Akan ku miliki hatimu itu .. (7)

by - Jumaat, September 09, 2011

Sambungan dari  episod 6 . Bagi yang belum pernah membacanya , sila ikut turutan episod di SINI ..

 

" Riana .. Apa yang penting sangat sampai nak jumpa saya di KLCC ni ? " . Aku mulakan perbualan setelah melihat Riana diam seribu bahasa.

 

"Entahlah Beben.. Eh ,sori...Ben. Pening kepala Ana. Sejak kali pertama kita berjumpa hari tu , Ana rasa semacam jer perasaan ini..Tapi Ana tak boleh.. Ana terpaksa melawan perasaan ini .." . Bicara Ana.

 

Aku pening kepala. Apa kes lak si Ana ni ? Kalau ya pun , ceritalah bagi habis.Ini tidak ! Main setengah setengah jer. Karang tak pasal-pasal dengan aku sekali pening kepala . Tapi tak kisah la , janji aku lepas rindu dapat tatap wajah dia setelah dua hari tak dapat tengok muka dia.

 

"Cuba Ana terus terang je pada Ben . Apa masalah Ana sebenarnya ? " . Aku cuba nak mengorek rahsia. Itu adalah kepakaran ku.

 

" Hurm.. Ana dah jatuh hati pada seseorang . " Terhenti disitu saja kata-kata Ana.

 

Apa ?????????????? Hadoiii.. Pelamin anganku musnah !!! Mau saja aku menjerit sekuat hati tapi aku tetapkan iman aku.Sabar menanti ayat seterusnya.

 

" Tapi Ana tak boleh sbb Ana dah ada kekasih hati . " Ana meneruskan lagi bicara hatinya .

 

Oh.. memang tinggal debu pelamin anganku ..

 

" Cuma Ana tak sayang dah pakwe Ana tu sbb dia suka mengongkong dan selalu menyakiti hati Ana. Dah la tu , kaki betina. Dah berkali Ana nak tinggalkan dia tapi dia ugut Ana ! " Ana mula bocor rahsia.Aku kata dah kan ?

 

Aku kembali membina pelamin anganku itu .

 

"Ana sukakan .. er .. " Terhenti disitu kata-katanya sambil memandang aku !

 

Aku terkedu.Takkan aku kot ?

 

" Sapa Ana ? ". Aku mencuba nasib .

 

" Ana sukakan .. "

 

" Abang !! Bangun laaa... solat subuh ! Dah pukul berapa ni !! Kot ya pon lap la air liur tu haaaa .. Teruk benar tidurnya !! " . Jerit  adik perempuan aku yang serupa cam lelaki tu.

 

" Adoii.. Boleh pulak aku tertidur depan laptop neh ! Hampesss.. Aku ingatkan aku dah dating ngan Riana tadi .. Arghhhhhhhhh... Aku mabuk dah nehh .. Tau kat Wan nanti , mau kena gelak guling guling ! Hampagas tul ! ". Bebel hati aku.

 

Bangun , mengeliat dan buat pumping 3 kali . Baru aku mandi dan solat subuh . Masih terbayang wajah Riana . Oh Riana..Kalaulah aku pilihan mu itu... Alangkah indahnya dunia ini walaupun dah memang indah.

 

- SAMBUNG -

You May Also Like

22 comments

  1. hahaha! dah xcited bace ... skali mmpi lah pulak :P

    BalasPadam
  2. alahhhh...ingatkan ana cakap dia suka beben tadi! rupanya mimpi...


    cepat sambung episod seterusnya!

    BalasPadam
  3. adehhhh....tu la suka berangan..sampai termimpi2...kekekekek...besttttttttttttt

    BalasPadam
  4. ahahahha..dah best2..mimpi pulak..alahai..npe bersambunggg..??..:(

    BalasPadam
  5. haha.. muka ketat gle msa bca tdi.. rupanya mimpi... haha

    BalasPadam
  6. hahahaha....best gak....tang air liur tu xtahan....hehehehe

    BalasPadam
  7. sebenarnyaa Riana tu syokkan kat Bebenn tadiii..errr okbaiii!! :P

    BalasPadam
  8. ecewaaaaahh
    heeeee
    mesti mengharapkn riana cakap
    'aku suka kau ben.."
    hihihihi

    BalasPadam
  9. Bestlaaaa..boleh wat citer filem ni..kekekekeke

    BalasPadam
  10. laaaaaa... mimpi lak huhu.. nie mesti si riana tu nak gtau abg beben yg dia suka abg beben hehehhe

    BalasPadam
  11. huwaa!! feel dah masuk habis dalam dh ni.. potong betul la

    BalasPadam
  12. HAHA..
    perasan jugak
    beben tu yeh..hihii

    BalasPadam
  13. alahai..alangkah indahnya kalau realitikan abg ben..hehehehe..sekali mimpi dahhh..btw,keep it up..x sbr tgu episod seterusnya..

    BalasPadam
  14. setiap minit ternanti-nantikan sambungan cite abg ben nih...

    BalasPadam
  15. adusss! kacau betul... baru nak taw sape owgnyeee...sekali mimpi da...hahax

    BalasPadam
  16. adoi abg ben :)
    tahniah berjaya buat hara gelak
    gile2 punye

    BalasPadam
  17. dah ditiup angin subuh dan pelamin yg jadi debu tu

    BalasPadam
  18. Cehhh mimpi.. ingatkan bebetul Haha.. suspen jek

    BalasPadam