Bila si bapa lebih mengenali anak !

by - Ahad, Julai 21, 2013

 

Kena lagi kat dahi dia ! Kali ni dia tergelincir lalu kena tepi kabinet tv ni .. Hurmm… Berkali kali aku bagitau kat mak dia , yang dia dah sangat mengantuk ! Aku tau la sbb Qhaliff sebelah siang dia tidur 3 kali ! Dan hari ni baru 2 kali je aku tengok dia tidur .. Petang ni tak tidur lagi ..

Sebelum tu mmg aku dok usung dia ke hulu ke hilir .. Dia nak keluar main .. aku ikut … Tapi apa nak kata .. Qada dan Qadar .. Kena terima .. Redha ..

Hasil seni Qhaliff .. Pastu , baru la kejadian ni berlaku .. Kesian .. Tak sempat nak amik gambar dia .. Tak sampai hati tengok luka kat dahi dia tu. Hampir ke parut lama dia .. Ni orang kata luka lama berdarah kembali !

Nak salahkan sapa ? Geram mmg ada tapi kena terima ketentuanNya .. Sapa nak anak sakit kan ? Hurmm ..

Astagfirullah al’azim ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

You May Also Like

13 comments

  1. Cepat sihat yer qhaliff..

    insyaAllah qhaliff kuat..minum susu ibu kan..susu terbaik.. :)

    BalasPadam
  2. Ini org tua2 ckp la.budak if da prna bencol kat dahi skli...akn brkali2 jatuh or terhantuk lg kat tmpt yg sama atau area2 yg sama tu jgk..petua org tua2 if da kna tu..ambik ujung rambut mak dia gosok2 ctu..atau ex maid sy prna bt amik pisau dapur..tekap tepi pisau tu kat tmpt bncol tu..(tepi tu means yg besa da tulisan tu) petua ni konon nya mngelak brulang lg jatuh tmpt yg sama...

    BalasPadam
  3. Hasil seni tu ada no 5 , 7 dan 9 . Proses pembelajaran :)

    BalasPadam
  4. alololo...cian nyer bambam Qhaliff ni...tapi tak per...lelaki kene kuat...selalu tgk pix Qhaliff kat instagram abg Ben..geram tgk pipi die...

    BalasPadam
  5. kesiannye... buh ubat ye... lelaki, ade parut sikit, baru nampak macho.. hehhe..

    BalasPadam
  6. Sabar bro. Biasa la karenah budak nak membesar. :)

    BalasPadam
  7. Biasa la anak lelaki. Kalau takde parut tak sah. Anak saya yang no.3 dan no.4 dua-dua dah berparut. Anak no.3 parut kat dahi (belah kiri) dan dagu. Anak no.4 parut kat dahi (belah kanan). Nasihat saya, kita perlu peka pada persekitaran tempat anak bermain, perlu menjangka kemungkinan apa yang akan berlaku sebelum ianya berlaku.

    Contohnya bila anak bermain berdekatan dengan meja makan, mungkin sebelum ni bila dia berlari kepalanya tidak terkena atau terhantuk pada meja sebab ketinggiannya masih dibawah paras meja tapi lama kelamaan anak akan membesar dan pada satu hari nanti ketinggiannya akan sama paras atau melebihi bucu meja. Jadi, perkara-perkara seperti ini kita perlu waspada sebab anak kita tidak akan perasan.

    Contoh lain seperti bila anak pegang sudu atau garpu (walaupun ianya diperbuat dari plastik). Kita perlu ada rasa kemungkinan dia akan terjatuh atau tersungkur masa dia berjalan sambil bawa sudu atau garpu dan kemungkinan juga tercucuk pada mana-mana bahagian muka atau badan.

    Perkara-perkara sebeginilah yang saya maksudkan supaya kita boleh hentikan perkara buruk itu berlaku sebelum ianya terjadi.

    BalasPadam
  8. hasil seni jugak tu....hasil karya Qhaliff yang comel

    BalasPadam