Cara dapat menjana duit dari Nuffnang ..

 

Hurmm .. aku ditanya tadi tentang NUFFNANG .. Bagaimana 'mereka' boleh mendapat $$ dari NUFFNANG ? Camana nak bagi $$ tinggi eh ? Camana nak register ? Apa itu NUFFNANG ?

Hurm... Dah cuba google cari jawapannya ? Sejak dunia blog ini meletup ( aku rasa fenomena ini muncul bila ada media 'buat cerita ' income seorang blogger popular mengalahkan artis mampu menjana pendapatan melalui blog sehingga RM20K sebulan .. okeh !! Sebulan yer ... diulangi.. SEBULAN .. Erk... Betul ke ? Dengarnya dia dah buat pembetulan di dalam blognya.. Tak la sampai setinggi tu .. hehehe.. Takut yer .. income tax mari ehhh .. hehehe.. no komen yer ... Kalau betul la kan , turunkanlah ilmu ilmu tu pada kami kami yang daif ini .. kan kan ?

Eh.. terlari tajuk.. maaf yer ..Sejak kecohnya pasal tu , maka ramai blogger tumbuh bak cendawan selepas ribut !  Kemudian masing masing mengeluarkan tips tersendiri .. Macam macam ada .. masing masing dengan kreativiti tersendiri .. Kalau rajin google , pasti jumpa .. boleh la curik tips tips tu ..

Kalau korang tanya aku , bagaimana aku dapat $$ dari NUFFNANG , maka dengan rendah diri aku bagitau , tak tinggi pon... cukup cukup lepas beli baju jer..  :)

Tapi tak pe.. aku sudi memberi tips menjana $$ dari NUFFNANG atau syarikat2 yang lain ..  Sangat basic.. hehehe TINGKATKAN TRAFIK !!!Perkemaskan blog ... Pastikan trafik tinggi dari pembaca luar .. Kalau blogger sendiri , berapa ramai akan klik iklan tu ?? Kalau pembaca yg bukan dari kalangan blogger , pastinya akan tertarik dengan iklan tersebut.. kan ?

Itu yang biasa.. ada yang akan dapat iklan berterusan yang dipanggil BUFFERED EARNINGS atau BE ... Yang ni mmg meriah .. $$ masuk tak henti henti.. Kalau mereka ( blogger ) dapat ni , pastinya akan sedaya upaya mendapatkan pageviews yang tinggi .. Setiap pageviews tu akan dibayar , setiap hari yer ... bukan minggu ...

Faham ? tingkatkan pembaca .. pelbagai teknik ada untuk tingkatkn trafik ... G.O.O.G.LE !!

26 ulasan:

  1. Sedang berusaha untuk meningkatkan trafik..tapi tak boleh laju laju..nanti terlanggar lampu merah..

    BalasPadam
  2. betul..
    memang kena berusaha nk dpt trafik dr google...xyah bw sgt pun xpe..tue la ciri2 blog yg bgs..
    tgh belajar seo n keyword hit..
    huhu ;)

    BalasPadam
  3. BE dah abis la bro..nak dapatkan balik memang payah rasanya..tak gitu??

    BalasPadam
  4. Salam Ziarah bro..hehe..wahh..RM20k tuhh.hehe.macam pernahku dengar tapi dimana ya..apa-apa pun blogging is about sharing just keep up blogging dan cari seramai mungkin sahabat..adios bro...ada masa gua komen lagi...teringin nak bersua si badang nie..ahaks..

    BalasPadam
  5. salam en ben..
    ermm mcmana ye? akak punya asyik 2.60 jekk..hihi

    BalasPadam
  6. still blajo lagi.. G.O.O.G.L.E.

    BalasPadam
  7. Menarik..
    X penah fikir sangat pun nak dapat duit hasil nuffnang..
    Xpe, rezeki kalau memang untuk kite, pasti akan dapat..
    Tp tipulah kalau ckp x ingin langsung dapat duit!
    Hehe..
    Cuma sekarang sdg fikir cara tingkatkan trafik dululah..

    BalasPadam
  8. rasanya kalau ikut kat blog BA ni pun banyak juga tip2 yang diberi.. thank you BA
    ALL IN ONE

    BalasPadam
  9. saya tak paham langsung. huhu

    http://ellnekimura.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. setakat ni cash increase wlupun tak byk mana.
    but alhamdulillah.
    still waiting for BE.
    tak pernah dpt lagi.
    huu.

    BalasPadam
  11. apasal iklan nuffnang xkuar setiap hari ek..dhla aku blogger baru.4 sure xde yg klik lg..huhu..sedih

    BalasPadam
  12. Yeeeaahhhh G.O.O.G.L.E !!! Segalanye dgn hanya meng 'click' jee (^-^)

    BalasPadam
  13. saya tak pandai nuffnang nih. main letak je. tapi tadi terperanjat tengok earning tinggi utk blog cerita dari saya, berbanding blog newbie. tengok2 komen 'zero'. rupanya ada silent reader. lagipun saya pun dah tak promote dah blog nih bila blogwalking sebab hanya luahan dari hati dan sekadar aktiviti harian shj.kisah personal life,,thank kepada BA sbb ada traffic dari sini. TQ bg tips.

    BalasPadam
  14. Mungkin sebab saya blogger baru, sebab tu tak tau pe nuffnang dan segala bagai tu.. nuffnang pon tak de kat blog.. apa lagi la benda nama be tu.. hoho

    BalasPadam
  15. kalo ada rzki, ada la kan...xmharap...

    BalasPadam
  16. thanx sharing info nih. sy punyer earning masih di tahap memilukan..aduyaai ;(

    BalasPadam
  17. @relevan

    betul2 tu...kadang2 terhenti jap biler lampu kuning . aisehhh

    BalasPadam
  18. ok betul cakap bro, kena perbanyakkan artikel untuk pengunjung yang bukan dikalangan blogger.

    BalasPadam
  19. mak ai...traffik aku lampu merah...
    tsk tsk...
    sabor je la...

    BalasPadam
  20. hurmm... byk tips yg bgus kat sini... yaya pun suka2 aje pasang nuffnang.. simpan byk2 wat pekasam...hihi

    BalasPadam
  21. Tak faham la . Trafik tu yg mcm mana ? Sorry .. Masih baru :'(

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009