BEN ASHAARI



Ramai dah kanak kanak seawal 7 tahun mengalami kerabunan. Aku sendiri pun pakai cermin mata ketika di darjah 1. Cikgu sendiri kesan. Seingat aku , ketika tu aku kena duduk belakang sekali sebab aku tinggi tapi setiap kali cikgu menulis di papan hitam , aku terpaksa ke depan untuk menyalin. Tak nampak ! Cikgu minta aku bagitau mak ayah untuk buat pemeriksaan mata dan ternyata aku rabun dan lebih tepat lagi aku silau ! Aku tau puncanya apa.. Aku suka membaca dalam gelap dengan menggunakan lampu suluh ! 

Baru baru ni aku bawa anak anak aku buat pemeriksaan mata di kedai cermin mata yang terletak di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur. Yelah, sambil mencari barangan keperluan kembali ke sekolah.. singgah buat pemeriksaan mata.  

Dan dalam 3 orang anak anak aku , Qhaliff dah mula ada rabun sedikit. Zahra pun gitu. Aariz belum lagi. Cuma mereka belum perlu pakai cermin mata lagi. Kena kawal punca utama kerabunan anak anak di zaman ni termasuklah memberikan makanan berkhasiat yang membantu kesihatan mata mereka. 



Aku pun kena buat pemeriksaan mata gak ni. Nak tau apakah aku perlukan cermin mata baru ? Yelah.. orang kata bila makin berumur ni , makin rabun mata terutama rabun dekat. Dan biasanya bila aku check mata ni , aku bermasalah pada silau ! 

Masalah bila silau ni ialah ketika memandu ! Datang kereta lampu putih atau lampu tinggi dari depan atau belakang, mata akan terus hilang pandangan dalam sesaat dua ! Bahaya sangat ketika tu. Sangat menganggu penglihatan sama sekali. Aku pelik mereka ni tak prihatin sungguh dengan masalah ni. Kalau lampu putih tu original , takda masalah. Tak menyilaukan. Ni jenis tiruan dan murahan. Aduhai.. sakit hati sungguh ! 



Solusinya di kedai cermin mata yang aku pergi ni ada satu jenis kanta yang membantu mengurangkan masalah silau ni. Sangat membantu aku ketika memandu di waktu matahari mula naik dan juga malam hari. Kekadang bila hujan lebat pun sangat membantu dalam pemanduan dengan memberikan penglihatan yang jelas.

Pemilihan bingkai amatlah penting. Ada orang dia fokus pada kanta jer. Bingkai bagi aku perlulah yang tahan lasak dan tahan lama. Macam aku guna sekarang ni, dari titanium. Kenapa aku pilih yang ni ? Aku kan rajin berpeluh. Ada beberapa bingkai aku yang guna sebelum ni , bermasalah bila berpeluh. Kalau yang cerah , akan 'berlumut' hijau.. Yang besi , akan karat. Pastu pelindung di bahagian hidung juga akan masalah gitu. Jadi pemilihan bingkai ni penting ya termasuk juga pada anak anak jika mereka menggunakan cermin mata. 
 

Ha , tunggu apa lagi ? Persekolahan dah nak bermula. Bawa anak anak dapatkan pemeriksaan mata dan jika perlu guna cermin mata , aku syorkan korang ke sini... Jika nak tanya apa apa , korang boleh terus je whatsapp mereka. InshaAllah akan dibantu. 

Keterangan lanjut , korang boleh ke : 

Eyes Vision Group 
Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No tel : 0163636464 ( Mr.June )
Whatsapp : https://eyesvisiongroup.wasap.my
Waktu Perniagaan: 11pagi - 9 malam ( Setiap hari)
Instagram : Eyes Vision Group 
Facebook : Eyes Vision Group
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Aku nak cipta seberapa banyak memori bersama anak anak supaya mereka belajar erti kehidupan bersama aku. Aku tak nak mereka dapat semua tu bersama orang lain di kala usia mereka yang masih mentah ini. Dan pada masa yang sama aku nak membina keyakinan diri dan juga semangat juang bersama sama. Sepasukan ! 

Kali ke dua naik bukit 527 yang terletak di Sepang. Cabaran sebenar bukanlah di dalam bukit tapi nak berjalan kaki ke bukit tu. Hahaha.. Kena jalan dalam 10 minit meredah jalan raya yang panas dan naik bukit. Heeee.. 




Bila dah masuk ke kawasan bukit, sejuk mula terasa. Angin sepoi sepoi bahasa bertiup. Kalau hujung minggu , ramai orang. Hari biasa, ada orang tapi tak la ramai. Ok la.. takda la sunyi juga. Dan anak anak wajib bawa makanan bersama. Nak makan di puncak. Lepas makan , boleh turun naik bukit guna tali lak. Tu yang diorang suka. 

Ketika naik turun bukit tu, bagi aku la.. satu cabaran. Aku tak sangka sebenarnya anak anak aku ni boleh buat memandangkan diorang ni bukan budak main luar rumah. Dan bukit yang kami turuni tu memang curam. Awalnya aku ingat diorang tak berani tapi sangkaan aku meleset sama sekali. Diorang berjaya naik turun dengan selamat malah berminat nak melakukannya lagi. 



 Tak mnat ke nak gi hiking bukit lain ? Sejujurnya aku tak minat nak gi pun melainkan anak anak ada bersama. Kalau ngan kawan kawan tu, aku rasa tak perlu la. Cukuplah masa aku bujang berpuluh tahun.. aku bersama kawan kawan. Buat masa ni , dengan baki usia aku ni.. biarlah aku didik mereka menjadi insan yang berguna pada agama , masyarakat dan juga negara. 

Apa yang aku lakukan bersama mereka ni adalah saham akhirat aku. Nanti ianya akan dipanjangkan pada anak anak mereka pula. InshaAllah.. Dan paling penting sekali aku nak mereka bersatu walaupun aku dah tiada atas dunia ini. Bersatu bukan kerana nak membahagikan harta tapi bersatu kerana Allah.. 

Anak anak pun dah semakin membesar. Seronok berbual dengan mereka ketika berjalan jalan. Macam jalan ngan kawan kawan. 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments



Dua drama bersiri dari Korea yang sesuai untuk ditonton seisi keluarga. The Trauma Code dan Study Group ni masing masing ada kekuatan tersendiri membuatkan masing masing tak duduk diam depan tv terutama anak anak. Bila tamat satu episod , meminta nak menonton lagi tapi aku tak kasi. Satu hari , satu atau dua episod saja boleh tengok. Tu pun bergantung pada masa. Tak boleh lebih jam 11 malam. 

Bagusnya dua dua drama ni takda la menonjolkan sangat hero atau heroin yang kacak dan cantik lain macam. Kekuatan pada jalan cerita dan juga skrip yang melucukan. Jadi anak anak takda la boring menontonnya. 

Kalau korang tanya aku mana yang best . aku akan kata Study Group lebih menarik berbanding The Trauma Code yang dikatakan telah pun memintas kepopularitian drama Squid Game. Masing ada kekurangan pada drama kedoktoran ni. Study Group ni , dah boleh level cerita Tamil bila masuk babak bergaduh. dia. Hahaha.. Bak kata Zahra la.. ni kan cerita je ! Haa.. layankan je la. 

The Trauma Code , kekuatan pada karektor Dr. Baek yang penuh dengan ketegasan tapi masih ada taman dalam hatinya. Segalanya bersebab kenapa jadi macam tu. Manakala Study Group lak mengisahkan seorang pelajar yang bersungguh sungguh nak berjaya dalam pelajarannya tapi rezeki belum memihak padanya. Kelebihnya ialah dia pandai bergaduh ! Gitu... 

Oh ya... Study Group belum abis la sirinya. Heee.. Korang layan la dulu The Trauma Code. Abis dah semua episod. Aku leh kasi dua dua ni 8/10 la gitu.. 


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Lama dah teringin nak naik bukit ni sejak PKP. Waktu tu dah kecoh la ramai penduduk sini naik turun bukit ni. Kasi hilang stress gitu ! Maklumlah, tak leh rentas daerah. Jadi main dekat dekat je la. Huhuh.. Tapi aku tak berani nak naik sorang sorang. Maklumlah , bukan kawasan permainan walaupun hari hari aku lalu sini. 

Dan baru baru ni , kawan aku bagitau otai otai hikers buka trail kat sini ! Wahhh.. macam macam diorang buat untuk memudahkan dan menjadikan trail ni laluan mesra keluarga. Alhamdulillah.. Banyak pahala diorang . 

Tak lama kemudian , viral dah di media sosial. Hujung minggu , memang penuh la orang datang. Untung aku cuma perlu jalan kaki je dari rumah. Rezeki. Untuk pengetahuan korang ,  sebelum ni aku ke Bukit Melati jika teringin nak berpeluh lencun. Rasanya selepas ni tak perlu dah la ke sana. Main depan umah pun ok dah. Anak anak pun suka ! 

Pintu masuk. Nak tenang tenang, datang hari biasa je. Kalau hujung minggu , memang pakat macam gi mall la ! 

Rasanya kalau takda pembangunan terbaru , bukit ni lebih sejuk ! Dulu awal pagi dah meriah dengan kenyamanan dan kedinginan. Tapi itulah... manusia kan ? Selagi ada tanah lapang.. diorang mesti sauk punya ! 

Jalan kaki je dari rumah.. Sini pun dah mencabar sebab naik bukit. Masa ni , masing masing belum makan. 


Bagus team Tebas Hikers ni. Diorang buat macam macam kemudahan kat sini. Sapa sapa yang datang, mesti terkejut punya ! 


Awal awalnya aku nak tengok je laluan tapi diorang dah buat petunjuk arah dan trail mesra keluarga. Pergh.. best ! Aku risau anak anak jer. Aku tak pe.. dah biasa. Eceh.. 


Alhamdulillah.. sampai ke kem diorang. Bergambar pastu patah balik. Saja tak nak maju ke depan lagi sebab plan nak naik lagi dan lagi. Biar sikit sikit kita unlocked ! Hahahaha.. 

Seronok naik ngan anak anak. Bawak je air minum. Cuaca panas tapi tak la membahang. Bila turun nanti , ada banyak tempat makan sedap sedap di Sepang ni. Boleh je redah seperti ke Nasi Ayam Mafia atau Lubooking. Eh.. ada banyak laaa.. 

Untuk ke sini , korang waze ke ke Bukit 527 , Bandar Baru Salak Tinggi. Betul betul terletak di Jalan Salak Perdana. Masuk untuk hiking , RM10 seorang. Heee.. gurau ! Freee jer ! Oh ya.. jaga kebersihan ya. Dan patuhi arahan. Jangan gatal gatal naik waktu Maghrib. Ada kes dah orang sesat. Huhuh.. 



Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Menikmati kehidupan. Seminggu lebih aku tak update blog. Saja gitu. Nak rehatkan kepala otak kali ni tanpa membebankan fikiran. Kalau dulu, kena bawak kamera bagai.. sibuk nak update blog setiap masa tapi kali ni.. biarlah. Cukup cukuplah 10 tahun aku buat gitu. Nak tenang tenang ngan keluarga lak sementara diorang masih kecil dan nak mengekor kita. 

Ok.. percutian kali ni , wife aku yang uruskan. Sejak sejak aku dah malas nak amik job travel dan review makanan ni , maka takda la jemputan ke hotel hotel lagi dah. Lagi pun aku malas nak buat video video yang bikin orang gempak dan tertarik tapi... 

Destinasi utama , ke Kelantan tapi nak singgah Pahang untuk bercuti. Pilihan , Kuantan dan Cherating. Dua tempat ni memang best bagi aku. Kalau ke Utara, aku suka Kedah dan Perlis. Aku suka pantai belah pantai timur ni sebab landai. Pastu bila matahari terbit atau terbenam, kelihatan cantik sekali. Tenang dan damai rasa. Ditambah pula rezeki kali ni, cuaca cantik dengan angin yang cukup nyaman sekali.  Rezeki.. 

Apa yang menarik di sini ? Banyak sebenarnya. Ramai dah buat content. Korang kena rajin mencari jer. Ikutkan aku, nak bawak anak anak naik bot menyusuri sungai di sini sebelah siang dan malam tapi diorang tak nak. Nak mandi kolam dan main kat pantai. Aku turutkan je la. Hee.. jimat duit. Hahahaha..

Bilik di Swiss-Bellhotel ni memang puashati la. Tapi kali ni aku tak menginap kat sini. Aku sekeluarga amik AirBnb terus. Boleh masuk 2 keluarga sekali. Jimat banyak. Dalam RM500 gitu. Pastu nak makan, bersepah kedai makan depan hotel. Jalan kaki dalam 200-300 meter je gitu. Kalau malam jalan kaki, pergh.. macam kat Jepun je.. Sejuk ! 




Awal pagi.. briskwalk lepas subuh. Masjid pun dekat jer. Nak sarapan pagi pun banyak dah kedai buka. Sedap sedap menu pagi. Hahaha.. Cuma aku tak la makan. Aku nak terus ke tengahari gitu. Bakar lemak lemak yang ada dulu. 

Check out.. gerak ke Cherating lak. Ke Holiday Villa lak. Sini ikutkan kalau stay kat Vivilla , sangat puashati tapi harga dia tercekik gak la. Jadi amik bilik hotel yang boleh masuk 2 keluarga juga. Jimat ! Cuma bilik lama tapi bersih. Tak kisah la.. 

Yang best sini ialah kolam mandi dan pantainya. Allahuakhbar.. Korang yang nak healing healing tu, sesuai la melepak sini. Pagi , tengahari , petang atau malam.. memang cantik. Cuma jangan hujan je la. Heee.. 





Alhamdulillah.. Rezeki sungguh. 2 hari , tak hujan. Bila nak gerak ke Kelantan , baru hujan turun. Segala perjalanan , Allah permudahkan. Sampai di Kelantan pun selamat. Seminggu di sana. Banyak aktiviti. Aku, seperti biasa.. ke gym di Kota Bahru selepas solat subuh. Walaupun perjalanan mengambil masa 40-50 minit , aku redah juga demi menjaga kesihatan. Hahaha.. Ok tak alasan ? Saja tukar angin gym.. 

Selain gym, main badminton dengan ipar duai. Anak anak buah pun join sama. Besar besar memasing.  Tunggu si Aariz lak pandai main. Kena hantar gi kelab badminton gitu. Hahaha.. Bapak ajar, melawan. Malas nak bergaduh. Hahaha..


Kali ni , percutian aku rasakan sangat berbaloi berbanding dulu.. Kalau balik , mesti abiskan masa di rumah jer. Jadi cam.. boring. Aku rasa aku makin selesa kot di Kelantan ni. Hahahaha.. Apakah aku akan bersara di sini ??? 


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (60)
    • ▼  Disember 2025 (1)
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes