Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 30 Oktober 2016

Antara ‘sedap’ dan ‘penyakit’..

 

Godaan.Ujian. Dugaan.Itulah yang sering dihadapi oleh orang orang seperti aku.. orang yang mula mengambil berat mengenai kesihatan serta pemakanan seimbang.

Aku sejak balik dari Phuket ari tu , memang dah nekad untuk teruskan segalanya.. apa yang dimulakan di sana dan kekalkan selama mungkin.. ke akhir hayat , sapa tau kan ?

Tapi bila kita jumpa sanak saudara , ahli keluarga.. rakan rakan pastinya akan diuji dengan makanan ! Hahahah..

Alaa.. ari ni jer. Esok diet la balik.. “.

Jujur. Serba salah. Hajat hati , nak turut kehendak mereka tapi dalam pada masa sama , hati menentang juga ! Tapi teringatkan nasihat doktor cun ari tu , aku rasa sebaiknya ditolak dengan lembut.

“ Kolestrol. Tekanan darah tinggi. Kencing manis. Tiga serangai menanti masa utk ‘lapor diri’ ! Dan buat masa sekarang , berjaya dihindari. “

Nekad. Pisang Cheese ni aku tolak tepi ! Sedap camana pon , aku agak ngeri melihatnya ! Hahahaha.. Kalau dulu , aku ngap jer ! Tanpa banyak bicara. Hahahaha..

image

Teringat kata rakan di Phuket.. Lidah memang kata sedap tapi limpa dan hati akan bekerja keras untuk mengasingkan bahan bahan yang tak diperlukan dalam badan. Sian organ kita.. Huhuhuh..

Tak pe la.. Selagi aku mampu tahan godaan , aku tahan. InshaAllah , lama la kot.. Nak kekal awet muda gitu. Heeee.. Yang penting , sihat ! Kannn ?

1 komen :

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

me too... byk betul dugaan nk istiqomahh

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI