Jika fizikal yang menjadi ukuran untuk menentukan kecantikan , maka kita akan hampa.. Jika budi bahasa juga diukur sebagai kecantikan , kita pon turut hampa ..
Seimbangkan .. Tiada yang buruk di sisi Allah kecuali sememangnya dia sendiri yang memburukan dirinya sendiri ..
" Ahh... Tak kira ! UFO ke , gajah ke.. dinasour ke.. kalau dah parking sini , saman tetap saman ! "
Sambungan dari episod .. [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10][11] ..
" Camana dia leh teka blog aku dengan tepat ? Apakah blog aku dah popular ??? Wahhh.. Dasyat la kalau gitu ! " .Hati aku melonjak riang !
" Er... Camana Adawiyah boleh tahu yang blog saya tu BEN ASHAARI ? ". Aku tanya Adawiyah untuk kesahihan.
" Tuuuuu.. kalau dah pakai baju Kelab Blogger BEN ASHAARI tu dan nama pon dah BEN , senang sangat la teka .. kan ? ". Adawiyah tersenyum.
Aku tersengih. Aku rasa macam nak lari ke tingkap dan ..
Sebab terlalu malu ! Syok sendiri kata orang ! Tersedar terus aku dari lamunan .
" Eh.. Adawiyah add aku di Facebook. Dengan nama aku begitu , senang sangat la nak search di FB ni .. Hurm.. Nak accept ke tak nak ? Tak best la nanti.. Kang tak accept , sombong lak .. Nape Riana tak add aku ??? " . Aku tertanya sendirian .
Pertanyaan aku itu diteruskan dengan mencari id Wan Kembung. Jumpa ! Mamat ni mesti ada add Riana memandangkan dia dah syok kat Riana.
"Hurm.. ada beribu kawan mamat ni ! Takkan aku nak geledah sorang sorang kot ? ". Tapi tak mengapa. Berbekalkan pengalaman dalam dunia Facebook , pastinya aku mudah menjejaki mereka yang baru terima rakan baru dengan melihat di wall mereka .
" Yes !! Kata dahhhhh .. Amboiii.. Adriana Muhd Yusof rupanya nama dia .. Nak add ke tak nak ? Kang kalau aku add , dia mesti ingat aku terhegeh hegeh..Ilanglah macho aku ... Eh ???? Adawiyah pon ada dalam list dia ??? Takkan dua dua dia nak rembat kot ?? ". Aku menghela nafas. Nak geram , kawan. Takkan nak gaduh pasal perempuan kan ?
Jadi , aku nak add mereka ke tak ni ?
-SAMBUNG-
Maha Besar Allah .. Tiada yang sempurna melainkanNya..
Hari ni , aku bersihkan rumah dari A-Z .. wife ada tolong setakat termampu je la.. tak kisah pon.. Dah tau dia mengandung dan tak boleh buat kerja berat.. Jadi , aku kena amik alih.. Suka atau tidak , ikhlas atau tidak ..kena buat !
Memula wife kesian kat aku .. Nak upah orang gaji ikut jam.. Tapi aku tamo .. Bahaya.. Zaman ni macam macam bentuk jenayah ada .. Tak boleh nak dijangka.. Kang diorng datang rumah , periksa sana sini , tau akan 'kelemahan' rumah kita.. haaa.. selamat !! Kena ada curiga sedikit.. Lagi pon kena bayar , mahal gak wooo.. Kena jimat skang ni .. Lebih lagi zaman cukai ni .. perghh..
Abis kemas rumah ... aku ajak wife g beraya kat rumah jiran. Ada open house.. Dijemput gitu la... Tu pon dah lewat petang.. Sebab sebelum tu , orang tua aku datang..
Nak dijadikan cerita , berborak la pasal mengandung ni .. Pakcik ( tuan rumah ) tu cakap , ni la masanya suami mengambil tugas isteri .. Nanti dah ada anak , suami tau dah nak buat apa bila isteri tak sihat .. Nak kemasa rumah , jaga budak , masak .. Semua tu bukan saja memerlukan skill tapi KESABARAN !
Betul jugak kata dia.. Mmg mencabar betul ! Serius .. bukan semua lelaki mampu sabar pada mulanya .. Tapi lama kelamaan , alhamdulillah.. Bak kata orang , SABAR JE LA..
Sempurna kan ? Sebelum ada anak , suami 'dilatih' bersabar dengan kerenah isteri kerana karenah isteri ni lebih mencabar dari anak-anak ! Haaa... Isteri pulak , 'dilatih dengan mengandung selama 9 bulan sbb nak jaga baby tu semasa kecik .. Nak dukung.. menangis dia.. Pastu dengan , mual dan mabuk isteri tu agar senantiasa berjaga malam agar nanti dah ada baby tu , tak sukar nak jaga malam !
MasyaAllah ... tak terfikir aku .. Ni aku fikir selepas pakcik tu cakap .. Jadi , buat mereka yang senantiasa dok terpinga-pinga akan suatu kejadian dan tidak dapat fahaminya dengan tepat , ada baiknya terima saja akan keadaan itu dan insyaallah , satu hari nanti , kita akan faham juga...
Kalau kapal terbang gini , ok lagi.. Kalau yang takde bilah kipas tu camana lak ? Haaa.. yang macam skang ni la... hehehe... Cuba bayangkan.. Pergh... Tak terbayang !
Episod sebelumnya .. [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]
" Wah.. ada komen dari si anon .. Memang dia dah lama follow blog aku rupanya.. Tapi kenapa guna anon ? Hurm .. " . Aku membaca semula entri yang baru aku karang sejam tadi. Cepat benar dia meninggalkan komen. Pembaca setia blog aku nampaknya dia ni.
Cinta datang dan pergi ,
Yang tinggal derita hati ,
Usah gundah dibawa ke mati ,
Semua itu takdirnya Ilahi.
Cinta datang dan pergi ,
Kita tetap berdiri di sini ,
Mencari sesuatu yang abadi
Rupanya tersemat selamanya di hati .
Cinta yang datang dan takkan pergi ,
Cinta hanya pada Ilahi ,
Tiada dua mahupun imaginasi ,
Segalanya kekal hingga ke syurgawi .
Cinta kita takkan mati ,
Jika kau berjanji takkan mungkiri ,
Biarlah rancang diizin Ilahi ,
Agar bahagia serta diberkati .
Cinta datang dan pergi ,
Andai putus tiada lagi ,
Tidak semestinya aku benci ,
Kau tetap aku ingati !
- Ben Ashaari 2011'
" Hurm... sajak ini rupanya.. Lama sudah aku karang tapi tak pernah aku publish sejak aku seorang diri. Entahlah . Nak mengeluh kerana cinta , bodoh benar aku ni. Yelah , wanita adalah ciptaan Allah yang paling cantik. Kenapa aku perlu persiakan hidup ini yang hanya sekali saja hadirnya ? Tapi dalam cantiknya wanita , penuh onak dan berduri. Silap haribulan , neraka aku pergi.. Heheh.. " . Tersenyum sendirian .
" Dok ingat girlpreng la tu ! Baca buku lagi bagus abang oiiii !! Ni dok mengelamun siang malam ! " . Adik aku mula nak membebel.
" Aku mengelamun , duit masuk.. Bukan cam hang ! Mengelamun , asap je masuk , wat paa ! " . Aku balas.Terus dia masuk ke dalam bilik.Malas nak layan aku la tu.
Kembali teringat saat tadi bersama dengan Adawiyah.
" Ben , nak tanya boleh ? ". Adawiyah mulakan perbicaraan setelah aku membisu seribu bahasa.Segan dengan perempuan sebenarnya aku ni apatah lagi bila perempuan tu berstatus anak dara.Kalau bukan , senang je .. anggap kakak atau makcik.
" Tanya je ler. Biasa dah saya ni jadi pusat pertanyaan. ". Aku memandang Ada . " Cantik jugak budak ni. Nape aku tak perasan tadi eh . Tapi aku tetap nakkan si Ana tu ! "
"Dari tadi saya tengok awak dok pegang handphone awak tu je sambil menaip tak henti-henti. Buat bisnis online ke ? " . Adawiyah saja nak serkap jarangkah ?
" Tak de la. Dok update blog jer. ". Aku bagi jawapan ringkas. Malas nak berborak bila idea mencurah-curah.
"Oh, iyer ker ? Apa nama blog Ben ? " . Ada masih teruskan perbualan padahal aku cuba mematikan tadi.
" MalaysiaKini.com .. Hehe.. tak la.. blog saya , blog budak budak je.. Cerita ringan.Bukan ada pembaca sangat pon . Sekadar tulisan hati . ". Aku bagi penjelasan dengan harapan dia tak bertanya lagi.
" Ben Ashaari ? " . Langkah aku terhenti.
-SAMBUNG-
Sambungan dari episod 9 .. Nak baca dari mula [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] .. Terima kasih SUNAH ..
" Eh , naper berdiri je tu ?? Duduklah .. Takut awek korang nampak ke ?? " . Riana mengangkat kening sambil tersenyum.
" Eleh.. Nak serkap jarang la tu.Tanya bebaik je kat kitorang ni..Confirm kitorang jawab , " Eh , awek ? sapa la nak muka cam kitorang ni ! " . Kalau aku tu , yer la gak.. Tapi si wan ni ?? Dah sampai penuh poket pon tak nak mengaku lagi ! " . Hati aku membebel sambil membalas senyuman Riana.Eeee.. Manis betul la minah ni ! Terubat rindu aku .
"Awek ?? Iskh.. sapa la nak kitorang ni.. Cam si Beben ni lain la.. Petik je , berduyun datang.. Tapi yang dah expired la .. Hehe.. Gurau jer.. Takde la.. kitorang berdua jer . Datang sini , saja nak abiskan masa jer. Memandangkan dah jumpa Ana ni , leh join kitorang tengok wayang .. Eh , sapa nama kawan Ana ni ? " . Wan tersengih cam kerang busuk 30 hari lamanya..
" Lupa lak.. Ben , Wan .. Ana perkenalkan kawan baik Ana , Adawiyah. Panggil je Ada.. Ana dan Ada.. Sesuai gitu kan ?? Hehehe.. Sbb tu boleh jadi kawan baik.. Kan Ada kan ? " .Tersenyum malu Adawiyah .
" Hi Ben , Wan .. Apa khabar ? " . Sapa Adawiyah sambil tersenyum.
" Hi Ada..". Aku membalasnya. Sempat aku jeling Riana yang tak putus putus tengok muka Wan Kembong.. Arghhhhhhhhhhhhh !!
" Hi Ada .. Eh , Ben .. kau tolong belikan aku boleh ? Air je.. Kenyang lak tetiba tengok muka Ada ni.. hehehe .. " . Wan berseloroh tapi benar-benar menyakitkan hati aku.
" Eh , Ben .. Ada ikut Ben yer . Nak beli air gak ni.. Boleh ? " Adawiyah memandang aku .
Aku tersenyum. Tapi tetap cemburu !
-SAMBUNG-
Selamat Menyambut Aidilfitri.. Kiranya tak terlambat lagi buat semua rakan-rakan pembaca dan juga rakan bloggers yang senantiasa keluar masuk di blog ini .. Ampun dan maaf dipinta andai terkasar bahasa semasa membaca entri di blog ini ..
Pastinya korang pelik kan kenapa aku jarang bersegmen skang ni ? Sebenarnya aku beri peluang pada rakan rakan lain untuk bersegmen. Dan hujung minggu ini , pastinya ramai sedang berehat sambil makan kuih raya kan ? Apa kata , blogger yang punya kelapangan dan tak tau nak update apa di blog tu , join segmen ni.. Segmen ni pun atas permintaan rakan yang lain.. Kalau ikut aku , nak saja aku terus 'cuti' dari bersegmen.. Tapi tak pe la.. Seminggu sekali , apa salahnya kan ?
Segmen ni memerlukan korang berkarya sedikit.. Dan paling penting , segmen kali ni memberi peluang pada korang mendapat kenalan baru .. PERINGATAN , ini bukan segmen kumpul FOLLOWER atau TINGGIKAN TRAFIK sebaliknya satu segmen berkenalan dengan blogger yang lain ATAS USAHA SENDIRI ! Harap faham yer .. DAN TIADA PENYENARAIAN URL ENTRI ...
Caranya mudah saja .. Tak perlu backlink dan tak perlu letak header blog aku .. Cukup sekadar buat entri .. Ok ? Cun ? Kalau ok , jom mulakan .
- Buat satu entri bertajuk BEN ASHAARI ajak BLOGGER RAYA.
- Letakkan satu gambar raya anda pada tahun ini yang mana anda rasa bersesuaian dan tidaklah seksi .. Hehehe.. tu penting.. Pastikan ada watermark yer .. Nanti kena curik lak ..
- Ceritakan perasaan anda beraya di tahun ini .. Tak kira seronok , sedih atau sebagainya..
- Apakah perasaan anda yang mana tahun ini ( blogger baru ) beraya sebagai seorang blogger ?
Tu jer .. Siap ? tinggalkan entri anda ruangan komen ini untuk memberi laluan pada rakan blogger dan pembaca lain untuk membaca kisah anda pula.. Terima kasih ..
Pada yang ' tak faham ' , sila ulang baca sehingga faham.. Terima kashi .. Tiada tarikh tamat.. Ini sekadar satu entri sampingan blogger ..
Baru lepas baca entri di blog Dr.Hafiz .. Satu entri motivasi yang benar-benar mengingatkan aku ketika mula mula berblog dulu .. Pinjam sat eh Doc..
Orang berjaya senang dikenalpasti kerana kelainan yang ditonjokan oleh mereka kerana mereka ada 3 sikap yang dibentuk oleh 3 mindset berikut:
Sanggup bersusah payah untuk mencapai kejayaan diidamkannya.
Sanggup bekerja lebih lama dari orang lain disekeliling.
Sanggup bekerja setiap hari walaupun pada hari cuti.
( Penerangan lanjut boleh baca di blog Dr.Hafiz. )
Semua kata-kata itu mengingatkan aku , satu tika dulu .. Aku masih belum boleh dikatakan berjaya dalam dunia blog ini memandangkan aku masih berusaha keras untuk merealisasikannya dengan bersungguh-sungguh..
Alhamdulillah , setakat ni ada beberapa pihak yang dah buka mata terhadap blog aku ini seperti SIMPLYSITI , Advertlets ( yang mana dah memberikan aku banyak jobs advertorial ) dan pengklan pengiklan kecil yang lain .. Esok ada shooting untuk rancangan di RTM lak.. Walaupun RTM , kita belajar dari kecil dan berusaha untuk yang besar !
Untuk mendapatkan 'kepercayaan' mereka ini , aku bukanlah setakat membuat kajian terhadap 'permintaan' pembaca malah aku telah korbankan banyak masa aku terhadap blog ini .
Mungkin ada yang kata aku obses tapi sebanyaknya tidak .. Ambil contoh seorang atlit seni mempertahankan diri atau bina badan . Mereka bukan saja memperuntukkan masa sejam atau dua jam sehari untuk mengadakan latihan tapi berjam-jam lamanya. .
Pernah aku tonton dokumentari di tv , Jacky Chan sewaktu belajar seni mempertahankan diri , beliau hanya rehat kurang 5 jam sehari saja dan selebihnya dihabiskan masa hanya untuk latihan.
Blog , ada yang amik ringan mengenainya tapi punya cita cita besar. Mereka impikan pendapatan lumayan dari blog.. Mampukah ? Siapa sangka Siti Nurhaliza yang sekadar masuk pertandingan menyanyi di RTM seterusnya juara dan sekarang hidup mewah ?
Segalanya adalah rezeki .. Benar.. Tapi rezeki tidak datang sendirinya.. Kita perlu usaha untuk mendapatkannya.. Setelah usaha , kita berdoa ... Seterusnya yakin dan tawakal terhadap apa yang kita lakukan itu .
Aku .. bukan nak bangga atas pencapaian aku itu tapi apa yang aku nak sampaikanlah , kejayaan takkan datang hanya dengan air liur dan kederat yang seminit dua !