Pilihanraya kecil ( PRK ) Kuala Besut 2013

by - Selasa, Julai 23, 2013

 

Aku tersenyum .. Walaupun aku memboikot Buletin Utama ( bab sukan aku suka la ) , sesekali aku akan buka untuk ‘menghiburkan’ hati.

Aku ni bukanlah fanatik politik negara .. cuma kekadang tu aku pelik je .. Kenapa ada yang tak reti nak fikir , bila adalanya pilihanraya di kawasan tu .. pelbagai janji ditabur… Bila dah menang ? Menariknya kan , bila ditabur .. bukanlah masa tu gak ditunaikan ! Semuanya selepas PRK tu.. Kalau menang , ok la.. Kalau kalah ? Perghh.. kesian rakyat .. Digula-gulakan oleh pihak yang terlibat ..

Aku letih nak sebelahkan mana mana pihak sbbnya bagi aku .. sama jer .. Aku amik contoh la kan .. Cukai pintu kawasan aku ni naik sekali ganda ! Nak buat rayuan ? Perghhh .. Menariknya , kawasan aku ni kawasan baru dan bukanlah semua yang duduk sini kaya kaya dan majoritinya adalah melayu .. Sapa perintah ? PR iaitu PKR .. Hurmmmmmm …

Pi mai pi mai tang tu .. Ok la , mungkin caranya ialah .. amik dari yang berada , kasi pada yang kurang berada ..gitu ke ? Mak aihh .. aku ni kira golongan yang berada ke ? Hanya kerana kami mampu beli rumah atas 100k ? Mak aihhhh .. Jangan gitu .. Beli ni pon sbb terpaksa .. Kawasan ni pon kawasan pinggiran .. Takkan cukai pintu sampai tahap gitu ? Dah survey dengan kawasan lain pon.. Tak masuk akal !  Nasib baik la Persatuan Penduduk nak fight tapi macam tipis je harapan nak dapat diskaun .. hahahha .. Entahlah ..

Hurm.. Jadi , di Kuala Besut ni .. Antara Pas dan Bn , sapa yang menang nanti .. harap harap janganlah abaikan dan tak kotakan janji tu bila dah menang .. Kalau BN kalah sekali pon , apa salahnya kotakan .. Ini Malaysia maaaa .. Sapa perintah ? Dah pegang kuasa , maka jagalah amanah tu.. Sapa rakyat pilih , tu lain cerita yang penting .. tunjuklah keikhlasan sebagai pemegang tampuk pemerintahan negara dan mana la tau .. dengan cara ni , PRU akan datang , rakyat nampak sapa yang benar benar bekerja dengan ikhlas atau sekadar gila kuasa ?

Aku ini bukanlah penganlisa politik tetapi warganegara Malaysia yang ada Mykad dan surat beranak ..

You May Also Like

3 comments

  1. Betul. saya setuju dgn entri ni. Dah brjanji msti kna tepati kan.. cba tngok ni :- http://blogzakirasli.blogspot.com/2013/07/berjalan-dari-kuala-besut-ke-putrajaya.html

    BalasPadam
  2. lama x mlawat tapak incik ben nih..sekali dia ckp bab politik..hihi... ^^

    BalasPadam