BEN ASHAARI



Alhamdulillah... Lega rasa bila perkara yang paling penting di setiap hujung tahun , diselesaikan tanpa banyak isu. Bila dah selesai , baru boleh ke mana mana termasuklah balik kampung. Fuh... Risau juga la kan kot kot harga makin mahal dan susah nak cari berdasarkan pengalaman lepas, size susah nak cari. Jadi kali ni , kena bersedia lebih awal walaupun cuti sekolah baru bermula. Minggu pertama lagi dah selesaikan segalanya. Heeee... 

Kenapa Pusat Pakaian Hari Hari ni pilihan aku sekeluarga ? Sejak aku mengenali Pusat Pakaian Hari Hari ni , aku kagum dengan staff mereka. Takda pun yang muka masam. Bila bertanya , mereka cepat membantu. Bila minta size , mereka cepat cepat cari. Bila tanya pandangan , mereka beri cadangan. Itu yang membuatkan aku malas nak mencari tempat lain sejak anak anak jejakkan kaki ke sekolah. Di sini saja aku cari dan selesaikan segala kelengkapan mereka. 

Aku yang tinggal di sempadan Selangor / Negeri Sembilan ni bertuah sebab ada dua cawangan Pusat Pakaian Hari Hari berdekatan dengan aku. Satu di Kota Warisan dan satu lagi di Nilai. Untuk pengetahuan korang, ada  lebih dari 120 cawangan mereka di seluruh negara. Pengalaman mereka dalam dunia pakaian ni pun bukan setahun jagung. Dah cukup masak dengan permintaan dan gaya yang diperlukan oleh rakyat Malaysia. 



Bila masuk je sini , anak anak teruja terus mencari beg sekolah. Beg sekolah lama mereka masih boleh dipakai tapi untuk menaikkan semangat mereka , aku benarkan mereka pilih beg sekolah yang baru. Maklumlah , kita dulu pun pernah bersekolah. Dapat beg baru , seronok tak terkata. Jadi pilihlah mana mana yang nak.. " Daddy belanja... " . Sapa tak seronok bila dapat tawaran gitu kan ? Hahaha.. 

Baju dan seluar mereka , masih boleh dipakai dan elok Macam aku kata la.. Pakaian mereka ni , berkualiti dan tahan lasak. Jadi aku fokus pada yang penting penting dulu seperti beg , kasut , songkok , seluar sukan dan pakaian pakaian lain. Baju dan seluar , mungkin pertengahan tahun akan aku tukar . Rasanya masa tu diorang akan lebih tinggi dan besar dah. Lagi pun , aku boleh je beli terus secara online di https://www.ehari.com.my/. Dapat diskaun 10% untuk barangan terpilih lagi ! 




 Sempena Promosi Kembali Ke Sekolah , Pusat Pakaian Hari Hari kasi diskaun untuk barangan terpilih. Rugi la tak manfaatkan. Pastu dapat free gift seperti tuala dan kalender 2026. Cantik ! Biasanya gitulah mereka. Mereka akan lebih awal menyediakan kelengkapan sesuatu perayaan termasuklah Hari Raya ! Bukan awal saja tapi siap ada diskaun dah. Haaa.. takda la nak kalut kalut bagai. 

Aku pulak jenis malas nak berjalan sana sini untuk mencari barang persiapan. Suka terus ke satu tempat tu dan beli je semua. Siap.. balik ! Hahaha.. Jika ada tak kena , datang dan buat pertukaran. Senang ! Takda nak pening pening kepala. Kan ? Ni zaman bukan nak bergaya gaya sangat dah. Yang penting , kualiti , harga berpatutan dan paling aku utamakan.. keselesaan bila membeli belah. Tempat letak kereta mudah dan percuma. Pastu staff membantu dan muka tarak masam ! Beli dan balik dengan hati gembira.. 

Sebab tulah aku pilih PUSAT PAKAIAN HARI HARI !  
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Lasak sangat tahun ni ! Hahaha.. memang aku keluar masuk pusat fisioterapi dan gi mengurut tradisional berkali kali untuk betulkan otot. Gitulah.. bila dah ok , tak senang duduk jadinya. Kembali rancak mencari aktiviti harian untuk berpeluh. Kalau tak berpeluh , rasa tak kena lak hari tu. Dan jadi berselera nak makan jer. Adeh... 

Tapi tula ujiannya di hujung tahun. Ketat sana sini bermula dari 'lower back' ! Sebenarnya ni penyakit sejak dari zaman bujang. Salah angkat beban jadi punca. Tapi takda la pulak gi check doktor bagai. Gitulah... rehat dan rehab. Alhamdulillah sembuh. Bila dah sembuh , buat hal balik... 

Bila dah kawin dan makin berumur.. makin lasak. Nasib baik masih 'ingat dunia ' , jadi takda la sertai mana mana pertandingan atau group pergi mana mana tempat seperti masuk hutan bagai. Hajat tu ada tapi teringat anak bini , aku matikan je la hasrat. 

Lagi beberapa hari nak masuk tahun baru dan umur pun bakal cecah 50 tahun. Apakah aku perlu perlahankan rentak ? Huhuhuh... Yelah , bila sakit otot ni , dia punya tarik.. Fuh ! Nak tidur pun terasa perit. Nak bangun apa  tah lagi ! Tapi itulah... bila dah kena, kita pun belajar macam macam perkara. Cara buat regangan.. cara mengurut cari urat... dalam pada masa yang sama , belajar macam macam termasuklah BERSEDERHANA DALAM BERAKTIVITI ! Dalam erti kata lain.. beringatlah sedikit.. awak dah tua ! 





 Tapi tu la... nak berhenti tak boleh. Nanti perut memboroi. Kita kurangkan sedikit rentak. Dari hari hari , ke selang seli. Contohnya , kurangkan naik turun bukit kepada berjalan je depan umah bersama itik ituk aku tu. Gym ,3 kali seminggu ok dah kot ? Dan setiap kali pergi.. buat dalam sejam ok dah. Tak perlu la nak sampai berkhemah dalam gym macam dulu dulu tu ha.. kan ? 

Ada hikmah juga la bila kita diuji. Beringat sedikit... Jangan berlagak muda walaupun nampak muda. Yang penting , kawal pemakanan. Huhuh.. Aku tahu.. part ni memang masalah terutama bila makanan ada depan mata tu SEDAP SEDAP BELAKA. 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Berbeza dengan masa muda muda dulu. Lepas pulih tu boleh pulun habis habisan tapi tanpa kita sedari rupa rupanya , kesannya adalah pada hari tua nanti. Dan aku sedang lalui. Hahahha.. Menda menda kecil gini ramai yang amik ringan sebab tubuh badan ketika muda tu , kuat. 

Punca ? Hurm.. regangan badan ! Kebanyakan mereka yang bersukan kategori amatur ni macam aku. Ambil ringan bab pemanasan otot dan regangan selepas bersukan. Otot manusia ni bukan mekanikal terdiri dari mesin besi yang tahan lasak. Tak kira la kuat camana pun , kena juga buat atau derita di kemudian hari. 

Kuatkan otot kaki sangatlah penting. Bila dah latih kaki tu , kena jaga bab pemulihan. Pemakanan , rehat adalah keutamaan. Bukan apa.. kalau kaki dah sakit , hurm... serius cakap , terasa hilang sesuatu dalam kehidupan harian. Contoh , nak gi solat berjemaah pun payah. Nak lakukan aktiviti harian pun akan tergendala. Pasti akan rasa sesuatu sangat. 

 

Aku dalam fasa pemulihan. Masih terasa sedikit tapi sedang berusaha 'buat tak tau' dengan menguatkan otot dan regangan senantiasa terutama pagi dan malam ! Diulangi , jangan pandang ringan bab regangan ni. 

Dalam fasa pemulihan ni akan ada satu trauma. Takut nak buat sesuatu yang biasa kita buat. Risau akan kembali sakit. Jadi untuk memberikan keyakinan pada otot dan otak tu makan masa. Kita kena kuat dan fokus. Elakkan buat kesilapan yang sama terutamanya ketika bersukan. 

Macam kes aku ni.. kena elakkan banyak buat pergerakkan pantas. Kena tenang tenang dulu. Fuh.. lain macam bila dah nak cecah 50 ni. Hahahaha.. Alhamdulillah... rezeki. 


Anti radang secara natural ! 

Order : Wasap : https://Halia1.wasap.my
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Aku tak sangka rupanya aku tergolong dalam golongan manusia yang dah kena slips disc ! Rupa rupanya aku pernah kena sejak usia 30an lagi ! Punca ? Aku rasa kena masa workout di gym. Masa tu dia punya sakit kat bahagian pinggang tu tak leh nak dicakap la. Nak bangun dari katil , terseksa betul. Aku ingatkan aku cuma sakit urat atau sakit belikat jer. Makan masa juga la nak sembuh. Tapi aku tak gi jumpa doktor pun. 

Duduk terlalu lama pun menjadi punca. Maklumlah , aku dulu computer programmer. Siang malam sibuk ngadap komputer. Naya sungguh la. Pastu berat badan pun naik ke 90kg lebih.

Dan bila masuk umur 40an ni , aku rasa banyak kali gak la aku bermasalah di bahagian situ dan aku ingatkan aku dah kena sciatica ! Kira macam sakit saraf kaki belah kiri. Bermula dari pinggang hinggalah ke tumit. Seksa ketika nak bangun dari tidur. 

Terbaru.. aku kena lagi dan kali ni aku rasa memang aku kena slip disc !  Pergerakkan berulang pada bahagian pinggang menjadi punca bila aku ingat ingat kembali ! 

Tau ke apa tu slip disc ? 

" Slip disc adalah keadaan di mana salah satu cakera antara tulang belakang tergelincir keluar daripada kedudukan asalnya dan menekan saraf yang berhampiran. Keadaan ini boleh menyebabkan kesakitan, kebas, dan kekangan pergerakan yang ketara. Apa yang lebih membimbangkan, ramai individu tidak menyedari bahawa mereka sedang mengalami slip disc kerana tanda-tandanya sering disalah anggap sebagai sakit belakang biasa. Menyedari tanda slip disc dari awal sangat penting agar rawatan dapat dimulakan segera dan komplikasi dapat dielakkan. "


Berpunca dari situ dia akan merebak hingga ke tumit. Apa yang aku kena buat ialah regangan dalam 5 minit sejurus tersedar dari tidur.  Awal awal tu memang sakit sangat la. Nak tidur pun sakit. Nak angkat kaki masa baring pun tak boleh. Aduh..

Aku buat pembacaan dan mencari info di Internet. Fisioterapi dan urut pun aku dah buat. Membantu juga untuk penyembuhan cuma makan masa. 2 minggu yang cukup menyakitkan. Aku tak makan sebarang ubat penahan sakit pun. Cuma ambil halia dan tumeric jer. Pastu ada supplemen untuk saraf yang aku beli di farmasi. 

Pelbagai cara regangan aku buat dan ikut seperti yang diajarkan oleh mereka yang pernah alami masalah seperti aku. Ya , sangat ramai ! Malah bila tengok di pusat pusat rawatan saraf ni , terlalu ramai ada masalah dengan lower back ni ! 

Punca? Banyak ! Antaranya , duduk di satu satu tempat tu terlalu lama. Kurang pengerakkan pastu jarang buat regangan. Mengangkat beban dengan cara yang tak betul pun menjadi punca. Stress dan tidur lewat.. Semua tu merosakkan tubuh badan ! Pemakanan jangan cakap la... Sudah semestinya. 

Alhamdulillah.. Masuk minggu ke 3.. aku dah boleh dikatakan semakin ok dan kembali cergas. Tapi aku kena hati hati dah. Bila di gym , aku tak boleh buat latihan yang boleh menjadi punca dan pastikan pakai gym belt bila berlatih ! Dulu sombong.. ingat dah power sangat ! Sekali ambik kau ! 


 Bila kena slip dics dan sciatica ni , percayalah. Kau akan hilang semangat dan sangat down. Rasa lemah dan tak berguna jer ! Nak kena kembalikan keyakinan , satu cabaran dan itulah yang aku lakukan seminggu lepas. Aku tetap ke gym untuk membina keyakinan dan memberitahu pada badan aku , kita boleh lakukan tapi dengan cara yang betul ! Kuatkan otot lower back adalah satu kemestian ! 

Kurangkan keradangan tanpa ubat tahan sakit  :  https://Halia1.wasap.my


 



Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Aku tahu... korang pun tertanya tanya cam aku gak. Apahal la dah tua tua berpakaian ketat masa bersukan ni ? Tambah tambah lagi badan serupa cam... Haa, aku tau dan korang pun tau. Aku ada gak beli sepasang dua sebelum ni. Tapi rasa segan nak pakai lak. Maka pakai je la kat rumah sesekali. Terasa seksi la pulak. Hahaha.. Risau dah tua tua ni , bertambah anak. Maklumlah , kang isteri tergoda. Auch.. hahaha.. 

Sehinggalah malam semalam.. aku kembali tertanya tanya kelebihan pakai seluar ketat ni sebab aku tengah pakai. Mestilah ada kelebihannya , kan ? Yelah.. tengok geng bola pakai... geng runner pakai.. geng hiking pakai.. geng basikal , jangan ceritalah. 

Sebabnya aku mencari jawapan ? Bila aku pakai , aku terasa lain macam pada otot otot kaki aku. Rasa sedap giler ! Eh , takkan la ni puncanya ? Apa lagi.. aku pon tanyalah En.ChatGPT. Jawapan dari dia pastilah bukan 100% tepat tapi sekurang kurangnya dia ada point menjawab segala persoalan aku. 



Jenama ni pun bagus untuk pemulihan otot : 2.X.U

Aku pakai 2 lapis... Hee..
 

Macam ni.. 


Menurut jawapan En.ChatGPT ni , seluar tight (compression pants) memang boleh membantu bila otot tegang  tapi dengan cara tertentu je. Ni penjelasan ringkas: 


Kenapa seluar tight membantu

Kajian menunjukkan memakai pakaian compression selepas senaman boleh bantu aliran darah balik ke otot-kaki dengan lebih baik dan membantu mengurangkan rasa sengal serta membantu pemulihan lebih cepat. 

Ia juga bantu mengurangkan “getaran otot” semasa aktif, yang boleh jadi punca ketegangan atau mikro‐kecederaan kecil. Yang paling banyak manfaat ialah kawasan anggota bawah (kaki/paha/betis) berbanding anggota atas. 


Manfaat atau kelebihan bila pakai seluar tight  : 

1. Meningkatkan aliran darah
Seluar ketat jenis “compression” tekan otot dengan lembut, jadi darah senang mengalir dan bantu kurangkan radang atau rasa sengal pada otot tegang.

2. Kurangkan getaran otot masa bergerak
Bila bersenam, otot bergetar banyak — ni boleh buat tegang makin teruk. Seluar tight bantu stabilkan otot, jadi kurang tekanan dan risiko kecederaan.

3. Kurangkan bengkak lepas aktiviti berat
Bila otot tegang sebab kerja berat atau senaman, seluar tight bantu kurangkan pengumpulan asid laktik, jadi pemulihan lebih cepat.

Tapi jika otot dah terlalu tegang atau sakit, seluar tight tak ganti rawatan. Masih kena buat regangan lembut (stretching)   seperti guna ais atau hot pack (ikut jenis tegang)  dan pastikan dapat rehat secukupnya. 

Beliau juga ada memberikan beberapa tips cara  memilih seluar tight (compression pants) ikut tujuan dan jenis aktiviti, supaya betul-betul bantu otot tegang:

1. Untuk senaman berat / gym

Tekanan sederhana ke tinggi (20–30 mmHg) — bantu sokong otot quadriceps, hamstring & glutes.

Bahan: campuran nylon + spandex (elastik tapi tahan).

Ciri tambahan: bahagian pinggang tak mudah melorot, ada panel pengudaraan (ventilated).

Contoh jenama: Nike Pro, Under Armour HeatGear, Skins Series.


2. Untuk larian / aktiviti luar

Tekanan ringan ke sederhana (15–25 mmHg) — bagi peredaran lancar tanpa terlalu ketat.

Ciri penting: serap peluh cepat, ada reflective strip (kalau lari malam).

Kelebihan: kurangkan risiko “cramp” dan tegang betis masa lari jauh.


3. Untuk pemulihan / otot tegang

Tekanan ringan (10–20 mmHg) — cukup untuk bantu aliran darah masa rehat.

Sesuai dipakai lepas bersenam atau bila rasa sengal otot.

Boleh dipakai masa tidur (kalau selesa).

Jenama pemulihan: 2XU Recovery, CEP Recovery Tights.



Tips penting : 

Jangan beli terlalu ketat . Kalau rasa kebas atau susah nafas, tekanan tu berlebihan. Pilih saiz ikut ukuran pinggang & punggung, bukan saiz seluar biasa. Cuci dengan air sejuk, jangan guna pengering (boleh longgar cepat).

Cuma sedikit nasihat... bila berpakaian tu , tutup tutuplah juga ya. Heeee.. Semoga membantu. 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (1)
    • ▼  Januari 2026 (1)
      • Tik Tok bikin hal sama seller ?
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes