BEN ASHAARI




Bila sebut pasal baiki usus atau sembuhkan usus , ramai tanya camana nak buat ? Benda ni sebenarnya mudah je kalau reti guna Google ! Banyak artikal dah tulis pasal usus ni. Golongan bertauliah pun dah kasi tau cara. Kalau malas nak membaca , cari je video di platform lain seperti Tiktok dan Instagram. Ada je pakar pakar perubatan yang bertauliah kasi tips. Pastu boleh la buat perbandingan dengan mereka yang ada pengalaman dalam masalah ni.. macam aku dan ramai lagi. 

Ya.. aku pun dulu ada masalah usus ni. Aku tak tau. Dan aku pun tak ambil berat langsung pasal usus ni. Bagi aku.. USUS JE PUN ! Bukan hal besar. Aku lebih fokus pada jantung , buah pinggang , hati dan paru paru walhal usus dan perut inilah enjin utama pada semua organ organ tu. Kalau usus dan perut ni bermasalah , pergh.... haru biru sistem badan kita woo !! Terutama  sistem pertahanan diri. Mudah la jatuh sakit dan diserang virus ! Mau ??? 

Ya.. dulu aku ingat perut boroi aku tu cuma angin jer. Alaaa.. nanti kentut kentut , hilanglah. Atau berak berkali kali ! Tapi sebenarnya itu petanda kita sedang mencipta kesengsaraan pada diri kita sendiri. Tekanan darah tinggi , buasir , pedih ulu hati , asid refluks , gastrik , gerd , anxiety dan paling teruk.. kanser ! 


Bagaimana nak sembuhkan usus ? Ya.. melalui pemakanan yang sihat. Tapi sebelum tu.. yang ni ramai tak tau... sebenarnya diorang tahu tapi segan nak cerita. Diorang ada masalah sembelit ! Susah nak buang air besar. Kalau membuang pun tak lawas. Tak puas ! Boleh tahu dari melihat perut mereka , bau nafas , kulit muka yang tak sihat , mudah lesu dan cepat penat..

Camana nak kasi lawas perut ? Betulkan sistem pencernaan. Apa yang aku buat ialah mulakan dengan amalkan minum air halia. Aku tau.. korang mesti ingat aku nak promote air halia yang aku jual tu. Korang nak beli kat luar pun , tak pe.. aku cuma kongsikan cara aku buat untuk clearkan usus aku pada mula mula. 

Kemudian bila dah semakin ok , barulah aku kembali pada penjagaan pemakanan. Yang ni sangat penting. Kena tahu apa yang patut di makan dan apa yang kena elakkan ! Jangan main belasah. Menderita nanti ! 

Pastikan setiap pagi membuang dengan baik. Warna dan bentuk najis juga memainkan peranan. Boleh google cari info pasal ni. Pastu pastikan bersenam. Nak kurus tanpa bersenam tu ok je tapi bersenam ni banyak manfaat pada tubuh badan terutama usus. Sila Google ! 

Bila sistem pencernaan cantik.. barulah fokus pada probiotik dan prebiotik untuk sembuhkan usus. 


Berikut enam langkah boleh dilakukan setiap hari untuk menjaga kesihatan usus:
  1. Makan lebih serat. ...
  2. Banyak minum air. ...
  3. Hadkan pengambilan kafein. ...
  4. Dapatkan pro dan prebiotik secukupnya. ...
  5. Makan diet berkhasiat yang rendah lemak. ...
  6. Banyak bersenam. ...
  7. Pupuk tabiat membuang air besar yang sihat.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Kebelakangan ni , aku perasan ramai manusia gi bersenam. Tak kira la berjalan kaki , berlair , berbasikal , main bola ke , badminton mahupun bowling. Antara sukan sukan ni, payah nak main selalu sebab kos. Nak main bolasepak sekarang, kena sewa padang. Nak jumpa padang percuma , payah dah terutama di kawasan bandar. Segalanya nak kena sewa ! Begitu gak badminton dan badminton. Sekali main, kena bayar..berdarah gak la hidung. Yang percuma , berlari dan berjalan. Haaa, mendaki pun ada yang percuma tapi tak leh selalu. 

