BEN ASHAARI





Aku pinjam penulisan Dr. Zubaidi Hj Ahmad di Facebook. Aku kira dah cukup lengkap dan mudah untuk difahami rakan rakan pembaca blog aku ni. Kan ? 

" Magnesium adalah salah satu mineral yang penting dalam tubuh. Ia disimpan dalam tulang dan sebahagian kecil dalam aliran darah. Ia mengekalkan fungsi otot dan saraf, juga degupan jantung. Selain kalsium, magnesium juga menjadikan tulang lebih kuat.

Tahap magnesium yang rendah dalam tubuh akibat pengambilan dari makanan yang tidak seimbang, akan menyebabkan ginjal cuba mengurangkan kehilangannya dalam air kencing. Namun jika berlaku untuk jangka masa yang panjang, ia boleh menyebabkan kekurangan magnesium, atau dikenali sebagai hypomagnesemia. 

Keperluan dari makanan yang dicadangkan (Recommended Dietary Allowances, RDA) .
Dewasa : 400-450 mg (lelaki) dan 300-350 mg (wanita)

Makanan yang banyak Magnesium seperti Coklat Hitam, Pisang, Tauhu , Kekacang, Sayuran hijau,  Ikan, dan avocado. Tanda kekurangan magnesium adalah kehilangan selera makan, rasa loya, muntah, cepat letih, dan rasa lemah. Ia juga boleh menyebabkan rasa kebas, rasa mencucuk-cucuk, kekejangan otot, degupan jantung yang tidak normal dan sawan.

Punca kekurangan magnesium adalah  disebabkan oleh penurunan penyerapan magnesium dalam usus atau peningkatan pengeluaran magnesium dalam air kencing. Tahap magnesium yang rendah di kalangan orang yang sihat adalah normal. Ia bersifat sementara kerana tahap magnesium dikawal oleh ginjal. Ginjal akan meningkatkan atau menurunkan pengeluaran magnesium berdasarkan keperluan tubuh. 

Kekurangan magnesium secara serius boleh berlaku di kalangan mereka yang mengalami penyakit tertentu, pesakit yang menjalani pembedahan, atau mengambil ubat sintetik tertentu. Antara pesakit yang mungkin mengalami masalah ini adalah pesakit yang mengalami masalah penghadaman, warga emas, pesakit diabetes, pesakit hipertensi yang menggunakan ubat diuretik (seperti furosemide), rawatan dengan kemoterapi, dan sejarah ketagihan alkohol.

Pemeriksaan darah selalunya dapat menentukan sama ada seseorang itu mengalami masalah kekurangan hipomagnesium. Bacaan normal bagi tahap Magnesium dalam darah adalah 1.5-2.5 mEq/L. (Bacaan ini mungkin berbeza sedikit bergantung makmal yang melakukan ujian).

Pesakit yang mengalami masalah kekurangan magnesium biasanya dicadangkan mengambil lebih banyak makanan yang mengandungi magnesium. Jika tidak mencukupi, doctor mungkin mencadangkan pengambilan suplemen. Secara amnya, dua peratus populasi dunia mengalami masalah ini, terutama mereka yang ditahan di dalam wad. Satu kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, hampir 70 peratus warga yang berusia lebih dari 70 tahun, mengalami masalah ini.

Kekurangan magnesium untuk jangka masa yang lama atau tahap magnesium dalam darah terlalu rendah akan menyebabkan komplikasi seperti sawan, degupan jantung yang tidak menentu, dan pengecutan saluran darah koronari sehingga menyebabkan serangan jantung secara mengejut. " 


Alhamdulillah.. 100% kakao. Memang pahit tapi sedap ditelan. 


Secara jujurnya , aku mencari lama dah dark chocolate ni selepas mengetahui kebaikannya ! Sebelum ni memang je makan tapi bukanlah 100%. Ada la gula sedikit. Tapi selepas mengetahui fakta kebaikan coklat gelap ni, maka aku mencari bersungguh sungguh.

Bukan apa.. kalau kita dah faham sedikit sebagai bagaimana tubuh badan kita ni berfungsi , inshAllah kita akan berikan yang terbaik untuknya. Kenapa nak rosakkan ? Kalau rosak.. sendiri susah. Nak kena gi jumpa doktor, duit lagi ! Aduh.. ubat ubatan bukan murah. Pastu bukan sehari dua dah sembuh.. makan minggu lak tu ! 

Aku sendiri pun dah berhenti amik whey protein sebagai makanan tambahan. Aku lebih nak fokus pada pemakanan sebenar. Jadi untuk ganti whey tu, aku amik yogurt greek bersama dark chocolate ni. Tambah sedikit madu asli dan..padu hasilnya ! Tak teringin dah sama sekali nak makan ais krim. Anak anak pun gitu gak. Masing masing tak teringin dah ais krim walaupun ada depan muka. Alhamdulillah. 

Kena tahu perbezaan ya ! Jangan ingat sama lak. Nayaa je nanti kena diabetis !


Antara kebaikan magnesium pada tubuh : 
  1. Membantu menjaga fungsi saraf dan otot yang normal 
  2. Membantu mengukuhkan sistem kekebalan tubuh yang sihat 
  3. Menjaga metabolisme tubuh 
  4. Menjaga kesihatan tulang kerana dapat membantu penyerapan kalsium serta vitamin D di dalam tubuh 
  5. Mencegah berbagai gangguan fungsi jantung kerana dapat mencegah penyumbatan pembuluh darah dan darah tinggi 
  6. Memaksimakan hormon insulin yang bertugas mengatur kadar gula darah, sehingga sangat baik diasup terutama oleh penderita dibetes 
  7. Berperanan dalam proses metabolisme tubuh yang menghasilkan tenaga atau energi 
  8. Membantu dalam produksi energi dan protein
Sumber : Health. Kompas


Yogurt greek ditambah dengna dark chocolate

Nak order : https://benjualkokopowder.wasap.my/

 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Sebelum zaman PKP dan selepas PKP

Permulaan 2025 !

 Azam 2025 ? Hurm... sejujurnya la kan , aku nak perbaiki diri aku dari sudut ibadah dan juga pendapatan keluarga supaya anak anak dapat pendidikan yang sebaiknya. Tapi aku tak nak la sampai ketepikan soal keberkatan dan juga kejujuran dalam mendapatkan sumber rezeki tu. Biarlah sedikit tapi hati tenang. Zaman ni ramai makin mengila. Tak kira dah halal mahupun berkat ni. Tak pe.. part ni kepada Allah , kita serahkan. Sapa aku nak menilai rezeki orang lain kan ? Sendiri jaga periuk , sudah la. 


Selain tu.. aku masih nak meneruskan kerja kerja kesedaran bab pemakanan dan kesihatan ni. Bukan apa.. aku kesian tengok anak anak zaman sekarang ni. Mak ayah tu, lantak pi la. Diorang cakap camana pun, masih berpegang pada ' Alaa.. bukan selalu pun ! ' . Tapi bila jatuh sakit , masa tu baru nak mengelupur ! Walhal dah pesan berkali kali dah... 

Bersihkan dapur... almari makanan dan peti ais ! Pastikan takda makanan minuman yang dibuat manusia , berulang kali prosesnya ! Contoh ? Biskut.. roti krim.. roti putih yang bahan buatanya , macam macam ada ! Aduh.. semua tu masuk dalam perut kita woi ! Korang rasa, diorang yang kaya raya ni makan tak makanan gitu ? Takda wehhh.. diorang makan makanan yang jauh lebih sihat ! 

Kita ni ada pilihan sebenarnya.. Ada yang kata makanan sihat ni mahal ! Mana ada mahal. Gi la makan nasi campur tu. Ambil lauk pauk yang diperlukan saja. Jangan ikut nafsu. Pastu makan kita 2 kali sehari memadai dah. Ni sampai ke malam hari pun masih nak melantak ! Kalau boleh , sambil tidur pun nak mengunyah lagi. Haish.. 

Makanan sekarang ni kalau korang perasan laa kan.. Bikin manusia jadi obes ! Yang perempuan , susah nak mengandung. Yang lelaki, malas nak bergerak ! Sampaikan nak gi kedai depan umah pun kalau boleh, guna motor atau kereta. Malas nak berjalan. Apa cerita ?? 

Ok.. aku malas nak cerita panjang. Alhamdulillah... kalau di Threads , aku dapati ramai nak berubah sikap. Nak jaga kesihatan. Kat situ kurang lalu makanan minuman viral buat masa ni. Aku tak tau la Ramadan nanti camana.. Hahahah.. Harapnya berterusan la gitu. 

Dan yang nak mula ubah tu.. teruskan ! Jangan tengok cermin. Korang kasi seminggu dua dulu. Ubah selera makan dulu. Bila selera makan berjaya dibendung, korang akan dapat kesan pada pinggang seluar. Jika dah mula longgar.. Terbaik. Jika makin ketat.. tak pee.. Cuba lagi ! Teruskan usaha. Lawan nafsu syaitan tu. Kasihan pada usus, perut , hati kita ni. Diorang nak kena proses macam macam. Diorang sangkut , kita susah woii ! Seluruh tubuh akan bermasalah ! 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

2023

2024

Esok.. 1hb Januari 2025. Satu tahun yang bakal mencabar aku sebagai suri rumah. Qhaliff masuk sekolah menengah ! Si kakak sekolah pagi dan adik sekolah petang. Aku bakal berlari ke sana sini untuk menjemput dan menghantar anak anak. Pergh... Mencabar fizikal dan mental tu. Hahahaha.. Tak tau lagi camana. Cuma mungkin aku lega sedikit sebab Qhaliff balik lewat sedikit berbanding adiknya yang awal. Ada masa la nak ke sekolah dia. 

Esok juga hari lahir wife. Apa plan sambutan ? Puasa je la sebab jatuh 1 Rejab. Tapi plan nak ke masjid Putrajaya. Kat sana ada event menarik. Ada juga makanan percuma. Hahahaha.. Takkan tak nak makan kan ? Sesekali layan makanan percuma. Untuk wife , aku plan kasi hadiah je la. Dia nak cermin mata jer. Tengok la camana nanti. 

Aku... Rasanya untuk tahun 2025 ni , nak buat lean bulk. Besarkan sedikit badan tapi lebih lean dari sekarang. Kena makan banyak lagi protein dan besarkan skit bahagian back. Heee.. Kita buat secara natural. InshaAllah.

Bab kewangan ? InshaAllah.. aku takda plan nak kaya raya. Memadai untuk berduit jer. Tak nak hidup berhutang. Nanti mati, susah ahli keluarga. Makan pakai je la apa yang ada. Tak payah nak beria ria ikut cara orang. Sederhana saja sudah. 

Bab kesihatan.. aku plan nak dapatkan fat% bawah 10 dan juga visceral fat. Sekarang ni dah 11. Satu cabaran ni. Heee.. Apakah boleh berjaya ? Tak susah sebenarnya kalau dah tau tricknya. Cuma kena tahan nafsu makan di luar jer. Aku takda masalah sebenarnya tapi anak bini ni laaa.. Diorang nak makan luar. Aku kena rajin kasi ceramah kat mereka. Tapi... wife suka guna alasan.. PENAT KERJA. Adeh.. terus tewas. 

Apa pun. Selamat Tahun Baru 2025 ! Terima kasih kerana support aku sepanjang aku bergelar blogger ni ya. Jika ada salah dan silap, aku minta maaf. Korang pun, aku maafkan juga. Mana la tau.. kan. Haaa.. 

Semoga Allah berkati dan rahmati kita semua. 


 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Pastikan 100% koko ! 

Lama dah sebenarnya aku tahu pasal khasiat coklat gelap atau dark chocolate ni. Cuma masa tu nak beli, payah nak dapat dan juga mahal ! Mencari di pasaraya , ada tu ada tapi masih ada gula ! Yang guna untuk buat kek pun ada tapi.. tu laa.. tak kena ngan tekak ! 

Ada yang tanya kandungan koko ni.. Untuk pengetahuan korang , koko mengandungi kalori, protein , karbohidrat , serat , kalsium , zat besi , magnesium , fosforus , kalium , zink ,tembaga, mangan , selenium , vitamin B1 , B2 , B3 ,B5, B6 , B12 , Vitamin A , Vitamin E dan Vitamin K  yang baik untuk tumbesaran kanak-kanak. Selain itu, coklat juga mengandungi antioksidan yang membantu melindungi tubuh daripada radikal bebas. Coklat juga dapat membantu anak anda melegakan tekanan dan menenteramkan emosi mereka.! Banyak kan ? Haaa.. 

Coklat gelap mengandungi antioksidan khas yang dipanggil flavonoid yang boleh membantu melindungi jantung dan otak kita dengan merangsang hippocampus otak. Ini boleh menghasilkan tumpuan yang baik dan ingatan yang berkesan. 

Maka sebab itulah aku buatkan secawan hot choc setiap pagi selepas diorang minum air halia kunyit... sorang minum seteguk dua dulu , barulah menjamah makanan. Boleh je gak minum lepas makan. Ikut je keselesaan masing masing.. 

Untuk mereka yang kaki gym dan bersenam ni , dark coklat turut memberikan kebaikan pada otot otot tubuh badan. Boleh je minum sebelum dan selepas workout. Setiap kali amik, cuma separuh sudu jer. Tak perlu banyak pun. Sehari jadi satu sudu.. ngam ! Tak caya, boleh google sendiri manfaat dark choc ni pada mereka yang bersukan. 

7 Manfaat Dark Chocolate Untuk Kesihatan Yang Mesti Anda Tahu : 

1. Melancarkan Pengaliran Darah.
2.Meningkatkan Prestasi Otak
3.Mengurangkan risiko sakit jantung.
4. Sumber Antioksida Luar Biasa.
5. Bantu Mengurangkan Berat Badan.
6. Melindungi dan Mencantikan Kulit.
7 . Meningkatkan Daya Penglihatan.
8.Melindungi dan Mencantikan Kulit
9. Membantu Mengawal Paras 
Kolesterol
10. Membantu Merendahkan Tekanan Darah
11. Boleh Membantu 
Menurunkan Paras Gula Darah
12.  Baik untuk Sistem 
Penghadaman
13. Meningkatkan SEL STEM sebanyak 200%.


Buat masa ni sehingga lepas raya, aku plan nak buat lean bulk ! Jadi aku stop ambil whey protein sebagai makanan tambahan dan gantikan dengan dark choc ni. Bagusnya dark choc ni , dia tak bikin kau ketagihan. Kalau whey protein tu, dia punya keinginan nak minum tu lain macam. Aku perasan , setiap kali balik Kelantan , aku tak minum whey berhari hari , badan aku nampak lebih lean berbanding jika minum setiap hari ! 

Aku buat eksperimen dengan stop ambil whey dan ternyata.. hurm... Tak tau la kot kalau amik whey yang mahal mahal , kesannya lebih ok berbanding yang harga mampu beli ni ! Huhuhu.. 





Yogurt Greek + Pisang + Dark Choc + Madu Tualang = Padu bak hang ! 

Berminat , leh wasap : https://benjualkokopowder.wasap.my/

 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Tak lama lagi , cuti sekolah bakal bermula pastu masuk dah tahun 2025. Anak anak semakin membesar.  Sekejap je masa berlalu kan ? Kita sendiri pun semakin berusia. Perasan atau tidak, mereka yang dah masuk umur 40 ni , mata dah mula rabun. 

Rabun jauh.dan dekat! Pergh..Punca ? Banyak faktor. Antaranya penyakit la.. Sapa suruh tak jaga makan. Hahaha.. Dan satu lagi , faktor usia la. Tak leh nak wat apa dah. Kena terima seadanya. Nak cegah melalui pemakanan , rasanya cam terlewat tapi boleh je cuba. Mana tau kan ? 

Yang merisaukan bila melibatkan anak anak. Anak anak ni kalau mata bermasalah , diorang bukan tau sangat. Tapi kita boleh tahu melalui permerhatian kita. Antaranya tingkah laku mereka. Pastu boleh la cuba try test  buat ujikaji sendiri. Kalau betul bermasalah, bawa pemeriksaan pada pakar mata yang bertauliah. Dapatkan pengesahan dan nasihat. Jika perlukan kaca mata... baru buat tempahan. 

Itu anak.. kita yang dewasa pun gitu gak. Bila dah masuk usia 40 ni, kena pastikan dulu kita ni ada penyakit ke tidak da. Segalanya boleh bersangkut paut ! Bahaya wooo.. Buat pemeriksaan dulu dan dapatkan pengesahan serta nasihat. 

Jika kena buat cermin mata, tak yah risau la part harga tu. Ada je yang mampu milik dari anak hinggalah ke mak ayah. 






Pilhan frame yang comel serta kiut ! Sesuai ikut bentuk muka anak kecil kita


Untuk orang dewasa , jangan risau. Banyak je frame terkini termasuk juga kanta yang pelbagai warna malah ada transition. Maknanya boleh tukar dari cerah ke gelap bila kena cahaya. Berbaloi. Kalau macam aku ni, aku amik yang boleh guna sekali ketika bersukan. Frame tak berkarat tu penting atau guna je frame plastik yang mampu beli. Berbaloi ! 

Wife aku pun buat kat sini gak. Cantik frame dan kanta. Baru berapa ratus je. Hee.. kena belanja laa dia sebab hari jadi dia setiap awal tahun. Ni pun dah plan nak gi beli satu lagi untuk dia. Boleh guna ketika memandu di waktu siang. 


Bab kedai cermin mata ni, jangan risau. Diorang dah berpuluh tahun pengalaman dalam bidang kaca mata. Pelanggan mereka terdiri dari pelbagai bangsa malah ramai je pelancong asing datang membeli kerama aspek kepercayaan. 

Keterangan lanjut , korang boleh ke : 

Eyes Vision Group 
Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No tel : 0163636464 ( Mr.June )
Whatsapp : https://eyesvisiongroup.wasap.my
Waktu Perniagaan: 11pagi - 9 malam ( Setiap hari)
Instagram : Eyes Vision Group 
Facebook : Eyes Vision Group



 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (60)
    • ▼  Disember 2025 (1)
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes