“ Kenapa pulak ??? Adoiyai.. macam macam la si Ben ni ! Apa lagi yang tak kena ni ?? “.
Kan.. mesti korang tertanya kenapa dan mengapa ! Huhuh. Aku punya alasan tersendiri ! Apakah alasan itu ?? Hurmm… Baca kasi abis dulu baru komen yer..
Gini.. dah 2-3 orang dah.. yang aku jumpa di Facebook mahupun depan mata.. Asal bukak Facebook dan Instagram pastu mesti cari suami dia pastu..
“ Bang.. teringin la.. Nak makan cempedak ! “. Pinta si isteri.
“ Ni mesti tengok gambar yang Saidila post kat FB tu kan.. “. Tanya aku.
“ Aah.. Semalam tengok si Yanty. Ni Dila lak. Terliur dah ! Sian baby dalam perut. “. Rayu si isteri.
Adoiyaiiii.. Aku kata dah ! Kalau tengok ada kawan makan gajah , confirm nak jugak ! Aku cadangkan , untuk bulan bulan terakhir ni , sila haramkan si isteri bukak Facebook dan juga Instagram ! Nasib baik mintak cempedak.. Ada gak la si wak jual tepi jalan. Kalau dia mintak epal warna purple atau nak g melancong kat luar negara.. Punahh !
Beli la jugak.. Nasib baik ada.. Kalau tak jumpa ? Fuhhh…