BEN ASHAARI



 

Yeayy.. aku ada dah ! Beg yang boleh isi lampin,  pakaian anak anak , botol air serta susu untuk memudahkan aku travel ke sana sini dengan lebih bergaya gituuu .. hehee ..

image image 

Ada banyak lagi corak dan warna. Aku berkenan dengan warna merah. Senang nak cam gitu.. hehehe .. Selesa dan mudah nak uruskan.

Di page Suzi kids collection ada banyak lagi pilihan :

imageimageimageimage

image

image

Nak tahu dengan lebih lanjut ? Mudah jer..

Instagram : https://instagram.com/suzikidscollection/
Facebook : https://m.facebook.com/suzikids
Whatsapp : 0123912404

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

YEO HIAP SENG atau lebih dikenali dengan YEO’S  dengan anjuran bersama HARIAN METRO telah melancarkan kempen ‘YEO’S  I LOVE MALAYSIA ‘ yang bakal berlangsung sepanjang 1 Ogos hingga 31 Oktober 2015 dengan mengajak seluruh rakyat Malaysia memenangi percutian di Malaysia serta menonton Konsert  Patriot Yeo’s I LOVE  MALAYSIA bersama bintang bintang terkenal tanahair seperti AKIM & THE MAJISTRET , PRECIOUS , ALINDA di  enam buah negeri secara percuma !

DSC09656DSC09658

Kempen  Yeo’s ‘ I LOVE MALAYSIA ‘ ini bertujuan untuk mengeratkan lagi perpaduan , meningkatkan persefahaman dan memurnikan saling hormat menghormati di antara rakyat Malaysia .

DSC09666

 

KONSERT PATRIOT YEO’S  I LOVE MALAYSIA

Kumpulkan 8 pek minuman kotak air Yeo’s dan anda berpeluang menerima 2 pas istimewa ‘rockzone ‘ ketika konsert nanti.  Dan enam buah negeri yang bakal konsert diadakan adalah di Johor , Selangor , Kuala Terengganu , Kota Kinabalu , Kuching dan Alor Setar.

Bagi peminat peminat Akim atau nak tengok M-Pop terkenal serta Alinda , jangan lupa hadiri yer..

MENANGI PERCUTIAN DOMESTIK YANG MENARIK !

Yeo’s cukup terkenal dengan mengadakan pertandingan yang menarik dan kreatif ! Melalui WeChat Yeo’s Malaysia , rakyat Malaysia dijemput sertai yang mudah ini.. Caranya :

1 : Muat turun WeChat dan langgan akaun rasmi  Yeo’s Malaysia.

2 : Beli sebarang minuman produk Yeo’s  ( tak kira kotak atau tin ) atau mi segera Cintan.

3 : Ambil gambar resit pembelian dan masukan jumla pembelian dan jawab soalan mudah.

4 : Simpan resit untuk bukti pembelian.

Diingatkan , pertandingan ini melalui WeChat yer.. hehehe.. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , sila ke www.yeos.com.my atau telefon bahagian perkhidmatan pelanggan 1300-80-2828

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Sony Xperia Z3 dan yang terbaru , Xperia Z3+ adalah antara model keluaran Sony yang boleh masuk dalam air.. Kira leh rendam dalam air suam laa.. Jangan gatal gi rendam dalam air panas lak ! Huhhh..

Permandangan dari dalam air ! Haaaaaa.. Amacam ? Bayangkan kalau mandi dalam sungai bertemankan ikan piranha ! Perghhh.. mesti cun punya gambar.. Mana ada orang berani selfie gitu kan ?

imageimage

Aku ‘tangkap’ kau , kau tangkap aku.. Haa..amacam ? Cool kan ?

DSC09669DSC09672

Ada orang kata.. buat laaa pi masukkan handphone dalam air ??? Orang giler je gitu ! Ahaaa… apa guna beli phone mahal mahal tapi takut air kan ? Maksimumkan penggunaan.. hehhe..

Sony Xperia aku baru diupdate semalam.. Banyak yg penambahan dibuat dan aku perasan pada kamera pon ada.. Tu aku test power tu.. hehehhe… Berbaloi !

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis disebarkan melalui kencing haiwan yang dijangkiti dan berjangkit selagi ia masih lembab. Sungguhpun tikus, dan mondok merupakan hos utama, sejumlah besar mamalia lain termasuk anjing, rusa, arnab, landak, lembu, biri-biri, rakoon, possum, skunk, dan mamalia laut tertentu mampu membawa dan menyebarkan penyakit sebagai hos kedua. Anjing mungkin menjilat kencing haiwan yang dijangkiti dari rumput atau tanah, atau minum dari lopak yang dijangkit. Terdapat laporan "anjing rumah" dijangkiti leptospirosis kelihatannya kerana menjilat kencing tikus yang dijangkiti yang memasuki rumah.

Jenis habitat yang berkemungkinan membawa bacteria berjangkit adalah tebing sungai berlumpur, terusan, longkang, dan kawasan peliharaan ternakan berlumpur di mana terdapat laluan biasa bagi samaada mamalia liar atau ladang. Terdapat kaitan langsung antara jumlah air hujan dan kejadian leptospirosis, menjadikannya bermusim di kawasan serdahana dan sepanjang tahun di kawasan bercuaca tropika.

Leptospirosis turut disebarkan melalui air mani haiwan dijangkiti. Pekerja rumah penyembelihan boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan cecair badan dan darah.

Manusia boleh dijangkiti melalui hubungan dengan air, makanan, atau tanah yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti ini. Ini mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari, atau melalui sentuhan luka pada kulit.

Penyakit ini tidak diketahui berjangkit dari manusia ke manusia dan kes penyebaran bacteria pada mereka yang sedang sembuh amat jarang bagi manusia. Leptospirosis biasa berlaku dikalangan peminat sukan air di kawasan tertentu kerana lama berendam diketahui menggalakkan kemasukan bakteria. Peluncur dan pengayuh air berbuih (“whitewater”) ] adalah berisiko tinggi di kawasan yang diketahui mempunyai bacteria, dan boleh dijangkit dengan menelan air tercemar Leptospirosis, menyimbah air tercemar Leptospirosis pada mata atau hidung, atau atau luka terdedah kepada air yang dijangkiti.

Pekerjaan berisiko termasuk veterinarian, pekerja penyembelihan, petani, pekerja kumbahan, dan mereka yang bekerja di rumah tinggal, pendayung juga kadang-kala diketahui turut dijangkiti penyakit tersebut. – Wikipedia

 

Petua dari rakan di Facebook .. Aku tak pasti ianya mujarab atau tidak.Sekadar berkongsi info !

image

Wah.. alhamdulillah ! Kalau boleh elak , elakkan la yer .. Dan jangan jadi manusia yang kuat kencing juga yer.. hehehe …

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Pastinya akan tertanya..

“ Nape Ben blurkan gambar wife “

image

Kalau aku tak buat gitu , akan timbul banyak isu.. dan yang paling tidak seronok ialah , wife dah hilang privacy dia terutama di pejabat ! Maka , biarlah aku dan anak anak aku je di media sosial. Diorang pon hanya akan sampai di usia 6 tahun jer pastu akan senyap terus dari dunia maya ini.. Hehehe.. Keselamatan yer !

Yang keduanya.. Aku tak nak la timbul isu yang mengarut dan merepek ! Korang paham paham je la kan dunia maya di Malaysia ni camana.. Kalau diorang tak dapat kita , diorang akan attack keluarga kita.. Nak kutuk , abis satu keluarga kena kutuk walhal  takde pon sangkut paut..

Maka sebaiknya.. aku elakkan selagi mampu.. Nak kata aku sorok tu , tipu la.. Mana mana rakan yang kenal aku pasti dah pernah bersua muka dengannya.. Orangnya biasa je tapi bagi aku , dia dah cukup cantik ! Yang penting , dia seorang ibu yang cukup penyayang bagi anak anak aku !

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

Tak sia sia aku ngorat bini aku , 8 tahun dulu.. Dan sememangnya aku bertuah dapat kenal dia. Aku tak teringat langsung yang aku perlukan beg travel ! Semalam ,di Alamanda.. dia ajak masuk ke House Of Leather.. Nak beli beg memandangkan beg yang ada , dah rosak ! Aiseyman.. tak teringat langsung !

Secara jujurnya , aku ‘melantik’ wife menjadi penolong peribadi aku. Aku tak mampu nak urus segalanya terutama melibatkan urusan ‘blog’ aku ni !

“ Bang , nak amik beg mana satu ? “.

Er.. mana mana je laaa.. Dan dia uruskan segalanya ! Hasilnya , nilah beg travel kami sekeluarga yang pertama !

image

Nampak macam Transformers kan ? Hahahaha .. Aku tauu.. aku pun fikir gitu gakk.. Takkan nak amik beg ni tapi setelah tengok dan bertanya segalanya , maka beg ni jadi pilihan berbanding yang lain ! Dengan harga RM800++ , maka kami miliki kedua dua beg ni ! Haaaa ! Tahan lasak , safety pon bagus.. Dan jaminan sepanjang hidup kami ! Lalalal.. tayar rosak , zip rosak , handle rosak.. leh hantar balik untuk repair ! Ok la kan ?

imageimageimageimage

Aku perlukan beg yang lebih kemas dan selamat selepas cermin mata Oakley aku dicuri ! Aku letak dalam beg.. Huhuhhu.. Silap sendiri laaa.. Masa tu memang dungu part travel ni..

Dan kali ni , aku nak shopping kat Korea ! Dulu kat Paris , aku tengok jer.. Huhuhuh..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Sebagai seorang yang ‘kais pagi makan petang , kais petang .. lom tentu dapat makan malam ‘ , pastinya aku jenis manusia yang wajib bekerja keras untuk mencari rezeki yang berkat dan halal setiap hari ! Aku takde gaji bulan dan pendapatan tetap !

Sebelum masuk 1 Syawal ari tu lagi aku memikirkan perancangan untuk bulan bulan mendatang. Risau kalau takde lagi jemputan untuk aku. Bila takde lagi jemputan , maka tiada lagi income untuk aku.. huk huk..

Alhamdulillah… aku masih ‘laku’ rupanya ! Huhuhuh.. Minggu lepas aku terima beberapa jemputan untuk menghadiri event event besar. Cuma tak menariknya , event tu jatuh pada hari yang sama tetapi berlainan masa ! Camana aku nak pergi dengan masa kehadiran berbeza cuma sejam dua ? Adehhh.. Pening kepala !

Semalam , selepas aku tenangkan diri.. aku perhatikan semula email dan jemputan yang aku terima melalui whatsapp .

Jemputan pertama..

image

Jemputan kedua ..

image

Fuhhhh…  Tu dia.. Jemputan Air Asia bermula 10 pagi manakala jemputan SONY , jam 12 tengahari ! Sempat la kan ?

Baru nak tarik nafas lega.. aku dapat whatsapp ! Ada satu  jemputan berbayar di Bangsar pulak ! Cukup untuk cover makan 2 minggu punya jemputan.. Huhuhhu… Rezeki rezeki..  Yang tu pulak dalam kul 2 petang ! Adehhh.. Memang kena pecut la kan ? Tapi sila berhati hati di jalan raya yer..

Baru nak tersenyum.. tiba-tiba aku terima satu whatsapp..

“ Abang Ben , kita punya meeting esok jadi yer ? “.

Haaaaa.. ada meeting ke ??? Alamakkkkkkkkk ! Camana aku terlupa pulak ni ??? Adoiiiiii…

“ Errr.. errrr.. “

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

 image

Artikal ni memang membuatkan aku tersenyum manja di tepi Qhaliff ! Hahahah.. Sambil memandang dia , aku berharap dia tak tertipu dengam mana mana anak gadis dalam instagram , di zamannya nanti ! Huhuhhuh..

Teringat aku di zaman Mircx.. zaman tu pun memang dah berlaku ‘penipuan’ part gambar ! Bila bagi gambar , tu diaaaa ! Perghhh.. terlentok lentok melihatnya.. bila jumpa dalam ‘temujanji buta ‘ , adehhh…. nyesal siut ! Berbezaaa !

Pernah seorang kawan aku bercerita.. dia jumpa satu awek ni setelah berkenalan di ruang maya selama beberapa hari. Seronok sakan ! Maklumlah , akhirnya ada orang nak kat dia .. Dan hari yang dijanjikan , dia pon gi jumpa awek cun dia tu.. Aku pon tumpang gembira la.. Ada jugak orang nak kat kawan aku ni ye.. Alhamdulillah. Malam tu aku tanya dia , camana dating ? Dan dia jawab..

“ Ko tau , Sal.. Aku menyorok sebab nak skodeng dulu. Sekali dia datang kat tempat tu. Aku tengok pastu aku tepuk dahi.. Aduhhh.. Dia pakai mekap ke dia pakai tepung kat muka dia ? Aku buat tak tau la.. Dia datang tegur aku.. aku tak mengaku ! Aku kata aku tunggu orang lain.. Pastu aku blah.. “.

Aku punya ketawa.. Tu diaaa… Nasib ko la kawan.. Hahahaha..

Dan nampaknya di zaman ni lagi dasat. Dengan kehadiran pelbagai aplikasi mengcunkan gambar , aku tak nafikan mana mana si bujang mampu tergoda melihatnya.. di mana mana laman sosial ! Perghh.. nasib korang laaa.. aku kawin dah ! Hahahaha ..

