Betul-betul rezeki Qhaliff .. - BEN ASHAARI

Betul-betul rezeki Qhaliff ..

 

Alhamdulillah ..

Susu Qhaliff mmg tak mencukupi untuk dibuat stok simpanan. Apa yang ada , cukup untuk hari tu saja. 

Semalam , sepatutnya ada satu projek luar untuk aku buat . Pening camana nak standby susu Qhaliff , kurang kurang 7 botol untuk sepanjang hari yang mana aku plan nak tinggalkan Qhaliff kat umah mak aku .

Wife dah plan jika terpaksa , sediakan susu formula jer.. Dah tak de pilihan memandangkan dia pun kena hadiri kursus jangka pendek di kawasan berhampiran.

Mungkin rezeki kali ni milik Qhaliff , projek aku tu batal dan ini bermakna aku duduk je kat rumah bersama Qhaliff.. Secara tidak langsung , bekalan susu mmg memadai untuk sampai tengahari jer dan wife balik waktu lunch untuk bagi bekalan seterusnya. Kira dia g pam kat tempat dia tu la.. Curik curik masa gitu .. Jadi untuk hari Rabu , mmg cukup cukup untuk Qhaliff sehingga petang .. Alhamdulillah ..

Dan , masalah tak selesai lagi. Semalam baki susu ada 2 auns jer. Pelbagai usaha dan cara dah dibuat. Namun tak banyak .. Aku redha jer ..

Entah camana , awal pagi tadi sebelum subuh , wife terjaga dan nak pam susu .. Sesungguhnya ALLAH Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani .. DIA bagi satu botol penuh untuk Qhaliff , sekali pam yang mana sangat sukar dapat .. Memang rezek Qhaliff sungguh. Pastu dapat lagi sedikit , menjadikan stok cukup untuk setengahari.

Dan seperti biasa , lunch dia balik dan bagi utk stok sebelah petang. huhu.. Aku pun legaa .. Kalu boleh tak nak bagi lagi susu formula hingga dia 2 tahun .. Kenapa tak nak bagi susu formula ? Search je jawapannya dalam blog aku ni ..

Dikala kita kesempitan , mohonlah pada ALLAH .. Sungguh sungguh minta padaNYA..

13 ulasan:

  1. alhamdulillah...Allah akan permudahkan usaha kalian hendaknya..amin...

    terus lagi berusaha... ben..saya pernah lalui masa yg getir macam ni dulu...

    BalasPadam
  2. errmm..baru perasan..nak kasi susu formula? memetik kata-kata pakar sewaktu bayi saya mengalami jaundice susu ibu sehingga berumur 1 bulan lebih dan disarankan menggunakan susu formula..
    "kalau bayi dah biasa susu ibu dan tiba-tiba nak tukar susu formula? kesian la kat dia..bagi la masa untuk adaption.."

    so kalau dah rasa letih sangat dengan rutin camni dah boleh mula bagi anak tu try sikit-sikit dulu susu formula..perlu ingat ada bayi yang akan tunjuk reaksi allergi pada susu lembu dan harus ingat lagi susu mahal tak semestinya bagus untuk bayi! ini hanya cadangan saya ok!

    BalasPadam
  3. nak nangissss

    syukur...

    tahniah zla dan ben still beri y terbaik u Qhaliff

    BalasPadam
  4. alhamdulillah rezeki qhalif...

    baca sini kalau sudi

    http://msvelentine.blogspot.com/2012/07/petua-banyakkan-air-susu-ibu.html

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah rezeki Qhaliff.. jika kita ikhlas, Allah akan mudahkan segalanya.. InsyaAllah..

    BalasPadam
  6. alhamdulillah rezeki dari-Nya

    BalasPadam
  7. sllu qhaliff minum berapa oz sekali minum..mama qhalif kena kerapkan lagi mengepum..pastu cuba makan buah matan kucing..klu saya apa makanan yg buat saya enjoy makan, makan tu yg jadi milk booster utk saya..kena try ang error mn yg sesuai dgn badan wife en ben..

    BalasPadam
  8. syukur Allah permudahkan urusan kalian, mungkin sebab ben & zila suka memudahkan urusan orang lain juga :)

    teringat kisah anak saya dulu, anak sulung susu badan pun tak keluar, then try bagi susu formula, Allah nak uji, anak saya pulak alergi dgn susu lembu, bersusah payah kena bagi pulak susu soya jenama ISOMIL, sekarang harga around RM50 kot satu tin, time tu ekonomi pun tak stabil... nak besarkan anak kena ikat perut, tapi itu semua dah lepas & dijadikan pengalaman & boleh cerita untuk anak cucu pulak nanti ttg pengorbanan mak ayah membesarkan amanah Allah ini

    *teruskan berdoa ya Ben

    BalasPadam
  9. En Ben. boleh google cara utk buat power pumping. biasa nyer cara ni berjaya memperbykkan susu.. more demand more supply... kne rajin buat & rajin2 minum air kosong, jgn minum ais...
    saya pernah buat & ada my friend juga buat.. alhamdulillah bila pumping dpt 8-10oz..

    BalasPadam
  10. As salam,

    saya sungguh teruja kalau baca blog mengenai kesungguhan mak dan ayah nak berikan susu yg terbaik utk anak2...huhu nak nanges je rasanya..

    sepanjang sy bfeed baby selama setahun 7 bulan tanpa campur apa2 susu formula lnsg, sy mmg ada buat beberapa entri dan maybe ada juga tips sikit2. bolehla visit blog sy ni, hehehe...manalah tahu ibu qhaliff lagi bersemangat nak bfeed dgn jayanya... :))

    http://mommiesafiyyah.blogspot.com/search/label/breastfeeding

    thankss... :))

    BalasPadam
  11. btw, lupe nak bgtau.. my husband kenal u, dia kata dulu selalu main futsal sama2... hmmm... ala team futsal yg ada artis dj radio tu, apa dah nama dia? hadesss lupe.. :)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.