Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 1 Oktober 2010

Ok la kalau camni kan ? Ke tak ok ?

 

image

Alhamdulillah... bulan lepas bercampur puasa n raya kan .. jadi gitu gitu je prestasinya ... Ok la dari takde langsung .. hehe..

InsyaAllah .. aku akan bagi baek punya naik nanti.. skang baru cecah setahun kan .. hehehe... Tahun ni nak kasi ratusan lak.. camana nak buat ?? Hehe.. ada la caranya nanti...

Apa pun , jutaan terima kasih buat mereka yang sudi singgah ke blog aku ni ... Best atau tidak , tak kisahlah .. janji yang penting , dapat sedikit maklumat dari blog aku ni.. kan kan ?

Terbaru dan Terhangat di pasaran ! Waaalahh..

 

image

image

image

Huih.. ada banyak lagi la.. jenuh nak copy paste ni... semua cantek cantek blaka.. yeargh...

Nak tau lebih lanjut eh ?? Mai sini > TRENDY

Mat Gebu semakin mengebu niihh ...

 

imageTu diaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ... hahaha.. TERHEBATLAHHH CMG kita ... Semakin lama semakin panas... jangan hangit dah la yer.. hehe..

Buat mereka yang sering mencari resepi masakan dan ingin bersoal jawab tentang dunia masakan , bolehlah join KELAB DTS kita ni.. pergh.. kot kot nanti dia leh open house ala ala PM kita .. sapa tau kan ? hehe.. ramai peminat nehh ..

Ok..aku tamo berleter lebih... buat mereka yang berminat dan ingin menyertai KELAB DTS ni , sila isi borang disini > DTS

Terima kasih ...

Hukum Mengambil Pemberian Dari Sumber Yang Haram

 

Hukum Mengambil Pemberian Dari Sumber Yang Haram

Soalan: Dr Asri, sekarang ini heboh tentang hukum menerima sumbangan dari hasil haram. Saya pun baca kenyataan Dr Asri yang menyatakan tidak mengapa selagi traksaksi itu atas bantuan, bukan judi. Cumanya, masyarakat kita keliru, ada kata boleh dan ada kata sebaliknya. Jika haram, apa hukum pula kakitangan kerajaan yang menerima gaji dari kerajaan yang mempunyai pelbagai sumber termasuk hasil cukai judi dan arak? Bagaimana pula anak-anak yang mendapat wang dari bapa terlibat dengan wang haram seperti riba, rasuah dan seumpamanya? Bagaimana pula persatuan-persatuan yang mendapat bantuan dari syarikat atau bank yang mempunyai sumber haram seperti arak atau riba?

 

Jawapan Dr MAZA: Saudara Mazlan, perkara yang penting dalam traksaksi kewangan dan sebagainya, seseorang hendaklah tahu atas asas apa traksaksi itu dibuat. Maksudnya, dia mesti jelas wang atau barang yang diterimanya atas dasar apa. Jika yang diterimanya itu atas penjualan arak yang dia lakukan, atau judi yang dia terlibat atau riba yang berurusan dengannya, atau pelacuran yang terbabit maka ia haram. Jika ia terima atas jual beli, atau bayaran hutang, bantuan, atau pemberian atau hadiah yang dia tidak terbabit dengan urusan kegiatan haram, maka ia pada asalnya adalah halal. Sebagai pendetilannya, saya sebutkan beberapa perkara berikut;

1. Seseorang yang menerima wang dari pihak yang lain hendaklah memastikan atas traksaksi apa wang itu diterima. Adapun urusan sebelum itu, yang tidak membabitkan diri penerima, maka itu tidak pertanggungjawabkan kesalahan itu ke atas penerima tersebut.

Umpamanya, kakitangan kerajaan yang bekerja dalam urusan yang halal dan mendapat gaji, maka gaji itu halal. Sekalipun kemungkinan sumber kerajaan dalam membayar gaji itu diambil dari kegiatan yang haram seperti perjudian atau arak atau seumpamanya. Ini kerana urusan haram itu tidak membabitkan diri penerima gaji berkenaan dan gaji itu diterima atas kerjanya yang halal, bukan aktiviti yang haram.