Dan ramai pilih untuk ke gym. Tak kira lelaki atau perempuan. Bujang atau dah pun berkahwin. Bagi aku , tu lebih baik dari mereka abiskan masa di kedai mamak.. lepak , berbual , layan game sambil makan minum makanan tinggi gula dan karbohidrat ! 

Cuma sekarang ni.. nak bersukan, kos dia... bapak ah ! Nak berjalan kaki, kena pakai kasut. Nak pakai kasut lak , kononnya kena yang berkualiti baik. Barulah kaki tak sakit ! Yelah.. yang nak berjalan ni bukan usia 20an gitu. Dan cecah 40an pun!  Macam aku laaa.. Kalau pakai kasut murah, sakit kaki malam nanti. Dah esok malas pulak ! Hahaha.. ada je alasan kan ?

Kasut mahal.. di cari. Kemudian pakaian. Bagi aku , baju seluar ni tak kisah tapi tetap kena guna juga yang elok. Paling murah pun , RM20. Kalau tak malu macam aku , pakai je yang beli kat TikTok atau Lazada. Ada je banyak pilihan. Tapi kena baca dulu la review mereka yang dah beli. Kang beli nipis atau kurang kualiti.. Jadi pakai buang lak nanti. 

Begitu juga sukan sukan lain.. Badminton , kos besar ! Walaupun leh kongsi kongsi beli dan bayar sewa tapi mereka yang tak berkemampuan ? Sian ya.. Kena main depan umah je la. Asalkan berpeluh gitu. Bolasepak pun gitu gak. Sewa padang mahai woi ! Kasut bola pun dah mahal skang. 

Aku ? Aku memilih ke gym je la, hari hari. Bayar sebulan terus yurannya. RM120. Mahal ? Hurm.. Nak murah , buat sendiri gym di rumah. Beli set macam dalam gambar aku di bawah ni ... buat la sendiri. Cuma ada la beza skit layan kat rumah dan di gym. Kalau di gym, berdunia la skit dengan manusia lain terutama golongan manusia macam aku ni. Yang bekerja sendiri di rumah. 

Bercakap pasal gym ni.. aku perasan la kebelakangan ni. Mereka yang masuk gym berbayar mahal ni bukan lagi dah jenis jenis katang dan raksasa. Ramai yang berlemak pun rajin dah masuk. Bagus ! Cuma tu laaa... nak cakap ! Janganlah masuk gym pastu pasang niat nak dapatkan badan gempak macam abam abam berbadan maskulin tu ! Haa, berketul ketul otot mereka. 

Aku kongsi tips aku ya. Sekadar berkongsi je. Tak ikut , dah la. Bukan apa ya . Aku kesian je tengok golongan yang kena scam hidup hidup ni bila mereka ke gym ! Badan berlemak kaw kaw punya pastu nak kurus atau hilangkan lemak dalam sepantas yang boleh ! 

Persoalannya.. boleh ke ? 

Serius boleh weh ! Cuma ada risiko yang perlu difikirkan betul betul ! Tapi tu laaa.. kesian aku tengok. Aku juga dulu salah seorang mangsa ! Hahahaha.. nak salahkan sapa ? Sendiri yang cari penyakit dan terjebak. Nak cepat.. tapi makin lambat jadinya. 

Contoh ? 

Minum air tin yang tinggi gula , tinggi kafein yang kononnya boleh bantu bakar lemak. Kesudahannya amik pulak fat burner yang bertujan nak mencairkan lemak seterusnya akan jadi lebih lean. Baru otot otot keluar. 

Dapat ke ? Dapat laa.. memang otot mencair tapi kena la bergantung dengan benda tu.. Sampai bila ? Bila dah berhenti.. mula la dia naik semua dengan berganda ganda ! Haaa ! Lagi nayaaaa weh. Siap pakej anxiety , gerd dan sebagainya. Salah sendiri ! Tak tau cara ? Masalahnya menda menda tu pun sebenarnya tak bagus untuk diambil. Full stop ! 


Abis tu , abam abam sado tu ok je ? Kau nampak je ok.. tapi realitinya, diorang tak cerita abis pun. Diorang bukan ambil satu dua barang sehari. Macam macam makan . Kalau diorang kata diorang natural atau tak usik ubat ubatan tambahan , korang tengok je otot otot dan kulit mereka. Dari situ dah tau.  

Dan yang tak bestnya ialah.. bila mereka berjaya buat badan.. mereka ajar orang pula. Tapi bila mereka ajar , dan menekankan pemakanan sihat dan seimbang. Bagus tapi janganlah jadikan diri sendiri contoh kejayaan ! Hahahha.. 

Baru baru ni aku ke gym. Aku tengok ada tawaran menarik. Free air protein. Orang kasi kasi air tu sendiri kurus kering dan gemuk ! Diorang bekerja dalam pusat gym.. pasal apa diorang tak sado ? Hahaha.. Dah lama aku tengok diorang kerja situ. 

Aku bukanlah nak mengata atau kasi tau aku bagus ke apa.. tapi tulah realitinya. Aku pernah tanya kawan yang jual produk suppliment ni.. Dia amik tak ? Dia sengih je.. Hahahaa ! Tu belum founder produk tu. Haaa ! Malas la nak cerita panjang. Korang pun sedia maklum sebenarnya. 

 

Bagus la ramai semakin sedar akan nikmat kesihatan ni tapi tolonglah buat dengan cara yang betul. Biar lambat , asalkan selamat. Jangan tertipu dengan dakyah dakyah mereka yang nak amik kesempatan ke atas korang yang nak jaga kesihatan ni. 

Bukan apa.. nanti korang patah hati dan kesudahanya.. kembali lepak kat kedai kedai makan di malam hari ! Makan , makan dan makan. Pedulik laaaa.. Mati , tanam jer la ! Apa susah. Kan ? Tapi kalau terus mati, tak pe... Kalau sakit ? Ulang alik spital. Kena makan ubat ? Duit lagi.. camana tu ?

Golek kiri kanan , kita kena duri. Cuma pilihlah yang tidak memudaratkan... Heee. Realiti kehidupan sekarang. Kita ini adalah produk buat mereka yang nampak peluang untuk 'memanfaatkan' manusia lain. 



Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Terbaca la komen seorang wanita ni pada posting video aku yang lepas. Video seorang pakcik berusia 60an yang masih fit ke gym. Katanya buat apa dan apa gunanya ? Hurm... Bagi yang tak tau la kan, fit di usia atas 40an ni sangatlah penting tambah tambah lagi jika ada anak anak yang masih kecil.

Aku pernah alami sakit pinggang. Tak leh nak bergerak dengan baik. Pernah sakit lutut yang menyiksakan. Pernah ada Gerd dan ada Anxiety yang membuatkan aku takut nak makan dan keluar rumah. Ada tekanan darah tinggi yang membuatkan aku selalu sakit kepala dan nak tidur jer. Baran tak tentu masa !!! 

Alhamdulillah.. aku dah tahu puncanya dari mana. Aku kawal dari situ. Ramai yang tak ambil pusing dan berpegang pada 'nikmatilah' dunia ini seadaanya berbanding aku yang lebih suka 'bersederhana' saja dan fokus pada membesarkan anak anak untuk pastikan mereka  menjadi insan  yang berguna dan jangan jadi sampah kepada masyarakat serta negara ! 

Bersenam bila ada waktu tu bagi aku salah. Carilah waktu untuk bersenam ! Kalau kita ada masa untuk melayan media sosial dan ada waktu untuk makan , pastilah ada waktu untuk bersenam. Memadailah sehari 30-40 minit saja ! 







