Lagi kes kanak-kanak ditinggalkan dalam kereta !

by - Selasa, Julai 23, 2013

 

Hurmm .. pening pening .. Kalau dah tau berdua ngan anak , dan anak tu pulak tak sihat .. tak payah la keluar berdua .. Tunggulah suami pulang atau carilah sapa sapa yang boleh jaga buat sementara waktu ..

Bila dah jadi , macam macam orang kata .. Waktu tu tak guna dah .. Menangis kuar air mata darah pon dah tak guna ..

Fikir sikit sblm nak buat .. Pandang wajah anak tu. Bayang jika sesuatu yang buruk mungkin terjadi .Bukan doa tapi kena waspada laaaa .. Aiseyman …

Aku tak rujuk kes ni je .. tapi macam macam kes lagi .. Sayangkan anak tapi pandang remeh jer ..

Di Kota Kinabalu , tidak sampai sehari selepas seorang kanak-kanak lemas dalam kereta ibunya di Subang Jaya, Selangor, seorang lagi budak hampir menerima nasib sama di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian terbaru itu, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang sedang tidur ditinggalkan ibunya dalam kenderaan yang dikunci dari dalam serta enjinnya hidup sebelum keluar membeli-belah.
Bagaimanapun, kali ini, kanak-kanak itu berjaya diselamatkan orang ramai selepas melihatnya tidur seorang diri dalam kereta berkunci.

Goyang kereta baru terjaga

Menurut saksi, orang ramai berjaya mengejutkan kanak-kanak itu dengan menggoyangkan kereta itu beberapa kali sebelum budak perempuan terbabit terjaga setengah jam kemudian dan membuka pintunya.

Dalam kejadian jam 8.30 malam di Taman Putra Jaya dekat Telipok di sini, wanita lingkungan usia 20-an itu mengaku meninggalkan anaknya berseorangan dalam kenderaan kerana keluar membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya berhampiran.

Wanita itu memberitahu orang ramai, dia meninggalkan anaknya dalam kereta kerana tidak sihat.

You May Also Like

16 comments

  1. serius kadang2 tak faham kenapa dan mengapa... terlupa..? sengaja atau tak ada pilihan terpaksa tinggalkan anak dalam kereta...
    Kita sendiri pun kalau lama sangat tunggu dalam kereta rasa pengap aja walaupun enjin kereta hidup...

    BalasPadam
  2. mesti dia biasa buat mcm ni , tak jadi benda buruk xpe, tapi sekali dah jadi, seumur hidup la menyesal :'(

    BalasPadam
  3. time lain tak boleh shopping ke?alasan...

    BalasPadam
  4. Adoi..... X tau dah nak ckp ape dah....http://mummyrozie.blogspot.com

    BalasPadam
  5. kalau anak tak sihat la sepatutnya kena jaga...

    BalasPadam
  6. masyaallah...sanggup ke tinggal anak tido dalam kreta semata-mata nak gi shopping...ya allah .. kalo jd ape-ape nangis kuar air mata darah pun tak guna lagi..kesian anak tu

    BalasPadam
  7. kenapa tak cuba amik iktibar atas apa yang dah berlaku..?

    BalasPadam
  8. macam mana ye ibu-ibu ni berfikir...tak faham saya..

    BalasPadam
  9. Tinggal sebab tak sihat ? Rasanya tinggal sebab nak shopping dan malas nak bawak anak tu . Apa salahnya tunggu suami balik atau kejut je anak tu bawak keluar sekali . Sanggup tinggal anak macam tu . Macam dia boleh comform je berapa minit dia habis shopping .

    BalasPadam
  10. anak x sihat pun nk g sopping gak ker......

    BalasPadam
  11. walau dah berkali diingatkan, walau dah berkali jadi masih juga ada ibu bapa yg endah tak endah pasal tinggal anak dlm kereta or dlm rumah sendirian. :( benda boleh elak kot, ke nak kena pegi kursus parenting do's and don't mcm pergi kursus kahwin tu?? *geleng kepala*

    BalasPadam
  12. nasib baik orang ramai perasan....dan prihatin....

    BalasPadam
  13. Mari kita lihat situasi byk bermasalah yg mana kesalahan terletak di tangan ibu sahaja.
    Bapa kanak2 ini berada di mana?
    Tidak dpt kah membantu isteri menjaga sebentar sementara isteri keluar mencari barangan dapur?
    Berkemungkinan stok di dapur sudah kehabisan, maka mahu atau tidak dia terpaksa keluar mencari brg meskipun anak dlm keadaan tidak sihat.

    Dan silapnya ibu ini, dia tinggalkan anaknya di dlm kereta.
    Ibu ini sepatutnya membawa bersama anaknya itu ke kedai, tak patut tinggalkan berseorangan dlm kereta.

    BalasPadam
  14. syukur anak dia selamat. eshhhh cuai.

    BalasPadam
  15. Kdg2 no choice la abg ben..sy pun selalu kena bli brg dapur sendiri. Tapi tak pernah la tinggal anak dalam kereta. Kecuali isi minyak. Phm2 la bukan semua petrol station ada attendant kt luar.tu pun kalau terpaksa beratur nk byr sy cancel isi minyak. Takut nsk tinggal anak lame2 sorang2.

    BalasPadam
  16. saya pernah mengalami situasi mcm ni kat klinik..Masa nk ke parking kete tengok sebelah kete saya sorang budak pompuan dlm 4 tahun rasanya..sensorang dgn kereta hidup..Saya toleh kiri kanan manalah mak bapak dia ni..Saya pun tunggulah jap..Risau la kan walaupun dia bukan anak saya.. Tup2 makcik sebelah kete saya tanya, nape? saya pun bgtau la ni ada budak dlm kete sensorang..Pastu makcik tu pun tunggu jap..Nak dijadikan citer mak budak tu pun datang..saya tak sound pape tapi makcik tu yg tegur nape biarkan anak sensorang dlm kereta..Leh plak akak tu meninggi suara cakap "ala, kejap jer la..Pastu masuk kereta terus blah ..nampak makcik tu geleng2 jer..Hehehe..Tetiba x pasal2 saya kene tazkirah ngan makcik tu,..angguk2 jer la..hahaha

    BalasPadam