Anak kedua bukan degil tapi inginkan perhatian !

 

Aku degil ? Aku rasa tak.. Zahra degil ? Aku pun rasa tak.. Ada sesuatu di kepala anak ke dua ni .. Cuma tak dapat nak baca sebab anak kedua ni perahsia dalam diam.. Memang tak leh nak baca di raut wajah diorang.. er , aku pun !

Dalam diam , mereka jadi ‘pemberontak’. Bukan sengaja atau suka suka tetapi nakkan perhatian dari si ayah atau ibu.Suruh la buat apa pun , pada awalnya diorang ni wat tak dengar. 3-4 kali , baru bergerak tapi slow jer..kan ?

Diorang ni sebenarnya nak dicakap baik baik.. tu jer ! Bukan nak permainan atau dimanja manja. Anak kedua ni dah boleh berdikari pun. Mereka mampu cari ‘kasih sayang’ sendiri. Hahahaha..

Namun dalam diam , anak kedua ni sebenarnya amat penyayang dan sangat mengambil berat ! Cuma mereka suka memerhati dari jauh jer. Terasa hati kot dengan si anak pertama yang lebih dapat perhatian dari ibu bapa.. kan ?

image

Anak kedua ni , unik ! Mereka boleh survive dalam apa jua keadaan. Degil tu tak tapi cuma keras hati jer ! Cinta sejati je mampu leburkan hati mereka yang keras tu..

Eceh.. Hahahaha…

5 ulasan:

  1. Haha..ayat Last tu power..begitu ya prgai ank kedua..

    BalasPadam
  2. Syndrome anak kedua samada dia memang nakal atau budak baik. Nakal tu memang tahap mencabar sebab dia nak bersaing dengan abang or kakak dia. Baik sangat sebab abang dan kakak sangat dominan dia lebih suka beralah. Setiap manusia lahir dengan keunikannya yang tersendiri. Just enjoyed the parenting.

    BalasPadam
  3. True indeed BA. Sebijik mcm anak dara saya.

    BalasPadam
  4. bahagian kena suruh tapi slow tu memanglah sungguh benarnya...kadang kita nak benda yang respons cepat..sajaaaa je dia gerak seinci demi seinci.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009