SIMPLYSITI mangsa fitnah ?

by - Rabu, Ogos 10, 2011

 

Haih.. sapa la yang sanggup buat fitnah tu yer ? Benarkah ? Nak percaya atau tidak ? Sana dah nafikan.. Sini ada bukti yang tak kukuh langsung ? Rajin benor diorang edit eh .. Diorang editkah ?? Hahaha.. pening ? Tak yah laa...susah susah guna je tepung gurmak !

Banyak benor fitnah kebelakangan ni yer ..

 

image

image

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang menyebarkan e-mel tidak betul mengenai status halal sesuatu produk hingga menimbulkan kekeliruan pengguna dan menjejaskan perniagaan pengeluar.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff, berkata terdapat beberapa e-mel yang tersebar kini mengambil maklumat lama mengenai status halal sedangkan produk berkenaan sudah mendapat pengiktirafan halal Malaysia.

Beliau memberi contoh mangsa terbaru dalam kes ini iaitu produk kecantikan milik Datuk Siti Nurhaliza Taruddin di mana berus pemerah pipi dikatakan menggunakan bulu babi.

“Tindakan ini tidak wajar berlaku kerana penyebaran maklumat yang tidak jelas memberi kesan negatif kepada pengguna dan industri, malah perbuatan itu satu kesalahan,” katanya ketika dihubungi.

Hakimah berkata, ada produk yang disenaraikan Jakim sebagai tidak halal kerana mengandungi benda haram, tetapi selepas pelbagai proses dilalui pengeluar antaranya melakukan proses samak, Jakim menyenaraikan produk terbabit sebagai halal.

“Saya minta masyarakat tidak menerima maklumat baru tanpa menyelidiki kesahihannya dan sila rujuk Jakim untuk mendapatkan maklumat terkini,” katanya.

Beliau meminta masyarakat Islam yang was-was mengenai status halal sesuatu produk menghubungi 03- 83150200 untuk keterangan lanjut.

Beberapa hari lalu, Siti Nurhaliza terpaksa mengeluarkan kenyataan mempertahankan status halal produknya apabila seorang pemilik blog menyebarkan surat yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (Jaip) mengenai senarai nama syarikat yang tidak berjaya mendapat sijil pengesahan halal Malaysia. - HMETRO

You May Also Like

31 comments

  1. dah agak dah..ooii puasa wee. xbaek fitnah!!!

    BalasPadam
  2. dengki sesama manusia dalam bisnes

    BalasPadam
  3. Macam macam la manusia ni..Fitnah sana sini..Dapat apa ekk? Dapat duit ekk? =..="

    BalasPadam
  4. macam2 jenis fitnah bulan pose ni..tapi org kata tak tumbuh tak melata..tak err..apa tah..org tak kata..hahaha..

    betul ke arlene tu hajjah sitt

    BalasPadam
  5. tu aar manusia, x suka nengok orang lain senang.. akak guna simplyct.. ok je, cantik lagi kot?? isshhhhhhh anak kata cantik ok la kan..

    BalasPadam
  6. aku terpedaya ...kat mamee tu ....
    bila check kat mamee monster tu ade tulis dabel deker ... hehehe

    BalasPadam
  7. inilah orang kita, bila tengok orang lain berjaya, mula dengki. minta la dijauhkan.

    MOHD NASER.com

    BalasPadam
  8. Kannn...sanggup tu bt mcmtu sekali..pastu tutup blog! huh!

    sekarang lega dpt gunakannya tanpa was2.. :)

    BalasPadam
  9. aritu msa heboh pasal ni, ramai jugak yg mengata kan ..

    tapi yg duk ckp produk siti ni, yg produk dr luar negara yg lagi ramai pengguna tak kira umur pakai tu, tak pulak jadi isu .. -.-''

    BalasPadam
  10. zaman skrg ni byk info yg x boleh percaya bulat2.. haih.. kalau x kena gaya mmg hidup kena tipu je la..

    BalasPadam
  11. bagus ada simply siti drp guna produk luar negara yg belom tentu halal

    BalasPadam
  12. Kesian Siti teraniaya...

    Naper lah orang asyik nak dengki jer ngan kejayaan orang lain....


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Jualan murah yang lebih mahal!

    [U] Logorithm's MRT Logo:  A Video Promo

    [U] Sedaap...

    BalasPadam
  13. setuju dgn sifu, walaupun cerita tentang simply siti tak halal dah lama di uar2 kan saya tetap taknak publish kan cerita ni kerana saya merasakan ada sesuatu yg tak kena dgn kes ni bersama bukti2 yg dicurigai. skrg dah keluar harian metro baru lah saya letak cerita ni di blog saya,..
    bagi bloger2 yg selalu canang cerita2 ni lain kali berhati2 lah dalam mencari informasi, cari bukti2 yg kukuh dan jgn lupa backlink kan sekali sumber nya.

    BalasPadam
  14. dengki tengok orang lain senang kot.. heee.. macam macam

    BalasPadam
  15. SMTI.....(?)

    http://haryanies.blogspot.com/2011/08/smti-apa-ke-benda-tu.html

    BalasPadam
  16. suka tgk siti jatuh agaknya....xpe.
    keep it up ct

    BalasPadam
  17. sabo CT..x kemana pun org sebar bnde x baik tu..peace..=)

    BalasPadam
  18. yang pertama dalam kepala saya bila baca ni, "politik"...

    then yang kedua...betul gak, mungkin da dapat halal.. entah lerr..

    tak yah guna la...

    BalasPadam
  19. bila ada sekelumit perasaan dengki dalam hati...ini lah jadinya...jatuhkan bangsa sendiri..

    BalasPadam
  20. statement camnih pulak dah...sng2 xpayah pakai jer..simplyapapunbrandnyer..guna daun jambu ke...asam limauke..yg tradisional gitu...kompem halal.

    apa-apa pun tgu kenyataan rasmi dari jakim

    BalasPadam
  21. NOTA KAT ABANG BEN:

    Entri Abg Ben Ashaari ni buat aku rasa nak kembali kat Advertlets...........
    http://nashfahrenheit.blogspot.com/2011/08/advertlets-atau-nuffnang.html

    BalasPadam
  22. dunia sekarang tak selamat. harihari ade jek fitnah. tak fitnah kecik, fitnah besar.

    BalasPadam
  23. halal haram pun nak buat main kan? tak pasal2 menimbulkan fitnah..

    BalasPadam
  24. abes tu?? yg lain2 pun samalah kena sabotaj??? kejilah diorang ni. bulan ramadhan pun nak tipu2. ishk3...

    BalasPadam
  25. lumrah alam manusia xkan pernah puas dgn apa yg dimiliki

    BalasPadam