Projek berbuka puasa Geng Putrajaya #LavaGrill

 

Alhamdulillah .. Perancangan minit minit terakhir jadi kenyataan. Aku risaukan ramai tak jadi datang sebab aku dah booking tempat di Restoran LavaGrill Burger , Serdang. Tuan rumah  sudi open table buat kali ke 3 pada kami .. hehe.. Semoga Allah murahkan rezeki tokey LavaGrill , Encik. Razman .. juga bekas blogger ..

Memula ingat nak buat besaran-besaran yakni berbuka di dataran Putrajaya jer tapi macam ramai jer con 50-50 jer .. Maka , seperti biasa aku pelawa geng Whatsapp aku je la yg tinggal di sekitar Putrajaya, Bangi dan Kajang. Nak ajak jauh jauh , kang masalah dengan kesesakkan lalu lintas lak ..

Photo

Ituuuu pun ada jugak datang lambat ! Janji klul 630 petang , sampai kul 7 lebih ! Haihh .. Apa punya olaanggg daaa .. Janji tak serupa bikin .. Huhuh.. Aku la tuu.. Apa nak buat .. ada anak bini .. Nak kena settle rumah dulu baru leh gi .. 

Azan Maghrib berkumandang .. Maka kitorang yang berkumpul di Masjid Putrajaya , berbuka dengan kurma dan air yang dihidangkan di masjid dan menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu sebelum bertolak ke Restoran Lava Grill , yang tak jauh pon dari situ ..

Bla bla bla bla.. selesai makan, borak borak dengan En.Razman  yang turut buka gerai burger bakar di bazaar Ramadhan Putrajaya terlebih dahulu sblm beransur pulang tepat pada jam 11 malam ..

Apakah menu yang dihidangkan oleh Restoran Lava Grill ini ? Tungguuu espisod akan datang ..  Buat mereka yang tertanya tanya di mana restoran ni , ianya terletak dekat Balai Polis Sri Serdang.. Dekat dengan Kedai Hari Hari tuuuu .. hehehe .. Tak susah aihh nak mai sini ..

Antara blogger yang hadir tadi ialah , Que Achmad dan isteri , Pembawa Wacana dan keluarga , admin Fuh.my ,Nizam Ijam,  MawardiYunus , Shawn , Najeeb , Faizal Fredly , Dkna Abza dan tunang , Sueizza dan tunang , Qaseh Dalia , Yan Ty , Miezarx ,

Nanti sambung ehh .. Terima kasih rakan rakan dan maaf pada rakan yang nak join tapi terlepas pandang .. Huhu .. aku segan nak pelawa .. Yelah , projek kecik jer pon ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

12 ulasan:

  1. Saya join secara x rasmi..hehe..smbil ambil order.sambil hantar order.sempat laa cuit qaliff.

    BalasPadam
  2. waahh.. bes dpt kmpul cam ni :)

    BalasPadam
  3. Wah...bestnyer dpt iftar sesame..jeles2!!hehe..

    #tak pena pn buka ngn blogger..teringin gak..uhuk!

    BalasPadam
  4. abg bennn, lepas ni projek kecikkk keee projek besar keeee i is tak kesahhhhhh nak join jugakkkk kalau time tu xde hal lain jangan risau insyaAllah nadia sampai. :))

    BalasPadam
  5. alamak depan rumah aje... kalau tau dah boleh jumpa hhehehehe

    BalasPadam
  6. Kenyang sampai ke sahur... tenkiu Bro Ben!

    http://wacanaku2009.blogspot.com/2013/07/iftar-ramadhan-bersama-rakan-blogger.html

    BalasPadam
  7. Tak jauh dr cheras... tp klau ajak pun x dpt sbb smlm dr pg smpai tgh mlm dok ngecat rumah... huhuhu...

    BalasPadam
  8. bestnya..terserlah msing2 happy :)

    BalasPadam
  9. assalamualaikum, syoknyaa. boleh tahan jauh tu. hehehe kalau buat centre kl leh join insyallah :D

    BalasPadam
  10. syoknya.. teringat masa dulu2, join gathering ngan ben camni.. bilalah agak2 leh join ni...huhuhuuu

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009