Bila kita fit... bila kita boleh berlari dan berjalan jauh... bila boleh angkat benda berat.. percayalah, korang akan sangat sangat bersyukur. Bayangkan , jika nak angkat tong gas pun tak larat. Nak tunduk kutip baju pun sakit pinggang.. makan ubat hari hari ! Berbijik bijik lak tuuu.. Tak ke kesian kat tubuh badan kita sendiri ? 


Dan lebih naya.. nak gi solat berjemaah pun tak mampu. Bergenang air mata. Kenapa masa  sihat dulu tak nak jaga kesihatan ? Dah sakit ni.. macam macam pasang azam. Tapi bila dah sihat kembali, buat balik perangai lama.

Gi kejar makanan viral.
Makan siang malam tak kira waktu.
Malas nak bersenam. Bukan nak sado pun ! 
Solat je kat rumah. Takda masa nak gi masjid atau surau ! 

Fit di usia tua ni.. serupa dapat peti emas di tangan. Ramai kawan kawan seusia aku dah ada penyakit 3 serangkai yang mana sebenarnya boleh dielakkan ! 

Hargailah sementara Allah kasi pinjam.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Setiap kali aku ke rumah adik ipar aku di Sungai Buloh, aku akan memandang gym ni. Tertanya tanya bagaimana keadaan gym ni. Luarnya memang dah nampak berusia la. Tapi dalamnya ? Apakah ni gym old skol ?

Sehinggalah satu hari tu, aku tergerak hati nak gi selepas pulang dari KIP Mall yang terletak berhampiran dengan Fit Zone Gym ni. Bila aku naik ke atas, aku cam.. Wow ! Kemasnya gym ni. Aku ingatkan gym ni macam.. tak terjaga gitu atau biasa biasa je. Yelah , aku pernah masuk gym yang mana mesinnya siap ada sarang labah labah malah labah labah bersize besar pun masih ada kat situ ! Hahaha.. adoilah. 

Aku minta izin dulu berjalan dalam tu. Nak tengok mesin mesin yang ada dalam tu. Jika ada yang aku suka layan , maka aku akan kembali petang tu. Heee.. Dan ya, ada banyak mesin yang aku rasakan berbaloi untuk aku masuk berbayar ! Hahahaa..

Berbual dengan salah seorang pemilik gym. Katanya sebelum ni gym ni milik seseorang tapi adiknya dah ambil alih dan tak terurus. Kemudian dia dan kawannya beli lalu membuat ubahsuai dan penambahbaikan. Katanya lagi baru 2 bulan mereka kembali beroperasi. Ternyata berbaloi kerana ramai yang datang walaupun gym ni boleh dikatakan sedikit kecil. Bagi aku , ok la.. Dapat layan berpeluh juga dari lepak kedai makan je ! 

Walk in , RM7. Pelajar , RM6. Bayaran untuk sebulan jika tak nak bayar walk in , RM110. Bagi ok dah ni harganya. Siap ada jual bancuhan whey protein bagi yang berminat. 

















Amacam ? Ok la kan ? Aku dah cuba 2 hari dan bagi aku, ok ! Barang semua dalam keadaan baik. Tandas pun bersih. Syok datang waktu pagi kerana petang ramai. Bukan jam 10 dan tutup jam 12 malam. 

Pastinya aku akan ke sini setiap kali ke Sungai Buloh. Takda la sangap lagi. Heeee... Maklumlah, bila aku ke mana mana... dua menda aku akan cari.. satu masjid dan satu lagi gym. Alhamdulillah..  Ha, korang yang tinggal area situ dan mencari gym... boleh la ke sini ! 

 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments


Katanya bakal dilaksanakan pertengahan tahun depan. Jika ianya berlaku, banyak aktiviti harian aku kena rombak semula sebab melibatkan penggunaan petrol. Antaranya gi solat berjemaah ke masjid yang mana jarak dari rumah aku ke masjid , 4km. Pergi balik , 8 km. 

Ke sekolah , antar anak anak lak.. 2km. Pergi balik 4 km. 2 kali ulang alik dah 8km sehari. Manakala untuk ke gym pula , hampir 8km. Pergi balik , 16 km. Biasanya aku akan pergi 2 kali sehari. Maka dah jadi berapa ? Petrol aku isi, 5 hari sekali. Kos terlibat dalam RM50. 

Wife aku lak ? Ke pejabat dia setiap hari.. 20km. Tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Ambil masa untuk sampai ke pejabat, hampir sejam ! Seminggu sekali isi , hampir RM70 gak la. Tu pun cuma guna untuk pergi balik kerja jer. 

Kalau aku ke rumah mak aku.. biasanya seminggu sekali, Jarak dalam 40km. Pergi balik 80km. Ke rumah adik ipar di Sungai Buloh , sebulan 2 kali.. jarak 70km.. gi balik 140 km. Dan balik kampung , Kelantan ? Akan isi 2 kali penuh. Berapa dah ? 



 Jika subsidi petrol ditarik dan harga akan naik , rasanya aku akan potong bahagian aktiviti harian aku yakni ke gym. Aku mungkin tak perlu dah jadi ahli di gym tu dan hanya akan pergi gym seminggu 3 kali saja kot? Selebihnya aku bersenam di rumah jer. Perlu ingat.. aku gi gym hari hari sebab itu cara aku bersosial cara sihat.Ke masjid , inshaAllah diteruskan.

Cuma persoalannya.. apakah subsidi petrol akan ditarik seperti yang diperkatakan ? Bagi aku , ada dua kemungkinan.. Pertama , kerajaan memang takda duit dah. Takda income. Pelabur pun tak nak masuk sebab takda daya tarikan terutama dari sudut pentadbiran dan yang kedua , ini cuma strategi 'superhero' memandangkan tak lama lagi akan ada pilihanraya. Kita pun tahu yang 'mereka' ni dah spin banyak perkara berkali kali. Nanti bila sampai masa, akan ada cerita lain pulak. Automatik, mereka dijulang sebagai wira rakyat terutama pada penyokong mereka. 

Aku bukanlah penyokong mana mana parti. Dari kerajaan dulu lagi aku dah mengkritik jika ada yang tak betul dan zalim pada rakyat seperti AES , GST dan jangan lupa pada tahun 2017 , petrol pun pernah diapungkan.. jadi mahal weh ! Aku hentam gak !! 

Kalau dah tahu mahal , kerja keras la eh ? Abah kau.. kau nak rakyat Malaysia ni jadi hamba pada duniawi ke ? Sapa yang dulu beria berjuang untuk rakyat ? Turun harga petrol... tol.. pendidikan percuma. Sekarang ??? 

Lagi pun kata mereka.. hanya T15 je yang kena ! Yang lain tak kena weh. Betul. Tapi masa isi petrol tu, kau pun kena isi mahal !! Memang la formula diorang duit bantuan akan diberikan. Kau ingat rutin harian kau sama je ke ? Lainlah duduk dalam gua. Memang sama jer. 

Tu belum masuk bab pemakanan sihat. Katanya akan turut naik juga. Yang tak sihat , murah ! Heee.. makin ramai sakit la ye ? Kos perubatan makin mahal. Sekali demam selsema , gi klinik swasta dah telan RM60-70 ! Gi klinik kerajaan ? Hahahaha.. adoilah. 

Tunggu dan lihat jer la kita.  Oh ya, kalau korang yang baca ni para sibertrooper PH , fikirkan keberkatan pendapatan korang tu ya. Jenuh kalau rakyat Malaysia hari hari berdoa pada Allah meminta pertolongan. Penat weh.. kena kencing hari hari !  Tak penat ke ??? Tanya sama hati tu... 




Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes