Kesahihan Kisah Sedih Anak 3 Tahun Maut Ditinggal Dalam Kereta ?
Ok .. fahamkan yer ! Ini adalah msg yang aku terima dan aku yakin ramai lagi terima di Whatsapp ! Kesahihan cerita ni , wallahualam .. Tak de pula keluar dalam akhbar atau kaca tv .. Hanya tersebar di telefon telefon bimbit saja ! Jadi , buat mereka yang tahu , sila kongsikan yer..
Mesej Whatsapp tu berbunyi begini ..
“ Sekadar berkongsi cerita benar yg berlaku…Tadi ada berita sedih ttg guru di XXXX , krn kematian anak yg baru berumur 3 tahun.. Sbb kematian ini berlaku dlm keadaan yg menyayat hati… Alkisah cerita ni berlaku ptg semlm. Cuaca semlm area subang jaya ni cerah, dan matahari panas smpai ke petang.
Alkisahnya, Si cikgu ni mengajar di sesi ptg. Oleh krn ada mesyuarat e-hrmis dan e- apa-apa lagi tu, cikgu ni keluar awal drp biasa krn perlu hadiri meeting. Suami cikgu ni outstation, maka mmglah kelam kabut.
Cikgu ni angkat anak yg msh tidur, ke kereta. Anak kecil itu dibaringkan di tmpt duduk belakang. Anak itu biasanya akan dihantar ke rumah pengasuh sebelum ke sekolah.
Malangnya, entah macamana, sbb kepala dok ingat ttg kerja-kerja di sekolah, dan meeting yg akan dihadiri, cikgu ni tadi terlupa nak hntar anak dia ke tmpt pengasuh spt sepatutnya.
Smpai saja di sekolah, cikgu tu lupakan anak dia masih di dalam kereta. Dia matikan enjin dan kunci kereta, terus tinggalkan anak di dalam kereta sndiri.. Bayangkan anak itu ditinggalkan pd cuaca panas , dan tidak buka tingkap. Apa yg akan terjadi??
Tapi, yg sedihnya Cikgu tu terus lupa anaknya yg masih dlm kereta, dan dia teruskan kerja spt biasa.
Sehingga ke ptg jam 5 lebih masa nak balik, cikgu tu terus ke kereta. Terkejut, tgk anaknya ada dalam kereta. Baru dia teringat, dia lupa hntar anak ke rumah pengasuh. Tapi, yg lbh menyayat hati, anaknya ditemui sudah tidak bernyawa lagi. Bajunya dikoyak-koyak mungkin sbb kepanasan. Sudah terkencing dan terberak. Teddy bear yg dipegangnya pun basah kuyup sbb peluh dan air mata..
Masya-Allah, siapa sangka anak kecil itu mengakhiri nyawanya sebegitu krn kecuaian ibu sndiri.
Tadi ada kwn-kwn sekolah yg pergi ziarah sbb kebetulan cikgu ni tinggal di kuarters guru. Ramailah kwn sekolah yg kenal sbb mrk berjiran. Cikgu tu menangis dan salahkan diri sndiri… Sedih dengar…
Kesimpulan, jgnlah cuai terutamanya yg melibatkan anak. Dan, jgn terlalu fokus pd kerja hingga hilang tumpuan bab-bab tgjwb pd anak… Moga cerita ini dpt dijadikan teladan buat cikgu-cikgu semua… “
Hurm.. cerita ni datang dengan gambar sekali tapi aku tak paparkan sbb macam aku kata tadi , kesahihannya dan rasanya tak perlu pon letak gambar ..
Sila baca betul betul .. Amik teladan saja iaitu JANGAN CUAI .. Benar atau tidak , kita doakan pada ALLAH agar perkara begini tidak berlaku di kalangan kita ..
** Maklumat terkini … Baca di MalaysianInsider
Kanak-kanak 3 tahun maut selepas ditinggalkan lebih 5 jam dalam kereta ..
atau di …
12 comments
Encik BEN : Itu lah, semoga si Ibu tabah menerima ketentuan Ilahi, Iris lebih Allah sayang, redhakan sahajalah pemergiannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Kepada Si Ibu, jangan menyalahkan diri sendiri, semua itu kemalangan, ia boleh terjadi kepada sesiapa pun, cuma, Allah pilih akak, mungkin ada hikmat disebalik apa yang berlaku. Tabahkan hati akak dalam menempuh dugaan yang ada dan mendtang.
BalasPadamYa Allah . Sedihnya baca . Sebab tu kita tak boleh terlalu fikirkan satu2 masalah dalam satu masa . Nanti serabut dan terlupa benda lain yg lagi penting . ** ingatan untuk diri sendiri yg selalu cuai juga :(
BalasPadamAKu pun ada buat cerita ni dalam blog, aku dapat dari KOSMO ... pagi tadi aku tulis .. sebelum makan sahur
BalasPadamhope leh jd teladan kt suma driver..
BalasPadamsblum kuar kereta tu rajin2 ler chek kt seat blakang..
jgn main kuar jer .
semoga guru tersebut redha atas pemergian anaknya.
BalasPadamYa Allah sedihnya... kdg2 benda nak jadi dan telah ditakdirkan begitu utk memberi pengajaran kepada kita. Cuma utk.diri sendiri.....berdoa agar kita tidaklah jadi pelupa sehingga terjadinya perkara2 sebegini. Nauzubillah..
BalasPadammasyaAllah...
BalasPadambukan senang nak hasilkan anak, bukan senang nak jaga anak dlm perut sampai melahirkan, dan bukan senang nak jaga anak yg dah dilahirkan sampai anak tu besar.
pengalaman diri sendiri.
takutnya bila dengar cerita camni.
http://ninimohd.blogspot.com
malang tak berbau....berimpati dn memahami hati seorang ibu dan tugasan guru yang datang tak tentu masa selain co business guru iaitu PdP....
BalasPadammenangis mas baca kisah ni kat status fb abg..lagi menangis bila sampaikn cerita ni kat mak mas semalam.. tak tahula nape..sedih sangat sampai dia koyakkan baju, terkencing n tereyak..membyangkan kdaan panas dia kene masa tuh.
BalasPadampun wat nangis kisah dak laki meninggal tersepit di lif..tergantung separuh..terbyang kakinya saat2 kematiannya..
kisah sedih je bulan ramadhan ni.. :(
Hmm...sekadar pendapat...xde mak bapa nk abaikan anak2 smpai jd mcm ni..percaya pada qada n qadar...dah tertulis kat luh mahfuz kanak2 ni meninggal dlm keadaan begini..mungkin bebanan tugas guru buatkan ibu bapa sampai hilang fokus pd anak2..xleh salahkan ibu bapa 100%..pihak brwajib sila kasi kaunseling pd ibubapa ni...bukan terus kuarkan statement ibubapa cuai boleh dihukum penjara 10 thn atau denda 20k...tak kena btg idung sendiri bolehla...kalo kn mcm mn? alfatihah buat kanak2 tersebut..
BalasPadamHmm...sekadar pendapat...xde mak bapa nk abaikan anak2 smpai jd mcm ni..percaya pada qada n qadar...dah tertulis kat luh mahfuz kanak2 ni meninggal dlm keadaan begini..mungkin bebanan tugas guru buatkan ibu bapa sampai hilang fokus pd anak2..xleh salahkan ibu bapa 100%..pihak brwajib sila kasi kaunseling pd ibubapa ni...bukan terus kuarkan statement ibubapa cuai boleh dihukum penjara 10 thn atau denda 20k...tak kena btg idung sendiri bolehla...kalo kn mcm mn? alfatihah buat kanak2 tersebut..
BalasPadamTak tau nak cakap apa... baru pagi ni ada keberanian nak baca kisah ni, seperti yang dijangkakan air mata memang berjurai2... tak dapat bayangkan siksanya anak tu menemui ajalnya... memang kita kena berbalik pada qada dan qadar tapi kisah ini harap jadi pengajaran untuk semua....
BalasPadam