Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 10 September 2011

Akan ku miliki hatimu itu .. ( 9 )

Sambung dari episod ( 8 ) . Dan bagi yang belum pernah baca , sila rujuk di entri INI

 

" Woi Ben , lama dah sampai ?? " . Manis sungguh sapaan si Wan Kembong ni .. Harap je belajar sekolah agama tapi tak praktikkan langsung.

 

"Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh  ya Sahabat .. Lama tu tak la , tapi aku tak boleh bangun dah ni .. Melekat terus kat kerusi ni haa.. " . Aku perli si Wan.Hampir sejam aku tunggu dia. Ini la dia orang kata JANJI MELAYU .AKU tak kata tapi mereka yang dah biasa gunakan maka aku ikut jer !

 

"Wah , ustaz Beben ! Heheh.. maafkan aku laa. Aku pergi antar awek aku no 4 tadi pergi shopping. Karang kena jemput lak.. Hehe..Apa nak buat , awek ramai ! ". Wan bagi penjelasan tanpa rasa bersalah langsung memandangkan dia tahu aku takkan ambil kisah kelewatan dia itu .

 

" Inilah dia orang melayu . Asal lebih sikit bab agama , terus panggil ustaz . Hampeehh .. Haa... dah tau ada ramai , Riana tu nape nak ayat gak ? Nak kasi cukup koleksi gambar awek  dalam almari kat dapur rumah kau tu ke ? " . Kegeraman aku hampir terletus. Tapi si Wan ni muka tebal ! Tidak akan ambil kisah langsung. Yang penting , apa yang dia hajatkan , terlaksana.

 

" Amboi bang , marah nampak . Takde la aku beria nakkan si Riana tu walaupun aku berniat nak tackle dia .. Heheh.. Acah jer..Awek aku ni pon dah ramai. Sampai tak tau nak jaga yang mana satu dah ni . Kalau masuk Riana , dah 5 ! Hahaha.. Kopak aku bang ! " Wan bagi penjelasan sambil menghisap rokok.

 

" Marah tu tidak la... geram jer .. Haaa.. ni kalau nak melepak dengan aku , rokok tu sila padam . Aku tak nak follow kau masuk kubur dengan paru-paru aku yang rosak nanti..Kau g je la sorang sorang dulu yer .. Dah .. Jom masuk dalam .. Nasib baik la ramai awek lalu lalang.. Sempat jugak aku menambah dosa aku dengan cuci mata .. Diorang ni macam dah tak tau nak pakai apa kan ? ". Aku mula nak bebel .

 

" Wah.. tak cukup ke dosa kau tadi ? Ni nak tambah lagi ke?  Hehe... Eh.... Tuuu.. tuuuuu.. Bukan dia ke ??? " . Wan Kembung muncungkan mulutnya ke arah seseorang .

 

" Eh.. tu Riana ke ?? " . Hatiku berbunga riang tapi kenapa dia tak sms aku lagi ? Aku pula lupa nak tanya kat si Wan tadi apa yang si Riana nak dari aku .

 

"Riana la bang.. Aku ngan perempuan mana boleh dipisahkan.. Sekali tengok lenggokkan dah kenal sapa dia ! Haaa...  Nak gegar dia tak ? Tu dia ngan kawan dia tu.. Macam cun gak tu..". Wan mengangkat kening tanda gatalnya dah tiba.

 

"Jom la.. aku pun dah rindu sangat kat dia ni .. " .Malangnya hanya mampu terkeluar dari hati aku sahaja . Kat mulut , membisu seribu bahasa.

 

Aku mengekori langkah Wan Kembong menuju pada Riana dan kawannya yang sedang makan di food court KLCC . Cantik dia hari ni walaupun simple je pemakaian dia . Kawan dia ? Aku terlupa nak pandang.

 

" Assalamualaikum .. " . Wan Kembong bagi salam pada mereka .

 

" Tahu pulak mamat ni bagi salam ?? Tang aku , main woi woi je ??? Mati nanti angkat la keranda tu sendiri ! Caittt.. Lupa kawan tul ! ". Getus hati aku .

 

"Waalaikummussalam .. Eh , Wan .. Ben .. Korang nak g mana ni ? Wah... macam dah rancang je nak jumpa kat sini ?? ". Terpancar kegembiraan di wajah Riana bila nampak muka kami. Apakah dia gembira nampak aku atau Wan Kembong ?

Cemburukah aku ???

 

-SAMBUNG-

9 komen :

aku dan segalanya berkata... [Reply to comment]

lagi3.....sambung cpt tauu

y u y u Z u l a i k h a berkata... [Reply to comment]

wuuuu T_T ter miss 3 episode! kena patah balik!!

cik Beskod berkata... [Reply to comment]

wahhhhhhhhh.. tak sbr2 nak tau hehe.. rasa mcm drama bersiri pulak hehehe.. ececeh... kemain lagi ye hehehhe..

sue atie berkata... [Reply to comment]

wahh..suka la cita sempoi mcm ni..:)

sue atie berkata... [Reply to comment]

mmm..like dis story...cita yg sempoi... :)

Sunah Sakura berkata... [Reply to comment]

saya rasa nak letak kat sidebar macam novelog iffah tu.. hehe

aimie amalina berkata... [Reply to comment]

aiseeeyyy
aal tak luahkan je cek beben
hehehehhe

cahaya nur berkata... [Reply to comment]

wahh..kali ni sikit je watak riana keluar..hehehehe..cpt abg ben..lengkapkan babak seterusnya..:)

Amirah Suhana berkata... [Reply to comment]

wan kembong =.='

dah la ada empat , pastu nak tambah riana pulak.. tamak tamak .. manusia manusia..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI