Qhaliff dah sihat ..skit skit je selsemanya tapi daddy sudah terjangkit .. huhu .. Skang daddy sudah demam .. hehe .. Dah la nak pindah rumah .. Tenaga mau pakai woo ..
Tak pe la .. Janji anak sihat .. Ayah sakit tak pe .. kan ?
Qhaliff dah sihat ..skit skit je selsemanya tapi daddy sudah terjangkit .. huhu .. Skang daddy sudah demam .. hehe .. Dah la nak pindah rumah .. Tenaga mau pakai woo ..
Tak pe la .. Janji anak sihat .. Ayah sakit tak pe .. kan ?
Baru Qhaliff kena gigit nyamuk , aku dah pening pala .. Baru selsema , kelam kabut bawak g klinik ..
Anak anak kecil di Gaza, Palestine tu ? Luka ? Berdarah ? Kena tembak ? Kena kejar dek tentera zionis ? Kena sepak terajang ? Macam macam lagi mereka dah rasa sewaktu kecil lagi .. Hanya mampu menangis tapi tiada erti takut langsung !
Bila dah besar .. anak anak kecil ini berjuang demi agama .. Tunduk sujud pada agamanya .. Anak anak kecil kita ? Ada yang begitu dan malangnya ada yang tunduk pada hawa nafsu ..
Bila melihat wajah anak kecil kita atau kita sendiri yang dah besar panjang , apakah kita terlupa segala pergorbanan mak ayah kita hingga bila dah besar begini , kita kembali sombong dan angkuh pada mereka .. Kalau begitulah rasa kita , bersyukurlah sbb mak ayah kita tak hantar kita ke Gaza sewaktu kita baby dulu ..
Aku tak mungkin jadi setabah bayi kecil itu ..
Ini antara barangan yang dikeluarkan oleh Israel .. Kalau boleh elakkan dari membelinya ,elakkan la .. Kalau rasa dah perlu sangat sampai takde pilihan lain , serah pada Allah saja niat kita tu .. Bab lain , kalau ada ‘peluru’ buatan Israel , kita guna serang mereka semula .. Tak susah kan ?
Ada yang tak tau kenapa dan mengapa kita perlu anti sangat yahudi ni ? Apakah hanya kerana mereka membunuh rakyat Palestin ? Hehe ..
Apa kata kita selongkar post post aku dulu .. :
Dan google la lagi .. ada banyak kisah pasal yahudi ni .. Rajin rajin membaca dari dok dengar mulut orang je ..
Haaa.. aku ingat dah .. Setelah dibincangkan pagi tadi pada jam 2 pagi , baru sedar dah 4 tahun aku ni berstatus suami pada wife aku .. Hahahah ..
Serius ar .. Aku ingat .. Memang nak letak alarm tapi disebabkan terlalu banyak kerja mencelah-celah disaat aku nak melakukannya , aku terus terlupa ..
Contoh eh , wife suruh aku masukkan susu yang telah dipam ke dalam peti ais untuk dibekukan. Tetiba dia panggil aku dan mintak tolong amikkan stroller baby. Haaaa , tang ni kesilapannya.. Maklumlah , otak dah tua .. hehe . Terus aku terlupa bab susu sebab tumpukan perhatian pada stroller tu !
Patutlah pagi tadi pada jam 2 pagi tu , beria dia tunjuk ‘waktu’ kat aku .. Yang aku ni pon dungu gak ..
“ 21hb ? So ??? Bukannya abang nak dapat gaji pada tarikh ni? Ke nak abang order pizza time ni ? “
Sekaliii .. amik kauuu .. 4 tahun lepas , pada tarikh niiii .. Awak menikah la Ben oii ! Terkedu jap aku .. Hahahahha … Dah la tarikh tak ingat , tahun menikah pon lupa ??? Hahahha .. Apa punya turr daa ..
Serius ., aku bukan lupa tapi malas nak ingat berapa lama dah aku kawin sbb aku nak hubungan ni sampai aku masuk dalam kubur .. Lebih dari tu , kuasa Allah yang tentukan ..
Sebab tu lah aku tak gemar ingat pada tarikh tarikh tertentu kecuali tarikh lahir aku … Leh claim hadiah ! Hehe ..
Toksah la merajuk sangat aih pasal ulangtahun ni haa.. Patutnya bersyukur si suami dah berkorban duk umah jaga anak sambil buat kerja ! Tu yang perlu senantiasa ingat .. Dan , bukannya saja nak lupa kan ? Kan ? Haaa ..
Nak aku bebel lagi ke ? Orang perempuan ni , bab tarikh sensitif .. Bab madu sensitif .. Tapi bila laki bagi tau dia demam , tak sensitif la pulak .. Lalalalala ..
SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 4 , SAYANG !! JOM CANDLE LIGHT DINNER KAT NASI KANDAR PELITA EH ..
Kelmarin , Qhaliff selsema ..
Dan skang , aku lak ! Lusa nak pindah .. Tenaga diperlukan 100% .. Hurmm… Ada sapa sapa nak bantu ke ?
- IKLAN STICKY POST . ENTRI TERBARU DI BAWAH ENTRI INI-
Puan Hismazaitul Azmy
(Solekan dan tudung dari RedGlow)
Pernahkah anda terfikir sampai bila terbatas dengan jadual kerja yang sama rutin membosan dan paling penting pendapatan yang memaksa anda akur dengan apa yang ada…
Puan Hismazaitul atau lebih dikenali dengan panggilan Hisma memulakan kerjaya dengan langkah berani dari kampung ke Kuala Lumpur. Bermula dengan kerja kilang dengan gaji RM 800 sebulan dengan menyewa beramai-ramai kerana kekangan kewangan membuat Hisma berusaha untuk keluar dari kepompong kesusahan.
Kemudian Hisma bertukar dari kerja kilang ke kerani dan dari kerani ke operator maxis hingga ke pramugari dengan pendapatan RM 5000 sebulan. Namun kerjaya pramugari tidak menjamin kehidupan yang normal baginya apa bila Hisma mengambil keputusan berumahtangga dan ingin memulakan hidup berkeluarga.
Dalam usaha mencari kerjaya baru Hisma mengambilkira banyak perkara seperti berapa jauh tempat kerja, berapa belanja petrol, berapa belanja tol, parking dan berapa GAJI yang mampu diperoleh dengan usia dan kepakaran yang ada.
Nak memulakan perniagaan tiada modal tiada pengalaman tiada asas. Nak sertai MLM tak tau menjual barang.
Syukur apabila diperkenalkan dengan kerjaya sebagai Perunding Kewangan, Hisma diberi tunjuk ajar dan ilmu bagaimana menjadi seorang Perunding Kewangan dan Perunding Amanah Saham ( Unit Trust Consultant) yang bagus. Paling utama dengan hanya berbekalkan yuran serendah RM 250 dan tidak perlu menjual barang.. Kerjaya profesional ini sentiasa bertemu pelanggan untuk berkongsi maklumat tentang kelebihan penyimpan wang di Saham Amanah
Seperti biasa tentangan dari banyak pihak membuatkan Hisma nekad untuk berusaha gigh membuktikan kerjaya pilihannya adalah tepat. Lahir dalam keluarga yg sederhana di mana ibubapanya merupakan kakitangan kerajaan sememangnya satu cabaran.
Namun semua tu tidak mematahkan semangat apabila bulan pertama Hisma mendapat pendapatan seribu lebih, RM 2000 pada bulan kedua, RM 5000 pada bulan kelima dan RM 15,000 pada bulan ketujuh. Pada bulan kelapan Hisma boleh berbangga dengan sebuah BMW kereta mewah pertama yang dimilikinya.
Kini Hisma bukan sahaja CEO di Agensi Atrium Consultants yang berjaya malah Hisma telah membantu ramai lagi perunding di bawah naungan Agensi Atrium miliknya.
"Kerjaya ini banyak merubah hidup saya, cara komunikasi saya, cara pemakaian saya, dengan siapa saya bergaul. Kalau pada mula-mula bekerja saya tidak mampu memiliki barang berjenama. Tapi di awal penglibatan saya Alhamdulillah saya mampu memiliki beg tangan berjenama Coach…
Alhamdulillah kini saya merasa untuk menggayakan beg tangan berjenama lain seperti LV,Gucci mahupun Chanel. Syukur."
Memandu kereta idaman…
Mampu memiliki rumah dan kereta yang menjadi idamannya selama ini.
Berminat untuk bersama Atrium Consultants?
Sila hubungi : 0123139044 /WhatsApp : 0102313904
FB Page : Atrium Consultants
Emel : hismazaitul@yahoo.com.my
Hahaha.. Pastu AFF ? Tu je sasaran tahunan bolasepak Malaysia .. Aku pasti peminat bola pon ramai dah naik boring ..
Kalu juara lg , pastu ?? Sukan SEA lak ? Asia ? Dunia ? Sampai bila eh ?
Politik je kita teror !
Waaah .. Aku tak tau apa menda tu pada mulanya .. Wife ada cakap dia nak blajar buat durian crepe ni .. Aku tak kasi sbb nanti aku kemaruk makan durian balik .. Hehehe .. Aku antu durian ! Tapi tak leh nak makan sangat sbb nanti sakit pala .. huu ..
Ada sekali tu , aku g umah mak aku dan ada la pulak durian crepe ni .. Aku pon rasa satu .. dan satu lagi.. dan lagi ! Ok , fine ! Aku terjebak sudah ! Huhu ..
Dan kebetulan lak ada kawan blogger yang kerja di Putrajaya tanya aku nak beli durian crepe yang sepupu dia buat ? Huhu .. Aku tanya wife .. Dia nak ! Gulp .. Abis laaa ..
Aku pun order dua semalam. Hehehe .. Dan tadi dia hantar kat aku .. Tak sabar nak rasa ..
Dan .. dan .. ok fine ! Sedap .. Tekak aku leh terima .. hahaha .. Nampak gaya , kejap je abis ni .. hahaha …
Haaa .. bagi yang tinggal kat area Putrajaya , teringin nak order .. Leh cari EFA NUR di FB dan blognya , http://efagurlz.blogspot.com/
Sebelum tidur .. Ni muka stendek laaa .. Ayu gitu haaaa .. Memang mengoda punyaaa … Saja wat cute supaya kita g cium dia pagi pagi haa ..
Bila dah mandi .. kasi makan … Haaa .. amik kauuu .. Dia dah segar ! Nak kasi dia tidur , ikutkan mmg mudah sangat laa .. Tapi bila dah cukup tidur , maka …
Tamo tdo dia walaupun mata dah merah ! Tu tanda dia mengantuk tapi paksa diri tamo tidur .. Huhu ..
Main , gurau … kasi dia ketawa puas puas .. Dalam kul 12 lebih baru nak tdooooo .. Huwaaa .. Tu time mak dia nak balik ! Time tu patut dia menyusu direct ! Aiyoooo.. Rugi laaaa ..
Dan sepanjang mak dia ada rumah , dia lenaaaaa tidur .. Aku harap dia jaga dalam kul 3 lebih gitu .. hehe .. Banyak kerja leh buat ..
Tapiiii .. Melesett jangkaaan aku ! Bila mak dia keluar je rumah untuk g kerjaaa , tiba tiba …
Dan skang , dok meleser ngan aku .. Nak ikut je mana aku g !! Hahahahha … Adoiii .. 7 bulan niiii !
Kerana menyangka gagal dapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 ,Hafeq Shakirin Abd Halim, bersembunyi di dalam dewan kira-kira satu kilometer dari sekolah itu sebelum ditemui menangis 2 jam selepas itu , oleh bapanya dan ibunya yang sebelum itu menghubungi polis apabila mendapati anaknya hilang.
Dalam Hmetro hari ni , segalanya bermula bila pihak sekolah tak senaraikan dia dalam senarai pelajar yang dapat 5A .. dan …
“ Saya sangka gagal memperoleh 5A. Ketika itu, saya cukup tertekan dan berasa seperti anak tidak berguna kerana menghampakan harapan ibu bapa. “
Sian kan anak anak ? Mak ayah taruh harapan besar untuk lihat kecemerlangan mereka dan anak mereka tertekan untuk mendapatkannya .. Hurmm
Nasib baik dia lari kan diri .. Ada kes yang lebih teruk dari tu ! Perghhhhh… Disebabkan tu jugak , ramai yang meniru dalam ujian semata mata nak ‘tunaikan’ impian mak ayah ..