Tunggu subuh selepas sahur tadi .. Macam macam la aku buat agar tidak mengantuk .. Risau terlepas subuh jer ..
Dari dapur , aku kembali ke tilam .. Aku masih tidur di lantai beralaskan tilam dan toto yang tebal . Ini kerana Qhaliff buas dalam tidurnya. Tak berani nak kasi dia tidur sorang sorang sbb dia dah berkali jatuh .. Tunggu dia bijak lagi , baru leh kasi .. eehe …
Bila aku sampai ke tilam , aku tercari Qhaliff yang mana aku letakkan dia di samping wife sebelum aku gi bersahur tadi . Dia tak de !! Aku berhati hati melangkah. Tercari cari dia dalam kegelapan ruang tamu ..
Huh ! Depan aku rupanya ! Nyaris aku tak pijak dia .. Kalau aku pijak ? Mau jugak aku masuk dalam muka depan akhbar esok pagi ! Huhuhu.. Hot jugak aku nanti dalam blog blog picisan ..Blog hiburan tak mungkin la .. Hahaha ..
Nauzubillah .. mintak dijauhkan dari kejadian gitu aihhh ..Fikir bukan bukan !