Sedekah pada keluarga..

 

Selain dari bagi belanja bulanan , bila ada rezeki lebih.. belajar belajarlah belanja keluarga terutama mak ayah atau adik beradik yang masih belajar atau kurang kemampuan. Sesekali , bawak mereka berjalan jalan..

Itu yang aku belajar dari pengalaman kehidupan. Bukannya mereka tak mampu nak pergi sendiri tapi bila ada antara kita sudi sponsor pastinya mereka akan lebih teruja. Tak sangka ada yang sudi nak belanja , kan ? Sampai mati akan kenang..

Dan yang penting , anak anak dapat berkumpul dan bergembira.. Tak kisahlah bab lokasi tapi sesekali kalau dapat gi tempat yang ‘di luar kemampuan’ pastinya akan lebih WOW !

image

image

Yer.. empat budak yg pernah aku cerita dalam blog aku. Dari mereka kecil hingga dah ada bersekolah pon.. Mereka yg follow blog aku bertahun lamanya mesti kenal mereka ni.. hahaha ..

Alhammdulillah.. Aku rasa seronok bila dapat sponsor mereka bercuti walaupun sekejap.. Kalau ada rezeki , nak bawak g Sabah lak.. InshaAllah.. Atau Korea ? Woww !

14 ulasan:

  1. wow!! semoga allah murahkn lg rezeki u se-family.. aminn..

    BalasPadam
  2. betul Ben ....

    dulu masa zaman belajar abg n kakak mmg slalu bawak pergi bercuti kat tempat tempat best. Lagi best sebab semua di sponsor. Memang sampai skrg ingat

    BalasPadam
  3. Menggembirakan hati anak2 merupakan satu kepuasan yg tiada ternilai hikmatnya...

    BalasPadam
  4. Syukur ada rezeki lebih utk dikongsi bersama....

    BalasPadam
  5. wah..bestnya mereka dapat pergi korea..hahahha..insyaAllah. ada rezeki mereka tu nanti..amin..hehe

    BalasPadam
  6. Niat yang baik Allah akan permudahkan...in sya Allah..

    BalasPadam
  7. Syukur. Sedikit sama dicicah, banyak sama dilapah. Berkat berbelanja/ bersedekah kepada insan tersayang, InsyaAllah rezki kita akan murah.

    BalasPadam
  8. Untung depa ada pak menakan lagu ni

    BalasPadam
  9. insyAllah...moga dimurahkan rezeki kita semua ben..

    BalasPadam
  10. Betul tu...ada rezeki lebih belanja keluarga abah mama puas2...selebihnya kalau ada rezeki lg bawa melancong...itulah kenangan terindah

    BalasPadam
  11. yup betul tu..diaorang lagi suka bila dapat disponsor..hehe

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009