Perlukah kita guna pistol sekarang ini ?

by - Sabtu, Julai 27, 2013

 

Atau usung keris ala ala zaman pendekar dulu dulu ? Atau memadailah dengan punya seni mempertahankan diri ? Segalanya untuk melindingi diri sendiri dan harta benda dari penyamun dan penyangak yang semakin berani buat kerja tanpa kira masa , tempat dan juga siapa mangsanya !

Sebelum sahur pagi tadi , aku sempat layan berpuluh video kes samaun , ragut , rompak bersenjata yang mana membuatkan aku mengelengkan kepala aja dan berisitighfar melihat segala kejadian yagng berlaku.

Kebanyakkan ketika kejadian , mangsa keseorangan dan tidak menyedari akan diperhatikan. Bila diserang , orang yg ada disekeliling belum tentu datang menolong kerana tak tau apa punca .. Bila dah jadi, barulah datang ‘bertanya’ dan terpinga pinga.. Hurmm .

Ada dua video yang membuatkan aku tersenyum. Yang pertama , sekumpulan geng berparang macam nak gi menyamuk atau lebih nampak macam nak gi bergaduh tapi bertempiaran lari bila mangsa mengeluarkan pistol !

Yang kedua .. yang ni ‘dol’ sangat penyangaknya .. Nak curi handphone di kedai .. Dia dok belek belek .. Pastu dia nak bawak lari hp tu .. Sekali hp tu kena ikat ! Apa jadi selanjutnya ? Korang tonton la sendiri kat link ni ! Hahahaha …

Ni nak raya , pastinya penyamun makin aktif . Jgn terlalu harapkan pada polis sangat .. Diri sendiri kena sentiasa beringat .. Kalau dah tau penyamun biasanya akan samun benda benda yang mahal , jangan pulak gi tayang di tempat terbuka harta korang tu .. Pehey dop ?

You May Also Like

1 comments

  1. Waduh takutnya. Ni tengah sensorang ni kat tempat orang. Nak keluar pun takut. Waduhwaduh gawat

    BalasPadam