Artis dan wartawan hiburan ! Kesian …

by - Selasa, Julai 17, 2012

 

Baru-baru ni aku ada up satu entri ( Tak perlu la blogger cerita pasal artis di Malaysia ! ) selepas menonton rancangan AWAL LAGI yang bertajuk ARTIS DAN BLOGGER .. Dalam rancangan tu , blogger dihentam sehabis-habisnya manakala wartawan pula dipuji melambung..

Maklumlah , mereka kata bab bab infomasi ni kena serah pada ‘ yang punya kelayakaan dan lesen ‘ . Blogger ni , takde ilmu atau tak pergi amik sebarang kursus penulisan .. Awal Ashaari tak belajar karangan kot kat sekolah hingga perlu amik kursus buat blog ? Buat artis yang tak tau atau sekolah setakat dah plan nak jadi artis , blog bukan saja jual produk atau letak iklan yer ..

Mari kita tengok apa kata wartawan hiburan mengenai artis tanahair kita ni .. Mereka kan punya kelayakan serta lesen besar untuk membuat artikal mengenai artis .. Ahaa ..

ADA wartawan hiburan mengadu pada saya yang dia tak boleh nak temuramah seorang pelakon lelaki yang baru menang anugerah paling popular baru-baru ini. Wartawan hiburan ini jaki tengok dekat-dekat muka aktor itu sebab terkena banyak kali dengan perangai berlagak aktor itu. Tanya baik-baik tapi bila dibalas kasar oleh aktor itu, sebab itu dia naik anginlah. "Sumpah, kalau boleh aku tak nak intebiu aktor itu lagi lepas ini. Memang biadap. Aku dah senarai hitam dia sekarang ini," marah wartawan hiburan itu pada saya lagi.

Tidak dinafikan memang wujud situasi favouritism di kalangan wartawan hiburan ini. Ia banyak dipengaruhi faktor keselesaan sewaktu komunikasi berlangsung pada peringkat awal. Kalau pertemuan pertama dah cari pasal, maknanya pertemuan kali kedua atau ketiga itu terjadi pasti ada masalah.

Inilah asas favouritism dalam dunia hiburan tempatan. Ada orang suka, ada juga orang tak suka. Wartawan hiburan tak boleh mengelak jumpa artis dan begitu juga sebaliknya. Tapi bila masuk dalam konteks kerja, wartawan hiburan selalunya bersikap pemilih. Mereka nak artis yang mudah be kerjasama. Sementara artis-artis yang perasan bagus, kekwat (berlagak) atau selalu tukar kenyataan terpaksa disingkirkan awal-awal. “ Baca bagi abis kat SINI

Dalam erti kata lain , wartawan dan artis ni pon manusia . Jangan la pandang blogger ni cam alien atau ‘manusia’ yang terkinja kinja cari publisti untuk lariskan blog saja . Bukan semua blogger macam akhbar tabloid ! Sedikit saja begitu .. Blog gitu , sekejap je wujud pastu ilang dah ditelan ombak ..

Dan artis kat Malaysia ni , yang kena hentam dek blogger pon berapa kerat je .. Tu pun yang bermasalah punya ! Cer tengok artis yang berdisiplin .. Ok jer kan ?

Blog blog berkonsepkan hiburan je suka update cerita artis ni.. Aku tak amik port sangat blog gini sbb bagi aku, konsep mereka lebih pada portal , bukan blog .. Tapi , tak banyak pon blog begini .. Blog peribadi cerita hal artis ni ( aku pon ada gak ) , mungkin lebih pada tertarik pada isu tersebut .. Maklumlah , kitorang pon layan tv gak kan ? Takkan ari ari nak layan THUNDERCAT je kan ?

Ok ? En artis .. skang ni kan , blogger yg banyak up artis tau ! Kalau tak tau , cuba google nama korang sendiri .. Banyak kat akhbar atau blog ? Kalau yang yg takde tu , maaf la yer .. Anda tak popular !

You May Also Like

17 comments

  1. orang ni dengar blogger je terus nak sentap.pastu mencebik.bukan semua blogger tak elok tau.tapi ramai org memburukkan blogger.artis ni kalau cerita baik tu saya share juga cerita mereka kat blog untuk jadikan contoh buat kita bersama.cerita gosip ntah apa2 tu saya tak kuasa nak taip, saya cuma blog peribadi je.bkn blog cerita artis.

    BalasPadam
  2. agreed ben...blogger yang tulis pasal artis tak banyak..kalau tulis pun normally dia akan tulis benda yang elok2..kalau yang tak elok tu mesti ade kes2 tertentu yang dia buat.. :)

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  3. btl tu... sy dpt tahu artis baru ni pun dekat blog... sy pun malas nak cerita pasal artis... takut jd isu plak...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/visit-to-taiping-hotel-flemington.html

    BalasPadam
  4. Saya setuju Mr. Ben. Nak gossip pasal artis ni...takut lah...takut dapat dosa free!

    BalasPadam
  5. rasenye if xde blogger, dunia hiburan boleh lenyap kot kan ben? =D

    BalasPadam
  6. haha. bagi kasi same dorang. ANDA TIDAK POPULAR! haha

    BalasPadam
  7. saya memang tak suka rancangan awal lagi tu..first episod aritu da tayang pasal artis clubbing.. rata rata bangga masuk kelab malam.. kononnya walau pun masuk kelab diorang tak minum atau buat perkara tak senonoh..walhal semua org tau kelab malam tu gelap campur lelaki pompuan.. bila artis dengan bangga cerita macam tu yang generasi muda pun nak buat sama sebab nak ikut artis kesayangan mereka..macam bangang!

    BalasPadam
  8. Abg Ben Terbaikkkkkk.. salute abg ben.. (^_^)
    sangt2 setuju dengan kata2 abg Ben.. (^_^)

    BalasPadam
  9. terbaek la bang , mmg tepat sekali ~

    BalasPadam
  10. Setuju pat last sekali tu...
    Kannnn kannnnnn...

    BalasPadam
  11. blog sy pn ada cerita pasal artis tp kebanyakkan bergantung pada isu yg sy minat nak bg komen secara peribadi.. Saya pun tgk rancangan tu.. Memang blogger di hentam oleh artis yg di interview tu. Point yg buruk je lak tu.. yg baik takde pun dorang sebut. macam la wartawan tulis cerita baik2 je pasal artis. Even wartawan ada lesen.. blogger takde tak semestinya wartawan tu ikut etika sgt. kalau tak.. takde la kes saman menyaman artis & wartawan. Takde sorang pn artis mlm tu ucap thanks kt blogger yg juga mainkan peranan dalam kerjaya seni dorang. Yg best si pengerusi persatuan seniman ke hapa tu ckp blogger buat cmtu sbb nk naikkan rating & traffic blog utk dpt side income dr iklan.. tak semua OK! hina sgt la blogger di mata mereka padahal yg buat onar boleh kira dgn jari yg dok popularkan dorang tak terkira dgn jari

    BalasPadam
  12. sbb itulah wartawan blogger tak layan blogger2 macam kita seme ni..low class gamaknya..apa la nasib

    BalasPadam
  13. Sy mmg tak penah suka dgn wartawan hiburan. Terima kasih.

    BalasPadam
  14. Sy mmg tak penah suka wartawan hiburan. Sekian terima kasih.

    BalasPadam