Tak diajar .. tp kebanyakan yg aku kenal , begitu.... Atau komen dr para penjaga , anak mereka .. nak berak mesti menyorok .. Kuasa Allah .. mereka pon tahu malu..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Tak diajar .. tp kebanyakan yg aku kenal , begitu.... Atau komen dr para penjaga , anak mereka .. nak berak mesti menyorok .. Kuasa Allah .. mereka pon tahu malu..
Baru-baru ni , aku naik lrt dari Sentul Timur ke Cheras , dalam jam 11 lebih malam. Dah lama giler tak naik lrt . Nanti nak bawak Qhaliff jalan jalan naik Lrt laa .. hehehe ..
Masuk je dalam train , aku terus snap sekeping gambar dan post pada group aku di Whatsapp. Kemudian duduk.. Tenang dalam lrt .. hehehe..
Tiba-tiba kawan aku dalam group kata ada orang kat belah hujungg sekali. Aku nafikan .. Dia beria mengatakan ada .. Aku kata mana ada .. Aku seorang diri dalam train tu..
Kawan aku tu siap crop dan lukis lagi ! Dan kasi kat aku semula ! Tu diaaa.. Bukti ada orang ! Ke bukan orang ??? Gulp.. Aku diamkan je .. Tak kata apa apa .. Balas pon tidak .. hahahaha …
Benarkan itu orang ??? Korang rasa ??? Huhuh .. Nak tau jawapannya ? Tak yah .. gi la tidur ..
Hahaha .. marah ? Tu orang laaa … saja aku nak sakat diorang ..Takat kul 11 lebih , lrt mmg ada penghuninya .. hahaha .. kan kan ?
Tetiba teringat cerita dongeng Lrt Putra .. Ada yang pernah terserempak dengan roh pelakon popular .. huhuu …
Hurmm.. melekat jer .. Walaupun mak dia ada , dia nak gak melekat ngan aku ..
Nak dijadikan cerita laa .. Petang tadi nak gi makan kat Umai Cafe , Presint 3 di Putrajaya .. Yeke 3 ? Tah .. tak ingat dan malas nak ingat.. heee…
Ok sambung.. Sampai kat sana , aku malas nak turun memandangkan wife nak tapau je. Aku lak nak dengar Bajet. Mana tau ada imbuhan untuk para blogger cam aku ni .. hahahaha.. Mimpi la ko !!
Tiba-tiba wife ketuk cermin. Dia dah turun tadi dengan Qhaliff.. Tapi tak bergerak jugak .. Aku tanya kenapa ?
Qhaliff tak nak jalan. Hahahah .. Dia nak aku ikut jugak ! Adehhhh .. Dia boleh baring atas jalan tuuu .. Adoiyai.. Aku keluar , dukung dia.. Terus melekap kedua dua kaki dia ! Serupa mau panjat pokok dia .. Alahaiii ..
Bila dalam keadaan gitu , cium berkali kali dia pon, dia tak kisah .. Terasa skit mak dia .. hahahah .. Ngan daddy je dia nak jalan ..
Lama tak gi gym.. nampak tua dah muka .. Kena gi gak ni … sbb bulan depan ada shooting untuk .. haaaa.. Nanti citer lain !
Aku , tak kisah bab subsidi gula ni haa.. Aku bukanlah pengemar gula ! Tapi nape bising sangat aku ni kat FB ? Hehehe .. Apakah makanan harian kita ni takde gula ?
Contoh laaa .. Milo dalam tin tu.. Takde gula ke ? Semata mata koko je ? Sat aku check ..
Tu diaa .. ada ! Apakah kenaikan harga gula nanti tidak memberi kesan pada milo yang menjadi kesayangan ramai anak kecil yang ingin membesar bagai johan ?
Bagaimana pula dengan susu formula ? Takde guna gula ke ? Walaupun jumlahnya kecil , namum itu bukan alasan untuk tidak menaikkan harga barang .. Kalau tak naik , ok la.. Kalau naik ???
Janganlah ingat gula putih yang dibeli dan dicampurkan minuman tu saja .. Air tin , air kotak .. Nak minum kat luar sesekali.. Tau tau secawan milo kosong pon dah buat keluarkan note rm1 , dua keping ! Walhal dulu … Hurmmm ..
Aku tak nak pertikaikan apa kerajaan buat tapi mereka yg kata “ ala gula je pun …” niii .. Jangan la pandang remeh.. Camana pulak dengan kawan kawan yang meniaga makan ? Bila semua pakat makan kat rumah je , diorang yang cari makan melalui bisnis makan ni ?
Nasi lemak yg aku beli hari hari pon , apakah terkesan jugak ? Mari kita tunggu ..
Aku kesian pada yang tak mampu .. Yang mampu , jangan angkuh ..
Lapar .. Gi dapur , selongkar kabinet. Ada maggie kari , ayam dan asam laksa ! Perghhh.. Terliur .. Tiba-tiba teringatkan dua status Dato Sharifah Aini .. Hurmm .. Buah pinggang dan darah tinggi !
Aku ada penyakit darah tinggi tahap hypertension. Lama dah tak gi check doktor . Makan ubat pon tak .. Tapi alhamdulillah , aku takde dah macam dulu. Kerap sakit kepala atau stress..
Tak tau la camana leh hilang.Apa ubat aku amik pon aku tak ingat. Macam macam aku try .. hehehehe .. Alhamdulillah .. Tapi kalau aku tak jaga jaga , hurmmmm ..
Bukan apa , darah tinggi ni skang tak kenal usia Yang kena , kronik di usia muda dan .. selamat jalan … Warning dah kasi tapi degil. Tak nak jaga makan !
Bila teringat menda ni .. aku rasa , baik aku makan roti dan cicah dengan milo kosong je .. hahahaha .. Adehhhh …
Ahaa… Aku tertanya tanya , apa itu LTE ?? LTE ialah singkatan dari Long Term Evolution yang juga dikenali dengan 4G LTE .. Ok, nak tau lebih lanjut , boleh google dan pasti akan jumpa mengenainya.
Seperti kita tau MAXIS yang pertama yang lancarkan 4G LTE di Malaysia dan kini , MAXIS telah menawarkan 4G LTE Mobile Wifi di Malaysia ! Sesuatu yang telah lama ditunggu !
Dan , PERCUMA 4G LTE Mobile Wifi modem dengan plan RM88/bulan dan ke atas ! Ok , ada yang tak tau ..berapa lajukah 4G LTE ni ? Perbandingan antara 3G dan 4G ..
Amacam ? Tertarik ? Hehehe .. Buat mereka yang macam aku , yang mana senantiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat dan menggunakan internet 24 jam tanpa henti serta gemar mendownload , maka dengan LTE Mobile Wifi modem ini amatlah bersesuaian dengan anda apatah lagi jika dikongsikan pada masa sama sehingga 10 orang pun (guna laptop , tablet , handphone dan sebagainya ) , masih terasa kelancarannya !
Bagaimana jika berada di kawasan bukan liputan 4G LTE pulak ? Jangan risau.. anda masih boleh gunakan dengan liputan 3G ! Berbaloi la kan ?
Ok .. inilah rupa Mobile Wifi yang diceritakan. Mampu bertahan hingga 10 jam baterinya .
Berminat ? Jika anda ingin melanggannya buat pertama kali anda perlu bayar RM100 untuk cas pengaktifan dan RM240 advance payment, yg mana akan dipulangkan dalam bentuk rebate sebanyak RM20/sebulan selama 12 bulan dan kontraknya cumalah 12 bulan sahaja. Pejam celik pejam celik , selesai.
Jika anda pelanggan sedia ada yang mana dah melebihi 6 bulan , anda juga boleh memiliki modem ini tapi perlulah membayar advance sebanyak RM340 ( akan dipotong melalui rebate sebanyak RM20/ sebulan , selama 12 bulan ) dan kontrak juga diperbaharui selama 12 bulan.
Jika tidak berminat dengan modem ini , anda juga perlu memilih modem yang tersedia bersama plan plan yang disenaraikan di Maxis. Untuk keterangan lebih lanjut , sila ke MAXIS 4G LTE MiFi .
Peluang berbisnis !! Hehehe.. Jiran aku dah jadi saudagar cendawan yang berjaya ! Aku pun nak jugak laaaa .. Heheheh.. Aku try test pasarkan kat FB .. Tanya kawan kawan , berapa harganyaa …
Cendawan ni segar dari ladangnya sendiri kemudian dipesan jiran jiran termasuk aku. Aku hantu cendawan dari dulu.. Suka sup cendawan , cendawan goreng , nasi goreng cendawan … haaaa .. Bila ada peluang gini , pasninya jgn dilepaskan , kan ?
Makaa …. jawablah kawan-kawan ..
Hurmmm … memain eh ? Tak jadi aku nak meniaga gini .. Kensel laaa jadi usahawan ! Terus je la jadi blogger seumur hidup ! Grr…
Hurrmmm .. Pernah aku baca satu artikal berkenaan tekanan perasaan di Malaysia ni . Katanya pada masa akan datang , semakin ramai rakyat Malaysia akan mengalaminya !
Seriuss !! Tak perlu tunggu akan datang .. aku rasa sekarang ni pon makin ramai dah ! Dah ibarat macam jadi zombie dah skang ni .. Dalam waras , tetiba terus ilang kewarasan fikiran ! Apa dah jadi ? Apakah puncanya ?
Macam macam puncanya ! Aku amik diri aku sendiri dah la yer.. Dulu , bangun pagi .. gi kerja .. Redah jalan jammed.. Tak pun , berebut naik pengangkutan awam.
Sampai opis .. Buat kerja .. buat kerja dan buat kerja.. Layan karenah orang tak kira la satu pejabat atau pelanggan .. Pastu balik kerja .. Sampai rumah .. tidur , esok gi kerja ! Rutin begini , mmg buat kita tertekan ! Bosannnn !!
Ubah ! Kena ubah agar kehidupan lebih tenang .. Kalau tak ubah , maka makin lama makin teruk ! Contohnya , lawan cakap bos. Gaduh dengan teman sepejabat atau mula jadi kaki ponteng .. Paling teruk , mula berjinak dengan dadah atau rokok ! Hurmmm .. Ada yang siap gi clubbing , minum arak utk legakan tekanan ..
Bagi yang tau apa nak buat seperti banyakkan aktiviti bersosial dengan masyarakat .. cam gi surau atau masjid bersolat berjemaah pada waktu lepas kerja ( Maghrib / Isya ) , kuliah agama dan bersukan , pastinya masalah tekanan perasaan ni dapat dihindari. Di sana, pasti kita akan berbual , berbincang dengan teman andai punya masalah ..
Nak ulas , mmg panjang bab ni. Aku bukan nak tulis tesis atau cerpen .. Memadailah dengan mintak kita sama sama berfikir .. Apa tujuan utama kehidupan kita ni ?? Apakah kita nak rutin kehidupan kita , sama jer ?? Mari ubah ke arah yang lebih berfaedah dan lebih terisi dan paling penting , hati mau gembira !!
Contoh lain penyebab tekanan perasaan ? Aku rasa korang pon tau kan .. hurmmm …
“ Dua maut, dua cedera ditikam lelaki di stesen LRT Gombak dan LRT Taman Melati
Kuala Lumpur: Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok.
Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral. …. “
Hurmmmm …
Qhaliff selsema lagi .. Wife mintak belikan kunyit dikala aku dok syok bantai berborak kat kedai mamak .. Gi tapau mee goreng kambing untuk malam.. heee ..
Sms dari wife berbunyi begini ..
“ Beli kunyit 50 sen bang. Nak letak kat hidung Qhaliff.. “
10 minit kemudian …
“ Aiii bang .. Terus keje kat restoran tu ke ? “
Opss .. aku terlepas pandang hp aku ni sbb syok sangat bercerita pasal gym .. hehe ..
Pastu terus aku gi ke kedai kat sebelah restoran tu .. Dan mencari kunyit.. Persoalan di benak aku .. Mana satu kunyit eh ?? Seperti ramai pembaca blog ni dah tau , aku mmg lemah tul dengan kunyit . Memang tak leh cam. Anak dara sebelah , boleh la cam. Tapi kunyit ni haaa .. adoiyai …
Amik gambar dan sms kat wife ..
“ Mana satu kunyit ni ? “
10 minit berdiri depan raga tu.. Takde respon .. Hurm.. Aku pilih je la .. Amik dua ketul dan bayar .. Pastu terus balik ..
“ Ni ke ? “ .. Aku bagi kat wife ..
Nasib baik tak yah gi dah .. hehehehe …
Dah lama tak bawak dia keluar berjalan jalan .. Yelah , dengan cuaca tidak mengizinkan .. dengan faktor keselamatan yang mana baru baru ni kan raya ? Jadi kawasan ni lengang je.. tak berani la nak bawak jenjalan ..
Dan setelah 2 hari tinggalkan dia .. maka , hari ni .. bawak la dia berjalan jalan ke kedai .. hahaha .. Dah pandai mintak dahhh !! Aku tunjuk Twiggies ..
“ Naanakkkk .. naanakkkk … “ ..
Tak nak koooo .. Aku tunjuk roti tuuu.. baru dia nak ! Hurmmm … Memilih dah makan skang .. Kena jaga sikit diet dia .. Gula dan garam banyak dalam makanan gitu .. kan kan ?
Panjang rambut dia ? Perghhhh .. Camana laa nak gunting ??? Aku pegang gunting pon dia dah siap pegang tangan aku ! Tak kasi sentuh rambut diaaaaa .. Adoiiii !
Kena kasi lena sungguh sungguh baru boleh la kott gunting.. hurmm..
Penulisan santai yang nampak mudah seolah tiada infomasi di dalamnya ? Ahaa .. Blog aku la tuuu .. Ramai yang dah masuk , baca dan kata blog aku ni ‘takde apa apa ‘ ! Betul !! Aku tak nafikan .. Takde apa aku nak balahkan di sini ..
Baru-baru ni , aku dihubungi oleh PR sebuah agensi di Singapura dan berminat terhadap blog aku .. Ahaaaa.. Apakah itu ?
“ Hi Ben,
Greetings from Publicist PR!
Hope you are doing good and this email reaches you well.
Pioneer Singapore would like to engage you to blog about its VSX-series AV receiver line-up, designed to support today’s connected lifestyle.
The new models are compatible with iOS and Android for easy access to music streaming options and improved control of features and functionality. Each receiver offers top quality audio and brings a variety of new features with the top of the line models boasting expanded high resolution audio file playback.
Pioneer will be providing you with the VSX-923-k model for your review. “.
Terkedu ? Sebab tu aku kata , jangan pandang remeh blog korang tu .. Kalau korang benar benar berminat dalam bidang penulisan blog ni , maka buat betul betul ..
Segalanya tak mustahil jika ada minat .. Dan paling penting , jangan putus asa .. Ini antara hadiah hasil penat lelah .. Berbaloi ? Korang bagitau aku je nanti , bila dah mengecapinya ..
Masa dapat tu , mmg cun laaa .. sayang sungguh nak pakaiiii .. Tapi bila dah pakai .. dah dilasakkannn .. maka , nampak laa calar sana sini .. Hurmm.. Dah tak sayang dah ..
Bila aku dah confirm menang .. heheh.. Itu handphone milik aku maka , kena la jaga kan ? Nak beli mahal … Dah tu kameranya lak mmg tiptop … rugi la dibuat sepak je dek Qhaliff..
Maka , aku gi cari baju dan screen protector untuk Nokia ni memandangkan mudah benar tercalar tapi sukar untuk retak ! Haaa.. Berbeza tuuu .. Tahan lasak gak woo..
Dan , aku berjaya jumpa.. Masa tanya kat butik Nokia , screen protector tu harganya RM80 ! Perghh.. tak leh blahhh .. Kat Low Yatt baru dapat RM20 jer.. ok la tu.. kualiti punya ..
Tambah dengan baju sbb mudah tergelincir body Nokia Lumia 925 ni.. nak grip kuat kuat , takut rosak lak.. hehe.. Terasa superman sat.. hehehe..
Jumpa gak.. RM23 jer .. Cantik gak.. macam macam warna dan gaya ada .. Aku amik yang ni.. Bila dah dipakaikan , tu diaa.. Jatuh cinta balik .. Tak jadi nak jual ! Heeee..
Masa dapat tu , mmg cun laaa .. sayang sungguh nak pakaiiii .. Tapi bila dah pakai .. dah dilasakkannn .. maka , nampak laa calar sana sini .. Hurmm.. Dah tak sayang dah ..
Bila aku dah confirm menang .. heheh.. Itu handphone milik aku maka , kena la jaga kan ? Nak beli mahal … Dah tu kameranya lak mmg tiptop … rugi la dibuat sepak je dek Qhaliff..
Maka , aku gi cari baju dan screen protector untuk Nokia ni memandangkan mudah benar tercalar tapi sukar untuk retak ! Haaa.. Berbeza tuuu .. Tahan lasak gak woo..
Dan , aku berjaya jumpa.. Masa tanya kat butik Nokia , screen protector tu harganya RM80 ! Perghh.. tak leh blahhh .. Kat Low Yatt baru dapat RM20 jer.. ok la tu.. kualiti punya ..
Tambah dengan baju sbb mudah tergelincir body Nokia Lumia 925 ni.. nak grip kuat kuat , takut rosak lak.. hehe.. Terasa superman sat.. hehehe..
Jumpa gak.. RM23 jer .. Cantik gak.. macam macam warna dan gaya ada .. Aku amik yang ni.. Bila dah dipakaikan , tu diaa.. Jatuh cinta balik .. Tak jadi nak jual ! Heeee..