Contoh eh.. contoh ! Dengan sedikit ubahsuai , gambar mamat di bawah ni dah mampu buat anak dara meleleh air liur melihatnya ! Haaaaaa…

image image

Bila jumpa in person ? Haaaa.. Apakah seperti ini ?? ? Apakah ???? Hanya mereka yang berpengalaman saja mampu menjawabnya ! 

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Awal pagi semalam… Aku tercari earphone Oppo aku. Tak jumpa ! Mana menghilang pon tak tau laaa.. Dan tiba-tiba , muncul di kaki aku nun di dalam bilik ! Atas karpet.. Camana lak leh ada sini ? Hurm.. Namun aku jumpa bukan dalam keadaan sempurna ! Salah satu bahagian kehilangan ‘getah’nya.. Tak leh guna jugak la kalau gitu.. Hurmm.. Puas cari gak.. tak jumpa !

image

Dan pagi tadi , selepas mengerjakan solat Dhuha.. aku nak bersenam 6 saat ! Hehehe.. Lama tak bersenam. Berat bontot dah ! Baru letakkan tangan atas lantai , tetiba terpandang..

“ Ehhh.. macam aku kenal jer ! “

Bayangkan laaa.. seluas luas tempat di rumah aku tu , aku leh muka aku betul betul mengadap benda yang aku cari semalaman !

imageimageimage

Alhamdulillah.. tak yah beli baru ! Huhuh.. Jimat duit ! Baru plan nak beli kat Korea nanti.. laalallaa …

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Niat , nak bersenam. Sememangnya plan lepas abis raya aku nak start balik bersenam. Buruk benar tengok lemak lemak di bahagian perut dan pinggang ! Huhhh..

Tapi setiap kali aku melangkah ke tingkas atas , dua dua anak aku ni pastu akan turut serta ! Arghhh.. Bila tak bawak , meraung laaa dua dua .. Kalau bawak ?

image

Diorang buat pemeriksaan dari satu tempat ke satu tempat ! Camana aku nak angkat besi kalau diorang dah dok lalu lalang ? Hurmmm… Bahaya kalau teruskan !

Bila aku tengok cermin.. lelaki yang aku pernah kagumi satu tika dulu , dah takde dah rupanya ! Kena terima hakikat jer la.. Melainkan aku kembalikan ‘dia’ ! Aku kena nekad ! Aku bukan nak meniaga durian pon ! Aku bukan nak jual lemang ! Tapi lebih pada penjagaan kesihatan.. kononnya la ! Hehehehe..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Kalau ikutkan hati kan , aku nak tutup semua akaun media sosial. Buang semua smartphone.. Dan tumpu perhatian pada dua orang anak kesayangan aku..

image

Mesti Zahra suka , kan ?

image

Mesti Qhaliff suka punya… !

image

Aku akan abiskan masa dengan mereka ! Hurmm.. Bahagikan masa ? Hurm.. Kerja aku ni perlukan respon yang pantas tapi rasanya pasni.. hurm… Aku kena buat ‘waktu tanpa telefon pintar’ di sebelah siang !

Hurmm.. Kul 10 pagi –2 petang mungkin ? Ok kot… Aku kena guna smart band talk aku la jawabnya untuk tengok notifikasi yang masuk..

Siap leh jawab call dari smart band tu yer.. Dan ada msesej penting , barulah jawab di handphone.. Hurmm… Bijak gak aku rupanya sesekali.. Hahahaha …

image

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Sebelum masuk Syawal ari tu, air cond rumah aku rosak.. Memang berpanas laaa aku sekeluarga ! Perancangan nak beli aircond baru. Air cond sedia ada ni dah masuk usia 2 tahun lebih. Sama usia dengan rumah aku..

image

Maka , semalam pegilah ke SenHeng cawangan Bandar Baru Nilai.. Di sana , wife bertanyakan mengenai air cond dan juga waranti air cond lama.. Saja je la tanya.. Kot la boleh repair ke apa..

Dan staff situ pon check. Bagus staff SenHeng situ.. Memang bagi kerjasama punya. Tanya la apa pon , diorang akan menjawabnya dengan sebaik mungkin..

Dan rupanya , air cond aku tu aku amik jaminan  tambahan ! Jumlah jaminan ada 5 tahun ! Waaahhhh .. Abis tu camana ? Menurutnya , mereka akan hantar seorang juruteknik air cond untuk check air cond yang dikatakan rosak tu terlebih dahulu. Kemudian report akan dibuat.. Samada mereka akan perbaiki secara percuma atau… atau tukar baru terus !!! Perghhhh ! Terbaikkkk laaa.. Tak sangka lak sampai tahap gitu kan ?

imageimage

Dulu aku pernah beli DVD player kat SenHeng Alamanda. Dah pakai setahun lebih , player tu rosak..Aku pon teringat ada warranty , terus bawak player tu gi sana. Memang tak cerita banyak .. tukar terus yang baru !

Kalau korang g SenHeng untuk beli barangan elektrik tanya betul betul. Jadi ahli dan amik jaminan tambahan ! Tak rugi punyaaaa !

Walaupun agak mahal sedikit berbanding di luar yang mana boleh buat tawaran harga tapi bagi aku , service after sale tu penting ! Aku kena banyak kali dah dengan peniaga luar.. Tu aku rela beli kat SenHeng jer.. senang citer ! Court Mammoth ? Tak berminat sama sekali !

Untuk pengetahuan.. aku tambah satu lagi air cond untuk dalam bilik tidur.. Amik 1hp. Service yang bagus membuatkan pelanggan tak ragu ragu untuk membeli barangan di situ walaupun harga agak sedikit mahal !

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

image

Yesss ! Aku suka daging kambing. Dulu tak sukaaa sebab dikaitkan dengan tekanan darah tinggi ! Selepas aku nekad memakannya ketika aqiqah Qhaliff , ternyata daging kambing tak memberi kesan pada aku..Hehehe..

Dan aku kaki makan daging kambing termasuklah aku gi redah kat satu kedai mamak ni.. mintak dia buatkan megi kambing. Katanya dia tak pernah dengar megi kambing.. Aku suruh dia masak megi dengan kuah kari kambing.. Hehehe.. Pastu , tersohor dah megi kambing.. Hahahaha…

Di MMA SANTAI CORNER , Bandar Baru Nilai .. D’Laila ada dua menu megi. Satu megi telur mayong. Dan yang terbaru ialah megi asam pedas daging kambing !

image

Satu lagi , meggi daging kambing ! Fuhhh… berasap tuuu ! Serius sedap ! Tak tau la korang ..

Pertghhh…. Kambing dan .. ABC !

image

Sedapppp ! Sebelum nak gi nanti , pastikan dah booking tempat yer.. Nak walk in pon ok jer.. takut tempat je la tande.. Tempat dah hot gituuuu !

Selain dari tu.. ada ..

imageimageimageimage

Hubungi D'laila Suppower..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

“ Bang , nak makan apa ni ? “.

Soalan yang sering aku dengar. Setiap pagi , tengahari dan malam.. Bila pandang muka wife, kesian pulak la nak demand itu ini.. Tapi nak makan kat luar memanjang , boleh muflis aku punya akaun bank termasuk dia punya !

“ Masak je la nasi goreng cina.. “. Nasi goreng cina mudah untuk dimasak tapi kalau dia kat dapur , berjam lamanya.. Macam macam dia buat kat situ.. Huhuhu..

Nak masak tu mudah tapi nak mengemas tu yang leceh.. Sebab tu aku tak suka memasak.. Bukan tak gemar tapi malas nak mengemas ! Hehehee..

image

Pagi dah lepas..Termasuk tengahari.. Malam ? Adehh.. Nak makan apa lak laaa malam ni..

Kedai Kak D’Laila Sup Power la jawabnya.. Telur mayong lagi !Haahahaha.. Lepak sana. Nak g Seng Heng lagi.. Nak cari aircond.. Panas sekarang wooo..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Lama dah kan aku tak buat blog pilihan ? InshaAllah.. aku memerhati je blog blog yang singgah kat blog aku dan kerap meninggalkan komen.. hehehe ..

Maka , malam ni aku nak bagitau la kat korang .. Blog Perdu Cinta ini adalah blog pilihan aku pada tahun 2016 ni.. Rasanya ni blog pertama kot aku untuk tahun ni..

Oh , aku pilih pon kena pilih betul betul.. Tak leh main sebat jer ! Kena amik yang … hurmm.. hurmm ..

image

Amik blog yang kemas , aktif dan rajin menegur blogger lain.. Cuma harapnya , bila dah popular nanti ..jangan la lupa kengkawan lama yer.. Hehehehe…. Ramai dah lupaaaa bila dah ada nama ni…

PERDU CINTA.. http://perducinta.blogspot.com/ !

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes