KL1FF @ MATIC : Jom ke sana !!

by - Rabu, Ogos 28, 2013

 

Tercari cari tempat nak beriadah di hari cuti anda ? Hehehe .. Jangan risau .. Aku ada idea baek punya !! Apa kata bawak keluarga anda atau orang yang anda cinta mahupun rakan rakan yang sekepala dengan anda ke Pusat Pelancongan Malaysia ( MATIC) di Jalan Ampang , Kuala Lumpur pada setiap hari Sabtu kerana … kerana apa ?

Kerana setiap hari Sabtu di Matic , mereka mengadakan KUALA LUMPUR FAMILY FAIR  ( KL1FF ) , yang mana pelbagai acara dan aktiviti diadakan untuk pengunjung semua !

Tahu tak kat mana ? Tau Saloma Bistro yang dekat ngan BSN tu ? Atau nak paling mudah , ianya dekat dengan KLCC je.. 10 minit jalan kaki .. Tak jauh kan ? Hehehe ..

Bersambutan dengan Hari Kemerdekaan yang akan datang nanti , mereka juga akan ada pelbagai aktiviti bagi memeriahkan lagi hari bersejarah tersebut !

Kuala Lumpur Family Fair pula akan bermula pada jam 4 petang hinggalah 11 malam .. Pelbagai barangan kraf , cenderahati , aksesori , makanan dan minuman tempatan , car boot sale , latihan tarian  percuma "Cuti-cuti 1Malaysia" dan macam macam lagi !

Antara aktiviti di KL1FF yang lepas … Jangan tunggu lagi !! Ayuh meriahkannya ..

Disamping itu ada juga tarian kebudayaan yang dipesembahkan disebelah malam .. Bermula jam 830-915 malam ..

Manakala utk acara 31hb Ogos ni  di Matic juga , akan ada Merdeka Hunt , Pertandingan Mewarna , Pertandingan Nyanyian Patriotik ..

backfront

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , sila layari www.matic.com.my atau telefon 03-92354900 (General Line) utk mengetahui dengan lebih lanjut ..

You May Also Like

5 comments

  1. Tak jauh pun dari opis saya, jalan 3 minit ja.

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum..ang ben,

    menarik3 ... tp sayang jauh daripada tempat tgl..

    mselim3

    BalasPadam
  3. ben, mohon edit sket.
    Cultural show tu start on 8.30pm till 9.15pm

    tq

    -yus mtc-

    BalasPadam