2. Hal yang sama, jika seseorang berhutang kepada kita, lalu dia datang membayar dari hasil wang haram yang diperolehinya seperti menang loteri. Kita halal mengambil hutang kita sekalipun dia bayar dari wang loteri berkenaan. Ini kerana yang haram ialah pemindahan wang dari syarikat loteri kepada yang berhutang, iaitu atas asas judi. Sedangkan pemindahan wang tersebut kepada kita, atas asas membayar hutang, yang tiada kaitan dengan judi.

Begitu juga, jika pengurus bank riba, atau taukeh judi atau taukeh arak datang ke kedai kita dan membeli barang atau makanan, halal kita menerima wang yang mereka bayar. Ini kerana wang itu diterima atas dasar jual beli, bukan judi, atau riba atau arak. Kegiatan yang salah ditanggung dosanya oleh pelakunya, sedang yang menjual barang halal kepada mereka tidak terlibat.

3. Asas dalam hal ini disebut oleh al-Quran (maksudnya):

“dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh sesuatu jiwa (seorang) melainkan dialah yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa orang lain”. (Surah al-An’am, ayat 164)

4. Dalil yang menunjukkan kenyataan ini, ialah amalan Nabi s.a.w di mana baginda menerima pemberian wanita Yahudi di Khaibar yang menghadiahkan baginda kambing, baginda memakannya. Ini seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Walaupun Yahudi terkenal dengan penipuan, riba dan rasuah tetapi baginda tetap menerima hadiah mereka.

Begitu juga –seperti riwayat al-Bukhari- baginda pernah menggadai baju besi kepada Yahudi dan mengambil gandum untuk keluarga baginda. Baginda juga menerima jemputan makan roti bali dan minyak yang sudah berubah baunya dari seorang yahudi. Ini seperti dalam riwayat al-Bukhari, Ahmad, al-Tirmizi dan lain-lain.

5. Rasulullah s.a.w tidak boleh memakan sedekah. Ini adalah hukum untuk baginda dan Ahlul Bait. Suatu hari Barirah bekas hamba ‘Aisyah telah mendapat sedekah daging. Apabila daging itu dihidangkan kepada Nabi s.a.w, lalu baginda diberitahu bahawa daging tersebut adalah sedekah kepada Barirah. Baginda menjawab:

“Untuk dia sedekah, untuk kita hadiah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maksudnya, daging itu disedekah kepada Barirah, kemudian Barirah menghadiahkan kepada Nabi s.a.w. Jika ia disedekah kepada Nabi s.a.w, baginda tidak boleh makan. Walaupun asalnya sedekah, tetapi baginda menerima dari Barirah atas asas hadiah, maka halal untuk baginda. Di sini menunjukkan yang diambil kira transaksi antara pemberi dan penerima, bukan yang sebelum itu.

6. Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas’ud:

“Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan”. Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya”. (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675).

Dalam riwayat al-Baihaqi,

seseorang bertanya Ibn ‘Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?. Jawab Ibn ‘Umar: “Ya” (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138).

7. Al-Syeikh al-‘Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin r.h pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah mereka boleh mengambilnya. Beliau menjawab:

“Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar. Nabi s.a.w pun menerima hadiah dari yahudi, memakan makanan yahudi, membeli dari yahudi sedangkan yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah s.a.w memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa”  (http://www.estgama.net/estgama_mag/full.php?id=82).

8. Dr Yusuf al-Qaradawi ketika ditanya mengenai wang riba ke mana patut disalurkan, beliau menyebut antaranya:

“Sebenarnya, wang tersebut keji (haram) jika nisbah kepada orang mendapatkan secara tidak halal, tetapi ia baik (halal) untuk fakir miskin dan badan-badan kebajikan…(penyelesaiannya) disalurkan ke badan-badan kebajikan iaitu fakir miskin, anak-anak yatim, orang terputus perjalanan, institusi-institusi kebajikan islam, dakwah dan kemasyarakatan..” (al-Fatawa al-Mu’asarah 2/411, Beirut: Dar Ulil Nuha).

9. Namun diharamkan jika membabitkan kezaliman secara jelas kepada pihak lain (hak al-‘ibad) yang mana dengan kita mengambil, akan ada yang teraniaya tanpa rela, seperti harta curi dan rompakan. Sabda Nabi s.a.w:

“Allah tidak terima solat tanpa bersuci, dan sedekah dari pengkhianat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ini kerana penerimaan ini akan menyebabkan pihak yang sedang menuntut atau mencari hartanya yang dirampas atau dicuri terzalim. Melainkan pihak yang dizalimi itu redha. Jika dia menuntut, wajib dikembalikan kepadanya.

10. Walaupun harta atau pemberian dari harta yang haram itu boleh diambil, tetapi jika dengan pemberian itu menunjukkan secara jelas sikap bersekongkol dengan dosa maka ia diharamkan kerana redha dengan maksiat. Ini seperti seseorang membelanja makan dengan wang judi sempena kemenangan judinya. Atau dia mempromosi syarikat judi tersebut secara jelas dengan cara memberi bantuan, maka haram bersekongkol dengan kemaksiatan seperti itu.

11. Maka fakir miskin yang mendapat bantuan kerajaan atau pihak lain dari sumber yang asalnya haram, mereka HALAL menerimanya dan tidak perlu dikembalikan. Dengan syarat mereka tidak terlibat secara langsung dalam mempromosikan aktiviti haram seperti perjudian dan arak.

sumber : DRMAZA

Heh.. duit tengah banyak ni ... Nak g bercuti di .. er..

 

Mau pg bercuti ?? Di mana yer best ?

A : Kokopelli's Cave, Farmington, New Mexico

image Semalam harganya RM 988 ..tinggal dalam gua la plak eh.. tak best ni..

 

B : Jules Undersea Lodge, Key Largo, Florida

image Pergh.. mmg menarik sekali ... tak yah susah susah scuba dah .. mmg dah dalam laut ... huhu .. berapakah harga semalam ?? RM2,090  .. Cukup ni... cukup tengok dari jauh je... hehe

 

C: The Beach House at Manafaru, Maldives

image Aku mmg minat macam ni.. kalau boleh aku nak tinggal terus kat tempat gini .. Tapi.. segan pulak aku kat tsunami n ombak kecil.. pastinya membahayakan bot bot kecil .. kan ? Harganya ?  RM 3,040 semalam .. Masih mampu ni ... mampu amik bau jer ..  huhu..

 

D: Hotel Arctic, Greenland

image Jimat giler..tak payah guna aircond ! Sah sah tahap beku.. hahaha.. Tak nak langsung ! Apa yang aku nak buat kat sini ? Kaji binatang ? Aisey... Harga RM950 je semalam .. murah tapi tak berbaloi... hahaha...

 

E : RUMAH TUMPANGAN DIN

image Ni ok la kot .. jimat jimat ... hahahaha ..

Terkena sindrom ...

 

Mesti ada yang perasan semalam .. hehe.. kalau tak silap aku ada 2 entri je ... Semalam tersangatlah aku tak sempat nak usik blog disebabkan .. hehe...  ditambahkan pulak dengan komputer aku slow banget .. mau aja aku hantukan pala ni kat cpu tu .. Maklumlah , dah 5 tahun guna.. servis pon tak pernah lagi .. Hak Kerajaan lak tu.. hehe ..

Disbbkan kedua tu la maka blog aku tak diupdate .. dan aku sendiri pon nak rehat gak semalam .. saja kasi tenang pala otak ni .. Tak pernah berenti mencari idea .. huhu.. akhirnya semalam , aku berjaya gak walaupun tak sampai 100% ..

Namun alhamdulillah , ada jugak yang sudi singgah ke blog aku untuk melepak walaupun seketika.. Jutaan terima kasih yer..

Memang skang ni aku tak beberapa sihat sangat .. asyik dok sakit kepala jer .. Mungkin la kot asyik makan kat luar je .. Raya oh raya kan .. Mungkin lepas ni , ok la kan ? Masak je kat rumah ..

Nak tutup blog terus ?? Oh tidak .. kerugian besar .. hehe... Apa sekali pon blog ini akan terus mengibarkan benderanya di dunia maya ini.. Untuk melabuhkan tirainya , mungkin tidak berlaku sekali pon .. hehe... sambung sendiri la yer ...

Mungkin aku malas .. tapi kena rajin jugak memandangkan inilah cara paling mudah menambahkan pendapatan sampingan .. Aku tak perlu keluar dari rumah atau tinggalkan .. ehem.. hehe... haa.. hanya perlu mengadap je skrin ni..

Sampai saatnya nanti , tak perlu susah susah dah .. Segalanya memerlukan pengorbanan .. tiada jalan mudah untuk berjaya ..

20 saat yang dramatik .. sebijik cam dalam filem ..



Teringat zaman sekolah dulu.. hehe..

Hindu dapat dua pertiga kawasan sekitar Masjid Babri

 

image

Mahkamah peruntuk satu pertiga sekitar kawasan tuntutan kepada Muslim di Ayodhya


LUCKNOW: Mahkamah India memutuskan semalam untuk membahagikan pemilikan kawasan tapak suci menempatkan Masjid Babri yang mencetuskan rusuhan berdarah di seluruh negara itu sebelum ini antara penduduk Hindu dan Islam.

Bagaimanapun, pemimpin masyarakat Islam menyatakan, mereka akan merayu keputusan kes membabitkan isu 60 tahun itu kepada Mahkamah Tinggi.

Penduduk Islam menganggap perkarangan di Ayodhya sebagai tapak Masjid Babri kurun ke-16 yang kini musnah, sementara penduduk Hindu mendakwanya sebagai tempat kelahiran dewa Rama.

Mahkamah Tinggi Allahabad memutuskan tapak seluas 25 hektar itu perlu dipecahkan, dengan masyarakat Islam mendapat kawalan satu pertiga dan dua kumpulan Hindu diberi bakinya, kata Ravi Shankar Prasad, peguam satu daripada pihak yang membuat tuntutan.


Penduduk Hindu akan mendapat kawasan meliputi sebuah kuil khemah kecil yang dibina untuk memuja Rama di tengah Masjid Babri.
Majoriti memutuskan lokasi kuil buatan itu adalah tempat kelahiran Rama dan tempat itu tidak boleh dialihkan, katanya.

Mahkamah turut memutuskan status terkini tapak itu perlu diteruskan untuk tempoh tiga bulan akan datang bagi membenarkan kawasan itu diukur dan dibahagikan secara aman, katanya.


Tetapi, Zaffaryab Jilani, peguam mewakili penduduk Islam, berkata beliau akan merayu keputusan itu, yang mungkin melambatkan keputusan muktamad kes yang memakan masa bertahun-tahun.
Tiada pihak yang menang atau kalah. Ia adalah satu kemajuan. Kami harap perkara ini dapat diselesaikan, katanya.

Konflik berhubung perkarangan di Ayodhya, 550 kilometer timur New Delhi, mencetuskan keganasan antara penduduk Hindu dan Islam yang mengorbankan beribu-ribu penduduk dan mencabar sistem moral India sebagai negara sekular serta demokrasi pelbagai budaya.


Kerajaan dan pihak bertelingkah merayu semua pihak bertenang selepas keputusan itu diumumkan. Bagi memastikan keadaan terus aman, pihak berkuasa menempatkan beribu-ribu lagi anggota keselamatan.

Polis menahan lebih 10,000 orang bagi menghalang mereka daripada mencetuskan keganasan, sementara 100,000 lagi perlu menandatangani afidavit mengatakan mereka tidak akan menimbulkan masalah selepas keputusan itu diumumkan, kata seorang pegawai atasan. AP

 

 

sumber : Bharian

Sultan lucut gelaran adinda

Tengku Muhammad Faris arah penarikan berkuat kuasa semalam , elaun turut ditarik ..

image


KOTA BHARU: Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V melucutkan gelaran Temenggong yang dianugerahkan kepada adinda baginda, Tengku Muhammad Fakhry Petra, 32, berkuat kuasa semalam.
Baginda turut menarik balik Darjah Kerabat Yang Dihormati (DK) (Al-Yunusi) serta Tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) (Al-Muhammadi I), yang sebelum ini dianugerahkan kepada adinda ketiga baginda itu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias, ketika mengumumkannya, berkata penarikan gelaran dan anugerah itu sudah dimaklumkan kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra melalui surat yang dialamatkan di Istana Mahkota, Kubang Kerian di sini, semalam.

Saya tandatangani surat berkenaan dan diserahkan kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra menerusi wakil, iaitu Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Rosdi Ismail, pada jam 10 pagi tadi (semalam), katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Ditanya mengenai elaun, Mohd Aiseri berkata, Tengku Muhammad Fakhry Petra tidak lagi menikmati elaun bagi gelaran Temenggong itu.
Dalam Perlembagaan, gelaran Temenggong ini memang ada elaun, jadi (selepas penarikan balik gelaran) kini (Tengku Muhammad Fakhry Petra) tak ada (elaun lagi), katanya.

Sementara itu, Tengku Muhammad Fakhry Petra ketika dihubungi mengesahkan menerima surat berkenaan kira-kira jam 6 petang semalam.

Beliau berkata, tidak berasa apa-apa dengan surat yang memaklumkan penarikan balik gelaran Temenggong dan Darjah lain terhadap dirinya.


Saya tidak mahu memberikan komen sebab perkara pokok, iaitu isu pertikaian mengenai Tengku Muhammad Faris Petra (sebagai Sultan) masih dalam mahkamah. Pada saya (surat berkenaan) tak beri kesan, katanya ..


sumber : Bharian

Jambatan-jambatan yang mengerikan

 

image

Aiguille du Midi Bridge , France

image

Royal Gorge Bridge , Colorado

image

Trift Suspension Bridge , Switzerland

image

Carrick-a-Rede Rope Bridge , Northern Ireland

image

Capilano Suspension Bridge , Canada

image

Mackinac Bridge , Michigan

image

Puente de Ojuela , Mexico

image

Chesapeake Bay Bridge  , Maryland

image

Monkey Bridges , Vietnam

image

Hussaini Hanging Bridge , Pakistan

 

Nak tau kenapa jambatan jambatan ni dikatakan mengerikan ??? Hehe.. g baca sendiri eh .. baru best .. kan kan ? > sini

Berapa lama lagi la diorng boleh hidup ..

 

Kadang kadang tanpa kita sedari .. kita melukakan hati orang tua kita walaupun niat kita baik . Tapi sebagai anak mahupun mnusia , kita kena juga faham biasanya keluarnya dari mulut seorang ayah inginkan sesuatu itu adalah bukan kehendaknya tetapi keinginannya .. 

Penat .. kita mmg penat apatah lagi seharian bekerja .. tetapi jgn kita lupa ayah kita juga bekerja .. mereka juga penat .. namun ada ke mereka mengeluh membesarkan kita selama berpuluh tahun ?? Kita baru menjaga mereka beberapa jam dah mula mengeluh ..

Berapa lama sangatkah mereka boleh hidup ? Sementara di depan mata ini , berbaktilah selagi mana termampu.. Jika tidak termampu sekali pon , paksa .. asalkan mereka gembira ..

Pandanglah wajah mereka puas puas .. kita tak pasti adakah hari esok untuk kita bermanja dengan mereka lagi .. Hurm.. patutkah kita membalas permintaan mereka dengan keluhan kita ???

Haih .. satu hari nanti , kita pasti berada di tempat mereka .. Bagaimana pula nanti layanan anak kesayangan kita pada kita nanti.. Fikirkanlah ..

Balaslah setiap kata kata mereka dengan penuh kelembutan .. jgn calarkan hati mereka .. Sesungguhnya , mereka itulah syurga dunia kita ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI