BEN ASHAARI




Hantar si bongsu ni gi KAFA. Tiba tiba dia cakap dia tertinggal buku bacaan dia atas meja makan. Aku tanya dia kenapa nak buku tu ? Katanya dia nak baca bila dia boring. Hurm.. Buku info mengenai Sains Kehidupan tu memang best. Bersungguh dia nak.  

Kitorang berjalan kaki je KAFA. Dalam 300 meter gak la dari rumah. Alhamdulillah dekat.. Aku kata kat dia , nanti aku hantar. Dia masuk kelas dulu, nanti aku hantar. Awalnya aku nak sedapkan hati dia tapi aku tahu , dia jenis yang akan ungkit apa yang aku kata. Dia juga jenis berpegang pada janji. Sebab aku rasa serba salah. 

Kebetulan bila dia sampai ke KAFA dan Ustazah kelas dia panggil untuk mengaji IQRA dulu . Ada sorang menanti sebelum dia. Aku rasa aku sempat berlari balik rumah dan amik buku tu. Pastu hantar sebelum dia abis mengaji di surau tu. Dan aku pun memecut. Nasib baik aku rajin bersenam. Takda la nak semput. Huhu.. 

Sesampainya aku di KAFA, dia dah bersiap nak masuk kelas. Aku serahkan buku tu pada dia. Dia ucap terima kasih. Memang dia menanti aku kembali sebab dia tak terkejut pun aku datang dengan buku tu. Selepas bersalam dengan aku , dia masuk ke kelas... sambil melemparkan senyuman.. 

" Assalamualaikum daddy.. "

Alhamdulillah.. 



Jangan lupa sertai kelas kelas pendidikan tambahan secara online di www.flyhigh.my
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Setiap kali bersihkan rumah ,aku geram betul tengok celah celah tingkap. Bersepah taik cicak ! Dah lama aku geram kat diorang ni. Saiz besar besar lak tu. Anak anak diorang selamba je kekadang dok brisk walk depan aku di kala dok layan Netflix ! Eh... tak takut korang eh ? Korang ingat mak ayah korang dok berak merata rata dalam umah ni , kira rumah ni dah milik korang? Serupa perangai Yahudi la ni eh ??? Grr..

Aku mencari idea bagaimana nak basmi cicak dalam rumah aku ni. Hurm.. pikir punya pikir , keluarlah iklan di Lazada. Eh , pandai pulak korang baca fikiran aku eh ? Sebelum aku beli kat Lazada, aku mencari dulu di kedai kedai macam MR.Diy dan kedai hardware. Takda la pulak. 

Akhirnya, aku terjumpa di satu kedai nun di shopping mall besar tu ! Adeh.. tu pun tinggal satu dua je. Dah kemek kemek pun ! Grr... Amik je la dulu. Nak try keberkesanannya. Apakah sang cicak akan terperangkap dengan tipu daya yang bakal aku sediakan untuk mereka ???

Harga pun murah jer.. Beli dalam 4-5 keping terus. Sediakan di beberapa sudut rumah yang senantiasa ada taik cicak walaupun dah berkali bersihkan kawasan tu. 


Dan tak sampai sehari letak... tadaa ! Berjaya.  Fuh.... bangga aku. Sebelum ni berjaya tangkap tikus yang mencuri curi masuk rumah aku melalui lubang tandas yang mana diorang berjaya gigit penutup lubang tanpa aku sedari ! Kali ni.. cicak lak ! Haaa.. tak payah sibuk sibuk nak buru dengan pistol tembak cicak bagai ! Hahaha...Guna cara selamat ! 

Dua ekor dah tumbang. Besar lak tu saiznya. Pasni nak pasang lagi kat ada satu port kegemaran diorang. Moga berhasil. Kena beli lagi beberapa keping. Harap diorang insaf nak masuk rumah aku pasni. 



 Beli kat sini : https://s.lazada.com.my/s.hhkWN?cc



Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Setiap hari Ahad , barulah aku terasa sangat kepenatan ! Dari hari Isnin sampai Sabtu, aktiviti harian aku yang bermula dari jam 5 pagi akan berakhir sekitar jam 11 malam. Dibantu sang isteri uruskan anak anak sambil mencari rezeki di zaman ni memang mencabar sama sekali. Ditambah pula anak anak semakin membesar dan banyak keperluan mereka terutama dari segi pendidikan perlu dititikberatkan. 

Bukanlah mengejar kecermelangan dan kesempurnaan memandangkan diri aku sendiri pun banyak cacat celanya tapi biarlah anak anak mendapat kasih sayang dan didikan yang sebaiknya bermula dari mak ayah sendiri. 

Aku sendiri kena tunjukkan contoh yang baik buat mereka. Aku bukanlah ayah yang sempurna , jauh sekali cemerlang dalam kehidupan tapi sekurang kurangnya biarlah mereka nampak kebaikan dan ingat akan aku lakukan pada mereka agar mereka dapat turunkan pada anak anak mereka nanti, bila sampai masanya. 

Sabtu lepas , ada perjumpaan dengan guru guru kelas mereka di sekolah. Guru akan berikan keputusan peperiksaan mereka yang lepas dan berbincang mengenai kelemahan anak anak. Alhamdulillah, ada banyak peningkatan pada anak anak aku ni. Takda la tahap CEMERLANG yang aku nak tengok pada kertas pencapaian tapi sekurang-kurangnya, peningkatan tu ada dan paling penting mereka berusaha untuk ke arah itu. Bukan mereka tak boleh lakukan tapi dengan keadaan sekarang ni.. cabaran yang mereka hadapi bukanlah mudah bagi mereka. Peranan mak ayah sangat penting. 

Alhamdulillah.. aku bepuashati cuma masih jauh perjalanan mereka lagi. Bantuan guru guru di kelas tambahan mereka terutama Qhaliff dan Zahra , banyak memperbaiki kelemahan yang ada terutama bagi mata pelajaran utama. Aku yakin pada mereka. Mereka boleh lakukan tapi perlu bekerja keras jika ingin berjaya. 




Kelas tambahan Online di www.flyhigh.my , sangat berbaloi.  Mengambil masa 2 jam sehari di waktu malam , sejak PKP lagi ternyata memberikan perubahan buat mereka. Kelas tambahan mereka pun diajar oleh guru guru berpengalaman dan sering memberikan tips dan teknik menjawab soalan dengan baik. 

Kenapa Flyhigh ? Harga yang berpatutuan  tapi yang mengajar , guru yang cukup berpenglaman , tak perlu keluar rumah pun untuk ke kelas , rakaman kelas serta staf sokongan yang pantas membantu dan paling penting , anak anak boleh terus bertanya dengan guru guru andai ada soalan yang mereka tidak faham. Anak murid untuk setiap kelas pula terhad demi memudahkan mereka untuk belajar. 

Sesekali , FlyHigh juga memberikan kelas kelas percuma seperti kelas Bahasa Arab, Jawi , Al-Quran dan juga persediaan sebelum menghadapi peperiksaan besar. Kelas bermula dari Tahun 3 hinggalah ke sekolah menengah , di sediakan dalam pakej pakej yang menarik dengan harga rahmah. InshaAllah, demi masa depan anak anak... cubalah. 
 


Daftar sekarang di www.flyhigh.my

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Aku tengok baru baru ni di Tik Tok , ada yang jual ubat kuat. Kalau minum malam tu, pastu on..sampai ke subuh berterusan ! Pergh... ramai la membelinya tanpa memikirkan apakah bahan yang ada di dalam tu dan juga kesan sampingan jangka panjang !  Yang penting dalam kepala , dapat memuaskan nafsu pasangannya ! Tu jer. 

Bahaya bhai ! Jantung ! Hati... haih ! 

Cara termudah sebenarnya ialah... jaga makan dan amalkan real food jer. Tengok orang dulu dulu camana. Ingat diorang hari hari dok bedal Tongkat Ali ke ? Tak pun... kalau kita rajin membaca, setiap makanan yang natural kita makan tu, ada khasiat yang mengagumkan. Contohnya telur , pisang , halia, ayam dan macam macam lagi. Jauhi gula ! Walaupun kata itu pemberi tenaga, sesungguhnya jangan percayalah. Naya kalau percaya.

Kemudian jaga stamina. Ni baru nak mendayung , dah terdampar ! Apasal ? Tak fit satu hal. Pastu pernafasan ke laut. Main hauk jer. Dan bila kita rajin bersenam , kita jaga juga level stress. Stress sangat bahaya. Kalau kita asyik stress , penyakit pun datang. Bukan sekadar tekanan darah tinggi tapi kanser pun boleh menjengah. 

Bentuk fizikal kita pun mainkan peranan. Bukan saja boleh mengoda pasangan kita tapi juga pelbagai skill boleh dibuat ketika bersama. Ala... tu korang boleh cari buku Permata Yang Hilang. Ada diajar dalam tu untuk mereka yang dah berkahwin. Yang belum tu, tak payah la nak sibuk lagi. 





Turunkan berat badan. Rajin bersenam walaupun sekadar berjalan kaki. Rajin jemur diri di pagi hari. Rehat secukupnya. Elakkan tidur lewat malam. Elakkan makan lewat malam. Banyakkan pengambilan makanan tinggi protein dan fiber. InshaAllah, korang akan terasa kelainan. Pastu cuba ikut formula Dr. Mani tu. Korang yang ada penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, gout , akan terasa lain pastu. Aku dah ikut.. aku tahu la ! Aku ada Hypertension sebelum ni. Diabetis dan Angin pun dah jengok. Nasib baik aku cepat sedar.

Jauhi benda terlarang... 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Selesai hantar Qhaliff Iman ke sekolah. Dia bersarapan telur setengah masak je pagi ni. Sememangnya, itulah antara makanan yang diberikan pada dia berbanding sebelum ni, bersarapan dengan roti atau bijirin yang dikatakan sihat ! Hurm... 

Sejujurnya aku dah tak benarkan lagi pembelian roti putih dan juga roti roti berkrim. Anak anak pun aku dah kasi tau kenapa dan mengapa. Siap ada bukti dalam bentuk video dari pakar pakar kesihatan. Biar mereka faham kenapa aku tak kasi. Malah mereka sendiri pun dah nampak apa kesannya jika terus amalkan gaya hidup yang tidak sihat tu. 

Apa kesannya ? Jam 12 tengah malam , kami sekeluarga ke hospital dek kerana ibu mereka diserang gastrik ! Sakit yang sangat teruk. Kira tahap nak berjalan pun tak leh. Sakit yang amat katanya. Nak beranak pun tak macam tu , kata wife. 

Alhamdulillah... perubahan dilakukan segera dan semua dapat manfaat. Antaranya aku sendiri yang mana sebelum ni hantu roti , hantu kopi dan hantu roti canai...terasa impak positifnya selepas berhenti semua tu. Pergh... buncit hilang. Tekanan darah cantik dan paling penting, pernafasan aku tidak lagi semput sebelum ni. 

Dah tu nak makan apa pagi pagi ??? Takkan hari hari nak bedal telur ? Muak laaa.. Kan ? Persoalannya, kenapa nak makan sampai kekenyangan pagi pagi ? Apakah tujuan kita nak makan pagi pagi ? Kita kena kembali tanya pada diri. Kita nak makan sebab apa ? Untuk teruskan kehidupan atau ? Kalau untuk teruskan kehidupan... carilah makanan yang sebenarnya. Ambil dalam kuantiti kecil jer macam pisang , kurma,  ubi keledek , chia seed , buah buaha , salad dan sebagainya. Jauhi makanan yang mengandungi gula dan tepung gluten di pagi hari. 




 Kalau nak best lagi.. pagi pagi jangan makan lagi. Selesai tunaikan yang wajib, curilah bersenam ringkas seperti brisk walk atau jump rope. Paling tidak pun , buatlah lompat bintang 100 kali. Buatlah apa apa pun senaman asalkan berpeluh untuk dalam 20 minit. Selepas tu bersiaplah gi kerja. Kalau terasa lapar , minum dulu teh hijau kosong. Jangan letak sebarang pemanis. Amalkan.. nanti tau la kesan kebaikannya. 

Bawa bekal telur rebus atau kekacang seperti almond dan walnut. Kacang tanah jangan tau. Huhuh.. Amalkan je gini. InshaAllah ,  korang akan terasa kenikmatannya aptah lagi di usia 30 an , ramai dah mula terasa sakit sana sini. 40 an sakit , naya dah ! Kena makan ubat doktor. Masa tu , baru terasa cam... hilang kenikmatan dunia. 

Tak boleh ke nak makan gula dan gluten tu ? Persoalannya.. tu makanan ke ? 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes