Akan ku miliki hatimu itu .. (8)

Sambungan dari episod 7 ( klik SINI untuk baca episod lepas dan sebelum itu )

 

" Fiona .. terciptalah irama cinta ini
Hanya untukmu
Semoga kau dapat memahami
Perasaan hatiku ini .. "

 

" Arghhhhhhhhhhhhh... Sapa tukar pulak lagu alarm kat handphone aku nehhh .. Ni mesti keje Wan ari tu !! " . Berulangkali lagu Fiona yang aku cukup 'geli geleman' itu berkumandang di telefon bimbit aku. Aku pasti sangat dia buat kerja ni sewaktu aku keluar pergi tandas kelmarin ! Siap dia nanti .

 

" Hurm.. Kul 10 pagi dah ? Nasib baik aku set alarm. Kalau tak , mau gak dekat Asar aku bangun.. Setan setan .. Eh , Riana.. " . Pantas aku check kat inbox handset aku . Wah.. ada satu sms.

 

Bro ! Bangun laaa... kata nak cuci tingkap kat KLCC .. Bosan laa ! Apa kelas cuti cuti ni membuta je kerja !! 

 

" Lain aku tunggu , lain pulak yang hantar sms. Tapi betul jugak. Takkan cuti-cuti ni nak habiskan masa dengan membuta.. Riana kata nak sms pagi ni.. Takde la pulak.. Aku nak sms dia , i segan uuuu .. Hehehe.. Kena la jaga macho skit .. hihi .. ". Bisik hati aku.Mahu tapi malu.Kena kebas nanti baru tahu !!

 

Aku balas sms si Wan Kembong dan set nak jumpa di KLCC lepas Zohor nanti. Tapi sempat jugak aku tanya kat dia dalam sms tu dan ianya berbunyi ;

 

Kenapa KLCC ? Tak bosan ke KLCC ? Sesekali kita main la Tasik Titiwangsa ke , Taman Rama-Rama ke ? Tak pun Taman Burung ? 

 

Tak sampai 1 minit , sms aku tadi dibalas . " Huih , dia ni taip guna kaki gak ke ??? Laju semacam jer ! " . Bisik hati ku lagi .

 

Wak lu ! Kau ingat aku ni gay ?? Kot ya pon berpada pada la nak g melepak Che Ben oiii ! Aku nak g KLCC sebab nak singgah WATSONS. Mak aku kirim pad. Yang ada wings tu haa.. Ala yang si Yuna pakai tu laa... Mak aku dah terpengaruh daaa..

 

Hampeh ! Mak dengan anak sama je perangai ! Malas nak layan . Aku bingkas bangun dan mandi .Dah lewat sangat. Makan pun belum lagi. Sahih kena bebel dengan orang tua aku karang. Mana tidaknya , tidur lewat.. Bangun ? Selagi matahari tak atas kepala , selagi tu la setan dok bertenggek kat mata aku !

 

-SAMBUNG-

9 ulasan:

  1. best nyaaaa...semakin teruja nehhhh..cpt sambung tauuuu...

    BalasPadam
  2. hehehe...comotttttttt! ada pulak kisah beli pad...hahahahha

    BalasPadam
  3. ala abg ben...pendek sgt....x sbr nieh nak taw perkembangan seterusnya..:)

    BalasPadam
  4. hahahahhha
    kenapa ada cite lain disitu

    BalasPadam
  5. haaha..giler slumber! yg yuna pakai tuh.hihihi

    BalasPadam
  6. hahahha.. terselit pulak cter pasal pad hahaha

    BalasPadam
  7. tak boleh bla alarm guna lagu fiona..mau tertidur balik.

    eh .. dan tiba-tiba ada pasal pad yg yuna pakai . haha

    BalasPadam
  8. first time baca dah melekat>
    best jugak cerpen ni..lawak lak tuu hahha

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009