KL1FF : Bersantai di Matic , Jalan Ampang .

by - Khamis, September 05, 2013

 

Dulu sewaktu aku berkhidmat di Kementerian Pelancongan Malaysia ( sekarang dah tambah dan Kebudayaan ) , Matic ni adalah tempat aku suka pergi. Kenapa ? Ia membawa kenangan aku sewaktu kecil dulu. Aku ingat lagi bapak aku bawak aku ke sini berjalan jalan. Di sini aku mula berminat mengenai pelancongan dalam negeri kita .. hehee ..

Kali ni , aku kembali lagi. Bukan sebagai staff Kementerian tetapi sebagai blogger yang ingin bersantai bersama sama rakan rakan blogger yang lain di sini .. hehehe ..

Tujuan hari tu adalah untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan di Matic . Dengan tema Merdeka , Merdeka , kitorang join Merdeka Hunt 2013 untuk julung julung kalinya ! Heheheh ..

Merdeka Hunt kali ini dimeriahkan oleh pelbagai bangsa, jantina dan usia. Memang best !! Tak sangka mereka yg join ni pon sporting ..Memang santai abis la kat sini .

Merdeka Hunt ni , para peserta dikehendaki selesaikan 10 soalan dan perlu buat 10 ujian fizikal ! Hehehehe.. Serius , mencabar mental dan fizikal .. hahaha ..

Silapnya , kitorang ‘mentah’ dan tak tau strategi !

Dapat laaa saguhati .. Ok la tuuuu .. Nanti ada lagi aktiviti gini di Matic ! Memang rajin la pihak Matic buat aktviti begini .. Selain Merdeka Hunt , ada pertandingan melukis untuk kanak kanak ..

Dan sebelah petang setiap Sabtu pula , bermulalah KL1FF atau Kuala Lumpur Family Fest yang menyediakan pelbagai aktiviti dan acara menarik untuk pengunjungnya .. Antaranya nyanyian , persembahan kebudayaan , jualan dan macam macam lagi .. Leh rujuk pada entri aku yang lepas di KL1FF @ MATIC : Jom ke sana !! ni haaa ..

Aku yang ada di sana petang tu , mmg terasa bahang kemeriahannya KL1FF yang diadakan setiap hari Sabtu , sepanjang tahun !

Deretan booth yang bakal dipenuhi dengan pelbagai jualan di kala malam hari ! Tunggu apa lagi kan ? Jom la ajak kengkawan lepak sini .. Aku plan nak buat gathering blogger kat sini satu hari nanti !

Published with Blogger-droid v2.0.10

You May Also Like

1 comments