Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 24 Oktober 2016

Over sangat ke Dato Seri Vida ?

 

Masa Gegar Vaganza 1 dulu , serius aku tak beberapa berkenan dengan cara dia di GV1 tu.. diikuti dengan 2 , aku dah mula terima cara dia dan akhirnya aku paham , memang dia layak buat semua tu sebab dia bayar . Dengar cerita bukan sikit yer jumlahnya ! Bayangkan dengan ekonomi gini , dia mampu kuar duit untuk menaja rancangan yang bagi aku pada awalnya tak gempak mana pon tetapi entah camana , meletup ! Maklumlah , yang masuk dalam tu semua dah kurang kacak dan body solid molid ! Kann ! Kan kat Malaysia ni memilih rupa… hakikat !

Tapi segalanya berubah ! Rancangan Gegar Vaganza boleh dikategorikan rancangan sangat berjaya berbanding rancangan hiburan secara langsung yang lain dan rezeki Qu Puteh sebagai penaja. Malatop latop koooo !

Apa salahnya , Dato Seri Vida gunakan platform ni untuk promote produk dia sendiri.. kan kan ? Dia pon mesti nak dapatkan kembali modal tajaan dia tu. Takkan nak taja suka suka je kan..

image

Dikala banyak syarikat berkira kira nak menaja apa jua program atau acara di negara kita ni , DSV ni kira berani la kuar duit yang banyak untuk menaja program gini..

Cuma aku harap.. jangan program gini je dia sudi taja. Apa pun untuk DSV , anda terbaik ! Orang gini takkan pandang belakang dan kritikan orang lain.. sebab tu dia maju dan terus maju !

Kalau Astro banyak songeh , taja je tv lain.. senang citer !

9 komen :

Normi Nieza berkata... [Reply to comment]

DSV pandai cr peluang..marketing no.1..:)

Nadia Nurul berkata... [Reply to comment]

Dato Vida memang macam tu perangainya sampai ada pihak yang kata kat beliau gila microphone..tapi betoi gak cakap bro Ben Ashaari beliau berhak buat begitu sebab dia habis duit yang banyak untuk menaja program GV3 ni kan..

mas saari berkata... [Reply to comment]

betul tu, dia pandai pasang strategi nak lariskan produk..
tapi memang gelak jer tgk gelagat dia, kelakar!

Haffizul Iskandar berkata... [Reply to comment]

biasa orang2 macam ni la yang berjaya dan terus berjaya kan.

mereka buat apa yang orang lain tak buat dan harungi semua benda. resepi orang berjaya. hehehe.

http://www.ceritaejoy.com/

Jie Susanos berkata... [Reply to comment]

kadang2 tgk over jgak..huhu..

tapi munasabah dgn apa yg beliau taja..

Usry Norie berkata... [Reply to comment]

Itu adalah salah satu taktik promosi. Beliau banyak bajet, so boleh la taja mana-mana rancangan TV. Dan dengan berkelakuan 'gedik', ia mengundang kebencian bagi sesetengah pihak tapi dengan kebencian ini akan menyebabkan ramai tertanya-tanya dan produk beliau juga mula dikenali. Malah ada juga yang akan membeli produk beliau disebabkan gimik yang ditunjukkan beliau.

aizamia 3 berkata... [Reply to comment]

Kalau Astro banyak songeh , taja je tv lain.. senang citer !

Yup.. setuju dengan ayat ni. Mesti panas vontot Astro kalau jadi..

Lady Tash Roy berkata... [Reply to comment]

hehe kira ok ler tu Dato Vida nak taja,zaman sekarang nie jika wat rancangan tak der penaja mmg susah ler nak naikkan populariti melainkan pihak penerbit memang manusia kaya..ekekeke tp besalah nak jadi penaja tak semestinya ada syarat lain..so itu dikira salah satu pelauang untuk mengiklan barangan Qu puteh..so jimat kos iklan..ekeke

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Suka semangat DVS...lagi satu dia orang Melayu...orang kaya di malaysia...mmg salute cara dia la ben...sebab dia tak kisah orang kritik dia janji dia ke depan..wow

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI