Rezeki Ramadhan ..
Ingat tak kisah aku baru baru ni ? Bertarikh 10 Jun 2013 , bertajuk Takde rezeki .. ni ? Hehehe …
Tadi aku gi kedai runcit berhampiran rumah aku dengan Qhaliff untuk beli telur ayam .. Sampai kat situ , aku terpinga-pinga jap. Camana aku nak amik telur ayam ni sedangkan aku dok dukung Qhaliff ?
Nasib baik la pekerja kedai yang berbangsa Bangladesh tu datang kat aku.
“ Boleh tak ambilkan telur ayam tu untuk saya ? “. Tanya aku.
Dia balas dengan senyum dan pantas lakukannya untuk aku. Alhamdulillah .. Senang keje aku ..
“ Berapa harga yer ? “
“ RM3.70. “ . Jawabnya ringkas.
Aku hulurkan sejumlah duit. Dia pulang bakinya tetapi aku minta dia masukkan ke dalam tabung surau yang ada diatas meja cashier tu.. Bukan riak atau angkuh bila aku cerita ni tapi sekadar ingatkan diri. Pahala aku tak banyak mana .. Jadi , bila aku cerita ni , aku harap ada juga la rakan pembaca ringankan tangan banyakkan sedekah. Tapi biarlah tangan kiri tak tau .. kan ?
Tiba-tiba pekerja tu tanya aku ..
“ Abang pernah hilang duit kat sini tak ? “ .
Aku mengiyakan dan bagitau jumlah yang hilang. Dia kata dia masih ingat lagi aku beli barang dekat dia dan jumlah yang hilang tu hampir sama dengan yang dia jumpa.
Katanya lagi duit yang ada pada dia tu dijumpai oleh tukang sapu kedai tu .. Tukang sapu tu serahkan pada dia sbb dia rasa dia tau sapa punya tapi jumlahnya berkurangan.
Aku senyum jer.. Kemudian pekerja tu keluarkan dompet dia dan hulurkan sejumlah wang pada aku . Aku minta dia masukkan ke dalam tabung surau … Semoga Allah rahmati dia atas kejujurannya ..
Aku ucapkan terima kasih dan berlalu dari situ .. Qhaliff masih dalam dukungan aku..
Rezeki aku bulan Ramadhan.. Sememangnya rezeki kita ni dalam pelbagai bentuk .Alhamdulillah ..
8 comments
Assalammualaikum...
BalasPadamalhamdulilah... :)
senang hatinya qhaliff tu.. kalau dapat peluk ni mesti best.. hehe peluk cium untuk qhaliff ye.. selamat berbuka puasa abang Ben.. :)
Assalammualaikum..
BalasPadamAllah nak beri rezeki dalam pelbagai cara kan Abang Ben, alhamdulilah.. moga2 Allah murahkan rezeki Abang Ben sekeluarga.. aamiin..
geram tengok qhaliff! macam nak gigit2 je pipi dia tu..
selamat berbuka puasa ye Abang Ben..
Dia masih ingat abg ben walaupun da sebulan lebih berlalu . Susah nak jumpa orang macam ni .
BalasPadamRezeki yang tidak di sangka2.. sikit yg kita hilang bila kita redho bnyak yang Allah pulangkan.. walaupun bukan dalam rupa bentuk rezeki yg kita hilang itu, perasaan gembira dan senang itulah yang membuatkan rezeki itu berasa banyak..^__^
BalasPadamRezeki yang tidak di sangka2.. sikit yg kita hilang bila kita redho bnyak yang Allah pulangkan.. walaupun bukan dalam rupa bentuk rezeki yg kita hilang itu, perasaan gembira dan senang itulah yang membuatkan rezeki itu berasa banyak..^__^
BalasPadamAlhamdulillah. Seronok dgr. Semoga bro sentiasa murah rezki.X lupa buat bos kecik tu :)
BalasPadamExcellent.
BalasPadamBetul. Sy pernah juga bersedekah pd org yg sy tak kenal. Kesian dia, dah lah tua. Kena tipu dgn driver taksi MELAYU. Cucu pula sakit. Tak makan dr pg smpi ke ptg. Ada plak pam sedut pesakit athma kat tepi beg dia. Sy bagi RM10 n suruh suami belikan mknn kat org tu. India Muslim rsnya. Tak lm lpstu, Allah bagi bisnes KEREPEK... Alhamdulillah... rezqi tak dijangka
BalasPadam