Hehehe .. Yeke ? Ada kawan tanya aku .. “ Qhaliff duk umah mmg pakai pampers je ke ? Tak dipakaikan baju ke ? “.
Menyentapkah dengan soalan gitu ? Ehh , idok laaaa .. Nak sentap apa.. Kalau boleh , aku pun nak amik gambar aku pakai pampers kat rumah .. Cuma tak leh je.. nanti ada orang amik , buat pic profile lak .. Mengaku tu gambar dia pastu wat onar dengan id begitu. Tanggung la dosa tu nanti yer . Aku dapat pahalaaa .. Huhu ..
Berbalik pada Qhaliff .. Gambar yg aku amik , adalah spontan . Aku takkan pakaikan dia baju lawa lawa , bunga bunga di telinga dan mahkota di kepala pastu amik gambar seterusnya edit di 360 untuk nampak comeyyyy !!
Bukan gaya aku ok ! Aku bukan juga nak aniaya anak aku. Sememangnya aku nak bagai yang anak aku ni , masih baby. Gambar yang aku amik tu , dia baru nak mandi , atau selepas mandi .. Takkan la dia nak duduk rumah begitu jer .. Tahukah yang dia tukar lampin 3 jam sekali .. Kalau berak , terus je tukar ! Haaa .. Mungkin ramai ibu buat gitu tapi aku bapa yer .. heee ..
Dan satu lagi .. mana la tau kot kot PET PET , DRPERS , atau pembuat lampin pakai buang ni nak sponsor Qhaliff atau adik dia nanti.. Hahaha .. Mana laaa tauuuu ..
Jangan risau kawan .. Anak aku tu , senantiasa dipakaikan baju .. Cer tengok gambar dia .. Tiap kali dia berpampers je , dia beraksi. Semangnya gitu. bila dibukakkan baju seluar dia .. terus dia gi buat kerja.. Lari sana sini untuk kasi aku kejar dia . Tu pasal aku rakam perbuatan dia tu . Cute oke ! Cuba korang buat gitu. Pakai pampers jer pastu lari sana sini .. cute tak ? Tak kan ? Hahahahha …