terbang Chennai untuk hantar orang ke hospital. Masa tu jam 6 pagi waktu Malaysia. Maka 17 jam dia dalam kapal tu.Berlengas le jawabnya. 

Apa pun.. segalanya dah selamat. Dan dia berjaya menjejakkan kakinya buat pertama kali ke bumi Eropah , seorang diri ! Tu gunanya kursus yang dilaluinya satu ketika dulu. Membina jati diri. Kalau tak, mau mengelabah gak la gi sana sorang sorang. 

Baca juga entri INI.

Info : www.relyedu.com 
 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Dua perasaan aku dah alami. Ketika aku meninggalkan pergi dan kali ini , ditinggalkan pergi ! Bersama pakej !! Hee.. biasanya aku bawa diri jer. Kali ni, kena jaga anak anak untuk satu jangka masa yang agak panjang. Sebelum ni , paling lama pun 2 hari je. Kali ni, 2 minggu lebih.  

Alhamdulillah.. urusan sang isteri dipermudahkan Allah. Walaupun ada kesukaran pada awalnya, tapi segalanya dapat diatasi dengan kesabaran. Yer, sabar ! Tu penting. Kalau tak sabar, banyak kerugian di situ. Orang sabar pun boleh jadi Perdana Menteri mahupun Menteri ! Haa.. eh , malas nak masuk cerita politik. 

Bagi aku , ni peluang untuk wife 'berehat; selepas berbelas tahun berkerja di sektor awam. Dia pun tak pernah merasa pergi luar negara. Paling jauh , negara jiran jer.. tu pun tak sempat nak berjalan. Gi esok, lusa balik. Gitulah...Sebab tu aku benarkan je dia pergi tengok negara orang. Asyik dengar aku cerita jer kan..




Antara amanat yang ditinggalkan untuk kami. Hee.. dengan anak anak , jangan gaduh gaduh dan buatkan daddy stress ! Dengan suaminya , cam biasa la.. Jaga rumah elok elok. Jaga anak anak.. Jangan stress stress dan banyak lagi.. 

InshaAllah.. heee..



2 minggu ! Fuh... yang merisaukan aku ialah baju baju ni sapa nak lipat ? Hahahaha.. Lipat sendiri ? Adeh.. seharian berlari sana sini termasuk gi gym, malam nak lipat kain.. memang ngan aku aku sekali terlipat ! 

Bab makan takda masalah. Heee... Nasib baik la minggu depan cuti. Boleh gi umah adik beradik. Oh ya, cuti sekolah nak buat apa ? Takkan nak tengok anak anak abiskan masa dengan bermain je kan ? Nak ajar , kita pun kekadang penat. 

Tak pe.. aku leh bantu. Mana la bermanfaat.. kan ? Baca di Apa Nak Buat Cuti Sekolah Nanti ?





 

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
 Seminggu lagi nak cuti sekolah. Tahun depan , Qhaliff naik Tahun 5 dan Zahra , Tahun 3. Masing masing masih jauh ketinggalan. Bukan A yang dikejar  tapi ilmu. Nak ajar sendiri , rasa macam tak sempat. Sikit skit boleh la. Nak kena cari duit untuk meneruskan kehidupan lagi. Boleh stress jadinya ! 

Nak tak nak, aku kena langgan pakej ilmu di RelyEdu. Kat sana ada pakej khas untuk sekolah rendah. Bermula dari Tahun 3 hinggalah ke Tahun 6. InshaAllah , akan datang untuk sekolah menengah. Buat masa ni , menurut RelyEdu , mereka nak fokuskan pada sekolah rendah dan UPKK dulu. 

Aku tahu diorang nak rehatkan otak di cuti sekolah tapi rasanya diorang boleh je cuti cuti juga. Kelas online sekejap je pun. Sehari curik sejam jer. Boleh guna handphone dan juga laptop. Takkan nak diorang main je kan ?

Pakej penuh ada.. mengikut subjek pun ada ! Pilih dan bayar. Sesekali ada kelas percuma juga. Bengkil hujung minggu pun ada.

Baru beli komputer untuk Qhaliff. Yang 2nd hand je  tapi masih bagus sangat kualitinya. Serupa baru. Harga pun murah jer. Harga pun bawah RM1k. Tak de la terbeban sangat. Aku pun kembali bersemangat nak update blog guna komputer. Guna laptop ni cam... kureng skit. Skrin pun kecil. Tak puas. 

Pastu beli web cam siap mic. RM100+. Line  guna DIGI Unlimited. Senang nak bawa ke mana saja dan hotspot pun unlimited. Heeee... Ok la kan ?



Itulah plan buat masa ni. Nak sunatkan Qhaliff , kena tunggu mak dia balik dari London. Baru boleh plan semula camana. Inshaallah...

Untuk kelas RELYEDU tu, korang boleh tengok di www.relyedu.com  atau whatsapp ke ReLY Support Team:Wasap.my/60192292022 . Semoga bermanfaat !

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Aku bekalkan 2 telefon pada wife untuk ke London. Risau rosak nanti. Pernah terjadi pada aku ketika ke Thailand. Satu telefon terjatuh dalam air. Kong abis ! Nasib baik ada satu lagi tapi masalahnya , camana nak guna Whtsapp ? Kalau nak register Whatsapp nombor kita tu , diorang akan antar code ke sim kita. Kalau berada di luar negara, camana ? Roaming tak buat. masa tu. Guna travel pocket wifi. Lama dah ! 

Satu lagi sebab, phone yang utama tu pernah rosak tetiba. Nak tukar yang baru , dia tak nak. Membazir katanya. Yela, orang perempuan kan ? Kalau kasi hadiah.. ok la. Beli sendiri tamo ler ! Hahahaa.. kan kan?  Yang dia guna tu pun , aku kasi kat dia. 

Aku beli satu simkad prepaid Maxis. Kat rumah dah ada Digi dan Celcom. Line lak, kekadang hancur bila hujan lebat. Tu pasal aku amik Maxis. Tengok camana capaian rangkaian dia. Kalau padu berbanding lagi dua tu, ada la juga point aku nak kondem diorang. Demi kebaikan katanya ! Heee...


Pilih nombor. Amik yang cun skit.. Hee.. Bayar RM50. Lama tak pakai prepaid. Tanya dia pelbagai soalan. Kalau tak reload sebulan apa jadi ? Katanya terus terminate ! Amboi... terus ???? Giler la. Sekurangnya kasi la peluang sebulan tanpa reload. Hahahaha... 

Bayar dan daftar. Selesai. Install Whatsapp pada satu lagi handphone. Tak sampai 5 minit , ada whatsapp masuk. Lelaki.. Kasi mesej tunjuk lidah ! Ala... yang 'P' ler. Pastu ada dua tiga mesej lagi masuk. Perempuan lak kali ni. Aku gambar profile dia. Ada watermark. Aku gi cari kat Facebook. Dan seperti yang aku syak, bukan orang kita la. 

Satu demi satu aku sekat nama dia. Makin meriah lak. Dan lagi syok , diorang masukkan dalam group diorang yang nama entah apa apa ! Terasa dalam group Death Metal lak ! Hahahaha...Wife aku mula stress dengan mesej serta ada yang call ! Grrrr ! 

Aku delete Account Whatsapp. Selesai masalah. Terlupa aku akan masalah ni ! Bila aku up masalah ni di Facebook aku, rupanya ramai ada masalah yang sama. Nak lagi best , ada ALONG siap cari bagai ! Hahahaha.. Lagi nayaaa.. 



Jenuh gak kalau gini. Nak sekat dari orang tak dikenali mesej dan Whatsapp tu, bukan mudah apatah lagi kalau kita ni nak guna nombor tu untuk berniaga. Naya sungguh. 
Rugi RM50 !

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

"Boleh gi tak bang ?" tanya wife.

Hurm... tak kasi, melampaulah aku. Ni pulak kali pertama dia dapat tawaran untuk ke luar negara. Sebelum ni , paling jauh pun ke Thailand dan Indonesia. Tambahan pula , nak masuk musim sejuk. Memang best la ke London tu. 

Demi profesion dia. Kerjaya. Dah berbelas tahun berkhidmat untuk negara , rasanya dia layak la untuk aku berikan keizinan. Sian pulak kalau tak kasi. Aku tahu dia pun nak pergi walaupun dia keberatan untuk meninggalkan keluarga. Aku sendiri pun pernah merasai detik tu. Seronok tapi sedih pun ada.

Aku berikan keizinan. Apa pilihan yang aku ada ? Demi masa depan dia. Sementara dia larat dan mampu.. pergilah ! Dia sendiri berkali kali benarkan aku ke luar negara.. takkan aku tak boleh kasi lak ? Kan kan ?

Hari berganti hari.. masa silih berganti. Tiba masanya. Lagi 48 jam dia akan berangkat pergi. Macam Macam dia buat untuk disimpan dalam peti ais. Stok simpanan makanan untuk aku dan anak anak walaupun boleh je aku gi beli di kedai makan tapi yelah.. mana tau ada yang rindukan masakan ibunya.. Eceh.. 

Barang barang dah siap dibeli. Demi menjimatkan duit , beberapa makanan READY TO EAT dibawa. Begitu juga dengan barangan mandian. Aku bekalkan dia gel mandian Azyma Care. Aku tau dia cerewet bab ni. Kang kat sana baru nak beli... leceh lak. Merayau sorang sorang kat sana. Kalau ada kawan dah , ok la. Tu pun kena berhati hati. 




Suhu.. sangat sejuk. Sedangkan tidur malam di rumah pun berselimut abis.. Aircond pulak dalam suhu 27-29 darjah celcius. Dah sejuk abis katanya. Dan yang merisaukan aku jika dia dapat selsema. Hurm... salji bakal turun lak tu. Adeh la.. Macam macam ubat dia beli dan aku turut bekalkan. Macam lak kat sana takda ubat , ye dak ? Hahahaa... Selagi boleh jimat.. jimat ! 

Maka tinggalkan aku dengan anak anak yang berbaki seminggu lagi persekolahan. Cuti sekolah , nganga rumah la masing masing. Ingatkan nak sunatkan si Qhaliff tapi nampaknya kena tangguh dulu. Kasi mak dia balik dulu , baru boleh rancang semula. 

Tak perlu risaukan kami. Ada banyak plan dalam kepala ni. Anak anak pun dah besar cuma masing masing melasak je. Diorang pun baru sembuh dari selsema batuk. InshaAllah , antibodi kuat buat sementara ni. 



Jaga diri ! Luv u...
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes