Mencabar betul bila bawak Zahra ! - BEN ASHAARI

Mencabar betul bila bawak Zahra !

 

Ok.. hari ni aku bawak dia . Zahra ni seronok bawak dia tapi bila bab makanan.. Hurmmmmmmmmmm… Dia dikenali di rumah dengan nama .. “ Tak tumpah tak sah ! “.

image

Zahra giler kejap bila nampak anak patung. Banyak dah koleksi dia. Bila gi mana mana , dia akan usung mana mana anak patung yang ada.. Tak kisah la baru ke lama.. Mesti nak ada kat tangan dia..

Tapi bila nampak makanan yang dia suka.. anak patung dia campak ke tepi terus ! Haahaha.. tak kisah dah anak patung dia. Dan aku pon kasi laaa kat dia.. Tak kasi , kesian lak..  Kasi , kesian kat aku lak.. Huwaaa..

Dia nak makan sendiri masalahnya. Kalau kat rumah , ok lagi.. Kalau kat restoran ?? Dalam kereta tu… adehh.. Sabar je laa.. Sebab tu kadang kadang aku tinggalkan je dia di rumah.. Tapi bila kena tinggal , kesian lak..

Jadi cam kes dibawah ni laa ..

image

400++ LIKES dan lebih 60 komen simpati pada Zahra ! Seolah olah menampakkan aku seorang ayahanda yang kejammmm ! Arghhh.. Ini tidak adil sama sekali !

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.