SimplySiti tidak halal ??

by - Jumaat, Ogos 05, 2011

 

Iskh iskh iskh.... kecoh petang ni dengan isu ni.. Benar atau tidak ? Tunggu je pengumuman rasmi ..

image

image

Erk... SIMPLYSITI tu ... aiseyman .. Percaya atau tidak , korang amik tindakan sendiri... Kalau was was , beli je yg lain atau buat je sendiri.. hehehe ...

Kak siti , jambul bila nak betulkan ? Udah udah la tuuu.. 

You May Also Like

45 comments

  1. da la mahal.
    x halal pulak..
    errr

    BalasPadam
  2. alorh bru cdang nk kai produk simply siti.huu..sdihnye.nye.

    BalasPadam
  3. yang last sekali tu tertarik..jambul siti..haha

    BalasPadam
  4. nseb bek xpakai klu xhabes muke,hati dan wang dilukai !

    BalasPadam
  5. LAAAA....SEB BAIK TAK BELI...BARU JE TADI TERPIKIR NAK PAKAI..

    BalasPadam
  6. ait..ni yg menakutkan ni..
    kalau ada je sedikit keraguan, mmg haram bg kita sebagai muslim untuk gunakan..
    harap dato' siti tampil dan beri penjelasan =)

    nota: ninie tak guna barang ss :)

    BalasPadam
  7. erkk...ade bulu khinzir...? eww...

    BalasPadam
  8. nasib baik tak beli.fuhh selamat !

    BalasPadam
  9. juling2 cp nak tgk lampiran tuh.. last2 dpt bace sebab dia, "keputusan analisa dari jabatan kimia Malaysia mengesahkan sampel_________ adalah BULU BABI.." yg blank tuh x dpt dikesan..hehehe.to ke apa cp baca tuh? naseb cp tak pakai kosmetik mahal bha..hihi

    BalasPadam
  10. x halal..pulok..mcm2..kak siti..sila beri penjelasan..huhu

    BalasPadam
  11. like pesanan untuk kak siti tu . haha

    BalasPadam
  12. "Kak siti , jambul bila nak betulkan ? Udah udah la tuuu.. "

    hahahahaha...

    BalasPadam
  13. suke ayat last skali!
    hahaha
    adoii
    nasib gune garnier lite!
    kiki

    BalasPadam
  14. Uiiisshhh..nasib i tak beli.
    Mahal tu dia punya barangan!!huhuuu

    BalasPadam
  15. hahahahahah..amboii, yg lastt tu tersentap tau! hahahahaha mudah-mudahan dia dibukakan hatinya.. :)

    BalasPadam
  16. huhu..agk2 la ct nk wt kosmetik..kot ye ada jenama tapi bahan pn kene tulen & asli..huhu..

    BalasPadam
  17. oh tidakkk.sy guna produk simplysiti-.-'

    thanks fr this information

    BalasPadam
  18. aku guna safi je
    selamat dan suci :D
    murah pun murah....

    BalasPadam
  19. aik abg ben .td tgk kat beautiful nara, siti ckp halal.. smua dah dsahkan oleh jakim termasuk berus..

    erm, xpelah .. sy pon x pkai, tggu jela berita slnjutnya nnt.. :)

    BalasPadam
  20. biar betik??? baru plan nk pkai =_='

    BalasPadam
  21. byk btol isu mcm ni skrg..dunia dunia...

    new entry : http://shahrizlin.blogspot.com/2011/08/sedih-isu-halal-dipermudahkan.html

    BalasPadam
  22. tak halal? waaa .. ni hot ni. pesanan utk kak ct tu yg paling ikhlas dan mahal tu. Hrp2 kak ct baca,

    BalasPadam
  23. bukan tanak betulkan. belom dapat hidayah laa abg ben. hee~

    BalasPadam
  24. http://beautifulnara.com/siti-nurhaliza-jawap-isu-halal-produk-simply-siti-di-twitternya/

    BalasPadam
  25. Haaaaaaaaaaaaaaaa????? ye keeeeeeeeeee???????????? aduhhhh aku tgh pakai ni kosmetik ni..adeiiiiiiiiii kena stop le nmpk gayanya..adeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    BalasPadam
  26. olorhhhhhhhh . dah tak halal sudah .. nasib baik Tia tak berapa suka mekap . ngeheheh :D

    BalasPadam
  27. brush die saje yang tak halal. barangan make up dia halal

    BalasPadam
  28. ape jenis simply pon tak penah beli,,

    simple sangat

    BalasPadam
  29. xpernah beli simplysiti. sebab nampak slow sangat. dyla buat make up tutorial tau. noodle station tu pebret !!tanjat kita !

    BalasPadam
  30. mengape mesti bulu?seb bek x pki mnde2 cosmetik ni..

    BalasPadam
  31. haha, paling suka ayat last skali tu' Kak siti , jambul bila nak betulkan ? Udah udah la tuuu..' XD

    BalasPadam
  32. hah????


    sy memg guna simplysiti.. uhuhuu... ni yg sadis ni.. mahal plak tu.. ish ish ish..

    thanks 4 sharing..

    BalasPadam
  33. kalau pakai produk simply siti yg tak de berus kira halal la kan. sebab yg tak halal tu berus dia je.. hehehe

    lagi satu dato ct kata dia dah dapatkan pengesahan JAKIM masa sebelum simply siti dipasarkan. mcm mana leh jadi mcm ni bro ben?

    BalasPadam
  34. Salam Abg Ben...

    Oh no... Biar betul? Baru nak cuba try test pakai.... :s

    BalasPadam
  35. jambul tu yg mahal abg ben..wahaha..xboleh blah ayat penutup entry tu..hehe..moga2 dia diberi hidayah la kan..

    BalasPadam
  36. jakim dah pegi kat kilang siti di korea selatan,dia kata halal,jgn risau lah you all,hu3

    BalasPadam
  37. "cantik x jambul saye,abg ben nak??"

    kihkihkih..

    ape jadah gune bulu khinzir ni??ishh..

    BalasPadam
  38. ishh.. tak mungkin la.. lagipon, setiap produk dye kan dah lalui proses2 jakim, dah diuar2 dan ditunjuk ari tu dlm pressconference. nape pulak ade isu berbangkit? ishhh..

    ni kes jeles nih..

    BalasPadam
  39. KENYATAAN RASMI DARIPADA PIHAK SIMPLYSITI SDN BHD

    Merujuk kepada sebaran lampiran yang terdapat di dalam blog, berikut adalah kenyataan daripada SimplySiti. Pihak kami terpaksa membuat kenyataan akhbar lebih awal memandangkan terlalu banyak pihak yang telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini. Kenyataan ini dibuat bagi mengelakkan salah faham orang ramai dan melindungi imej produk kami yang dituduh menggunakan berus babi.

    Produk SimplySiti sentiasa mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM sebelum sebarang produk kami diberi sesuatu kelulusan Halal. Sebenarnya, produk-produk SimplySiti serta berus yang terdapat di dalamnya yang telah mendapat pengesahan Halal tidak terbabit dengan tuduhan yang dibangkitkan tersebut. Pihak kami selama ini berkerjasama rapat dengan pihak JAKIM dalam setiap proses yang harus dipatuhi sebelum sesuatu produk itu dihasilkan dan dipasarkan untuk kegunaan orang awam.

    Sokongan dan bantuan yang kami terima daripada pihak JAKIM amat kami hargai dan kami banyak belajar daripada mereka kerana sebagai perniagaan yang berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk semua, pihak JAKIM adalah rakan dan pihak yang sangat komited dan paling berwibawa dalam menghulurkan khidmat nasihat dan bantuan kepada pengusaha-pengusaha seperti kami terutama sekali dalam proses penghasilan dan pengesahan kualiti sesuatu produk secara amnya, dan untuk piawaian Halal secara khususnya.

    Sebab itu proses penghasilan sesuatu produk yang ingin mendapat pengesahan Halal daripada Jakim perlu melalui proses pemeriksaan dan siasatan yang terperinci bukan hanya bagi setiap jenis bahan yang terbabit di dalam pembuatan produk, malahan premis, setiap prosesnya termasuk pengangkutan, simpanan, pengeluaran, para pekerja dan segala-galanya perlu mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.

    Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut BUKANLAH bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti tetapi hanyalah berus yang terlibat di dalam kerja pembersihan di kawasan kilang dan kerja-kerja menyamak dan penyucian menurut syarak telahpun dilakukan bagi memastikan tidak ada apa-apa langsung yang tidak suci terdapat di dalam premis kilang tersebut lagi sebelum proses pembuatan produk dilakukan di kilang tersebut.

    Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM. Bukan itu sahaja, kami juga rasa terharu kerana kerjasama dan follow up yang kami terima daripada pihak JAKIM juga adalah pantas dan efisyen untuk kami mudah membuat apa-apa tindakan susulan dengan efektif.

    Memang sudah cita-cita dan niat Siti adalah untuk memastikan produk SimplySiti adalah halal, suci dan berkualiti. Hanya yang terbaik untuk semua para pengguna maka Siti sanggup buat apa sahaja dan akan terus berusaha memperbaiki mana-mana kekurangan walaupun proses atau usaha itu mengambil masa dan kos yang lebih sedikit daripada proses yang biasa. Sekiranya sesuatu produk itu diragui kesuciannya, kami tidak akan menjual malahan akan menarik balik dari pasaran.

    SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti. Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini. Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami.

    Sekian, terima kasih.


    Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin
    Presiden
    SimplySiti Sdn Bhd

    BalasPadam