Akan aku miliki hatimu itu .. (11)
Episod sebelumnya .. [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]
" Wah.. ada komen dari si anon .. Memang dia dah lama follow blog aku rupanya.. Tapi kenapa guna anon ? Hurm .. " . Aku membaca semula entri yang baru aku karang sejam tadi. Cepat benar dia meninggalkan komen. Pembaca setia blog aku nampaknya dia ni.
Cinta datang dan pergi ,
Yang tinggal derita hati ,
Usah gundah dibawa ke mati ,
Semua itu takdirnya Ilahi.
Cinta datang dan pergi ,
Kita tetap berdiri di sini ,
Mencari sesuatu yang abadi
Rupanya tersemat selamanya di hati .
Cinta yang datang dan takkan pergi ,
Cinta hanya pada Ilahi ,
Tiada dua mahupun imaginasi ,
Segalanya kekal hingga ke syurgawi .
Cinta kita takkan mati ,
Jika kau berjanji takkan mungkiri ,
Biarlah rancang diizin Ilahi ,
Agar bahagia serta diberkati .
Cinta datang dan pergi ,
Andai putus tiada lagi ,
Tidak semestinya aku benci ,
Kau tetap aku ingati !
- Ben Ashaari 2011'
" Hurm... sajak ini rupanya.. Lama sudah aku karang tapi tak pernah aku publish sejak aku seorang diri. Entahlah . Nak mengeluh kerana cinta , bodoh benar aku ni. Yelah , wanita adalah ciptaan Allah yang paling cantik. Kenapa aku perlu persiakan hidup ini yang hanya sekali saja hadirnya ? Tapi dalam cantiknya wanita , penuh onak dan berduri. Silap haribulan , neraka aku pergi.. Heheh.. " . Tersenyum sendirian .
" Dok ingat girlpreng la tu ! Baca buku lagi bagus abang oiiii !! Ni dok mengelamun siang malam ! " . Adik aku mula nak membebel.
" Aku mengelamun , duit masuk.. Bukan cam hang ! Mengelamun , asap je masuk , wat paa ! " . Aku balas.Terus dia masuk ke dalam bilik.Malas nak layan aku la tu.
Kembali teringat saat tadi bersama dengan Adawiyah.
" Ben , nak tanya boleh ? ". Adawiyah mulakan perbicaraan setelah aku membisu seribu bahasa.Segan dengan perempuan sebenarnya aku ni apatah lagi bila perempuan tu berstatus anak dara.Kalau bukan , senang je .. anggap kakak atau makcik.
" Tanya je ler. Biasa dah saya ni jadi pusat pertanyaan. ". Aku memandang Ada . " Cantik jugak budak ni. Nape aku tak perasan tadi eh . Tapi aku tetap nakkan si Ana tu ! "
"Dari tadi saya tengok awak dok pegang handphone awak tu je sambil menaip tak henti-henti. Buat bisnis online ke ? " . Adawiyah saja nak serkap jarangkah ?
" Tak de la. Dok update blog jer. ". Aku bagi jawapan ringkas. Malas nak berborak bila idea mencurah-curah.
"Oh, iyer ker ? Apa nama blog Ben ? " . Ada masih teruskan perbualan padahal aku cuba mematikan tadi.
" MalaysiaKini.com .. Hehe.. tak la.. blog saya , blog budak budak je.. Cerita ringan.Bukan ada pembaca sangat pon . Sekadar tulisan hati . ". Aku bagi penjelasan dengan harapan dia tak bertanya lagi.
" Ben Ashaari ? " . Langkah aku terhenti.
-SAMBUNG-
12 comments
baca ni release kan tensen kejap...bestbaca ni release kan tensen kejap...best
BalasPadamwaaaaaaa dah masuk part blogger2 ni..lepas ni mesti ada nama2 tersohor pulak kuar dalam cerita ni..
BalasPadamyehaaaaa tggu no-12....
wahhhhhhhhhhhhhhhhh....makin best...suka noooo buat ending part saspen! ggrrrrrrrrrr..
BalasPadamcepat sambung lagi...ngeee pendek sgt setiap episod abg ben..xpuas nk bce...heeee XD
BalasPadammesti ada unsur suspen.... hey kena tunggu lagi!
BalasPadamwaaaa...semakin mesra dengan Ada nampaknya! jgn terpikat sudah...heheheeee
BalasPadampart 12 bila lak! tak sabar ni...
agghh~ geramnye ending camni...adoooiii~
BalasPadamsila cepat update!
abg ben,teruskan lagi cepat..da x sbr ni..jgn t'engat2 dlm exam sudah..hehehehee
BalasPadamsmbungla lagi abg ben. tak sbr nk tggu nih
BalasPadamCepat sambung lagi Abang Ben.. Hehe.. Dari first lagi saya follow cerita ni. Best2! :D
BalasPadamaduiyai saspen lagi huhu.. abg ben cepat smbung x sbr nie nak tau cter seterusnya huhuhuhu..
BalasPadamBila lelaki buat sajak , speechless.
BalasPadamCinta sejati : Cinta yg boleh buat seseorang manusia ke jalan Ilahi,. itu yg saye selalu ingat ..
Bytheway, adawiyah tu tahu blog BEN ASHAARI? next eps!