BEN ASHAARI



 

Tu diaaaa ! Siap buku khas kooo !! Sebuah buku ni dijual RM20 .. Wife beli dua .. katanya ..

“ Untuk abang jugaaaa .. “.

Pandai jual nama aku .. Adeh..

Terus terang , sejak ada periuk Noxxa ni , aku dah tak payah nak tanya nak makan apa ari ni .. Semua dah ada dalam kepala dia ! Haaa.. Aku pulak jadi risau .. Risau buncit kooooo ..

Semalam , dia wat masak kambing ni haaa .. Memang , abis aku jilat kuah kuah dia ! Hahahah .. Adeh.. maaf la yer.. Dah sedap ! Gitu laa..

Periuk Noxxa ni ramai dah orang guna tapi sayangnya , ada yang tak tau camana nak menggunakan dengan sebetulnya.. Maksud aku tu , kira guna abis abisan laaa ! Dah beli mahal mahal , takkan simpan wat tukun tiruan kan ? Haaa..

Hurmm… Ok , serius ! Kalau aku yang guna .. confirm aku simpan dalam kotak ! Hahahaha… Banyak sangat butang nak kena tekan haaa.. Mcm time bomb lak ..

Tapi , kalau ada buku resepi ni.. aku rasa … hilang segala masalah !

Hurm.. mana beli ? Aku pun tak pasti la wife aku beli mana .. Lupa lak nak tanya.. Tokey dia pon tak suruh aku promote .. tapi memandangkan dah ada yang tanya , sila la google tajuk buku tu.. InshaAllah akan jumpa pemiliknya ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Gi Mothercare di Bangsar Shopping Centre. Ada sedikit urusan di sana.. Hurm.. Bila masuk dalam tu , tergamam jap wife ! Biasa dok gi Mothercare Alamanda jer.. Sekali tengok kat situ , besar giler ! Macam macam pilihan ada !

Dan bukan wife aku je tergamam.. Qhaliff pon sama !! Jadi rambang jap dia .. Berlari lari anak dia dalam tu ! Hahahah .. Abis semua dia nak kaut ..

 

Dan Zahra jugak nampaknya dapat menyesuaikan diri di situ.. heheheh ..

Urusan aku bermula .. Hurmmm .. Penerangan diberikan dan tanya je la apa aku nak tanya ..

Test letak Zahra dan Qhaliff.. Heheh.. Dua dua leh guna ni .. Ternyata Zahra lebih selesa di dalam tu manakala Qhaliff , masih jual mahal.. Ni perangai aku ni.. Berlagak skit awal awal.. Bila orang takde , baru nak ‘waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahh’ pastu berebut !

Lagi pun , Qhaliff dok teruja dengan mainan yang ada di dalam tu .. Hehehe.. Daddy pon ‘teruja’ gak nak membayarnya !

Hurm.. Qhaliff dah nak masuk 3 tahun.. Perlukah dia gunakan stroller lagi ? Zahra camana pulak ? Mana lebih sesuai ? Guna baby carrier atau stroller ?

Berkenaan dengan harga pulak.. hurm.. ada yang kata stroller berjenama ni mahal giler ! Baik beli murah .. Aku ada dua dua .. mahal dan murah.. Bila guna , mmg ada beza.. Yang murah lak ( murah tu tak la murah gak..beratus ) , baru pakai jap .. tayar dah mula wat hal .. Rasa menyesal lak beli.. Hurm.. Selesa ? Qhaliff nak duduk jap je dalam tu ..

Perlu ke guna stroller ni ? Hurm… Apa pendapat korang ? Mana lebih berbaloi kalau beli ? Cam yang berjenama ni , ada jaminan bertahun dari segi hardware dan material.. Yang murah ni , rosak je.. buang.. Huhuhu…

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Setiap hari , aku doakan jam 5.30 petang cepat sampai .. Kalau pagi tu, ok lagi.. Zahra mudah tidur.. Qhaliff lak suka layan phonic video dan disusuli video feveret dia .. hingga jam 12 tengahari.. pastu dua dua lena.. Baru aku leh tarik nafas lega

Pagi pagi.. Zahra mmg suka wat muka cute..

Mai petang ? Perghhh..Kul 4 ke atas terutamanya .. Dua dua dah mula kepanasan bontot !

Photo

Tunggu mak diorang balik ! Dua dua nak susu original ! Tak kira la camana pon.. nak gak ! Hurmm.. Pening aku time ni ! Hahahaha.. Mengusung la dua dua.. Sorang tarik kaki.. sorang asyik berdukung .. hahaha ..

Masa masa gini , terus terang.. kena banyak istighfar..bersabar ! Kalau tidak , kita akan menyesal ! Hurmm..  Sebenarnya , lelaki mmg payah nak jaga anak kecil terutama yang masih menyusu.. Perghhh.. Kalau ada yang mampu jaga gitu , silalah respek dia.. Aku tak suh respek aku.. tapi yang berjaya tu.. Aku lom berjaya .. Huhuhu..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Ada yang tegur muka aku semakin cengkung.. kurus ! Tapi perut ada naik skit laa gara gara dok abiskan makanan Qhaliff ! Dia makan skit je skang.. Aku kena makan saki baki dia.. cam aiskrim Magnum tuuuu.. hehehe ..

Terus terang la nooo.. Aku dah tak gi gym utk serius bersenam sejak Zahra muncul. Tak de masa dan kalau ada pon , aku dah sangat penat. Sekadar bersenam keluarkan peluh jer ..

Aku pon dok fikir .. Apakah yang buatkan aku slim cam Brad Pitt ni ? Hurmm.. Suppliment protein ? Nehhh … Apa eh ? Aku puas pikir sambil minum susu kambing Nutri Goat Miracle 8 ni .. Sememangnya aku minum sehari 2 kali .. pagi sekali dan malam sekali .. Yang lain , lain kali ! Heee…

Makan , banyak aku.. Takde sekat sekat.. Apa aku nak makan , aku bedal ! Tapi yang pasti la .. lepas makan banyak , malam tu aku minum susu kambing ni untuk lawaskan perut dieesokkan harinya .. Heheheh ..

Tu je la pon.. Aku cuma amik #NGM8 ni sebagai minuman harian aku. Tak minum susu lain dah .. Ni pon stok nak abis dah .. Nak kena order lagi.. untuk aku minum dan jual ! Eh , aku dah jual ?? Dah jadi agen ke ? Hehehe..

Untuk pengetahuan korang , aku dah jadi .. eh , wife aku dah jadi agen Nutri Goat Miracle 8 ni .. Ni pon gara gara permintaan kawan kawan yang nak beli direct dari aku termasuklah keluarga aku.. Ramai nak ! Tak larat nak bagitau diorang yang aku tak jual.. Dan akhirnya aku mengalah.. jual jugak laaa…

Hurm.. bagi mereka yang nak beli dari aku , leh la pm aku di Facebook , BEN ASHAARI. Area Cheras dan Putrajaya boleh la antar.. Lain area , aku pas pada agen lain yer .. Aku tamo pos.. hehehe.. Segan kat staff pon..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Tajuk : Daddy sibuk ngan laptop !

image

Di kala ini , daddy dok layan laptop dia jer … Qhaliff boring ! Takde geng nak main ! Zahra , dari tadi tidur jer.. Mana la pipi tak tembam.. Hurmm..

Gambar ini bukti dok buat kerja jer ! Qhaliff , terbiar .. Ni yang Qhaliff boring ! Nak bodek daddy mintak Magnum Classic dalam peti ais .. Dapat jugak hilangkan boring !

Ginilah nasib diriku anak blogger .. oh Tuhan.. takde teman nak bermain..

 

“ Hurm… kalau daddy tak usik laptop , camana nak masuk duit ?  Tak masuk duit , orang kata daddy makan duit hasil isteri .. Hurmm… Payah kan ? “

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Photo

Alhamdulillah .. Sapa sangka kan ? Hanya dengan bergelar blogger , aku dapat mencapai pelbagai impian aku. Syukur pada Allah. Sekurang-kurangnya aku berjaya membuka mata ramai pihak terutamanya ibu bapa aku sendiri yang kurang yakin dengan kerjaya santai aku ini !

Walaupun kerjaya aku ni tak menjanjikan kekayaan , tapi bagi aku ianya lebih penting dari itu kerana aku gembira melakukannya.. Malah aku tak perlu tinggalkan anak hari hari di rumah pengasuh .. Aku sendiri jaga mereka disamping buat kerja ! Hurm.. Sian mereka membesar di rumah pengasuh. Sempat ngan mak ayah kejap je kan ? Pastu dah sekolah.. masuk asrama , masuk U.. Dan menikah ! Hurmm..

Berbalik pada impian aku.. Melancong dah , jadi penulis ..sedang menuju ke arahnya. Lagi apa ??? Ada satu lagi impian aku sebelum aku mati.. Aku harap sangat dapat mencapainya atau aku akan kesal selama lamanya ! Hurmm.. InshaAllah ..

Terima kasih atas sokongan korang semua , dari dulu hingga sekarang . Hanya Allah saja dapat membalasnya.

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

 

Berat dia skang , 6.7kg. Tinggi ,66 cm.. Nampak berisi dan bulat kan ? Serius , dia tak macam abang dia dulu. Abang dia , mmg berat ! Leh sakit otot ibu jari kaki kalau dukung dia ! Apa kaitan kesakitan itu ? Eh , fikirkanlah sendiri .. heee..

Zahra tak berat tapi panjang. Kalau letak dalam buaian , dah nak terkeluar dah kaki dia .. Haaaa.. Mesti ikut bapak dia niiii .. kan kan ? Kalau ikut mak dia , er.. er… mak dia pon tinggi gak.. tinggi gadis melayu malaysia.. Standard modified je la .. hee…

Alhamdulillah.. membesar sihat dua dua walaupun makan memilih. Naik pening aku nak kasi makan terutama Qhaliff.. Zahra menyusu botol tapi skit sangat.. Nak jugak yang original. Kena tunggu petang , baru dia puas menyusu.. Sian ..

Semakin besar dia ni , semakin mula nampak karenah. Antaranya ? Dah pandai ketawa bila tengok abang dia bermain depan dia … Berebut makanan dengan mak dia !! Siap tarik lagi.. Haaaa .. Lain ? Lain , aku tak sempat nak belek lagi..

Alhamdulillah.. syukur pada Allah kerana peluang yang DIA berikan pada aku ni. Melihat sendiri anak anak membesar bagai johan. Tak semua dapat rezeki mcm ni ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Photo

Kalau Zahra boring , dia start main sembur air liur. Bila dia wat gini , sememangnya buat aku geram dan gi ‘gigit’ dia ! Hahaha.. Serius , dia merelakan ! Dia rela digigit dari ditinggalkan keseorangan ! Yang lain ada kat dapur ! Dia boring la kan ? Sebab dia tak leh nak ikut ! Hahahaha ..

Orang kata .. bila si kecil mula main air liur , abis la ibu dia.. Gugur byk rambut ! Hahaha .. Aku gelak jer .. Takde kaitan laaaa .. Dan tiba-tiba suara wife di dalam bilik..

“ Adoi.. banyaknya rambut gugur ! “

Erk… kebetulankah itu ?????

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Kawan aku dah lama jemput aku untuk hadiri konsert pertama Akademi Fantasia 2014 ni .. Dia merupakan orang kuat la untuk AF kali ni.. Sebelum ni dia penerbit untuk Karoot Komedia.

Untuk support dia , aku pon ajak la rakan rakan di #kelabbloggerbenashaari join sama. Saja kasi pengalaman buat diorang. Yelah , dah jadi blogger ni , kena tau macam macam.. Jadi tak de la nak kritik , nak kutuk atau main tulis je kat blog kan ? Kena lalui dan kemudian beri pendapat untuk perbaiki mana yang kurang ..

Terus terang , aku pun lama dah tak tengok AF ni . Musim terakhir yang aku tengok , melibatkan Heliza jer. Tu pon jap jap .. Bukan fanatik. 

Dan semalam aku di sana , mengharapkan satu kelainan kali ni. Tak nak dah tengok ada airmata airmata.. Boring ! Tak perlu nak main dengan emosi dah .. Bagi penonton enjoy agar mereka lebih ikhlas nak mengundi peserta kesayangan mereka ..

image

Terus terang aku bagitau la.. Aku pelik nape Zizan dan Jihan terlibat dalam AF kali ni ? Mampukah diorang buatkan AF ni menjadi sebutan ramai ??

Dan segalanya terjawab semalam .. Kelainan kali ni , mereka lebih pada komedi ! Konsep santai bergurau ni mmg berjaya memikat penonton di Dewan MBSA.. Masing masing tak kering gusi termasuk aku yang tak suka Zizan ni .. Terus terang ni !

Ada dua tiga perkara yang aku rasakan AF ni perlukan pembaharuan terutama part mengundi ! Dengan penonton yang dah terpaksa melanggan ASTRO , pastu kena sms undi .. aku rasa tak relevan dah ! Memanjang kena keluar duit ! Kan dah ada ASTRO Beyond ? Apa kata nak mengundi tu , kena langgan channel khas.. Ahaaaa . Melalui remote , diorang leh mengundi setiap hari ! Sehari sekali undi jer ! Dan malam konsert , leh undi 2 atau 3 kali ! Ahaaa.. kan kan ? Camana nak buat , diorang leh fikirkan part tu.. aku lom kerja ngan ASTRO.. hehehe .

Satu lagi teguran dari aku .. Part pakaian terutama yang pelajar yang bertudung tu… Hurmmm.. Faham kan ?

Apa pun , semoga maju jaya buat semua pelajar Akademi Fantasia 2014 kali ni .. Aku nampak dah sapa yang bakal menyengat kali ni .. Walaupun di konsert pertama , aku rasa beberapa orang bakal membuatkan musim kali ni lebih menarik .. Mereka berbakat.. takde dah main rupa rupa gitu.. hehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

 

“ Qhaliff tak dengki ke ngan Zahra sebab daddy dok pegang dia jer ? “

Hurm… Qhaliff ni aku nampak lain sedikit la.. Nak kata cemburu tu , aku tak nampak la pulak.. Tapi berebut barang macam bila aku nak letak Zahra dalam rocker , dia cepat cepat masuk dulu .. nak letak dalam car seat , dia pon nak masuk gak.. Haa , mcm tu ada la..

Bagi aku , Qhaliff lebih suka menyakat aku .. nak curik perhatian ! Tapi bila kita cakap elok elok , dia bangun la.. Kira berjaya la dia menarik perhatian kita dan terus mintak aiskrim ! Dah dapat , dia tak kisah apa dah ! Dukung sampai kiamat pon tak pee.. Hahahaha…

Yang pastinya , bila aku nak keluar ke mana mana .. dia akan pastikan dia akan dapat ikut aku ! Hurmmm .. Dan pandai cakap ‘ nak ikut' skang .. Apakah dia terancam ? Mentang mentang adik dia tak dapat jalan lagi.. jadi dia conquer semua ? Hahahaha

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Alhamdulillah .. esok Zahra dah masuk 4 bulan ! Peralihan bulan yang .. hurmmm.. mmg mencabar bagi aku ! Syukur aku dapat lalui walaupun mmg tertekan pada awalnya ! Silap sendiri gak sebab tak gunakan rahsia orang tua dulu dulu.. hehehe ..

Mesti ada yang tertanya , Qhaliff masa 3 bulan dulu camana ? Hehehehe.. Aku pun sebenarnya.. Lupa dah camana rupa dia 3 bulan dulu. Nasib baik ada blog dan entrinya !

IMAG1873-1-1_thumb1

Ni Qhaliff sewaktu 3 bulan (baca SINI ). Dan bawah ni , Zahra di usia 3 bulan ..

image

Waahh.. akan ada yang tanya , rambut dia mmg camtu ke ?? Ke Ben yang kasi pacak ? Atau tak cukur ke ??? Huk alohh… Kena repeat tulis ke setiap kali post ? Hahaha .. Cer baca dari awal Zahra lahir yakni 8.5.2014 ari tu.. Haaa.. sewonokkkkk .. mcm mcm cerita hadooo ..

Alhamdulillah.. dua dua membesar dengan sihat.. Terima kasih atas doa kalian … Syukur ada kawan kawan yang ikhlas nak berkawan dan mendoakan kesejahteraan kawan serta ahli keluarganya. Hanya Allah saja dapat membalas kebaikan kalian.

Esok , gi suntik 4 bulan .. Hurm…

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Gi Alamanda tadi.. Beli barang dapur , makan pagi.. Pastu , balik ! Dalam perjalanan nak ke parking kereta , aku tergerak hati nak ke kedai cermin mata yang aku buat sebelum raya baru baru ni ..

Tujuan ?

Aku nak tegur sikap salah seorang staff kat situ ! Kenapa ? Spek aku yang aku beli kat situ , Qhaliff dah kangkangkan tangkai dia ! Jadi , nak pakai pon tak sedap .. Aku mintak diorang perbaiki..

Jawapan ? Tak boleh perbaiki dah . Terus aku gi kedai lain dan beli spek baru ! Dan di kedai tu pulak , spek yang terkangkang ni , boleh diperbaiki dalam masa beberapa jam saja !

Haihhhhh .. Tak ke bengang ?? Pastu , takde pulak la si mamat tu bagitau spek aku tu ada jaminan kilang .. Bukan patah pon ! Diorang leh cuba amik dan repair .. Titanium tuuuu ! Bukan beli seringgit dua ..

Di kedai tu , aku cakap ngan staff perempuan kat situ. Aku bebel kaw kaw laa .. Mula mula dia nak bagi alasan tapi aku balas balik dengan pelbagai fakta antaranya , aku ada antar perbaiki sedikit sebelum tu di kedai  tu .. boleh buat ! Tapi kenapa lelaki tu , segalanya tak boleh !! Nampak benar pemalas !! Aku cakap gitu kat perempuan tu.. Dan dia mintak maaf..

Aku bagi pesanan ringkas sebelum aku keluar ..

“ Suruh dia rajin sedikit bekerja. Jangan manis sebelum pelanggan beli.. After sale service , hancur ! Camana nak support bisnis camni ? “

Terus aku keluar.. Nasib baik aku dok dukung Qhaliff.. Kalau tak , aku order teh o ais dan sambung bebel !

Rugi RM1K sebab buat spek baru ! Hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Hurm… Wife aku banyak kali pesan kat aku , jangan terlalu mudah percaya kat orang dan lembut hati ! Tapi aku degil !! Bagi aku , rezeki tu hak Allah.. Kalau orang nak menipu sekali pon , aku redha dan aku terima tu bukan rezeki aku untuk kali itu. Aku beri kepercayaan pada orang tu tapi kalau dia berniat nak menipu , tak pe la.. Tu antara dia dengan Allah ..

Tu bukan kali pertama aku kena tipu sejak jadi blogger ni dan jumlahnya bukanlah sedikit ! Bukan seratus dua tiga pat ratus tauuu … Haa… Tak pe laa..

Apa kes ??? Wife pesan kat aku , lain kali kalau orang nak letak iklan  kat blog , pastikan orang tu dah bayar atau amik la setengah bayaran dulu. Aku tak suka sebenarnya cara gitu ! Mana la tau aku dah amik duit orang pastu aku mati ! Haaa..camana tu ? Tak ke naya kat orang tu ? Hurmm ..

Entah laa… aku rasa pasni aku kena amik duit gak la ! Dari aku mengumpat marah kat orang tu , baik aku amik jer dulu selepas dia bagi papan iklan dia. Selagi tak bayar , aku tak up.. kan ? Hurmm..

Kalau takde duit , bagitau jer.. Aku ok je nak promote free.. Jangan buat cara gini.. Hurmm…

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Sewaktu wife beli dan bawak balik rumah , aku happy sangat sangat ! Kenapa ?

Oh tidak sama sekali .. Aku happy sebab ingat dia belikan aku robot ! Sekali bukan daaaa … Dia beli periuk Noxxa. Hahahaha .. Aku syok sendiri rupanyaaa .. Lalalala ..

Ni la periuk Noxxa yang top tu ! Siap ada group khas yang tertutup untuk mereka berkongsi rahsia masakan mereka yang menggunakan periuk ni !

Dan wife banyak kali dah masak makanan yang sedap sedap dengan menggunakan periuk ni .. Adeh , iklan percuma la periuk ni ! Rugi rugi.. Hahahha.. Tak pe , aku ikhlas ! Menda bagus , kena kongsi kan.. Kalau bayar lagi bagus kan ? Hahahaha .. Gurau…

Dan semalam dia buat nasi goreng special ! Serius , mmg lain sangat rasanya.. Menambah aku makan . Ok , fine.. sebelum ni pon mmg aku menambah tapi yag ni lain skit..

Kesedapannya telah membuatkan aku cancel nak gi makan Kenny Rogers semalam ! Haaa

Photo: Alhamdulillah...rajin isteri aku cuti cuti gini.. Laki jaga anak.. Isteri release tensen kat dapur..

Tak sia sia ada periuk mahal..

Hurmmmm… Bila post di Facebook, tak sangka ramai mintak resepi dan dapat LIKE yang cukup banyak ! Tapi tak leh lawan Mat Gebu la kan.. Jiran aku tuuuuu .. Tu lagi power ranger of the year ! Haaa ..

Resepi ayam tu ? Hurm.. nanti aku try tanya kat wife.. Oh ya , dia pon ada beli buku resepi.. Dua buku.. RM40 gak tuuu ! Perghhh !! Orang perempuan dan dapur ni , mmg berhantu tul ! Duit abis banyak pon tak pe laaa …

Suami tak kisah.. perut sendiri gak untung kan ! Tapi kalau duit tak de , jangan dera diri sendiri yer.. Bersederhanalah.. Lebih baik makan nasi kosong  dari melarat membayar hutang !

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Sejak balik dari Paris hari tu , aku non stop update blog ! Hurmmm .. Ditambah dengan masalah masalah di kiri kanan , aku semakin kehilangan rentak dan mood untuk menulis..

Masalah peribadi ,masalah rakan rakan ,masalah itu ini .Segalanya di benak aku ! Aku kadang kadang pon hilang punca ! Dah tak tau apa nak buat !

Hurm… Kadang kadang , aku takut ! Aku beri madu , dibalas tuba dalam diam ! Bukan tak pernah kena .. banyak kali dah ! Aku cuma mampu geleng kepala jer ..

Apakah aku sudah tidak relevan lagi untuk berblogging ? Atau aku sudah lari dari motif sebenar hingga tiada rasa seronok lagi berblogging ? Hurmm ..

Hanya ‘mereka’ ni saja menguatkan aku semangat dan alasan  utk terus menulis ..

Hurm… mmg mood kelaut sungguh ! Aku perlukan percutian sekeluarga … Kasi tenang dan kembalikan mood menulis !

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

“ Dulu kami pernah guna blogger .. dah bayar mahal tapi hasilnya ? “

“ Nak job .. dah bagi dateline tapi tak buat kerja. Marah la client. Camana ni ? “

 

Hurm…. Banyak kali dah aku dengar sendiri atau kawan sampaikan.  Adoi ! Betol kacau line la blogger camni   Bila dah jadi mcm ni , diorang dah mula takut nak gunakan blogger untuk buat kempen atau promosi. Hurmmm .. Kesannya ??

Ada blogger yang suka makan kenyang kenyang untuk sehari dua pastu mula terkial cari lagi.. Bila jumpa , makan kenyang kenyang .. Tapi hasil ? Gebang pandai.. Janji itu ini.. Terutama menjanjikan trafik atau LIKE yang banyak ! Tergoda la si pelanggan tu… Lepas bayar setengah atau penuh , hasil kerja ??

Hurm… Kawan , jangan gitu.. Gara gara ‘kamu’ , ramai blogger terkena tempias !  Ramai berusaha nak jaga nama tapi disebabkan kamu tu , BLOGGER dapat nama busuk ! Orang tak percaya dah nak kasi job pada blogger !

Pada mereka yang cari makan dengan blog ni , buat la kerja dengan ikhlas hati.. Jangan pandai amik duit orang tapi tak buat kerja dengan sungguh sungguh.

Hurm..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Dua tahun beberapa bulan yang lepas !

IMAG2995-1

Orang kata , kalau baby kita tu dah mula gigit kaki .. tanda nak dapat adik tu ! Orang kata laaa .. Setakat ni tak de la pulak aku dengar monyet atau Ultraman yang kata .. Heheehe..

Benarkah ??

Tak lama kemudian .. Tadaaa … Muncul sorang lagi ! Tak sempat Qhaliff belajar lompat bintang , dia dah ada adik..

 

Photo: Jangan coba coba gigit itu kaki !!

Dan , tak sempat cecah 4 bulan.. si adik mula sibuk nak gigit kaki ! Apakah nak adik juga ???

Jangan ! Kasi daddy tarik nafas dalam dalam dulu yer.. Baru gigit kaki tu ! Kalau rasa tak sampai , boleh je gigit kaki daddy .. Sila abaikan bulu kaki daddy tu ! Hahaha ..

Yer , aku tak percaya la cerita dongeng ni.. Takkan la gigit kaki tu tanda nak adik.. Tanda nak adik begini ..

 

“ Daddy , daddy tak nak kasi kitorang adik ke ? Asyik dok tengok laptop dan handphone tu jer.. Acaner tu ? “ .

 

Pergh.. Jawab daddy ketika tu..

 

“ Yelah , masa ni mmg la dok tengok handphone dan laptop.. Bila kamu berdua dah tidur , barulah daddy tengok ibu kamu lak.. Haaaa.. “ . Sambil kenyit mata ..

 

Kalau dia menjawab lagi ??

 

“ Daddy , kalau boleh .. nak adik kembar yer ? Baru seronok ! “ .

 

Dan daddy dah standby dengan  jawapan ..

 

“ Kamu ingat mak kamu tu mesin vendor ? Masuk duit , keluar air apa nak ? Eh ? “.

Kalau dia nak menjawab lagi.. Cepat cepat guna kuasa veto !

 

“ Dah.. gi masuk tidur.. Esok ngantuk nak gi sekolah ! “

Kalau dia menjawab gini ..

 

“ Daddy ,  esok cuti sekolah dah laa .. Sebulan cuti ! Jom gi Paris ! Takkan daddy je nak rasa kan ? Anak anak baca kat blog je keee ?? Mana aci kan ? “ .

Ok fineee ! Daddy mirgrain !!

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Hurm.. Bila aku terpandang gambar gambar ni , betapa kerdilnya aku ini jika nak dibandingkan dengan alam ni ! SubhanAllah.. terlalu luas alam ini !

image

Dulu aku selalu terfikir.. Sampai bila aku nak hidup macam ni ? Bangun pagi , gi kerja.. buat kerja , pastu balik.. Sampai rumah , tidur ! Esok gi kerja .. Hari Sabtu dan Ahad , baru nampak dunia ! Iskhh… takkan la ni kehidupan yang aku nak sampai ke tua ??

Aku perlu mengubah diri aku menjadi lebih menghargai masa sebelum aku kehilangan masa ! Camana ? Langkah pertama , berkawin dan enjoylah laki bini .. Gi la ke mana mana saja , berdua !

Kemudian dapatkan zuriat. Pada awalnya , mmg ada konflik sedikit tapi alhamdulillah .. berkat usaha kami berdua terutama wife yang sanggup dibedah , memberikan kami rezeki tak berbelah bagi ..

Bila dah ada anak.. takkan aku nak biar kan anak aku tu membesar dengan orang lain ? Takkan la tu motif aku nak ada waris ? Memadai ada anak dan berbin kan aku ? Haihhh .. Takkan tu tujuan hidup aku ?

Aku fikir dan fikir .. aku perlu lebih bijak gunakan masa dan ruang sepenuhnya. Dulu aku banyak abiskan masa dah harap cepat sampai ke hujung minggu pastu boleh berehat sepuas puasnya ..

Betapa ruginya aku ! Bayangkan waktu yang terluang tu diabiskan dengan tidur , usia meningkat begitu saja tanpa ada sebarang nota !! Ruginya !!

Fikir dan fikir .. terus berfikir .. Ke mana hala tuju hidup kita dan apakah kita nak pengakhiran hidup ini , tiada memberi manfaat pada insan lain ?

Sampai bila nak kerja dengan orang ? Sampai bila aku nak ‘Yes’ saja walaupun ‘No’ ? Terpaksa angguk demi sesuap nasi ..

Itulah yang aku selalu fikir dan aku ambik keputusan membuat apa yang aku suka , sejak kecil lagi .. Sukar jika kita tak mulakan langkah ! Payah jika kita tak reti merayu meminta pada DIA !

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Alhamdulillah.. selesai satu lagi mesyuarat hari ni ! Satu lagi impian wife , inshaAllah tercapai ! Bila aku jadi blogger ni , banyak impian dia di luar jangkaan tercapai !

Qhaliff dah rasa sewaktu dia lahir dulu. Tapi kali ni lebih menakjubkan dan daddy pon tumpang merasa sekali ! Mana tau , kali ni rezeki sekali lagi dapat menjejakkan kaki ke benua Eropah atas tiket blogger! Ahaaaa .. Standby duit yer kalau nak order barang ..

Beberapa persetujuan dicapai dan aku pun berpuashati dengan apa yang dinyatakan. Konsep win win digunakan di sini dan aku berjanji memberikan komitmen yang sebaik mungkin ! Maklumlah , ada blogger dah buat taik dengan diorang ! Bayar beribu ribu tapi hasil ? Hurm… tak memuaskan langsung ! Jauh dari yag dijanjikan.. Hurmm..

Photo: Jangan coba coba gigit itu kaki !!

Nampaknya nanti Zahra dan Qhaliff akan dapat stroller baru.. car seat baru .. barangan bayi baru.. baju baru.. semuanya ditaja… alhamdulillah ..

Tunggu nak tandatangan dua kontrak ! Dua dua adalah kontrak yang menakjubkan ! Aku sendiri tak sangka boleh sampai tahap gini , sebagai seorang blogger !

Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

 

Sedih.. Benarlah kata seorang rakan blogger , kak  Yati Kapoor pada salah satu status FB aku semalam ..

“ Time anak2 tidur akk suka tenung wajah diorng...timbul rasa unsaf..teringat anak2 yg didera...apalah yang budak sekecil ini tahu apa-apa...tu yg dtngnya rasa kesian bila tgk anak2 kecil tidur...rasa hiba “ ..

Semalam , Qhaliff bikin sepah rumah. Aku pulak dok pening kepala.. ditambah dengan Zahra buat kelaku yang aku rasakan kerana dia lapar tapi tak nak susu botol walaupun dipaksa ! Hurmm..

Aku marah Qhaliff kerana dia teraburkan baju yang mak dia dah seterika. Dia menangis.. pastu merajuk masuk bilik.. Dia baru 2 tahun dan dah tahu erti merajuk..

Alahai .. Nak nangis rasa bila dia buat gitu. Aku panggil dan pujuk balik.. Dia kembali ceria dan buat balik perangai dia .. Redha je la… Tak kisah.. Aku terlupa dia nak explore perasaan dia dan nak tau macam macam perkara ..

Bila aku tengok kembali gambar gambar lama dia sewaktu berusia beberapa bulan .. aku jadi sayu.. Anak yang aku sayang sangat tu dah pandai buat macam macam karenah .. dan kerap kali buat aku tersenyum.

Antara yang membanggakan aku , dia gemar ucap terima kasih bila kita bagi sesuatu kat dia dan gemar lemparkan senyuman yang mana aku ‘terpaksa’ membalasnya dengan ikhlas juga..disusuli dengan pelukan dari dia .. Huhuh..

Dia nakal tapi bijak.. Aku bukan puji dia sebab dia anak aku tapi sebab mmg betul gitu ! Pantas belajar dengan hanya melihat perbuatan aku dengan sekali saja ! Budak kan ?

Bila kawan kawan kata aku ni bapa mithali , bapa yang baik .. aku malu ! Aku bukanlah seperti yang mereka kata .. masih terlalu jauh untuk jadi begitu.. Masih terlalu jauh !!

Aku harap aku masih punya masa dan peluang untuk perbaiki segala kelemahan aku. Aku bertuah ada 2orang anak yang comel dan bijak.. Hurm..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Bila jadi Mr.Mama ni .. tiada cuti di hari biasa ! Kalau sakit kepala , sakit perut … pasti sukar ! Sapa nak jaga budak budak tu ? Sakit kepala bukan mudah tau ! Ahaaaa .. 

Semalam.. aku dah rasa dah.. Sakit kepala yang menyucuk nyucuk ! Dah makan ubat pon tak beri kesan ! Hanya satu je permintaan aku ketika itu !

“ Sayangkuuuuu.. pulanglahhhh .. pulanglahhhhh segeraaa ! “

Setiap saat , bergerak terlalu lama ! Kalau tak , masa begitu pantas berlalu. Nak tunggu jam 530 petang itu satu penyiksaan .. Hahahaha ..

Aku bukanlah mengeluh tapi sekadar memberitahu pada kawan kawan.. Bukanlah mudah seperti yang disangka bila memilih jawatan ini , Mr.Mama.. Tu belum part kena masak setiap hari.. Baru kena jaga anak.. dah mengigil kepala lutut !

Teringat beberapa orang kawan yang meninggalkan komen di Facebook baru baru ni .. Kata mereka , suami mereka dah pakat pakat berdiri depan pintu rumah bila si isteri abis kerja ! Hahahah ..

Dan semalam… aku up status di Facebook..

“ Skang aku antara suami suami yang dukung anak , berdiri depan pintu rumah pada jam 530 petang..menanti isterinya sampai rumah !! Dengan anak di pangkuan meraung meminta susu dada..

Argghhh.. Leh mendtgkan histeria mendengar suara si kecil meraung.. “

Maksud susu dada tu ialah susu ibu yer.. yang direct ! Bukan melalui botol.. Zahra petang petang , mmg dah tau .. ibunya balik dan masa tu dia akan menyusu puas puas !

Bila wife amik je Zahra , aku terus ringan kepala dan Zassss… terus lena atas tilam ! Macam main bola 10 jam tanpa henti lak rasanya ! Huhuh…

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Sayup kedengaran .. Suara Zahra dalam bilik. Dok ‘memanggil’ mak dia .. Hahaha.. Mak dia tidur dah.. Memang dia akan wat tak tau jer.. Zahra akan tidur sendirinya. Bukan tak menyusukan dia tapi dia dah fresh ! Puas tidur siang kot tadi ? Semalam , lenaaa sampai ke subuh..

Aku ? Dengar suara dia ? Apa respon ? Apakah aku akan gi amik dia ? Perghhhhh .. Tunjuk muka pon tamo wooo… Nanti menjerit dia nampak muka aku ! Sure suh dukung. Aku ni dah la lembut hati !

Photo

Tapi dah terlalu lembut hati , makan diri sendiri ! Baru padan dengan muka ini .. Haaaa..

Hurm.. Zahra ni , lain skit dari Qhaliff.. Aku tak tau la kot dia berperangai sebab nak masuk bulan baru.. Apakah bila masuk bulan baru , perangai bertukar ? Eh , macam Werewolf lak ! Haahah ..

Apa pon , hari ni mmg satu ujian bagi aku membesarkan anak perempuan ! Bukan mudah wooo .. Sila hargai mak ayah anda..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Photo

Ya Allah … baru aku faham perasaan mak aku bila anak anak lelakinya tidur ! Kalau tak tidur , pakat bergaduh la , bertekak la.. pastu ditambah dengan main kat luar .. hahaha ..

Ingat lagi masa aku kecik dulu.. Kecik tak kecik la.. dalam sekolah rendah .. Tinggal di kawasan flat jer .. asal nak panggil balik ke rumah , mak aku jerit kuat kuat ! Abis satu flat dengar ! Hahaha.. Best part ialah.. bukan mak aku je buat gitu ! Hahahaha ..

Sekarang aku tau camana rasa .. bila anak main sendirian .. bila anak mengubah deco rumah .. bila anak buat screen test atau buat konsert di kala adiknya tidur !

Dan sekarang aku tau betapa nikmatnya bila anak anak tidur ! Bukannya kita akan turut tidur tapi dapatlah buat kerja lain.. Kalau tak , dah macam Tarzan jer … huhu …

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Sokong penyusuan ibu ! Er , kalau ibu yang takde susu , camana ? Atau kurang susu ? Hurm.. Rileks , rileks.. ada banyak jalan penyelesaian yang Allah beri.. Kita cuba satu persatu .. Jangan pening pening.. Pucuk pangkalnya , kita usaha ..kan ?

Ibu mana tak mahu menyusukan anak sendiri. Naluri keibuan pasti mahu memeluk dan merasa anak menyusu dan membesar dengan susu badan sendiri. Namun bukan semua ibu ‘ bernasib baik ‘. Ramai yang mengatakan susu tiada, dan beberapa factor lain mengganggu. Kenapa susu ibu menjadi kurang dan Apa tips untuk banyakkan susu ibu yang boleh membantu anda?

Salah satu daripada masalah penyusuan susu ibu adalah susu yang tidak mencukupi. Masalah ini kerap berlaku terutamanya terhadap ibu yang terpaksa berjauhan dengan bayinya dan terpaksa mengepam setiap 2 jam apabila berada di tempat kerja.

Perkara yang utama yang perlu kita tahu adalah, betulkah susu kita tidak mencukupi untuk sicomel kita… atau ada punca lain?

Antara punca susu kita tidak mencukupi adalah:-

  • Teknik penyusuan yang salah.
  • Tidak cukup rangsangan daripada bayi;
  • Pemakanan ibu yang tidak seimbang;
  • Tekanan perasaan sama ada di tempat kerja ataupun kerja-kerja rumah tertangguh
  • Kurang berehat atau tidur
  • Masalah hormon dan juga masalah kesihatan lain seperti thyroid, demam, anemia;
  • Penggunaan pil perancang atau ubat-ubatan yang tidak sesuai untuk penyusuan;
  • Teknik mengepam atau memerah susu tidak betul;
  • Faktor Pemakanan yang tidak seimbang.

Petua Banyakkan Susu Badan

Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap.

Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan.

Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang).

Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :

  1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.
  2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
  3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu
  4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.
  5. Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.
  6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
    • Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
    • Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
    • Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
    • Ambil suplemen/ makanan tambahan seperti EPHYRA ~ Sangat bagus untuk merangsang penghasilan susu yang banyak dan pada masa yang sama mengatasi sembelit dan menghilangkan sakit pinggang dan lenguh badan.
  7. 7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

Dapatkan Makanan Tambahan/ Supplement Yang Disahkan Halal serta Terhindar dari sebarang Racun

Setakat ini EPHYRA telah mendapat banyak testimoni yang mengatakan mereka berjaya menghasilkan susu yang banyak untuk simanja mereka..

Nak tahu apa kelebihan EPHYRA?

Kepada ibu-ibu yang mahu menyusukan simanja secara tegar atau sedang mencari petua tambah susu ibu EPHYRA adalah pilihan yang bijak!

  • EPHYRA juga bertindak sebagai Energy Booster
  • EPHYRA mampu menganjalkan semula badan ibu-ibu yang menggeleber selepas bersalin
  • EPHYRA mengembalikan kepejalan otot yang boleh membentuk semula badan ibu-ibu yang menyusukan baby supaya kembali cantik
  • EPHYRA memperbaiki kesan strech mark serta luka semasa bersalin
  • EPHYRA mengekalkan rasa kenyang kepada mak-mak yang nak jaga badan selepas bersalin juga
  • EPHYRA ~ baby juga dapat manfaatnya ! Ephyra membantu untuk mencerahkan kulit bayi yang disusui – hasilnya baby jadi gebu dan sihat!
  • EPHYRA membantu menstabilkan hormon ibu

EPHYRA sangat bagus dalam membantu menjadikan kulit berseri dan anjal. Ia merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut. EPHYRA mampu memulihkan pigmentasi. melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

MENARIK KAN??

Jom tengok antara testimoni terpilih mengatakan susu badan mereka menjadi lebih banyak setelah mengamalkan ephyra!

clip_image002clip_image004clip_image006clip_image008

*** testimoni ehsan pengedar Ephyra dari facebook & instagram***

✫ Rahsia Susu Jadi Meriah Terbongkar ✫ -

Ribuan Ibu Yang Menyusu badan Mengatakan Susu Mereka

" Penuh Melimpah Ruah Dan Menitis-Nitis " >> Selepas Mengamalkan EPHYRA.

Memey Suhaiza  juga masih lagi menyusu badan > Hasilnya susu badan sentiasa penuh, kulit Memey makin GLOWING dan baby Awish pun turut mendapat khasiat sihat, aktif dan kulit makin gebu & cerah!!

Pengguna Ephyra yang menyusu badan melaporkan >>>>

  • Selepas 3 - 5 hari Mula Merasa Perubahan Dimana Susu Badan menjadi Lebih Meriah!
  • Baby Tidak Menangis Pada Waktu Malam Lagi kerana kenyang cepat!
  • Stok Susu Dapat Disimpan Degan Banyak
  • Baby Sentiasa Kenyang dan ceria
  • Demam Kuning Baby Hilang Serta Merta
  • Membantu Mencantikkan kulit Ibu ( glowing dan gebu ) selepas Bersalin
  • baby pun dapat manfaat > kulit baby jadi lebih cerah & gebu !
    - Masalah rambut gugur ibu tiada lagi!

Ephyra sesuai diminum oleh ibu semasa berpantang. Ephyra mendapat kelulusan KKM dan disahkan Halal oleh Jakim.

halal ephyra 01

Dapatkan Ephyra anda hari ini daripada pengedar kami yang sah berdekatan anda.

Ingin ORDER?

SMS < SUSU IBU > jarak < KAWASAN ANDA < ke 019 3999 238
Nak tgk beribu testimoni kami?


Jom follow OFFICIAL EPHYRA INSTAGRAM : @ephyra2u

WEBSITE : www.oceanlife2u.com

Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889

PENGUMUMAN :

UNTUK MEREKA YANG BERADA DI SEKITAR LEMBAH KLANG, EPHYRA AKAN MENYERTAI HALFEST ~ EKSO HALAL TERBESAR DI MALAYSIA (dengan kerjasama Jakim)

 

EPHYRA DI HALFEST 2014

Halfest - EKSPO HALAL TERBESAR DI MALAYSIA pada 3 Sept - 7 Sept >>> SAVE THE DATE!!

Tarikh : 3 Sept – 7 Sept 2014

Tempat : Mines Convention Centre

Waktu : 10 pagi – 7 malam

Booth No: 495 & 504

Jom ramai-ramai meriahkan lagi booth EPHYRA. EPHYRA terbukti HALAL dan SELAMAT ~ status HALAL Ephyra takperlu diragui lagi kerana mmg terbukti mendapat kelulusan JAKIM.

Ekspo HALFEST hanya membenarkan peserta utk sertai dengan sijil kelulusan Halal Jakim.

Jom jumpa kami di sana! Dapatkan EPHYRA dengan harga menarik & banyak FREE GIFT menanti anda!


Nak jumpa duta EPHYRA?

Anda juga berpeluang temui Duta Ephyra ; Memey Suhaiza & Norman Hakim pada 6 SEPT (SABTU) & 7 SEPT (AHAD) di Booth Ephyra no 495 & 504


SEE U GUYS THERE!!


image

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Dua dua tidur akhirnya !! Perghhh.. kalau aku tau , dari awal lagi aku buat camni ! Kan senang !! Tapi dok ikut kata orang sangat.. haaaa… sendiri dah susah !

 

Lepas mandikan Zahra , dia pasti nak susu.. Ok , takde masalah.. Lepas bagi susu .. dia nak tidur ! Camana nak tidur ? Aku kena buaikan dia.. Caranya , duduk atas bola gym .. Kesannya , aku sakit bahagian pinggang sbb hentakan bertali arus .. huhu.. Sakit tu mmg mendatangkan stress ..

Qhaliff buat bising.. biasa la kan , budak ! Aku nak salahkan dia tak leh.. dia dok aktif.. Tu lebih baik dari dia dok mengadap depan tv , diam seribu bahasa.. hurmm ..

Zahra tak nak lepaskan aku.. dok pk camana nak kasi dia tidur.. Aku dah mula sakit kepala.. Pening .. Sebenarnya ada cara tapi cara ni ramai tak galakkan !

Aku tak kira dah.. Aku naik bilik atas .. turunkan buaian.. Zahra tengok je aku.. Hahahaha… Aku dah jadi Hulk time ni .. Huhuhu.. Serius , stress gile ditambah dengan sakit kepala.. Qhaliff , dah tidur time ni ..

Aku pasang buaian.. pastikan keselamatan.. letak tilam kat bahagian bawah.. Dan masukkan Zahra.. Terus senyap koooo !! Aku buai dalam 15-20 minit.. terus lenaa !!

Ya Allahhhhh.. kalau aku tauuuuu , lama dah aku buat gini !! Kan senang ! Wife pon tak yah kalut balik rumah belah tengahari semata mata nak tidurkan diorang !

Alhamdulillah.. aku rasa pasni takde masalah dah .. InshaAllah ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
 
Menarik ! Hahahaha .. Aku pernah terfikir menda gini tapi tak sangka lak AIA  menjadikan ianya satu realiti ! Hurmmm .. Walaupun aku ada blog untuk menyampai surat aku ni tetapi ‘ Letters for the Future ‘ ni ada kelainnya !
‘Letters For The Future’ yang mana kita boleh menulis surat untuk anak kita dan surat tersebut akan diletakkan di dalam ‘ AIA Time Capsule’. Lepas kita tulis surat tu, diorang akan store dalam time capsule of love yang anak anak kita boleh buka masa diorang dah dewasa! Memang terbaikk!
Selain tu, setiap surat diterima AIA , AIA akan sumbangkan RM1 ke AIA Touching Lives Funds bagi membantu kanak kanak yang mengalami cleft and congenital heart problems.
Camana nak join ? Mudah sangat ! Klik LETTERS FOR THE FUTURE ni pastu tengok dulu surat surat yang ada untuk mendapatkan idea di bahagian Entries . Kemudian , klik ENTER NOW.

image
 
Ikut je arahan dan akhirnya , tadaaaaa !! Siap ! Aku dah buat satu ! Aku leh boleh lagi 15 surat lagi ! Secara tidak langsung  aku dah sumbangkan RM15 ! Mudah kan ?
Amacam ? Menarik ? Hehehehe.. Tunggu apa lagi ? Gi la buat anak anak tercinta ! Klik http://lettersforthefuture.meltwaterrise.com/ ni jer ! #letterstothefuture #realcareneverstops
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Aku dah terlalu penat ! Silap aku sendiri sebenarnya. Aku jaga terlalu awal.. Kul 4 pagi tak silap aku. Tapi bukanlah jaga pastu tengok tv ke apa.. Aku buat kerja ! Kena settlekan dua tiga advertorial aku. Hurmm..

Lepas tu tak tidur dah sampai ke petang. Mengantuk tapi kena tahan gak sebab Qhaliff atau Zahra tak tidur ! Mereka saling bergilir tidur.. Aku ??? Hahahah..

Kesannya .. mmg buruk ! Aku jadi stress ! Harap wife kena balik segera atau balik waktu lunch. Hurmmm.. Ditambah lagi dengan Zahra yang dah terlalu mengantuk , tak dapat tidur nyenyak gara gara abang dia buat bising .. mengamuk sepanjang petang .. Menangis sampai bengkak mata ! Puas pujuk , diam jap.. tertidur dan abang dia sambung bising ! Arghhhhh…

Bila wife sampai je rumah , terpaksa aku bagi dia dan aku , masuk bilik .. recharge ! Terpaksa !!!

Sedar dari tidur ..

Photo

Siap dah makan malam ! Hurmmm.. Respek betul orang perempuan.. Camana punya sibuk , makan malam tetap disediakan.. Kalau harap aku , jaga anak.. jaga anak je la.. Nak wat menda lain pon tak leh dah ..

Benarlah kata orang .. orang perempuan ni , kalau shopping , dia takkan beli beg tangan jer . pasti akan bawak balik kasut gak ! Maksudnya , diorang ni akan pastikan sempurna baru boleh tidur ! Hurmm..

Pesanan .. kalau nak cari isteri , jangan cari yang suka makan luar memanjang.. Boleh bankrukpt woiii !!

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Photo: Yeayyy.. Lg lembut dr daddy punya..

Wife belikan 2 botol untuk cuba pada Zahra.. Leh tahan gak harganya.. Huhu.. demi anak !

Dan … dia mula menghisap… cuma tak beberapa pandai lagi la.. abis meleleh .. Hurm.. tak banyak dia nak minum.. Satu botol , wife letak sikit jer..pon tak abis ..

Bila mak dia balik , baru dia menyusu sungguh sungguh.. Kesian gak kat dia .. Hurmm…

Botol ni tak dinafikan mmg lembut berbanding yang lama.Yang lama tu keras benar..Aku nak hisap pon rasa malas ! Hahahaha.. Yang ni , mmg lembut la.. kalau tak hisap , tak keluar pun susu tu.. ok la kan ?

Aku test bagi Qhaliff.. dia tamo.. Reti geli jugak budak ni.. Geli sebab adik dia dah hisap ! Hahahahha..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes