Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 7 Oktober 2016

Cabaran ‘predetox’ !

 

Kalau sekadar detox tu , senang jer.. tapi kalau nak detox dan bersenam , fuh… mencabar tul ! Apatah lagi nak naikkan kembali otot otot yang dah mula lembik..

image image

Nak detox ni ada cara-caranya.. Bukan main mendetox jer ! Kesan dari detox ni banyak.. antaranya badan jadi lebih ringan dan sihat. Cam kes aku ni , aku ikut nasihat dari pakar iaitu The LifeCo Phuket.

Hehehehe..

image

Aku kena elakkan beberapa dari makan daging , produk tenusu , garam , gula , atau apa jua makanan yang ada gula tambahan. Hurmmm… Madu , stevia , organic male syrup dibenarkan ! Aku kena rajin rajin baca label ! Hahahaha.. ADehhh.. Ini membantu aku mencapai kesan optimum bila di Phuket nanti.. er , minggu depan !

Tak boleh makan makanan berminyak , atau kalau nak makan juga , guna yang dimasak dengan minyak zaitun. Digalakkan banyak makan buah buahan atau sayuran yang disteamkand.

image

Banyak lagi la dia punya nasihat.. hahahaha.. Dan selepas jam 7 malam , tiada lagi makanan… cuma teh herba saja dibenarkan ! Adudududu… Gajah pon kurus gini !

Aku kena ikut segala peraturan untuk elakkan sakit kepala bila mendetoxkan diri . Haaa.. sebab tu ada yang tak sedap badan.. sakit kepala bila berdiet.. diet tak makan ! Huhuh..

Setakat ni.. aku… aku .. aku.. Jap , bini aku panggil !

“ Yer sayang… “.

Nanti aku sambung balik eh..

image

2 komen :

Nadia Johari berkata... [Reply to comment]

sila detox..hehee

Akif Imtiyaz berkata... [Reply to comment]

Jangan lupa detox okey...semoga hidup lebih sihat..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI